Bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEGALA poket seluar dan poket jaket yang dipakai itu digeledah habis oleh Emir Adden Fattah. Dahinya berkerut sedikit. Dia cuba mengingati di mana dia meletak phonennya. Setahunya, dia meletak phonenya di poket jaketnya. Tapi sekarang tak ada pulak.

"Bro, kau cari apa?" Soal Harriz apabila dia melihat Emir Adden Fattah seakan-akan tercari sesuatu.

"Phone aku. Ada nampak tak?"

Harriz menggelengkan kepalanya.

"Mungkin tercicir masa kau berlawan tadi kut?"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Harriz. Mungkin tercicir masa dia berlawan tadi. Nampak gaya dia perlu beli phone baru lah nampaknya memandangkan phonenya sudah selamat meletup bersama bangunan tadi.

"Shadow, kau dah jumpa location Ghost?" Soal Harriz pada Razul melalui earbuds di telinganya itu.

"Wait.... Okay done! Tapi......"

"Tapi apa?" Soal Emir Adden Fattah.

Razul menelan air liur. Jari jemarinya sekali lagi menekan papan kekunci laptopnya dengan laju. Risau kalau dia tersalah tengok atau laptopnya itu problem.

"Kenapa Zul?"

"Sekejap"

Razul keluar dari officenya lalu dia menuju ke stesen IT di mana bilik tersebut mempunyai pelbagai kemudahan untuk hack. Semua hacker selalunya asyik berkurung dalam bilik ni tai memandangkan sekarang pukul 4 pagi, jadi dia seorang je yang ada. Dia menuju salah satu laptop yang agak canggih dalam bilik itu lalu jari jemarinya cepat menaip.

"Damn it!"

"Why?"

"Airisya!"

"Kenapa dengan Airisya?" Soal Emir Adden Fattah tidak tenang apabila Razul menyebut nama Dhia Airisya.

"Location Firash dengan location Airisya ada di tempat yang sama termasuk phone kau, King" tutur Razul memberitahu mereka apa yang dilihatnya di screen yang terpampang besar. Ada 3 titik yang berlainan warna terpapar di Pelabuhan Klang dan 3 titik itu adalah location Firash, Airisya dan phone Emir Adden Fattah.

"Sial!" Bentak Emir Adden Fattah.

"Bagitahu aku location diorang" ujar Emir Adden Fattah sambil berlari ke arah kereta.

"Pelabuhan Klang"

Emir Adden Fattah mengerutkan dahinya. Perlabuhan Klang? Dia cuba mengingati mimpinya. Tidak silap dia ada bermimpi kejadian di Pelabuhan Klang di mana Dhia Airisya menyelamatkan dia daripada ditikam oleh Alex. Jangan kata ni kerja Alex?

"Let's go!"

Kereta mula meluncur laju ke lebuh raya. Emir Adden Fattah memandu kereta selaju mungkin bersama debaran dada yang kian hebat. Habis dipotong segala kereta. Nasib jalan raya ketika ini tidak sesat. Lampu isyarat pula sudah di hack oleh Razul.

Kereta diberhentikan betul-betul di depan berpuluh-puluh orang yang sedang berdiri statik di belakang seorang lelaki yang sedang merokok. Tali pinggang dicabut seraya itu badan dikeluarkan dari badan kereta. Dia berpaling memandang ke kanan di mana Harriz berdiri di tepinya dan di kirinya ialah Iqbal.

Pandangan dialihkan ke belakang di mana orang-orangnya juga sudah sampai dan mula mengambil tempat. Harriz menangguk kepala pada Emir Adden Fattah memberi isyarat yang mereka semua sudah bersedia. Emir Adden Fattah berpaling ke depan semula dan dengan selamba dia berjalan menghampiri lelaki yang merokok itu tanpa perasaan gentar sedikit pun.

"Hey Joe, Alex arah kau?"

Johari ketawa kecil. Terasa kelakar dengan soalan yang diutarakan oleh Emir Adden Fattah. Dia mara ke depan menghampiri Emir Adden Fattah. Mulutnya didekatkan pada telingan Emir Adden Fattah.

"Ermm nope. Aku just minta bantuan sikit je dengannya"

Emir Adden Fattah mengerutkan dahinya.

"Ask your friend what he did to my sister. Korang berani sentuh adik aku and korang tahu lah akibatnya"

Emir Adden Fattah hanya diam, cuba mencerna kata-kata Johari. Tangannya digenggam geram apabila dia baru teringat yang perempuan tempoh hari adalah adik Johari! Apa yang Firash dah buat?

Senyuman sinis diukir oleh Emir Adden Fattah.

Mulutnya didekatkan di telinga Johari.

"Same goes to you. Once kau cari nahas dengan kitorang, jangan harap kau akan hidup lagi lepasni"

Ditepuk-tepuk bahu Johari sambil tersenyum sinis. Melihat muka Johari yang berubah tegang itu membuatkan dia semakin tersenyum sinis. Tapi tidak lama apabila Johari pula yang tersenyum sinis lalu ketawa dengan kuat.

"Well well well, kau ingat kau boleh buat macam-macam kat aku? Kau kena ingat nyawa kawan kau and WIFE kau ada di tangan aku." Ujar Johari dengan banggannya apabila dia dapat menangkap Firash dan juga Dhia Airisya yang merupakan isteri kepada Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Tidak sedikit pun gentar dengar ugutan dari Johari itu kerana dia tahu apa pun yang terjadi dia akan selamatkan Firash dan juga Dhia Airisya. Setakat lawan dia Johari, itu kacang hijau je padannya.

"Just do what are you want"

Kenyitan mata diberikan pada Johari sebelum dia berjalan menghampiri Harriz semula. Isyarat mata diberikan kepada Harriz sebelum dia memusingkan badannya semula memandang Johari yang semakin bengang itu.

"Serang diorang!" Jerit Johari kuat.

"Now!" Jerit Emir Adden Fattah pula.

Perlawanan mula bermula. Pelabuhan Klang tersebut semakin lama semakin penuh dengan darah dan beberapa orang yang sudah tumbang. Emir Adden Fattah, Harriz dan juga Iqbal tidak berhenti berlawan demi menyelamatkan kawan mereka.

"Eagle, Phython, aku cari Ghost dengan Airisya"

"Alright King"

Emir Adden Fattah menjauhi tempat perlawanan itu. Matanya liar mencari keberadaan Airisya dan Firash. Entah di mana Johari menyorokkan mereka berdua. Sampai sekarang mereka berdua tidak kelihatan.

Bang

Langkahnya terhenti.

Dia berpaling memandang Johari yang sedang mengacu pistol kepadanya. "Mana kau sorok diorang?" Soalnya pada Johari yang sedang tersenyum sinis itu membuatkan Emir Adden Fattah semakin bengang. Tangannya digenggam erat cuba menahan amarah.

"Kau takkan dapat jumpa diorang!"

"I asking you for the last time. Mana diorang?"

Johari mengangkat bahu lalu senyum mengejek pada Emir Adden Fattah.

"My patience had reached its limit. You gonna die this time"

Tanpa membuang masa, Emir Adden Fattah melakukan serangan kepada Johari. Pistol yang dipegang oleh Johari itu dirampas lalu dilempar jauh. Satu tumbukan padu dilepaskan pada pipi kanan Johari. Tidak cukup dengan itu, satu tendangan juga turut dilepaskan pada perut Johari.

Emir Adden Fattah terus melakukan serangan tanpa memberi sedikit pun peluang kepada Johari untuk melakukan serangan padanya. Dia tersenyum sinis tatkala kakinya memijak dada Johari dengan kasutnya. Ditekan dada Johari dengan kuat sehingga lelaki itu menjerit kesakitan. Pistol disebalik jaketnya dikeluarkan lalu diacu pada Johari.

"I told you, you gonna die this time. Good bye!"

Bang

"Arghhh!"

Johari menggigit bibirnya kesakitan. Perutnya yang ditembak oleh Emir Adden Fattah dipegang lalu dia mengukirkan satu senyuman sinis.

"Kalau kau bunuh aku sampai bila-bila kau takkan jumpa kawan kau and wife kau!"

Emir Adden Fattah mengetap bibirnya geram. Kakinya semakin memijak dada Johari.

"Aku sure yang both of them sekarang mungkin tengah struggle lawan sejuk"

Bibir diketap kuat. Nafas dalam ditarik.

"Lepaskan aku or selamatkan diorang. Choose"

Emir Adden Fattah hanya diam memikirkan keputusan yang terbaik. Keluhan kecil dilepaskan. Pistol yang diacu pada Johari diselitkan semula pada jaketnya. Kakinya yang memijak dada Johari turut dialihkan. Buat masa sekarang dia perlu memikirkan keadaan Firash dan Dhia Airisya dan tidak bermakna dia akan melepaskan Johari.

"Where are they?"

Johari bangun berdiri sambil memegang perutnya yang ditembak.

"Dalam lori ais hujung sana" tutur Johari.

"What if kau tipu?"

"Up to you nak percaya ke tak"

Baju Johari dicengkam sebelum tumbukan dilepaskan pada pipi Johari membuatkan Johari melayang jatuh ke jalan tar semula. "Kau jangan nak main-main dengan aku sial!" Bentaknya geram dengan Johari yang kelihatan ingin bermain dengannya.

"Aku rasa better kau pergi selamatkan diorang. What if perbuatan kau yang lambat selamatkan diorang membuatkan diorang mati dalam kesejukan?" Ujar Johari membagkitkan lagi kemarahan Emir Adden Fattah. Dia tersenyum sinis. Darah yang penuh di dalam mukutnya akibat tumbukan Emir Adden Fattah diludah ke jalan tar.

"I will kill you if i don't found them"

Tanpa melengahkan masa, Emir Adden Fattah berlari dari situ. Ditinggalkan Johari di situ kerana dia risau apa yang dikatakan oleh Johari itu betul. Lariannya semakin dilajukan menuju ke hujung pelabuhan. Beberapa buah lori ais yang tidak jauh dihampiri.

"Shit!"

Bibir diketap geram apabila pintu lori air tidak dapat dibuka. Sudahlah terlalu banyak lori ais jadi dia tidak tahu mana satu yang menempatkan Firash dan Dhia Airisya. Pistol dikeluarkan lalu diacu pada manga untuk membuka pintu lori ais.

Beberapa lori ais sudah di check namun dia masih belum menjumpai Firash dan Dhia Airisya. Bibirnya diketap geram. Dia melepaskan tembakan sekali lagi. Pintu lori ais yang buat kali ke-15 dikuak luas. Perasaannya lega apabila melihat Firash yang terbaring dalam lori ais tersebut.

Dia terus menghampiri Firash yang kelihatan kurang bermaya dan banyak lebam di tubuhnya. "Rash" tuturnya sambil menolong Firash bangun untuk keluar dari lori ais tersebut.

"Mana Airisya?"

Firash memeluk tubuhnya yang kesejukan itu.

"Lo...lori sa..sana"

"Tunggu sini jap"

Firash menangguk kepalanya.

Emir Adden Fattah terus berlalu menghampiri lori yang ditunjuk oleh Firash tadi. Ditembak manga itu lalu pintu lori ais dikuak kasar. Nafas lega ditarik apabila dia menjumpai Dhia Airisya. Terus dia menghampiri Dhia Airisya yang duduk mencangkung di hujung lori.

"Airisya"

Badan Dhia Airisya ditarik ke dalam pelukannya. Bertapa risaunya dia apabila mengetahui Dhia Airisya turut diculik sekali.

"A..awak. Sa..saya sejuk" tutur Dhia Airisya dengan badan yang menggigil. Emir Adden Fattah dipeluk erat bagi merasakan kehangatan badan Emir Adden Fattah. Sumpah dia sejuk gila sekarang! Kalau Emir Adden Fattah datang lambat mungkin dia sudah mati kesejukan.

"Jom, aku bawak kau ke..."

Mata Dhia Airisya terbuntang apabila melihat Johari menghampiri Emir Adden Fattah dari belakang dengan pisau yang tajam di tangan. Badan Emir Adden Fattah makin erat dipeluk lalu dipusingkan menyebabkan kini belakang badannya pula terdedah kepada Johari.

Matanya dipejam bersiap sedia dengan tikaman dari Johari.

"Airisya"

Emir Adden Fattah menggigit bibirnya sambil mencerlung tajam Johari. Pisau yang dipegang dengan tangan kanan semakin dipegang kuat apabila Johari semakin menolak pisau tersebut. Nasib sahaja dia cepat bertindak memegang pisau itu daripada mengena belakang Dhia Airisya. Kini tangannya mengalir darah yang banyak dan mula merasakan sakit.

Dhia Airisya membuka matanya semula apabila dia tidak merasa sebarang tikaman. Dia ingin memusingkan badannya untuk melihat lelaki tadi tapi dihalang oleh Emir Adden Fattah. "Jangan gerak" ujar Emir Adden Fattah. Tangan kirinya yang memegang pistol diangkat untuk menembak Johari namun belum sempat dia melepaskan tembakan, Firash yang berada di belakang Johari terlebih dahulu melepaskan tembakan.

Bang bang bang

Darah terpercik ke mukanya dan juga belakang badan Dhia Airisya.

Emir Adden Fattah menarik nafas lega apabila melihat Johari sudah terbaring tidak sedarkan diri. Pandangannya dialihkan memandang Dhia Airisya yang berada dalam perlukannya. Perlahan-lahan tangan kirinya menggosok lembut belakang badan Dhia Airisya apabila dia melihat badan Dhia Airisya menggigil. Mungkin terkejut dengan bunyi tembakan yang secara tiba-tiba tadi.

"Shhh, I'm here"

Dhia Airisya memejamkan matanya. Ditarik nafas dengan dalam cuba menenangkan dirinya. Apabila dirinya sudah tenang, Dhia Airisya mendongakkan kepalanya memandang Emir Adden Fattah.

"Awak okay?" Soalnya.

Emir Adden Fattah tersenyum nipis. Tangan kanannya disorok ke belakang bagi mengelakkan Dhia Airisya melihat tapak tangannya terhiris dengan pisau. "Hmm, aku okay. Jom keluar. Sejuk" ujarnya. Tangan kirinya melilit pinggang Dhia Airisya memapahnya keluar dari lori ais.

"Kau okay bro?" Ujar Harriz yang baru datang.

"Auchh shit!"

Bibirnya digigit menahan sakit apabila Harriz memegang bahu kanannya. Jeritan Emir Adden Fattah yang secara tiba itu membuatkan Harriz mengerutkan dahinya. Jaket yang dipakai oleh Emir Adden Fattah diselak sedikit dan terserlah bahu Emir Adden Fattah mengeluarkan darah yang banyak.

"Kau kena tembak?" Soal Iqbal.

Emir Adden Fattan menggigit bibirnya.

Perlahan-lahan kepalanya diangguk apabila semua mata memandangnya terutamanya Dhia Airisya. Bahu kanannya itu ditembak oleh Johari tadi semasa dia ingin mencari Firash dan Dhia Airisya.

"Awak"

"Aku okay. Sikit je ni"

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Badan Emir Adden Fattah dipeluk lalu mukanya disemban di dada Emir Adden Fattah. "Sorry" tuturnya dengan perasaan bersalah. Sedih hatinya melihat Emir Adden Fattah terluka kerana ingin menyelamatkan dirinya

"Semua dah settle?"

"Hmm dah. Aku rasa better kau, Airisya dengan Firash balik base kita. Dapatkan treatment. Pa....."

Bang

Bunyi tembakan ke udara menyentakkan mereka semua. Dipusingkan badan ke belakang memandang seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh daripada mereka sambil mengacu pistol kepada. Badan lelaki itu habis dipenuhi darah.

Emir Adden Fattah menarik Dhia Airisya ke belakang badannya bagi melindunginya. Dia mengeluh kecil memandang kawan rapat Johari yang berdiri tidak jauh daripadanya. Hidup lagi rupanya, ingatkan sudah mampus. Baru hendak melangkah ke depan, langkahnya terhenti apabila Dhia Airisya memegang lengannya.

Emir Adden Fattah berpaling memandang Dhia Airisya. Matanya melorot memandang tempat yang dipandang Dhia Airisya. Bibirnya digigit. "Aku okay" tuturnya apabila melihat muka kerisauan Dhia Airisya.

Dhia Airisya mendongakkan kepalanya memandang Emir Adden Fattah. Okay dia kata? Darah teruk mengalir dari tangan tanpa henti boleh lagi dia kata okay? Dia mengeluh kecil. Patut la tadi dia tidak merasa tikaman daripada penjahat tadi.

"Okay awak kata?"

"Sikit je pun. Aku dah pernah kena jauh lebih teruk daripada yang ni." Ujar Emir Adden Fattah sambil menarik lengannya yang terluka dari pegangan Dhia Airisya.

Sekali lagi Dhia Airisya mengeluh. Dia memandang bahu Emir Adden Fattah yang luka akibat tembakan. Kepalanya dialih memandang seorang lelaki penjahat yang berdiri tidak jauh daripadanya. Dia mengalihkan pandangannya pada lelaki yang ditembak oleh Firash tadi pula.

Bibirnya diketap geram.

"Airisya, what are you doing ?!"

Langkahnya yang ingin mara pada lelaki yang berdiri tidak jauh daripada mereka terhenti apabila Emir Adden Fattah merentap lengannya kasar. Dipandang muka bengang Emir Adden Fattah dengan wajah kosong.

"Just let me settle this"

"No!" Bantah Emir Adden Fattah kuat. Sekali lagi dia merentap tangan Dhia Airisya apabila Dhia Airisya mahu mara pada lelaki itu.

"Are you crazy, Airisya? Stay behind me!" Bentak Emir Adden Fattah melarang keras Dhia Airisya dariapada mara ke lelaki itu.

"Yup betul kata Fattah. Its dangerous. Better you stay behind us" ujar Harriz yang turut ingin menghentikan Dhia Airisya daripada mara ke lelaki itu.

"No! You all stay behind me. Look at yourself." Tutur Dhia Airisya berkeras. Dah luka sana sini nak lawan lagi ke?

"Airisy...."

Bang

Bunyi tembakan kali kedua ke udara sekali lagi menyentakkan mereka.

"Tak apa masalah korang ni? Nak gaduh sesama sendiri time ni lah pulak" tutur lelaki itu bengang apabila dirinya terasa dipalau oleh mereka semua. Macam tak wujud je kewujudan dia yang sedang berdiri di situ.

"Lawan dengan aku" ujar Dhia Airisya.

"Airisya!" Jerit  Emir Adden Fattah kuat. Dia betul-betul bengang ketika ini. Dipandang tajam Dhia Airisya namun Dhia Airisya hanya buat tidak endah sahaja.

"Actually aku taknak lawan dengan perempuan tapi kau ni buat aku rasa tercabar"

Dhia Airisya tersenyum sinis. Tawarannya diterima. Dia melangkah mahu mendekati lelaki itu namun sekali lagi Emir Adden Fattah menghalangnya. "No, aku tak benarkan!" ujar Emir Adden Fattah dengan nada tegang. Mukanya juga semakin menegang.

"Habistu awak nak saya biarkan awak lawan dia dengan keadaan awak macam ni, Adden?"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Bahu Dhia Airisya dipegang lalu dihadapkan depannya. Matanya merenung lama mata Dhia Airisya. Dia tahu Dhia Airisya risau akannya tapi dia lagi risau kalau Dhia Airisya berlawan dengan kawan Johari itu. Ianya sangat membahaya untuk Dhia Airisya.

"Please Airisya, dengar cakap ak....."

"You don't trust me right? You think I can't fight. Am I right?"

"Airisya"

Dhia Airisya menundukkan kepalanya. Matanya dipejam seketika sebelum dia mendongakkan kepalanya semua memandang tepat pada mata Emir Adden Fattah.

"Give me a chance to prove that I also can fight"


***********

Go Airisya !!!!

Korang rasa Emir Adden Fattah bagi ke Dhia Airisya berlawan?

Wait for next chapter !!!

Jangan lupa vote n comment ye korang !


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro