Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KEPALA disandarkan di pintu. Tangannya pula memeluk tubuhnya bersama senyuman kecil terhias di bibirnya memandang Dhia Airisya yang sedang berlatih menembak tidak henti dari tadi. Nafas lega ditariknya. Hanya dalam masa 3 hari sahaja Dhia Airisya dapat menyuaikan dirinya dengan pistol.

Jujur dia kata, Dhia Airisya seorang yang cepat belajar. Nasib Dhia Airisya dapat melawan traumanya itu walaupun kadang-kadang dia perasan perasaan gugup dan takut dalam diri Dhia Airisya itu masih ada cuma gadis itu tidak menunjuknya sahaja.

Bang

"Wow Airis. You did a good job" puji Michaela sambil menepuk tangan apabila melihat tembakan Dhia Airisya kali ini tepat mengena sasaran.

Dhia Airisya tersenyum kecil. Dipandang tempat yang ditembaknya itu dengan puas hati. Tidak sia-sia dia berkeras mahu belajar menembak. Pistol yang dipegangnya di letak di atas meja. Botol air dicapai lalu diminum rakus. Dia masih belum perasan kehadiran Emir Adden Fattah.

"I'm proud of you"

Usapan lembut pada kepala Dhia Airisya secara tiba-tiba membuatkan Dhia Airisya terkejut kecil. Kepala dipaling ke kanan memandang Emir Adden Fattah yang sedang berdiri di depannya. Tersenyum kecil dia memandang Emir Adden Fattah.

"Thanks awak tolong saya lawan trauma saya" tutur Dhia Airisya tulus dari hatinya. Dia sangat berterima kasih dengan Emir Adden Fattah. Kalau Emir Adden Fattah tidak menolongnya, sudah tentu trauma dia masih belum hilang dan sudah tentu yang dia tidak akan jadi sekuat seperti sekarang.

"Hmmm"

"Dah pergi practice memanah pulak"

"Alaaa baru nak rehat" Dhia Airisya mencerbik mulutnya.

"Takde takde. Pergi sekarang." Tutur Emir Adden Fattah berkeras.

"Yelah"

Dhia Airisya bangun daripada kerusi. Dengan kaki yang lemah longlai dia berjalan menuju ke pintu. Macam ni lah kalau belajar dengan Emir Adden Fattah. Langsung tidak diberikan peluang untuk berehat. Kepala dipusing memandang Emir Adden Fattah yang sedang menahan senyum.

Mukutnya dicerbik. Dijeling Emir Adden Fattah dengan geram sebelum dia keluar dari bilik latihan menembak.

Setelah Dhia Airisya hilang dari pandangannya, Emir Adden Fattah berpaling memandang Michaela yang berdiri tidak jauh darinya.

"Mick. Esok malam I nak you datang rumah I. I nak you protect Airisya" tutur Emir Adden Fattah serius memandang Michaela

Michaela menangguk kepalanya.

"So esok you serang Alex?"

Soalan Michaela dibalas dengan anggukan kepala. Sudah beberapa hari dia tangguh untuk menyerang Alex memandangkan kondisi dia tidak berapa baik. Itupun setelah dipaksa oleh kawan-kawannya untuk menangguhkan serangan mereka.

"Goodluck. Pasal Airisya, don't worry. I will protect her for you"



MELIHAT kawannya yang sedari tadi mendiamkan diri sebaik mereka tiba di Lestaria Cafe membuatkan Farhana semakin geram. Tangannya menepuk kuat bahu Dhia Airisya menbuatkan Dhia Airisya mula sedar ke alam sebenar.

"Babe! Kau dengar tak aku cerita apa?"

"Huh? Kau cerita apa tadi?" Soal Dhia Airisya keliru. Leka termenung akan sesuatu sehingga membuatkan dia tidak sedar apa yang diceritakan oleh Farhana. Melihat Farhana yang memasamkan mukanya membuatkan dia tersengil kecil.

"Alaa babe sorryla" tutur Dhia Airisya sambil menggoyangkan lengan Farhana.

"Haish kau ni buat bazir air liur aku je. Kau termenung apa Icha?"

Soalan Farhana membuatkan dia diam seketika. Keluhan kecil dilepaskan. Baru hendak buka mulut menceritakan apa yang jadi tapi tidak jadi apabila dia terpandang Danial dan beberapa bodyguard lain duduk di sebelah mejanya. Bibirnya digigit. Kepala digelengkan perlahan.

"Tak ada apa. Cite lah balik cerita kau tu"

Farhana mendengus geram. Dhia Airisya yang tersengih itu dijeling tajam. Nasib kawan baik.

"Tadi ada sorang mamat ni langgar aku lepastu aku pula yang kena maki dengan dia. Dasar mamat poyo betul!" Tutur Farhana memberitahu kejadia yang dia dilanggar oleh seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Dhia Airisya.

Flashback

Handbreak ditarik sebaik sahaja kereta diparking tidak jauh dari Lestaria Cafe. Enjin kereta dimatikan. Farhana mencapai handbagnya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu sebelum keluar dari kereta. Setelah memastikan keretanya dikunci, dia segera berlalu menuju ke Lestaria Cafe.

Namun dalam perjalan ke sana, tiba-tiba sahaja bahunya dilanggar seseorang membuatkan file yang dipegang oleh orang yang melanggarnya itu terjatuh ke lantai. Baru sahaja dia ingin menolong mengutip file yang terjatuh dan memohon maaf walaupun dia tahu bukan salahnya namun tidak jadi apabila orang yang melanggarnya itu terlebih dahulu membuka mulutnya.

"Haa elok lah. Orang jalan guna mata and you pula jalan pakai lutut" ujar orang yang melanggarnya itu.

Membulat mata Farhana apabila telinganya mendengar kata-kata yang dikeluarkan dari mulut lelaki dihadapannya itu. Bibir diketap geram cuba bersabar.

"Ehem encik, I jalan pakai mata okay!" Tuturnya geram. Suka-suka hati je tuduh dia jalan pakai lutut. Padahal dia memang pandang depan tadi. Lelaki itu sahaja yang tiba-tiba muncul dari planet mana entah.

"Kalau you jalan pakai mata, tak ada maknanya you akan langgar I melainkan....." Sengaja kata-katanya dihentikan di situ. Dia berjalan mara ke arah Farhana membuatkan Farhana berundur beberapa tapak ke belakang sehingga belakang badannya menyentuh dinding kedai. Tangannya menahan gadis di depannya itu kiri kanan.

Farhana meneguk air liut perit. Sah lelaki dihadapannya itu benar-benar gila! Namun tidak mahu menunjukkan dia lemah, dibalas renungan mata helang itu dengan tajam.

"Melainkan you minat I. Sengaja main langgar-langgar" tuturnya lalu menjauhkan dirinya dariapda gadis tersebut. Tersenyum sinis dia apabila melihat muka gadis di depannya itu kelihatan bengang.

"Hello excuse me. I minat you? Euww please lah. I dah ada boyfriend okay and lagi handsome dari you. Setakat you apa lah sangat. Muka macam you berlambak kat sungai. Elok you pergi balik ke sungai. Risau kalau family buaya you cari" tutur Farhana sambil membuat muka jijik memandang lelaki itu. Mahu ketawa dia sekarang melihat perubahan muka lelaki didepannya itu. Nampak macam bengang je?

Siapa suruh berdebat dengannya! Dia selalu johan pertandingan debat masa kat sekolah menengah. Sudah tentu dia akan menang kali ini! Eheks.

"I blah dulu. Harap tak jumpa you lagi" tuturnya lalu cepat-cepat beredar dari situ. Risau melihat lelaki di depannya itu menahan amarah dengan tangan yang digenggam. Karang tak pasal-pasal dia kena tumbuk.

End Flashback

"Hahhaha babe lucu la cite ko ni" tutur Dhia Airisya. Dia ketawa kecil setelah mendengar cerita yang diceritakan oleh Farhana tadi.

"Padan muka dia! Puas aku bagi kata-kata pedas! Huh!"

"Jangan macam tu babe. Kan nanti kan dia jodoh ko acane?" Tutur Dhia Airisya dengan kening yang dijongket bersama senyuman kecil. Teringat dia akan mimpinya yang Farhana berjumpa dengan Harriz. Entah-entah lelaki yang dilanggar oleh Farhana tadi ialah Harriz.

Pak

"Auch. Sakitla" muncung bibir Dhia Airisya sambil menggosok bahunya yang ditampar oleh Farhana.

"Kau kalau mulut kau masin tak ke naya aku?"

"Ye lah. Tapi kan babe aku ada cerita yang aku mimpi kau dengan sorang laki ni kan."

"Yup. So?"

"What if lelaki tu adalah orang yang sama?" Soal Dhia Airisya. Keningnya dijongket pada Farhana bersama senyuman lebar. Kalau betul lelaki yang dicerita oleh Farhana adalah Harriz, maksudnya mimpinya itu betul-betul jadi kenyataan.

"Arhh kau mengarut je"

"Lelaki tu pakai baju warna apa tadi?" Soal Dhia Airisya ingin kepastian.

"Hmm tak silap aku baju kemeja maroon"

Dhia Airisya tersenyum lebar mendengar jawapan dari Farhana. Sah! Lelaki yang Farhana berjumpa tadi adalah Harriz memandangkan Harriz turut memakai baju kemeja yang berwarna maroon.

"Tahniah babe. Kau dah jumpa jodoh kau. Nama dia Harriz Adham."

"Airisya!"




KEPALA dilentokkan pada sofa sebaik sahaja Firash mengambil tempat duduk. Matanya dipejam sambil tangan mengurut  dahi. Terasa berpinar-pinar kepalanya ketika ini. Habis terbantut segala kerjanya. Sudah seminggu dia tidak sedap badan. Kerap pening kepala dan kerap muntah.

"Bro kau okay tak? Aku tengok kau macam tak sihat je" soal Harriz sedikit risau melihat Firash yang tidak sihat itu.

Selaku dengan pertanyaan Harriz, semua mata memandang Firash. Diangguk kepala mereka tanda mengiyakan kata-kata Harriz. Keluhan kecil terbit dari mulut Firash. Matanya dibuka semula memandang mereka. Dia berfikir sejenak. Berfikir apa alasan yang patut dia berikan.

"Demam sikit je. Don't worry" tipunya kerana tidak mahu mereka tahu apa yang kepadanya sedangkan dia sangat tahu dirinya terkena morning sickness. Walaupun Ariana yang mengandung tapi tidak bermakna ibu mengandung yang terkena morning sickness.

"Lahh dah tahu demam pergilah jumpa Dr. Henry" tutur Harriz merujuk kepada ketua doktor yang bertugas di bangunan mereka. Memandangkan pekerjaan mereka membahaya dan melukakan, Emir Adden Fattah telah membuka tingkat khas untuk perubatan.

"Haah betul tu kata Riz, better kau pergi jumpa Dr. Henry. Lagipun serangan kita lusa. Aku taknak tangguh lagi" ujar Emir Adden Fattah tegas. Dia sudah tangguh serangan mereka pada Alex memandangkan kondisinya tidak baik. Dan hari yang ditunggu adalah lusa.

"Hmmm, i will. Btw hari ni aku kerja separuh hari tau"

"Okay. Just take a good rest"

Sampai sahaja di rumah, Firash terus memboloskan dirinya keluar dari kereta. Plastik ubat yang berada di seat sebelahnya diambil sebelum menuju ke dalam rumah. Sempat dia berjumpa dengan Dr. Henry. Ubat yang dibagi pun hanya sekadar untuk menghilangkan rasa peningnya.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, Firash terus menghampiri sofa lalu membaringkan badannya. Rasa pening yang semakin mencucuk itu tidak dapat ditahan lagi. Plastik ubat diletakkan di atas meja. Necktie dibuka bersama 3 butang baju atas. Matanya dipejam mahu berehat seketika.

Ariana yang mendengar enjin kereta terus meluru ke bawah. Kakinya diatur menghampiri Firash yang sedang terbaring di atas sofa. Bibirnya digigit melihat keadaan Firash yang pucat lesi. Perasaan bersalah semakin menjalar di sanubari hatinya.

Ouh yaaa mereka dah kahwin dan hanya bersaksikan dua orang sahaja. Katanya Firash dia taknak orang lain tahu tentang perkahwinan mereka termasuk kawan-kawanya. Ariana tersenyum kecil. Tak apalah Firash ingin merahsiakan perkahwinan yang penting lelaki itu mahu bertanggungjawab ke atasnya.

"Rash"

Mendengar nama dipanggil, Firash membuka matanya. Nasib dia tidak terlelap sepenuhnya lagi. Ariana yang sudah sah menjadi isterinya denga mewalikan wali hakim dan beberapa saksi yang sedang berdiri di depannya itu dipandang dengan tanda tanya.

"A...awak taknak ti..tidur atas?" Soalnya gugup dengan renungan mata Firash. Walaupun dah hampir seminggu dia menjadi isteri Firash, dia masih takut nak berhadapan dengan Firash. Lagipun, perangai Firash selalu di luar jangkaannya.

"Argh!" Terjerit kecil Ariana apabila Firadh tiba-tiba sahaja menarik tangannya membuatkan dia jatuh tersemban di dada Firash.

Firash tersenyum kecil. Rambut Ariana yang hampir menutup muka diselit ke belakang telinga. Satu ciuman hinggap di dahi Ariana.

"I miss you"

Ariana meneguk air liur kasar. Sudah dia kata perangai Firash di luar jangkaannya. Degupan jantung yang semakin memainkan irama dengan hanya 3 patah perkataan itu cuba dikawal. Dia bukan apa cuma dia taknak terlalu cepat jatuh cinta walaupun dengan suami sendiri. Dia takut kalau dirinya akan dipermainkan oleh Firash kerana menurut apa yang dia tahu Firash seorang playboy.

"Le....lepaskan pi...pinggang saya" tuturnya gagap. Dia cuba untuk bangun tapi tidak dapat apabila pinggangnya ditahan dengan tangan Firash.

"Taknak"

"Rash"

"Kiss me back"

Ariana mengigit bibirnya memandang Firash yang senyum kecil kepadanya sambil menjongketkan kening padanya.

"Faster, if not we will stay like this until midnight"

"Rash, taknakla" tuturnya dengan suara sedikit serak. Entah kenapa rasa mahu menangis apabila disuruh begitu. Sepanjang 17 tahun dia hidup mana pernah dia berbuat begitu dengan mana-mana lelaki. Sudah lah kahwin di umur 17 tahun pun dia tak sangka apatah lagi mahu membuat aksi sweet dengan lelaki yang dia baru kenal walaupun itu suaminya.

Firash mula sedikit cuak apabila melihat mata Ariana semakin berair. Dia bingkas bangun daripada baring. Ariana yang kini sedang duduk di pahanya dipandang. "Gurau je lah. Janganlah menangis" digosok kepala Ariana lembut sambil tersenyum manis. Geram je tengok Ariana. Comel sangat!

"Ke....."

Kata-katanya tidak sempat dihabiskan apabila rasa mual mula mengambil alih. Ariana yang duduk di pahanya itu segera di alih lalu dia berlari menuju ke dapur. Dimuntahkan segala isi perutnya di dalam sinki.

Ariana turut melangkah ke dapur mengikut Firash. Terkejut dia apabila Firash berlari ke dapur. Melilhat Firash yang sedang muntah itu segera dia hampiri. Belakang badan Firash digosok lembut. Bibirnya digigit. Rasa betul-betul bersalah ketika ini.

Dia yang mengandung tetapi Firash yang terkena morning sickness. Dia pula hanya berubah emosi sahaja seperti mudah nak marah mudah nak menangis. Baginya melihat Firash yang terkena morning sickness seperti muntah dan mengidam itu ini membuatkan dia rasa sangat bersalah akan Firash.

"So...sorry" tuturnya perlahanan. Kepala ditundukkan memandang lantai. Tidak berani untuk bertentangan mata dengan Firash.

Setelah selesai berkumur bagai, Firash mengubah posisi menghadap Ariana. Kedua-dua bahu Ariana dipegang sebelum ditarik ke dalam pelukannya.

"It's okay. Bukan salah kau. Salah aku. Aku yang buat kau mengandung. So i deserved it"

Ariana mendongkatkan kepala memandang Firash.

"A..awak menyesal?"

"Hmm menyesal sangat."

Ariana menundukkan kepalanya semula. Kali ini air mata yang ditahan betul-betul mengalir. Entah kenapa dia rasa sedih sangat apabila Firash berkata begitu. Menyesal? Jadi Firash turut menyesal kahwin dengan dia?

"Menyesal tak buat awal-awal. Kalau tak, lagi cepat kita kahwin. Maybe sekarang dah ada 2 anak?" Sambungnya

"Firash!"

Firash ketawa kecil melihat muka Ariana yang bengang namun dibanjiri dengan air mata. Melihat Ariana yang merenungnya tajam menggelikan hati dia. Dia tersenyum kecil. Yaa, dia menyesal sebab tak jumpa Ariana awal-awal. Mungkin, dia tidak akan jatuh cinta dengam betina tu dan jadi playboy disebabkan betina tu kalau dia jumpa Ariana dari dulu.

"Hikss tak suka"

"Okay okay my little wife. Don't cry okay?"



************

Korang sorry kalau bab ni bosan. Author bagi scene Hana dan Harriz, Firash dan Ariana sikit supaya korang tak muak dengan Airisya dan Adden. Huhu

Jangan lupa votement okeyhh!!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro