Bab 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gelas kaca yang berada di rak diambil dan air sejuk dikeluarkan dari peti. Dia menghampiri Michaela yang berada di meja makan yang sedang mengunyah jajan. Diletakkan gelas kaca dan botol air di atas meja makan. Namun entah mana silapnya membuatkan gelas kaca selamat mendarat di atas lantai. Terburai kaca di atas lantai dan hampir sahaja mengena kaki Dhia Airisya.

"OMG Airis. Are you okay?"

Dhia Airisya terkaku berdiri memandang kaca yang sudah pecah. Debaran dadanya semakin rancak. Persoalan dari Michaela dibiarkan sepi. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati sekarang. Dipejamkan mata sekejap untuk menenangkan hatinya namun dia masih rasa tak sedap hati.

"Icha?" Panggilan dari Kak Teh menyedarkan dia dari lamunannya. Dipandang Kak Teh dan Michaela yang sedang membersihkan gelas yang pecah.

"Mick"

"Yes?"

Tangan Michaela ditarik keluar dari dapur meninggalkan Kak Teh membersihkan gelas kaca bersama pembantu yang lain. "Why Airis?" Soalan Michaela sekali lagi dibiarkan. Dia hanya menarik tangan Michaela sehingga ke biliknya. Pintu ditutup.

"Mick err saya rasa saya nak pergi kat Adden" tutur Dhia Airisya terus terang. Dia semakin tak tenang memikirkan Emir Adden Fattah. Macam ada sesuatu buruk yang berlaku.

"Are you crazy Airis?" Michaela menggelengkan kepalanya. Tangannya mencengkak pinggangnya. Kepala digeleng berkali-kaki. "No no I tak benarkan. Mati I nanti kena kerjakan oleh your husband" tidak sanggup dia nak berhadapan dengan Emir Adden Fattah. Tahu sangat yang Emir Adden Fattah tidak suka pada orang yang mungkir janji lagi-lagi dia dah janji nak awasi Dhia Airisya di rumah sementara dia pergi menyerang Alex malam ini.

"Alaa Mick please"

"No Airisya. You tak tahu si Fattah tu marah dia macam mana. So scary"

"It's okay. I'll backup you okay?"

"No. Jangan buat onar Airisya. Kalau dia tahu you dalam bahaya, bukan I sorang je kena, semua orang disekeliling dia kena. Like 2 years ago, you cedera masa lawat projek. Teruk tau Ayaaz kena marah" bagitahu Michaela menceritakan kejadian 2 tahun lepas semasa Airisya bekerja dengan Ayaaz. Bukan Ayaaz sorang, diorang pun kena sekali tempiasnya.

"Huh? A...Ayaaz kena marah?" Melihat anggukan dari Michaela membuatkan Dhia Airisya terdiam. Jadi selama dia berkerja dengan Ayaaz, Ayaaz dah tahu la yang dia siapa untuk Emir Adden Fattah. Patutlah Ayaaz layan dia lain macam. Jap. Maksudnya Emir Adden Fattah awasi dia dari dulu?

Wahh tak tahu rasa nak marah ke gembira. That's her privacy!

Dhia Airisya menggeleng kepala. Bukan hal itu yang penting sekarang.

"Kalau awak taknak ikut, saya akan pergi sorang"

"Airisya! Can you understand me? I taknak kena marah tahu?"

"And saya pun taknak Adden cedera tahu"

Michaela mengeluh kecil. Dahinya diurut. Pening kepalanya. Kenapala dia tersepit dengan dua orang yang keras kepala? Kalau dia bagi Dhia Airisya pergi memang teruk dia kena dengan Emir Adden Fattah nanti.

"Dia takkan cedera. Dia King. So don't worries okay?"

"Tapi tangan kanan dia tak sembuh sepenuhnya. Saya nak pergi juga. It's okay nanti saya cakap yang awak tak perasan saya pergi"

"Damn that excuses. Fattah takkan dengar sebarang excuses. You need to know that"

Dhia Airisya mengeluh kecil. Dia tak kisah kalau dia kena marah dengan Emir Adden Fattah tapi dia taknak la Michaela kena marah sebab dia. Sekali lagi dia mengeluh kecil. Mata dipejam seketika.

"Ye lah saya tak pergi"

PISTOL yang sudah kehabisan peluru diisi peluru sebelum dia keluar dari tempat persembunyian. Riffle yang tergantung di lehernya juga diisi peluru. Dia berpaling memandang Harriz yang juga melakukan perkara yang sama. Nasib Harriz datang tepat pada masa tadi kalau tidak maunya dia kena tembak.

"Ready?" Soal Emir Adden Fattah pada Harriz

Harriz meangguk kepala.

"Now!"

Mereka keluar dari tempat persembunyian lalu menembak semua musuh-musuh mereka yang berada di depan mereka. Bunyi tembakan yang riuh gempita dalam bilik tersebut. Emir Adden Fattah dan Harriz tidak mengalah dan berjaya mengelak peluru. Gabungan King dan Eagle memang mantap sehinggakan semua musuh mereka tumpas manakala mereka tidak luka sedikit pun.

"Done"

Harriz memberi thumbs up pada Emir Adden Fattah.

"Ghost, Phyton. Keadaan?" Soalnya pada Firash dan Iqbal melalui alat komunikasi di telingannya.

"Clear"

"Jantan tu dah jumpa?"

"Not yet"

Emir Adden Fattah memandang Harriz lalu memberi isyarat mata. Melihat anggukan daripada Harriz, mereka mula bergerak keluar dari bilik itu. Harriz belok ke kanan manakala Emir Adden Fattah belok ke kiri. Mereka mula mengambil haluan yang berbeza.

Harriz semakin maju ke hadapannya. Pistol ditangan diangkat separas bahu sepanjang masa. Dengan berhati-hati dia meredah semua bilik yang ada dan membunuh semua musuh mereka. Dia menarik nafas panjang. Penat.

Baru kaki mahu keluar dari bilik tersebut, dia ternampak satu pintu misteri yang ada dalam bilik tersebut. Dia mula mara ke arah pintu tersebut lalu merempuhnya masuk. Kelihatan seorang lelaki memakai hoodie sedang membelakanginya berdiri di sudut bilik tersebut sambil memegang kotak. Harriz tersenyum sinis.

"Put your hands up" jerit Harriz.

Lelaki itu hanya berdiri statik di situ. Tidak berangjak walaupun sedikit. Kotak yang dipegang diletak ke bawah sebelum memusingkan badannya lalu mengangkat tangannya.

"Harriz Adham"

Harriz mengerutkan dahinya. Macam mana lelaki itu boleh mengenali dia? Sedangkan dia memakai mask hitam dan topi hitam. Jadi mustahillah dapat mengenal muka dia. Takkan kenal suara dia? Tapi siapa lelaki itu? Kepala hoodie yang melindung muka lelaki itu membuatkan dia tidak dapat melihat muka lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum sinis. Tangannya perlahan-lahan menjatuhkan kepala hoodie membuatkan Harriz memandangnya dengan terkejut. Secara automatik Harriz menapak beberapa tapak ke belakang. Pistol yang diangkat separas bahu sudah jatuh ke sisinya.

"Remember me?"

"Ha....Harraz"

BUNYI pintu yang tertutup sendiri dengan kuat memeranjatkan Emir Adden Fattah. Dia mara ke pintu itu semula untuk membukanya namun tidak dapat. "Shit! Perangkap" Dia memusingkan badannya semula dengan pistol separas bahu. Lens mata yang dipakai itu berjaya membantu dia melihat keadaan bilik itu walaupun dalam keadaan gelap.

Satu cahaya terpasang dan dituju khas padanya persis seperti artist yang sedang membuat persembahan di atas pentas. Dia tersenyum sinis. Masa untuk berjumpa dengan musuhnya.

"I know it's you Alex" tuturnya tanpa rasa sedikit pun gentar walaupun dia keseorangan dalam bilik tersebut dan walaupun dia tahu Alex akan cuba menghantar beberapa serangan kepadanya untuk bermain dengannya. Dia tersenyum sinis apabila melihat beberapa orang berada di atas pentas.

Satu lagi cahaya dituju khas di atas pentas memancarkan seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi dikelilingi beberapa orang lelaki. Alex tersenyum sinis lalu melambaikan tangannya kepada Emir Adden Fattah.

"Wow wow wow tidak sangka akan jumpa kau face to face secepat ini hmm. Rindu sangat ke kat aku sampai datang cari aku kat markas aku?" Soal Alex dengan sinis. Tepukan gemuruh ditepuk olehnya mengejek Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah ketawa kecil. Terasa lawak dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Alex. Dia mula melangkah menghampiri Alex tanpa sedikit takut pun. Langkahnya dihentikan betul-betul di depan pentas. Kepalanya didongakkan memandang Alex yang berada di atas pentas.

"Yee aku rindu kat kau sampai tak sabar nak jumpa kau bunuh kau sampai mampus" ujarnya selamba.

Alex ketawa berdekah.

"Auww terharunya. Tapi kau silap, once kau masuk sangkar harimau jangan kau ingat kau dapat keluar dengan selamat" Ujar Alex dengan suara dan muka yang tegang.

"Dan kau pula kena ingat, aku ni Emir Adden Fattah. Once aku masuk sangkar harimau, harimau tu yang akan tunduk kat aku. Same goes to you Alex" ujarnya dengan senyuman sinis. Tidak gentar sedikit pun dia melihat Alex yang semakin tegang dengannya. Laa takkan dengan ayat dia tu dah buat Alex berbolak-balik? Lemah!

Alex sekali lagi ketawa berdekah.

"Well let's see. Let's play some games" sebaik sahaja Alex berkata begitu, bilik itu kembali gelap dan Alex hilang sekelip mata di depannya. Bunyi tapak kaki yang menghampirinya membuatkan dia semakin tersenyum sinis. Fikir dia tak boleh lawan ke dalam keadaan gelap? Kalau tak ada smart lens sekalipun dia tetap boleh lawan.

Bunyi loceng secara tiba-tiba membuatkan dia berkerut dahi. Secara tiba-tiba pistolnya ditarik dan melekap di atas siling ibarat magnet yang menarik. Begitu juga dengan rifflenya dan pisau yang terselik di pinggangnya melekat di dinding dengan laju. Kini dia tidak mempunyai apa-apa senjata.

Emir Adden Fattah tersenyum sini lalu ketawa kecil. "Ni permainan kau Alex?" Segala logam terlekat di siling tetapi untuk orang-orang Alex, senjata mereka masih bersama dengan mereka.

"Aku tak tahu kau pengecut nak mampus! Kenapa? Takut aku ngap kau? Takut aku ambik alih sangkar kau? Hahahahha lemah!"

Alex yang berdiri di sebalik kain di belakang pentas menggenggam tangannya erat geram dengan Emir Adden Fattah. Dicuba sabarkan hatinya supaya tidak semakin membara kemarahannya. Emir Adden Fattah memang sengaja mencurah minyak padanya.

"Well kau nak ambik alih sangkar aku, kau kenalah main dulu game aku" ujarnya.

"Fikir aku takut?"

Beberapa orang lelaki suruhan Alex mula menyerangnya. Dengan mudah sahaja dia menempis segala serangan. Dia sudah berlatih dari dahulu berlawan tanpa menggunakan apa-apa senjata dan hal ini kacang hijau baginya.

Seorang lelaki yang menyerangnya dibalas dengan serangan high kicks dan lelaki itu dijadikan perlindung apabila beberapa musuhnya yang lain melakukan tembakan padanya. Peluru yang dilepaskan semua terkena pada lelaki itu. Dia tersenyum sinis. Pistol yang berada di lelaki itu dirampas dan dia membalas tembakan. Beberapa orang mula kecundang.

Alex semakin panas. Dia mula duduk tidak tenang apabila orang-orangnya satu persatu ditumpaskan oleh Emir Adden Fattah. Dia mendengus geram lalu mengarah beberapa orang lain lagi untuk menyerang Emir Adden Fattah. Semakin lama semakin banyak orang menyerang Emir Adden Fattah.

"Give me riffle"

Riffle disambut geram oleh orangnya. Dipasang silencer pada hujung riffle tersebut. Riffle yang sudah sedia lengkap dipasang silence dihala pada Emir Adden Fattah yang sibuk berlawan. Dia tersenyum sinis. Peluang ini akan dia gunakan untuk menumpaskan Emir Adden Fattah. Dia tidak kesah kalau dia bermain secara kotor asalkan Emir Adden Fattah tumpas!

Bang

Satu tembakan dilepaskan. Berkat dia memasang silencer, bunyi tembakan itu kalis dan tidak menyedarkan Emir Adden Fattah yang sedang berlawan. Namun secara tiba-tiba satu anak panah muncul secara tiba-tiba lalu mematahkan serangannya.

Emir Adden Fattah menghentikan serangannya sebentar apabila satu anak panah bertembung dengan peluru betul-betul di depan matanya. Naya pak karim. Nasib sahaja peluru yang entah dari mana dihalang oleh anak panah yang datang dari belakangnya. Dia mengenggam tangan geram. Dasar Alex! Tembak dia secara diam-diam ye? Tapi jap! Sapa yang memanah?

Badannya dipusingkan ke belakang. Seseorang yang memakai jaket kulit hitam yang melindung muka orang tersebut dipandang dengan dahi yang berkerut. Dia menelan air liur perit apabila matanya dapat mengesan bentuk figura tersebut. Baru dia hendak menapak ke orang tersebut, orang tersebut sekali lagi memanah ke belakangnya.

Dan sekali lagi anak panah tersebut berjaya mematahkan serangan Alex.

"Shit! Go kill both of them! " jerit Alex geram. Bengang betul dia dengan orang yang muncul secara tiba-tiba itu. Kalau bukan kerana dia, dia dah berjaya tembak Emir Adden Fattah dua kali! Dan sudah semestinya Emir Adden Fattah tumpas sekarang!

Beberapa orang lelaki semakin ramai masuk ke dalam bilik tersebut mengelilingi Emir Adden Fattah dan orang misteri berjaket hitam. Emir Adden Fattah menarik tangan orang tersebut supaya dekat dengannya. Mereka berdua saling menyandarkan belakang mereka memerhati musuh yang mengelilingi mereka.

"Apahal kau kat sini?"

"Selamatkan suami saya. Hehe"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil.

"Fikir lawak?"

"Betullah. Awak patut berterima kasih kat saya tau. Kalau tak tadi awak dah kena tembak" ujar Dhia Airisya. Nasib sahaja dia datang tepat pada masanya. Mahu tak luruh jantungnya apabila Alex melepaskan tembakan secara diam. Dasar Alex hipokrit!

"Janji dengan aku jangan keluarkan sebarang suara berlawan nanti. Don't let Alex know you're Airisya"  tutur Emir Adden Fattah. Dia risau kalau Alex tahu yang di belakangnya kini ialah Dhia Airisya. Mahu dia bawa lari Dhia Airisya daripadanya.

"Okay King. Don't worry. Saya menurut perintah" tutur Dhia Airisya. Dia tersenyum kecil. Gembira yang dia sudah menjumpai Emir Adden Fattah. Penat dia cari tadi bersama Michaela. Entah kemana Michaela pergi, mereka terpisah semasa berlawan tadi.

"Kau ingatkan isyarat yang aku ajar?"

"Hmmm"

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya. Kepala mereka sama-sama diangguk.

"Okay I love you" ujar Emir Adden Fattah perlahan memberi isyarat kepada Dhia Airisya yang bermaksud Emir Adden Fattah akan melakukan serangan dan Dhia Airisya akan backup dan menghalang segala tembakan yang dilakukan pada Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya tersenyum kecil lalu menyebut ' I love you too' tanpa membunyikan suara. Hanya gerakan bibirnya sahaja dilakukan. Yang itu tiada dalam isyarat mereka. Sengaja dia mahu menyebutnya.

Emir Adden Fattah menggelengkan kepalanya. Main-main pula dah isterinya itu. Dia pula yang risau. Bahasa isyarat itu dicipta oleh Dhia Airisya. Mulanya dia meletak isyarat tersebut dengan perkataan lain tapi diubah oleh Dhia Airisya.

"Next, I miss you"

***********

Comel je mereka berdua kan?
Mampuslah Alex nanti.

Buat batch 04, goodluck SPM ! Buat elok-elok okay! Haa okay dah dah pergi study. Haha.

Nah author belanja gambar Emir Adden Fattah pegang pistol

Jangan lupa votement okay!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro