Bab 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tuala putih yang kecil diperah bagi mengeluarkan air sebelum diletakkan semula pada dahi Emir Adden Fattah. Dari semalam dia tidak tidur sejak pulang ke bangunan Secret Hunters Agency kerana merawat Emir Adden Fattah.

Kata doktor yang bekerja di bangunan Secret Hunters Agency ini, bahu kanan Emir Adden Fattah yang ditembak dan tapak tangan Emir Adden Fattah yang terkena pisau itu dijangkiti kuman sehingga menyebabkan suhu Emir Adden Fattah meninggi sejak semalam.

Punggungnya dilabuhkan di katil King di sebelah Emir Adden Fattah. Direnung lama muka Emir Adden Fattah yang pucat itu. Tangan kanan Emir Adden Fattah yang dibaluti itu dipegang. Kalau doktor tak bagitahu sampai ke sudah dia tidak tahu yang tangan Emir Adden Fattah terluka agak dalam. Patutlah semalam dia tidak ditikam oleh Johari.

Pintu diketuk lalu dikuak luas oleh Iqbal menyebabkan Dhia Airisya berpaling memandangnya. Iqbal berjalan menghampiri Dhia Airisya. Senyuman nipis diukirkan pada Dhia Airisya.

"Adik pergi makan and take a rest. Dari semalam adik jaga Emir"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya.

"It's okay, abang"

Iqbal mengeluh kecil. Bahu Dhia Airisya dipegang. " Pergilah rehat and makan. Nanti adik jatuh sakit pula" pujuk Iqbal sekali lagi. Dia tidak mahu adiknya, Dhia Airisya jatuh sakit kerana sibuk menjaga Emir Adden Fattah sehingga diri sendiri tidak terjaga.

"Taknak."

Iqbal menggelengkan kepalanya "Degil!" Dahi Dhia Airisya disiku membuatkan Dhia Airisya memandangnya tajam. Iqbal tersengih.

"Anything panggil abang."

Dhia Airisya menangguk kepalanya.

Iqbal berjalan menghampiri pintu semula. Baru sahaja dia mahu menutup pintu bilik tapi tak jadi apabila Dhia Airisya memanggilnya.

"Rash?"

"He's okay. Sakit sikit je"

Dhia Airisya meangguk kepalanya. Iqbal dipandang sehingga batang hidungnya hilang dari pandangan matanya. Nafas lega ditarik. Nasib Firash okay je. Dia tidak sempat nak melawat Firash kerana sibuk menjaga Emir Adden Fattah.

Termenung Dhia Airisya terhenti apabila tangannya dipegang oleh Emir Adden Fattah. Terus dia mengangkat kepala memandang Emir Adden Fattah. "Awak nak apa-apa?" Soalnya sambil menolong Emir Adden Fattah bersandar pada kepala katil. Melihat gelengan Emir Adden Fattah membuatkan dia duduk semula di sebelah Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya lama.

"Kenapa kau keluar dari rumah daddy?" Soal Emir Adden Fattah. Dari semalam dia tertanya macam mana Dhia Airisya boleh berada dengan Johari.

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia mula menceritakan apa yang jadi kepada Emir Adden Fattah. Bagaimana dia boleh tertangkap dengan Johari. Kepalanya ditundukkan melihat muka tegang Emir Adden Fattah.

"Are you stupid, Airisya?"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Dia hanya memandang jari jemarinya bermain hujung baju. Takut nak bertentangan mata dengan Emir Adden Fattah.

"Lepastu kalau kau dah terang-terang tahu yang mesej tu bukan dari aku kenapa kau memandai nak lawan diorang?"

"Sa...saya nak selamatkan a...awak tu je. Saya ingat awak kena tangkap diorang"

Emir Adden Fattah melepaskan keluhan kecil. Dia masih bengang dengan kelakuan Dhia Airisya yang memandai keluar dari rumah Tengku Yusuf dan mengikuti musuh mereka.

"Kalau aku dalam bahaya sekalipun, i can save my self and i don't need your help. Kau bukan membantu tapi menyusahkan. Look what you have done, Airisya. Kononnya nak berlawan dengan musuh. Tapi kau tahu tak kau buat aku ris......" Kata-katanya diberhentikan. Dia mengeluh kecil seraya tanggan digenggam kemas.


Flashback

"Give me a chance to prove that I also can fight"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Matanya dipejam seketika sebelum dia memandang Dhia Airisya tepat pada matanya. "Kau betul-betul nak berlawan?" Soalnya.

Dhia Airisya menangguk kepalanya laju.

"Suka hati kau la. Kalau aku tak kasi kau bukan nak dengar pun cakap aku" ujar Emir Adden Fattah tanpa nada. Sejurus itu, dia berjalan mengjauhi Dhia Airisya. Disandarkan badannya di lori ais sambil memeluk tubuhnya. Dipandang wajah Dhia Airisya yang tampak kelihatan sedang berkecil hati dari situ dengan wajah kosong.

Dhia Airisya mengeluh kecil. Bibirnya digigit. Sukar mahu membuat keputusan. Agak tersentap dengan perbuatan Emir Adden Fattah namun dia cuba tabahkan hatinya.

"Haishh penat la aku dengan drama korang ni. Nak lawan dengan aku ke tidak?" Ujar lelaki itu bengang. Dari tadi dia menunggu untuk berlawan namun hampa apabila sejak tadi berlaku drama di depannya.

Dhia Airisya baru sahaja mahu membuka mulut namun bahunya yang dipegang tiba-tiba membuatkan kepalanya menoleh ke kiri. Iqbal yang berdiri di tepinya itu dipandang.

"I think you should listen to your husband. Look at his angry face. I'm scared." Bisik Iqbal pada telinga Dhia Airisya. Bukan dia ingin menakutkan tetapi kalau Emir Adden Fattah tengah bengang atau marah pehhh dia yang tak bersalah pun boleh terlibat sekali kena tempiasnya. Dah lali sangat dengan perangai kawan baiknya itu.

Iqbal menepuk perlahan bahu Dhia Airisya sebelum dia mara ke arah kawan si Johari. "Tak chill lah bro lawan perempuan. Kita lawan dua. Ada berani?" Soal Iqbal sambil mengangkat keningnya. Dia tersenyum sinis.

End Flashback.




Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang Emir Adden Fattah dengan mata yang berair. Agak terkilan dengan kata-kata yang diutarakan oleh Emir Adden Fattah. Bibirnya digigit. Kepala ditunduk semula.

"Awak tak pernah hargai apa yang saya buat untuk awak" tutur Dhia Airisya perlahan namun masih didengari Emir Adden Fattah. Air matanya yang semakin mengalir itu dibiarkan memgalir. Sungguh kali ini dia betul-betul terkilan dengan kata-kata Emir Adden Fattah.

"Airisya, this is not....."

"Awak bangun terus marah-marah saya. Saya jaga awak dari semalam sampaikan saya sendiri tak tidur and makan and then you let your anger out on me. Fikir saya tak ada perasaan ke?"

Bibirnya digigit. Dia tahu apa yang dia buat tu salah tapi dia cuma risaukan suaminya sendiri lebih-lebih lagi semalam dia mendapat mesej macam tu dari musuh. Ingat dia boleh tenang ke duduk rumah memikirkan yang suami sendiri dalam bahaya?

Air mata dikesat kasar. Dhia Airisya bangkit dari duduknya. Baru kaki hendak melangkah tapi tangannya dipegang oleh Emir Adden Fattah.

"Yes, I let my anger out on you because you deserve it! Kau suka bertindak melulu dan perbuatan kau tu bahaya!"

Dhia Airisya menarik nafas dalam. Badan dipusing menghadap Emir Adden Fattah.

"Salahke saya nak selamatkan suami saya sendiri? Salahke saya risau kat suami sendiri?"

Emir Adden Fattah bangkit daripada katil lalu berdiri di depan Dhia Airisya.

"Yes salah. Because it's not worth to you"

"And then blame on yourself, not me. Salahkan diri awak sebab terlibat dalam dunia bahaya. Jangan salahkan saya"

"Jadi kau nak cakap yang aku mendatangkan bahaya kepada kau?"

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Matanya dipejam seketika cuba menenangkan hatinya. Buat pertama kali dia berani berlawan kata dengan Emir Adden Fattah dan nampaknya ia membuatkan pergaduhan mereka semakin teruk.

"Terserah awak nak cakap apa. Saya nak keluar tenangkan hati saya"

Dhia Airisya berjalan menjauhi Emir Adden Fattah. Dia taknak mereka berdua terus berlawan kata. Risau kalau ianya semakin teruk pergaduhan mereka.

"Airisya!"

Panggilan Emir Adden Fattah dihiraukan. Dia berjalan keluar dari bilik namun langkahnya terhenti apabila melihat Harriz, Iqbal, Razul dan Firash berdiri di luar bilik. Jangan kata yang mereka dengar mereka gaduh? Bibirnya digigit. Langkahnya diteruskan.

"Icha"

"Leave me alone"

Iqbal memberi gelengan kecil pada Razul supaya membiarkan sahaja Dhia Airisya keseorang kerana dia sangat kenal akan adiknya. Mereka menapak masuk ke dalam bilik. Emir Adden Fattah yang sedang mengenggam tangan itu dipandang.

"Ni semua kau punya pasal!"

Satu tumbukan dilepaskan pada Firash yang tidak bersedia dengan pukulannya itu. Kolar baju Firash dicengkam dengan bengang.

"Fattah!"

"Yang kau bodoh sangat pergi lepaskan nafsu setan kau kat perempuan tu kenapa? Look what you have done Firash Arfan!" Jeritnya kuat. Cengkaman pada kolar Firash semakin dikemaskan sehingga menampakkan urat-urat di tangannya.

"Mana la aku tahu yang perempuan tu adik Joe"

"Bodoh! Apa je yang kau tahu? Yang kau tahu rosakkan perempuan! Memang patut perempuan first love kau tu tinggalkan kau!"

"Kau jangan nak cakap sembarangan dengan aku, Fattah! Perempuan tu yang menyebabkan aku jadi playboy!" Jerit Firash tidak berpuas hati apabila Emir Adden Fattah mengaitkan kisah lama yang sudah lama terkubur. Kolar baju Emir Adden Fattah turut dicengkam kuat.

"Enough korang berdua!"

Harriz menarik badan Emir Adden Fattah manakala Iqbal menarik badan Firash. Razul pula berdiri di tengah menghalang mereka berdua daripada menghampiri.

"Habistu perlu ke lepaskan nafsu kau kat perempuan tu? She was only 17 years old!"

"Yang kau pahal tiber nak cakap pasal ni? Sebelum ni kau tak kesah pun apa yang aku buat"

"Because what you did was put us in danger! Itu pun tak faham ke?"

Firash menggenggam tangannya. Nafas ditarik dalam.

"Fine! Aku admit aku salah dan aku telah membahayakan korang semua. I'm sorry okay?" Tutur Firash mengalah kerana dia tahu apa yang terjadi berpunca darinya dan dia tidak mahu yang pergaduhan mereka menjadi serius.

"Dah stop it. Dah selesaikan korang berdua?" Ujar Razul memandang Emir Adden Fattah dan Firash bergilir.

"Okay now Fattah, kau pergi cari bini kau tu n pujuk dia n minta maaf kat dia. Apa yang jadi bukan salah dia. Dan kalau aku ada kat tempat dia, aku akan buat benda yang sama kalau suami sendiri dalam bahaya" tutur Razul pada Emir Adden Fattah. Bahu Emir Adden Fattah ditepuk lalu senyuman kecil diberikan kepada Emir Adden Fattah.

"Hmmm betul kata Zul. Adik aku tu kalau kau pujuk kena dengan gaya, she will be fine but if kau letak ego kau tinggi melangit and biarkan dia terus sedih macam tu percayalah you will lost her one day. Aku bukan nak doakan yang buruk-buruk kat korang tapi aku terlalu kenal adik aku" tutur Iqbal menyokong kata-kata Razul.

Emir Adden Fattah melepaskan keluhan kecil.

Dhia Airisya memeluk tubuhnya sambil memandang langit yang dihiasi bulan dan bintang. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa yang dibiarkan menampar tubuhnya. Air mata yang tidak berhenti mengalir itu dikesat kasat. Dia sekarang berada di rooftop Secret Hunters Agency untuk menenangkan hati dia.

Bunyi tapak kaki seseorang dari belakang membuatkan dia berpaling ke belakang. Namun hambar apabila dia melihat Iqbal yang menghampirinya. Dia menoleh memandang langit semula. Fikirnya tadi Emir Adden Fattah.

Iqbal menapak menghampiri Dhia Airisya. Tangan kirinya menarik bahu Dhia Airisya ke dadanya. Terus pecah tangisan Dhia Airisya sebaik sahaja dia menarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya. Dia tersenyum kecil. Teringat masa mereka kecik-kecik dulu. Seriosly, Dhia Airisya semasa kecik suka sangat menangis.

"Eee ingatkan kecik-kecik je suka menangis. Besar-besar pun suka menangis juga?"

Hidung Dhia Airisya ditarik geram.

"Abang!"

Tangan Iqbal yang menarik hidungnya itu ditepis kasar. Dijeling tajam Iqbal yang sidah ketawa itu. Suasana kembali sunyi. Tangan Iqbal menggosok perlahan-lahan bahu Dhia Airisya. Dan nampak gaya Dhia Airisya sudah tidak menangis lagi. Hanya bunyi hingusan hasil daripada menangis tadi saja.

"Adik"

"Hmmm?"

"Abang bukan apa. I just want to give you some nasihat. What you did was wrong. Adik tak patut tau cakap dengan suami adik macam tu. Adik sendiri tahu kan yang dunia dia bahaya but you still want to married with him. Dia pun taknak juga setiap hari dikeliling musuh and dia pun nak juga hidup normal seperti orang biasa. Tapi benda dah nak jadi and dia pun just hadap je benda tu" tutur Iqbal memberi sedikit nasihat kepada Dhia Airisya.

"Apa yang jadi sebenarnya? Kenapa dia selalu dikelilingi musuh?"

Iqbal tersenyum kecil.

"You should ask him yourself. Yang tu bukan tempat abang untuk ceritakan kisah silam dia"

Iqbal memusingkan badan Dhia Airisya menghadapnya. Air mata Dhia Airisya dikesat dengan ibu jarinya seraya itu kepala Dhia Airisya diusap perlahan.

"But trust me, dia marah sebab dia risaukan adik. Dia sayang adik and dia taknak adik terluka. Cukuplah kejadian 4 tahun lalu membuatkan adik trauma and he still rasa bersalah sampai sekarang" sambung Iqbal lagi. Melihat Dhia Airisya hanya diam sahaja dan tidak menangis lagi membuatkan dia rasa lega sedikit.

Bahu Dhia Airisya ditepuk. "I leave it to you two" ujar Iqbal. Kepala dipusing memandang Emir Adden Fattah yang berdiri di pintu tidak jauh daripada mereka.

Dhia Airisya turut berpaling memandang Emir Adden Fattah namun sekejap sahaja. Dia berpaling memandang Iqbal semula yang kelihatan sudah mahu mengangkat kaki. Dipandang Iqbal yang menjauhinya sehingga hilang dari pandangannya.

Emir Adden Fattah menghampiri Dhia Airisya. Dia berdiri di depan Dhia Airisya dan memandang Dhia Airisya yang menunduk kepala memandang lantai. Bibirnya digigit.

"Saya minta ma....."

"Aku minta maaf"

Dhia Airisya ditarik ke dalam pelukannya. Dicium sekilas Dhia Airisya sambil menggosok lembut belakang badan Dhia Airisya.

"Saya pun minta maaf juga"

Emir Adden Fattah tersenyum nipis. Rasa lega yang Dhia Airisya tidak merajuk dengannya. Mujur sahaja ada Iqbal dan kawannya yang lain yang memberi nasihat kepadanya dan juga Dhia Airisya. Kalau tak sampai sekarang egonya masih melangit tidak mahu meminta maaf dengan Dhia Airisya.

Iqbal tersenyum lebar. Nafas lega ditarik melihat mereka berdua sudah berdamai. Tidak sia-sia dia memberi nasihat kepada Emir Adden Fattah dan juga Dhia Airisya. Dia bukan nak masuk campur hal rumah tangga mereka tetapi dia risau tadi melihat mereka berdua bergaduh. And sometimes, orang yang dah kahwin memang memerlukan nasihat daripada orang lain juga.

"They are so lucky to have you as a brother and as a friend"

Iqbal berpaling memandang ke sebelah apabila satu suara perempuan menyapa gegendang telingannya. Dia tersenyum nipis kepada Aisy yang entah sejak bila berdiri di tepinya. Leka dia memandang Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya dari jauh sehingga tidak sedar kedatangan Aisy.

"And I bet who can have you is also lucky"

*********

Guysss, if you find any typo i'm sorry okay. Author menulis sambil mengantuk. I just finished my group homework and i feel so sleepy right now.

Lepastu, author tak baca balik and tak check any typo so if korang jumpa typo and so on just abaikan. Tak sempat nak check.

Nanti author check semula but not now.

Melepas nak tengok Airisya berlawan kan? Alaa Adden ni tak kasi chance la.

Jangan lupa votement.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro