Bab 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MATA yang masih lagi mengantuk dibuka perlahan-lahan. Mulutnya menguap kecil. Tangannya meraba-raba mencari phone, mahu melihat jam sudah pukul berapa. Dahinya berkerut kecil melihat jam sudah pukul 9 pagi. Dia terlena sebaik saja solat Subuh. Penat sangat dengan apa yang berlaku kebelakangan ini

Matanya dibuka luas. Melihat dia berada di bilik asing membuatkan dia semakin berkerut. Entah sejak bila pula dia tidur di bilik yang entah bilik siapa. Dhia Airisya lantas bangun. Matanya memandang sekeliling. Bilik siapa ini? Nombor Adden terus ditekan dengan gelabah. Dia tak kena culik kan?

"Hello sayang"

"Abang! Abang kat mana? Isya takut. Isya tak tahu Isya kat bilik siapa. Isya kena culik ke abang? Is...."

"Hey relaks sayang"

Emir Adden Fattah ketawa kecil.

"Come turun bawah"

"Taknak takut. Abang lah masuk bilik. Isya takut."

"I can't leave, sayang. Cepat turun. Abang kat dapur. I cooked something special"

Dhia Airisya mengerutkan dahinya. Dapur?

"Kena pakai tudung ke?"

"No need"

"Aba....."

"Sayang, sayang lupa ke kita kat rumah baru? Lupah lahtu ."

Dhia Airisya tersengih. Dia lupa yang mereka berada di rumah baru. Tidak lagi rumah lama mereka yang hampir hancur itu.

Panggilan dimatikan. Dhia Airisya menghampiri pintu bilik. Berdebar-debar dia mahu keluar. Keluar sahaja dari bilik, terus dia dapat melihat segenap rumah itu. Dia mula menuruni tangga satu persatu sambil mata liar memerhati sekeliling. Semalama mereka sampai malam, tidak pula dia sempat ingin menjelajah rumah baru mereka. Dia suka rumah ini! Cantik. Nampak elegant.

Langkahnya terhenti pada tangga terakhir. Dia memandang kanan dan kiri. Dapur kat mana? Rumah sudah la besar. Pening dia mahu mencari dapur. Bunyi sesuatu yang terhasil dari arah kanannya menarik perhatiannya. Dia mula melangkah menghampiri bunyi tersebut.

Ruang makan mula kelihatan. Dia melangkah lagi. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat figura Adden membelakanginya. Terus dia berlari mendapatkan Adden. Suaminya itu dipeluk erat.

"Abang, rindu abang. Abang masak apa ni?" Soal Dhia Airisya.

"Adalah. Sayang duduk sini. Don't move"

Selamba sahaja dia mengangkat Dhia Airisya lalu meletakkan Dhia Airisya di atas Kitchen Island. Dia menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

"Nak tolong"

Dhia Airisya turun lalu menghampiri Emir Adden Fattah.

"Sayang, abang cakap duduk diam-diam"

"Alaa nak tolong"

"No! Stay there." Adden menegas.

Dhia Airisya mencebik apabila Adden merenungnya tajam. Dia naik duduk di atas Kitchen Island semula. Tangannya disilang, memeluk badannya. Bibirnya digigit menahan dirinya daripada menangis. Sentap kena marah! Nak nangis!

"Abang jahat" tangannya disilang ke muka. Bahunya terhinjut menangis.

"Heyy, no lah. Abang tak marah. Janganlah menangis" pujuk Adden. Gelabah dia apabila melihat Dhia Airisya menangis. Dia bukan marah pun tadi cuba dia bertegas je melarang Dhia Airisya daripada menolongnya.

"Hikss abang tak sayang Isya lagi hiksss"

"Sayang hey listen. I'm sorry okay? Abang tak marah sayang. Abang sayang sayang. I love you okay?"

Dhia Airisya mengalihkan tangannya daripada muka. Dia memandang Adden lama.

"Betul?"

Adden  tersenyum lalu mengangguk kepalanya. Ibu jarinya mengusap pipi Dhia Airisya, menyeka air matanya. Bibir Dhia Airisya dicium sekilas.

"Manja" pipi Dhia Airisya dicubit geram. Pelik dia dengan Dhia Airisya yang suka menangis kebelakangan ini.

Dhia Airisya memeluk Adden erat. Mukanya disemban di leher suaminya itu. Menghidu bau suaminya. Wangi!

"Sayang, abang nak masak ni" pelukan cuba dileraikan tapi Dhia Airisya taknak lepas.

"Sayang"

"Taknak hikss" rengek Dhia Airisya seperti mahu menangis lagi sekali.

"Okay okay. Abang tak paksa"

Adden menarik nafas dalam cuba bawa bersabar melayah karenah Dhia Airisya yang semakin menjadi-jadi. Pening dia dengan sikap Dhia Airisya. Asyik nak menangis dan mahu menempel dengannya.

Akhirnya dia mengalah, Adden mendukung Dhia Airisya mengalahkan bayi sambil memasak. Satu tangan menahan badan Dhia Airisya dan satu tangan lagi mengacau masakan. Tergeleng-geleng kepalanya. Tidak pernah dia terfikir akan mendukung gadis berumur 27 tahun seperti bayi. Nasib dia sayang baby besar ni.

"Do I need to sing twinkle little star to you sayang and then you will sleep and I can do my work peacefully?"

Dhia Airisya mengalihkan mukanya. Dia merenung tajam Adden yang tersenyum kecil. Perli dia lah tu!

"Abang ingat Isya baby?"

"Hmm yeahh, big baby"

Dhia Airisya mencebik. Mukanya kembali disemban ke ceruk leher suaminya.

"Abang, Isya nak makan durian"

"Sekarang bukan musim durian lah sayang. Pelik-pelik lah sayang ni"

"Hmm nak juga"

Adden meletakkan Dhia Airisya di atas Kitchen Island. Matanya merenung dalam anak mata hazel milik Dhia Airisya. Ni memang pelik ni. Suka menangis lepastu nak makan durian pula.

"Something fishy here. Do you pregnant, sayang?

Dhia Airisya diam sebelum kepalanya digeleng perlahan-lahan.

"Betul ni? Dah buat pregnancy test?"

Dhia Airisya diam sekali lagi.

"Nantilah"

"Why not kita melawat mama sayang kat hospital petang nanti sambil tu check sayang sekali?" Soal Adden teruja.

"Huh? Err okay" Dhia Airisya tersengih kecil. Air liurnya ditelan kasar.

"I got goosebumps thinking you're pregnant, sayang. I can't wait to see if you're pregnant or not."

"Abang suka kalau Isya mengandung? Abang happy?" Soal Dhia Airisya. Tersenyum dia melihat Adden yang terlebih teruja itu.

"Of course. Sayang nak makan durian kan? Nanti abang cari" ujar Adden gembira. Dia merasakan Dhia Airisya betul-betul mengandung. Dengan sikapnya yang berubah memang sah isterinya itu mengandung.

Dhia Airisya tersenyum lebar.

"I love you, abang"



"Mama"

Puan Aisyah menoleh memandang Dhia Airisya yang menghampirinya dengan senyuman yang melebar. Dia memandang lelaki yang tinggi lampai ditepi Dhia Airisya yang sedang berpegang tangan dengan Dhia Airisya. Senang hati dia melihat mereka berdua.

"Walaupun Icha dah kenalkan kat mama masa kat French, Icha nak kenalkan lagi sekali. Kenalkan suami Icha, Emir Adden Fattah"

Adden menghampiri Puan Aisyah. Tangannya dihulur untuk bersalaman.

"Emir" ujarnya seraya menunduk kepalanya untuk bersalaman.

"Korean?" Puan Aisyah memerhati muka Emir Adden Fattah. Mukanya itu kelihatan lebih kepada Korea tambah lagi warna biji matanya yang menarik.

"Half Malay, half Korean"

"Ouhh so this one half Malay, half Korean and this one half Malay, half French. I wonder what my grandchild will look like" ibu jari dan jari telunjuknya mengusap dagu memikir rupa anak cucunya. Dia tersenyum kecil. Mesti comel nanti!

"They will look super cute to have 3 mix. Malay, French and Korean"

Dhia Airisya dan Adden saling berpandangan sesama mereka lalu tersenyum. Nampak gaya macam mamanya tidak sabar untuk meminang cucu agaknya. Kepalanya ditoleh ke sebelah apabila Adden mendekatkan kepala dengan telingannya lalu membisikkan sesuatu.

"Abang rasa kita kena bagi 3 kembar la. Kita satu, daddy ibu satu, mama papa satu. Takdelah berebut kan nanti?"

"Amboi. Yang sakit nak beranak Isya. Abang sedap je ehh tempah 3 kembar bagai"

Adden ketawa kecil dengan renungan tajam Dhia Airisya. Namun perhatiannya teralih apabila phonenya berbunyi. Phone dikeluarkan dari poket seluar lalu dilihat pemanggil.

"Sayang,I need to go. Nanti abang datang balik."

Dhia Airisya menangguk kepalanya. Faham yang Emir Adden Fattah perlu settlekan sesuatu.

"Mama, Mir excuse kejap. I will come back"

Adden memandang Dhia Airisya semula.

"Nak pergi mana-mana bawa bodyguard tau. Don't leave alone"

Kepalanya diangguk. Tangan Adden disalam.

"Okay. Be careful, abang"

Setelah mengata hal penting kepada bodyguard yang menjaga di luar wad Puan Aisyah, mama mentuanya, dia mula beredar. Ada hal yang penting tentang kejadian attack di rumahnya itu. Keluarga mereka masing-masing masih belum tahu tentang kejadian mereka diserang. Belum ada masa untuk bagitahu.

Phonenya yang berbunyi lagi sekali kerana tidak sempat diangkat, pantasdia menekan hijau lalu dilekapkan di telingannya.

"Yes, Zul?"

"Like you said, yes it is true. Faster come here. I have something to show you"

"Alright"

Panggilan ditutup.

"Ouh sorry"

Langkahnya yang laju terhenti apabila bahunya merempuh bahu seseorang di selekoh. Kata maaf diberi buat lelaki yang berumur lingkungan lewat 40-an sebelum dia meneruskan jalannya semula. Namun tidak lama dia berjalan dia berhenti lagi sekali. Kepalanya ditoleh ke belakang.

Dahinya berkerut. Kenapa dia pernah lihat pakcik itu tadi? Tapi kat mana? Dia berjalan ke belakang semula mengekori langkah pakcik itu. Jantungnya berdebar-debar. Entah kenapa dia rasa sesuatu yang tidak baik bakal berlaku apatah lagi pakcik itu sedang berjalan menghampiri wad Puan Aisyah.

Pakcik itu disekat oleh bodyguardnya daripada masuk dan disiasat. Bibirnya digigit. Kenapa pakcik itu mahu masuk ke dalam wad Puan Aisyah? Baru langkahnya mahu menghampiri pakcik itu,seorang perempuan terlebih dahulu keluar dari wad itu lalu memeluknya.

"Papa!"

"Ehh Icha datang bila?"

"Baru je. Jom masuk by the way suami Icha masak something untuk papa mama"

"Ouhh really? Tapi ni bodyguard Icha ke?"

"Haah. Something just happened. Nanti Icha bagitau. Jom masuk"

Adden hanya melihat mereka masuk ke dalam wad Puan Aisyah. Jadi pakcik itu papa kandung Dhia Airisya? Kalau nak diikutkan papa Dhia Atisya dari Alexander's. Nafas dalam ditarik. Langkahnya diteruskan tapi dihentikan lagi sekali. Firasatnya memberitahu yang dia pernah berjumpa dengan papa Dhia Airisya dan suaranya seakan-akan dia pernah dengar sebelum ini.

Nama Razul dicari lalu dicall. Sekejap sahaja panggilannya diangkat.

"Zul, kau boleh access cctv hospital bapak kau ni kan?"

"Yeah, why?"

"Aku nak kau cari indentiti sorang pakcik ni. Yang aku terlanggar tadi berhampiran dengan wad Puan Aisyah. I will meet you there"

Sampai sahaja dia Secret Hunter Agency,dia terus bergegas ke bilik di mana Razul berada. Razul yang berada di depan pc dihampiri.

"Got it?"

"Here. So he's Airisya biological father?"

Kepalanya diangguk.

"Wow. So maknanya Airisya keturunan Raja?" Soal Razul yang baru tahu tentnag asal usul Dhia Airisya yang sebenar.

Kepalanya diangguk.

Alexander's. Nama yang begitu gah di French kerana mereka ialah pemimpin French. Raja French, Froius Alexander yang disanjung oleh rakyat French tapi mereka tidak tahu disebalik Raja mereka yang tampak polos ada kejahatan yang tersembunyi.

"From what I got, ayah Airisya, Dian Alexander adalah adik kepada Raja French iaitu King Froise Alexander. Perghhh so its mean Airisya adalah puteri! Wow!"

Adden mengangguk kepalanya. Sewaktu Danial memberitahu yang Dhia Airisya dari Alexander's, dia turut terkejut seperti Razul. Tidak menyangka isterinya itu puteri French.

Namun bukan itu yang dia mahu cari.

"Cuba kau paparkan beberapa keping gambar papa Airisya. I think I have seen him before"

"Okay jap"

Adden menunggu dengan hati yang berdebar. Sekejap sahaja gambar terpapang si screen besar bilik itu. Dahinya berkerut memandang screen tersebut. Yaa dia pernah lihat muka ini dan dia sudah ingat dimana mereka pernah berjumpa. 20 tahun yang lalu di Puchong.

"Zul"

"Kau pernah terserempak ke sebelum ni?"

Kepalanya diangguk lemah.

Kejadian 20 tahun lalu kembali berlayar di fikirannya. Kejadian yang dia mahu lupakan tetapi kini jelas berputar di fikirannya. Matanya dipejam rapat. Kepalanya semakin memberat. Jarinya mengurut pelipis dahinya.

"Bro, kau okay tak?

"Dia, laki tu.....20 years ago....."

"Bro! Fattah!"

Nasib sempat dia menyambut Adden yang pengsan tiba-tiba. Pipi kawan baiknya itu ditepuk-tepuk. Agak cemas dia melihat kawannya pengsan kerana Adden bukan seorang yang selalu pengsan.







"ARE you okay?" Soal Harriz apabila Adden perlahan-lahan membuka matanya.

Kepalanya diangguk menandakan dia okay walaupun kepalanya masih pening. Tangannya mengurut pelipis dahinya yang peningnya masih belum hilang. Matanya dipejam erat. Tangannya digenggam erat apabila kejadian 20 tahun kembali berlayar di fikirannya.

"Bro, whats wrong?" Soal Razul kerisauan.

Adden hanya diam. Dia mula bangun daripada posisi baringnya kepada duduk. Tangannya meraup mukanya. Harriz dan Razul hanya diam memerhati Adden yang tampak begitu serabut. Mereka hanya membiarkan sehingga kawannya itu reda sendiri.

Tidak betah dengan panasaran tentang kejadian 20 tahun yang lalu, Adden mula bangun lalu menghampiri pantri yang ada dalam bilik tersebut. Gelas diambil lalu diisi dengan air coway lalu diminum kehausan. Gelas dihentak kuat atas meja.

"Why.....why now?" Soalnya sendiri.

Harriz dan Razul saling berpandangan lalu mereka mengangkat bahu masing-masing. Mereka mula melangkah mendekati Adden. Mahu sahaja mulut bertanya lagi sekali tapi tidak jadi apabila Adden membaling gelas dengan marah ke lantai sehingga pecah.

"Why it must be him?" Jeritnya lantang.

Tidak puas dengan itu dia menumbuk dinding melepaskan kemarahannya dan kekecewaannya. Dia terlalu frust sangat.

"Woahh woah relax bro"

Harriz dan Razul menghentikan perbuatan Adden. Ditarik kawannya itu menjauhi dinding. Harriz mengeluh kecil. Dia tidak tahu apa masalah Adden. Jarang dia mahu melihat Adden bengang seperti ini setelah berkahwin dengan Dhia Airisya.

"Calm down. Whats wrong with you?"

Adden mengeluh kasar. Nafas dalamnya ditarik cuba menerima hakikat yang begitu perit.

"Airisya's biological father...."

"Whats wrong with him?"

"He....he killed my parents" jawab Emir Adden Fattah lalu terduduk di atas sofa.

Mukanya diraup. Kenapa ? Kenapa sekarang? Kenapa setelah dia deeply in love dengan Dhia Airisya, kebenaran mahu terbongkar? Dan kenapa perlu ayah kandung Dhia Airisya? Kenapa perlua Dian Alexander? Inikah kebenaran yang dikatakan oleh Danial?

'Walaupun kebenaran itu perit, saya harap Tuan kuat menelannya' tengiang-ngiang suara Danial.

"What? Are you sure about that?"

"I'm clearly remember about that night now"

Harriz dan Razul melepaskan keluhan kecil. Mereka juga terduduk di atas sofa. Sekarang mereka faham kenapa kawan mereka begitu marah tadi. Dan yang paling tidak sangka kenapa ayah kandung Dhia Airisya?

"What should I do?" Soal Emir Adden Fattah pasrah.

"Aku tahu yang kau dah lama cari pembunuh parents kau tapi aku harap kau tak benci Airisya. She doesn't deserve hate from you even, if her father is a killer."

"But still dia anak pembunuh tu! How can I face her?" Soalnya bengang. Dia tidak tahu macam mana mahu berdepan dengan Dhia Airisya lagi. Anak kepada pembunuh parentsnya. Mukanya diraup kasar. Ya Allah, apa yang patut dia buat?

Bunyi ringtone Emir Adden Fattah menyentakkan mereka apatah lagi tertera nama Dhia Airisya. Emir Adden Fattah termenung lama memandang phonenya sehingga Dhia Airisya call buat kali kedua.

"Antara dendam dengan cinta, yang mana boleh buat kau bahagia?" Soal Razul tiba-tiba.

Kepala didongak memandang Razul. Lama. Itu yang dia bingung sekarang. Dia cintakan Dhia Airisya tapi dia sudah lama berdendam dengan pembunuh parentsnya. Kerana kejadian itu, dia tidak dapat kasih sayang dari ibu bapa kandungnya sejak dia berumur 9 tahun. Perit membesar dengan menumpang kasih sayang dengan keluarga susuannya.

Kali ketiga Dhia Airisya call dia masih memandang phonenya yang berada di atas meja. Keluhan kecil dilepaskan. Telefonnya dicapai. Dia memandang nama contact 'Sayang ❤️' lama. Terasa hatinya begitu berkecai sekarang.

Panggilan Dhia Airisya ditolak lalu dia mematikan phonenya bagi mengelakkan Dhia Airisya menelefonnya lagi sekali. Dia bangkit daripada sofa. Razul dipandang sekali lagi.

"Aku....aku tak tahu. Hati aku...hati aku sakit sangat. Sakit Zul."















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro