Bab 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

NAMPAK sahaja figura Adden di Secret Hunter, dia terus meluru ke arah suaminya lantas memeluknya erat. Lega hatinya apabila melihat suaminya itu pulang dengan selamat. Terhinjut-hinjut bahunya menangis kerana ketakutan yang amat.

"Sayang, abang okay la"

Adden cuba meleraikan pelukan namun pelukan semakin dieratkan oleh Dhia Airisya. Dia membiarkan Dhia Airisya menangis dalam pelukan. Belakang badan Dhia Airisya diusap lembut.

Lengan Dhia Airisya ditarik menuju ke kerusi. Dilabuhkan punggung mereka di situ. Dahi Dhia Airisya dikucup lama. Isterinya masih menyembankan muka di dadanya. Habis bahagia dada bajunya basah dek air mata Dhia Airisya. Menangis tidak henti.

Dia cuba memujuk tapi tidak jadi, jadi dia hanya membiarkan sahaja Dhia Airisya menangis sehingga isterinya itu penat.

"She worries about you a lot" ujar doktor yang baru sahaja siap merawat luka tembakan Iqbal dibahagian perut.

Adden memandang Dhia Airisya. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Kepala Dhia Airisya digosok. Dia memandang Harriz yang menghampirinya dan di belakangnya adalah Hana.

"Icha! Kau okay tak ni?" Hana datang menerpa ke arah mereka.

Dhia Airisya mengalihkan mukanya memandang Hana. Dia memandang Harriz pula lalu memandang Hana semula. Kepalanya diangguk.

Hana menarik nafas lega.

"Sayang, sayang borak dulu hmm dengan Hana. I have some things to talk with Harriz"

Kepalanya digeleng.

"Taknak. Taknak berpisah dengan abang" Dia kembali memeluk erat Adden. Mukanya kembali disemban ke dada Adden.

Adden tersenyum kekok memandang Harriz dan Hana.

"We'll talk tomorrow. Kau tenangkan dulu isteri kau. Aku balik dulu."

Emir Adden Fattah mengangguk kepalanya.

"Hana you buat apa lagi tercegat kat situ? Jom balik. Give them privacy"

"Yee tahu la"

Hana tersengih apabila mendapat renungan tajam dari Harriz. Garang betul! Suami siapa lah tu?

"Wait, wait apa you buat ni?" Harriz memandang tangan Hana yang memeluk lengannya dengan kening yang terjongket.

"Why? Nak pegang lengan suami sendiri pun salah ke?" Soal Hana dengan kening yang dijongket juga.

"Hmm salah."

"Airisya boleh peluk suami dia, takkanlah I nak pegang lengan suami I pun tak boleh?" Ujar Hana tidak berpuas hati. Nak juga dia merasakan married couple macam Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya. Dengan siapa lagi kalau bukan Harriz?

"You mengigau apa ni? You ingat tak perjanjian perkahwinan kita?"

Hana cemberut. Tak habis-habis dengan perjanjian perkahwinan dia tu!

"Yee ingat lagi. Tak lupa pun"

"Dah tu?"

Harrin direnung tajam. Sakit hati betul cakap dengan Harriz!

"Jadi memang betul la you gay. I bagitahu daddy you, yang anak dia memang gay"

Hana beredar meninggalkan Harriz yang kelihatan bila-bila sahaja akan meletup. Harriz memang pantang kalau orang cakap dia gay. Sebab tu dia sengaja cakap. Sengaja nak mendidihkan darah si Harriz.

"I'm not gay, Hana!"

"Buekk buekk tak dengar" Hana menahan ketawa.

"Seriously Hana?"

"You never prove to me that you are not gay. So yeahh you memang gay kan?"

Harriz mengetap bibirnya. Geram! Sejak kahwin dengan Hana, setiap hari Hana cari pasal dengannya. Memang mendidih darahnya setiap hari.

"Is it important for me to prove to you all of the people? "

"Yeah, because I'm your wife. "I need to know whether I'm married to a gay or not

"You will be regret "

Hana mengerutkan dahinya.

"Neve....."

Matanya membulat. Tangannya bersiap sedia ingin menolak dada Harriz tetapi Harriz semakin menarik pinggangnya dan mendalamkan ciuman mereka. Badannya semakin ditekan. Dia dapat merasakan Harriz sedang tersenyum sinis sekarang! Gila! Harriz memang gila!

"I told you, you will be regret it." Ujarnya lalu meninggalkan Hana yang masih terpinga-pinga.

"Screw you, Harriz!"

"Watch your mouth, Hana! I'm your husband!"

"Erghh whatever!"

Razul menyilangkan tangannya memandang Harriz yang jalan dengan selamba setelah membuat aksi yang tidak sepatutnya di tempat umum. Nasib baik dia yang nampak, kalau pekerja lain?

"Elok lah elok, semua orang kahwin, semua orang nak sweet dengan pasangan masing-masing. Haa memang elok untuk orang single macam aku ni"

Harriz jongketkan keningnya. Dah kenapa mamat ni nak emo semacam?

"Period ke?" Soal Harriz dengan muka tidak bersalah.

"Haa memang pun aku period. Kau kahwin and Firash si bangang tu kata nak single sama-sama, tengok-tengok kahwin senyap. Next siapa pula? Iqbal? Haa semua nak kahwin. Dasar janji kata nak single sampai tua sama-sama. Janji Melayu betul"

Harriz menggarukan kepalanya. Tak masalahnya kenapa dia yang kena dengar Razul membebel ni?

"Apa masalah kau ni, Zul?"

"Masalah aku bukan masalah kau! Hmpph dah la aku nak pergi jumpa Aufa, ajak dia kahwin. Si minah tu pun satu hal kerja asyik nak tolak pinangan aku je. Takpe-takpe ni Razul la. Come on. Dia tak mudah give up"

Harriz menggelengkan kepalanya. Sekarang dia faham kenapa Razul meroyan tak tentu pasal. Pinangan kena tolak rupanya. Ish ish kesian.

"Goodluck bro. Make sure kau kahwin tahun ni. Aku takut tahun depan semua orang dah ada anak kau je masih single. Goodluck ehh?" Bahu Razul ditepuk sebelum dia berlalu meninggalkan Razul. Sebelum Razul membebel lagi lebih baik dia chau!

"Cis dasar kawan. Nampak sangat tak sabar ada anak"

Razul memandang Hana yang kebetulan lalu di depannya dengan langkah yang besar. Dia tersenyum kecil.

"Hana, Harriz cakap dia tak sabar nak ada anak dengan you!" Jeritnya kuat biarpun Hana hanya berada di depannya sahaja. Sengaja ingin Harriz dengar.

"Come on, Zul. She's my wife. I can do anything to her. You should worry about you not us" jerit Harriz.

Hana sudah mati langkah. Air liur ditelan kasar. Okay sekarang dia takut pula nak balik rumah. Seram semacam je ayat Harriz tu. Sudahlah bibir dia dicium oleh Harriz dengan selamba dia!

"Faster, Hana. I want to show you more proof at home that I'm not gay. I'm straight! "

Hana hanya tercegat di situ. Nak pandang Razul pun dia malu. Sekarang dia menyesal sebab utarakan hal gay tersebut! Harriz memang sengaja nak takutkan dia!

"Goodluck Hana. Kawan I tu uishh ganas. Rawr"

Razul beredar meninggalkan Hana setelah menakutkan dia. Ketawa terkekek dia melihat muka cuak Hana. Seganas Hana cuak juga ye dia dengan Harriz. Seronok betul dia dapat kenakan orang. Dia mula berjalan menuju ke bilik di mana Emir Adden Fattah berada. Pintu diketuk terlebih bagi menghormat privasi mereka.

Banyak kali dah dia main masuk terjah macam tu dan banyak kali dah barang selamat terbang mengena kepalanya. Taubat dah tak mahu buat lagi!

Adden membetulkan posisi Dhia Airisya yang tertidur setelah penat menangis. Seperti baby kecil, dia membuai Dhia Airisya sehingga tertidur. Terasa lenguh sedikit lengan kanannya menahan kepala Dhia Airisya. Tersenyum lebar dia memandang muka Dhia Airisya yang sembab itu. Dahinya dikucup sekilas.

Tukk tukk

Kepalanya mendongak memandang pintu lalu Razul terjemla di depannya. Dia tersenyum sekilas.

"Kau okay tak bro? Do you need treatment?" Soal Razul. Dia sebenarnya taknak kacau mereka berdua tapi dia tidak tahu sama ada Adden balik dengan selamat atau pun tidak. Jadi dia mahu melawat kejap.

"Yeahh okay. "

Perlahan-lahan Dhia Airisya dibaringkan atas sofa namun isterinya itu mula merengek memeluknya kembali. Kaki menyilang pinggangnya. Muka Dhia Airisya tersemban di lehernya. Dia menegakkan badannya semula. Menepuk belakang isterinya itu. Memang macam budak kecil dah ni.

Razul tersenyum.

"Korang balik mana nanti? Rumah parents korang ? Nak aku hantarkan tak?"

Emir Adden Fattah menggelengkan kepalanya.

"We will stay here for a while. Lagipun bilik aku kat sini dah lama tak guna. Yang aku worry sekarang, macam mana aku nak bawa Airisya ke sana? Orang semakin ramai datang kerja" ujar Emir Adden Fattah risau.

Sekarang dah pukul 8 pagi dan semakin ramai yang datang kerja. Biliknya berada di tingkat atas sekali di Secret Hunter. Dan untuk ke tingkat sana, dia akan bertembung dengan beberapa pekerja lain. Dengan keadaan Dhia Airisya yang tidak mahu lepas pelukan, mesti sukar.

"Pergi je lah macam tu. Apa susah? Korang kan dah kahwin"

"You know how I am"

Dia tidak suka menjadi perbualan orang. Kalau mereka melihat dia dan Dhia Airisya begini, sudah tentu mereka menjadi perbualan hangat di Secret Hunter Agency. Bukan dia tak tahu mereka kat sini suka bergossip. Walaupun kat sini ramai lelaki tetap saja ada gossip dimana-mana

"Ye lah ye lah I will cover for you. Jom"



HARRIZ dan Firash menghampiri Adden yang sedang termenung sehingga tidak sedar kehadiran mereka. Bahu kawan mereka itu ditepuk menyentakkan Adden dari lamunannya. Dia pandang mereka sekilas sebelum keluhan kecil dilepaskan.

Melihat keluahan yang dilepaskan oleh kawan baik mereka itu tahulah dia ada sesuatu yang membelenggu fikiran Adden. Lelaki itu tampak kusam dan serabut sahaja.

"What's wrong?" Soal Harriz prihatin akan kawannya

"Kau bual apa dengan Danial?" Firash pula menyoal.

"Danial dia.....dia disuruh untuk bunuh Airisya oleh harabeoji aku"

"WHAT?" soal mereka berdua terkejut.

Adden menarik nafas dalam. Penat otaknya memikir apa yang dikatakan oleh Danial semalam.

"Tapi kenapa? Bukan ke harabeoji kau suka dengan Airisya?"

Adden mengangkat bahu. Dia pun masih tidak faham kenapa.

Flashback

"Kenapa kau buat semua ni?" Soalnya sebaik sahaja tiba di bilik rahsia. Dia mahu mendapatkan jawapan daripada lelaki itu. Kenapa?

Danial melepaskan keluhan kecil.

"Saya....saya sebenarnya taknak apa-apakan Tuan begitu juga dengan puan Airisya tapi....."

Adden mula cacing kepanasan apabila Danial tidak menyambungkan kata-katanya.

"Tapi apa? Sanggup kau khianati aku, Nial?" Kolar baju Danial dicengkam geram dengan muka yang tegang menahan amarahnya.

Danial tidak patut buat dia macam ni! Danial tidak patut khianati dia! Dia percayakan Danial!

"Maaf Tuan" perlahan saja kata-kata yang diungkapkan oleh Danial. Dia tampak begitu bersalah.

"Aku tak perlukan kemaafan kau! Yang aku perlukan dari kau adalah sebab! Sebab apa yang membuatkan kau khianati aku? Kau sendiri tahu yang kau orang yang paling aku percaya! Orang yang selalu ada dengan aku! Tapi kenapa? Kenapa Nial?" Tidak cukup kolar baju Danial dicengkam malah Adden menumbuk Danial dengan kuat sehingga Danial jatuh terjelopok di atas lantai.

Danial tidak membalas bahkan dia hanya diam di situ. Dia tidak tahu sama ada dia patut untuk bagitahu atau hanya mendiamkan diri sahaja tapi dia tidak sanggup untuk terus khianat Adden yang merupakan orang yang dia sangat sanjung. Lelaki yang dia sanggup mengorbankan nyawannya untuk Tuannya.

"I got order from President Kim Chan Hee" Ujarnya perlahan namun masih dapat didengari oleh Adden.

"Wh....what?"

"Saya dapat arahan dari President untuk bunuh Puan Airisya"

Bagaikan tidak percaya, Adden diam terkaku memandang Danial. Sulit dia mahu percayakan kata-kata daripada Danial namun sulit juga dia mahu menidakkan kebenarannya itu. Tapi betulkah itu kebenaran? Atau sekadar mahu membela diri sendiri?

"Kau jangan tipu aku, Nial!"

Danial bangkit bangun berdiri di depan Adden.

"President yang suruh. Mana mungkin saya ingin khianati Tuan? Tapi saya terpaksa mengikut arahan President sebab saya diugut."

"Kau ada bukti?"

"Saya tahu Tuan takkan percaya dengan kata-kata saya tapi saya tahu kebenaran akan terungkai jua. Memang betul saya yang cuba melanggar Puan Airisya, saya cuba untuk membunuhnya sekadar ingin memberi amaran yang Puan Airisya dalam bahaya. Saya tak sanggup bunuh Puan Airisya kerana dia terlalu baik..........."

Danial menundukkan kepalanya memandang bawah. Tangannya digenggam. Tapi dia terlanggar orang lain. Niatnya ketika itu hanya sekadar ingin memberi amaran bukan mahu melanggar Dhia Airisya tapi lain yang jadi.

"Kalau betul apa yang kau cakap ni, apa motif harabeoji aku?"

"Sebab Puan Airisya lahir dari keluarga Alexander's. Tuan sudah lupa nama itu amat dibenci oleh President?"

Adden tergamam. Alexander's!

Dia tahu sangat apa yang terjadi antara harabeojinya dengan Alexander's. Mereka berdua memang musuh yang ketat sejak azali. Nama itu masih kukuh dalam ingatanya walaupun nama itu jarang disebut. Dan tidak pula dia tahu yang Dhia Airisya dari Alexander's. Tidak pula dia siasat tentang parents Dhia Airisya.

Mukanya diraup. Ya Allah kenapa jadi begini?

"President begitu terkejut bila dia dapat tahu asal usul sebenar Puan Airisya."

"Itu urusan harabeoji aku dengan Alexander's. Tak ada kena mengena dengan Airisya. Dia dibesarkan di sini bukan dibesarkan oleh Alexander's"

Danial menggelengkan kepalanya.

"Walaupun begitu darahnya tetap mengalir dari darah Alexander's"

"Puan Airisya tidak akan selamat selagi dia berada di sini." Danial menyambung lagi.

Adden menutup matanya. Terasa berat dia mahu menerima kenyataan semua ini.

"Dan ada satu lagi yang Tuan tidak tahu tapi saya tak dapat beritahu Tuan"

"Just tell me. Can you?"

Keluhan kecil terbit dari Danial.

"Jangan terlalu mencintai Puan Airisya kalau Tuan taknak rasa heart breaking. Kebenaran memang pedih tapi saya harap Tuan kuat menelannya. Itu sahaja yang saya dapat bagitahu dan terima kasih kerana membenarkan saya berkhidmat untuk Tuan."

Adden mengeluh malas.

"Bagitahu j....."

Seketika bilik rahsia itu dipenuhi dengan orang-orang Danial. Bukan. Lebih tepat orang-orang harabeojinya. Dia mengenali mereka semua. Pistolnya diangkat untuk melindungi diri sendiri. Nama Danial diseru apabila lelaki itu semakin jauh menjauhkan diri daripadanya sehingga hilang dari pandangan begitu juga yang lain mula beransur keluar.

"Dia cakap apa dengan kau?" Soal Firash yang menghampiri Adden. Mukanya lebam sana sini berlawan dengan mereka yang sangat ramai.

Adden tidak menjawab soalan Firash malah dia terus bergegas keluar dari situ.

End Flashback

"So maksudnya Airisya dari Alexander's?"

Adden mengangguk kepalanya mengiyakan soalan Harriz.

"Tapi apa maksud Danial yang last tu? Kenapa dia tak dapat bagitahu?" Firash menyoal.

Adden mengeluh kecil.

"Itu yang aku tak faham. Kebenaran apa lagi yang belum terungkai?"

Dia buntu begitu buntu. Apa lagi kebenaran yang disorokkan? Tidak cukup dia menelan pahitnya menerima kenyataan Airisya dari Alexander's, apa lagi kebenaran yang belum terungkai? Arghh dia kusut!

"Apa kau nak buat dengan Airisya?"

"Dia isteri aku. Selamanya isteri aku. Itu hal permusuhan harabeoji aku dengan Alexander's bukan kami. Aku akan tetap melindunginya sehingga akhir hayat aku. I'm willing to do everything for her even take a bullet for her."


***********

Terungkai sudah kenapa Danial serang Adden. Korang jangan benci Danial okay. Danial baik je.

Jangan lupa votement.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro