Bab 53

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"NAMPAKNYA agak susah untuk kita satukan Alexander's dan Kim's Clan"

Bae Jung mengeluh kecil begitu juga dengan mereka yang lain.

"Tapi apa-apa pun kita tetap kena satukan balik. Kalau tidak....." Bae Jung berhenti berkata. Kepala ditoleh memandang seorang budak lelaki yang berumur 9 tahun sedang bermain dengan budak perempuan.

"Kyung-ah"

"Nae appa?" Budak lelaki itu berpaling memandang Bae Jung lalu berlari ke arah appanya. Tubuh Bae Jung dipeluk. Begitu manja dia dengan Bae Jung.

"Bawa Aisy main kat luar boleh?"

"Nae!"

Bibirnya mengukirkan senyuman melihat dua budak itu berkejaran keluar dari rumah. Tangannya merangkul bahu isterinya, Amira Sofea sambil matanya fokus memandang anak cahaya mereka.

"Besar nanti entah-entah kahwin mereka dua tu" ujar Puan Dalila iaitu mama kepada Aisy Hannah.

"Kalau macam tu nanti warna anak mata cucu kita grey kebiruan lah nanti" ujar pula Tuan Ash, suami Puan Dalila.

Mereka tersenyum sebelum kembali ke topik asal.

"My father is sick now. I'm sure he will not live long and the throne will pass to Frouis Alexander. "

"So before that, we need to ensure he makes peace with Kim's clan. When Frouis Alexander becomes King, it will become worse. So we need to be faster." sambung Tuan Diam lagi. Sebelum abangnya, Frouis Alexander mendapat takhta sebagai Raja, mereka perlu bertindak secepat mungkin!

"But for the Kim's Clan, it will not be easy to persuade my father. You know right, his wife was killed by your father? "

Tuan Dian melepaskan keluhan kecil.

"I heard King Draco Alexander was regretting what he did. If he apologised first to Chan Hee, we would be able to make peace, right? " Soal Tuan Ash. Walaupun dia tiada kena mengena dengan Alexander's mahupun Kim's Clan tetapi Bae Jung adalah adik iparnya, suami kepada adiknya Amira Sofea. Jadi dia juga ingin membantu mereka.

"It's good, so we just need to make sure they meet up firs........"

Bang bang

"Kyung!"

"Aisy!"

Mereka berlari keluar dari rumah apabila terdapat bunyi tembakan di luar rumah. Namun belum sempat mereka mahu keluar, rumah itu sudah dikepung oleh Alexander's di setiap sudut rumah itu.

"Bang, anak kita Aisy" Puan Dalila menarik hujung baju Tuan Ash. Risau dengan anak perempuannya.

Bae Jung memandang isterinya yang turut risau akan anak mereka, Kim Bae Kyung namun dia cuba menenangkan isterinya. Bertindak meluru tidak akan memberi apa-apa kebaikan.

"Wow wow all here hmm?"

"Frouis!"

Tuan Dian mengetap bibirnya melihat abangnya itu melangkah masuk ke dalam rumah. Di tangannya terdapat dua budak iaitu Adden dan Aisy.

"Go to your parents girl " dilepaskan cengkaman baju pada Aisy.

"Papa! Mama!"

"What are you want?" Soal Bae Jung dengan gigi yang diketap. Anaknya yang masih bersama dengan Frouis Alexander itu dipandang dengan hati yang risau.

"Kill Kim's Clan of course" Frouis menundukkan badannya. Pipi Adden dicengkam. Dia tersenyum memandang anak mata grey kebiruan milik budak lelaki itu.

"You have Alexander's eyes" rambut Adden diusap.

"Don't touch my son!"

Frouis Alexander mengendahkan jeritan Bae Jung.

"You're my father's step granddaughter. Wanna be a part of Alexander's?"

Adden yang tidak faham dengan apa berlaku itu hanya menangis. Dia tidak faham dengan apa yang diutarakan oleh lelaki itu. Hanya dipandang sahaja anak mata lelaki itu yang mempunyai warna anak mata yang sama dengannya iaitu grey kebiruan.

"He's not a part of Alexander's!"

"Of course he's not because you are! We share the same mother, right? Amelie Alexander, our mother.You too have the same eye colour as her. Pity you, my father doesn't want to admit you are his step son. "

Bae Jung tersenyum sinis. Yaa mereka mempunyai ibu yang sama iaitu, Amelie Alexander. Yang di mana Alexander's dan Kim's Clan memulakan permusuhan mereka. Hanyalah disebabkan cinta tiga segi mereka.

"I also don't want to admit I'm a part of Alexander"

"Bravo bravo" tangan ditepuk kuat.

"So what's the point of bringing Alexander's and Kim's Clan together?"

"For you, no point but for us, we have a point."

"Go die with your point!"

Bang bang

Tembakan dilepaskan oleh Frouis namun mereka berjaya mengelak. Apabila Frouis menghala pistolnya pada Adden, Bae Jung segera keluar dari persembunyiannya untuk melindungi anak lelakinya itu.

Bang

"Abang!"

Puan Amira segera mendekati suami dan anaknya. Tangannya mula mengambil sesuatu untuk menutup darah yang membuak mengalir dari sisi bahagian perut suaminya itu. Air mata laju menurun dan separuh dari hatinya lega apabila melihat anaknya baik-baik sahaja.

Bang bang

"Dalila! Abang Ash!"

Baru Puan Amira hendak mendekati Tuan Ash dan Puan Dalila yang ditembak namun langkahnya terbantut apabila satu pistol diacu pada kepalanya.

"Stop! Frouis stop it!" Jerit Tuan Dian yang dipegang oleh dua orang suruhan Frouis Alexander.

"You stop it Dian! You betrayed us!"

"I'm not bertrayed you either father!"

"Really? Then show it to me. Kill them!"

Badan Tuan Dian di tolak ke arah mereka bertiga. Frouis mengarah orang suruhannya itu untuk memberi pistol pada Tuan Dian.

"Kill them, Dian Alexander" arah Frouis Alexander. Dua pistol diangkat olehnya kanan dan kiri. Satu diacu pada adiknya sendiri dan satu lagi diacu pada mereka bertiga.

"Frouis please. Killing them will not bring any good to us!"

"If you don't want to kill them then let me!"

Tuan Dian mengetap bibirnya. Dia memandang Bae Jung dan Puan Amira. Melihat anggukan dari Bae Jung yang mahu dirinya ditembak oleh Tuan Dian sendiri membuatkan Tuan Dian mengeluh lemah.

"Dian" senyuman diukir oleh Bae Jung buat Tuan Dian. Anaknya yang dalam pelukan dipeluk. Tangannya isterinya digenggam erat. Matanya dipejam. Dia lagi rela ditembak oleh Tuan Dian sendiri.

"Fine. I'll do it"

Bang bang




"MAKSUD appa, yang Dian sebenarnya selamatkan korang?" Soal Adden pada appanya, Bae Jung yang sedang berdiri di sebelahnya.

Bae Jung mengangguk kepalanya.

"Hmm. Kalau Frouis yang tembak, we will all die. Walaupun papa Dian yang tembak tapi papa Dian tak sasar pada jantung."

"Besides nasib baik Tengku Yusuf datang secepat mungkin. He save us but unfortunately papa Aisy tak dapat diselamatkan. Dia ditembak betul-betul di jantung oleh Frouis" sambung Bae Jung lagi. Dan selama 20 tahun, Tengku Yusuf yang merawat dan menjaga mereka. Itulah kebenaran yang tersimpan rapi oleh mereka.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Bae Jung

"Eomma akan sihat semula kan?"

Bertapa terkejutnya dia apabila dia diberihatu parentsnya masih hidup. Appanya alhamdulillah sudah sedar dari koma 3 bulan lepas dan juga makin sihat tapi masih memerlukan penggunaan tongkat kaki kerana masih belum kuat untuk berjalan tanpa bantuan.

Eommanya pula dan juga mama Aisy masih terlantar di atas katil. Beza dengan mama Aisy, Puan Dalila, eommanya sudah sedar tapi dalam keadaan vegetative state. Vegetative state ini adalah dimana pesakit dapat membuka mata tetapi tidak dapat bercakap seperti biasa dan tidak dapat melakukan pergerakan. Mereka hanya terkaku terlantar di atas katil manakala Puan Dalila pula masih tidak sedar dari koma

"She will" bahu Adden itu digosok. Dia memandang pada isterinya yang masih tidak sedar dari koma begitu juga dengan seseorang yang turut terlantar bersebelahan isterinya.

"Aisy dah tahu?"

Kepalanya digeleng.

Berat hati memandang berat lagi hati memikul. Dia tidak tahu hendak bagitahu atau hanya rahsiakan daripada Aisy tentang Puan Dalila. Dia risau kalau Aisy lagi sekali akan merasa kehilangan seperti mana mereka kehilangan Tuan Ash.

"Kyung jangan berdendam dengan papa Dian okay? He's not the one to be blamed beside you should thank him that we're still alive. "

Adden hanya diam, tidak merespon apa-apa. Dia sendiri tidak tahu mahu memaafkan Tuan Dian atau tidak. Walaupun parentsnya sekarang masih hidup tapi 20 tahun dia membesar tanpa mereka berdua tidak dapat diganti.

"Kyung, borak lah dulu dengan eomma. Appa tunggu kat luar okay?"

Kepalanya diangguk. Tinggal dia bersama eommanya, Puan Amirah dan juga Puan Dalila. Tangan yang tidak bergerak itu dicapai lalu diusap lembut. Dia memandang lama muka eommanya yang pucat itu. Walaupun pucat tapi masih cantik.

"Eomma"

"Kyung datang ni. Kyung minta maaf Kyung datang lambat"

Melihat air mata perlahan-lahan mengalir dari tubir mata Puan Amira, membuatkan Adden tersenyum. Itu bermakna Puan Amirah sedang dengar apa yang dibual olehnya.

"Kyung rindu eomma. Eomma nak tahu tak Kyung dah kahwin. Isteri Kyung cantik sangat. Eomma cepatlah sihat, nanti Kyung kenalkan eomma dengan isteri Kyung. Mesti eomma suka nanti"

Keluhan kecil dilepaskan.

"Tapi Kyung dah sakitkan hati dia. Kyung suami dan anak tak guna kan eomma?"

"Kyung rindu isteri Kyung"

Adden tersenyum nipis. Air matanya yang mengalir di pipinya diseka kasar. Kepala didongak memandang siling. Dia tak ada masa untuk menangis! Dia perlu cari Dhia Airisya sebelum harabeojinya jumpa dahulu!

"Eomma, nanti kita borak lagi yee? Kyung nak cari isteri Kyung"

Dibetulkan selimut Puan Amira sebelum dia menapak keluar dari bilik itu. Dia berjalan ke ruang tamu di mana mereka semua berkumpul. Sekarang mereka berada di salah satu rumah Tengku Yusuh. Selama 20 tahun, rupanya parentsnya berada di sini. Dijaga rapi oleh doktor dan nurse peribadi keluarga mereka.

"Kami dah decide"

Adden memandang appanya setelah mengambil tempat di sebelah Tengku Sumayyah.

"Kyung jangan risaukan pasal Alexander's dan Kim's Clan. Yang itu serahkan pada appa dengan papa Dian untuk selesaikan. Kyung hanya perlu fokus pada isteri Kyung. Cari dia."




ADDEN memandang Hana yang sedang turun tangga dengan pandangan tajam. Tidak lepas renungan tajam itu darinya. Dia memandang pula Harriz disebelahnya yang hanya diam itu.

"Nah"

Satu rantai dilemparkan oleh Hana mengena tepat pada dada bidangnya. Dia mengambil rantai itu yang terjatuh di atas pahanya. Rantai Dhia Airisya yang dia bagi padanya. Rantai ini bukan rantai biasa tapi dapat mengesan lokasinya. Sebab itu dia datang ke rumah Harriz kerana fikir Dhia Airisya bersama Hana.

"Icha takde kat sini. Dia dah terbang jauh" ujar Hana lalu mengambil tempat duduk di sofa berdepan dengan Adden.

"You tahu dia pergi mana?"

"Kalau I tahu I taknak bagitahu you"

"Hana" Harriz merenungnya tajam.

"What?" Soal Hana dengan muka tegang.

"Hana, please just tell me where she is. Dia dalam bahaya"

Hana tersenyum sinis.

"Kalau dia dalam bahaya kenapa you biarkan dia pergi? Dia tunggu you kat taman dengan berharap you akan halang dia pergi but you're not coming! How sad she are you know ?! "

"So you ingat I sesenang macam tu je nak bagitahu dia pergi ke mana? No way!"

Melihat perubahan muka Adden membuatkan Hana berpuas hati. Geram dia melihat Adden, mahu saja dia mencekik lelaki itu untuk kawannya!

"Hana bagitahu jelah. Bukan ke you nak tengok diorang bahagia?"

Hana berpaling memandang Harriz dengan renungan tajam. Ni lagi sorang dia nak cekik!

"Yes. But if you really love her, you will not hurt my friend!"

Bibir diketap. Memang silapla cari dia untuk tahu Dhia Airisya di mana. Dia takkan bagitahu! Dhia Airisya dah beri amanah kepadanya supaya tidak memberitahu keberadaannya pada siapa-siapa. Amanah Dhia Airisya akan dilaksanakan olehnya!

"Hana, I tahu I dah sakitkan hati dia. I nak dia pergi dari hidup I tapi I buat semua tu bersebab. Dia akan dalam bahaya jika terus bersama dengan I"

"Habistu apa bezanya? Kalau you cari dia,dia tetap akan dalam bahaya."

"Yes she is but Airisya akan lagi dalam bahaya kalau tak ada siapa yang melindunginya. At least, if she stay with their parents, my harabeoji can't hurt her"

Hana diam seketika. Dia mula berasa goyah. Patut atau tidak dia beritahu Dhia Airisya di mana sekarang? Nafas dalam ditarik.

"Like I said kalau you betul-betul cintakan dia, cari dia dengan usaha you sendiri. Show your effort if your really love her!" Hana mula bangun dan beredar dari situ. Sebelum pergaduhan semakin panjang, baik dia beredar dulu. Nanti makin panas hatinya.

Namun tidak jauh dia melangkah, dia menghampiri mereka semula. Satu benda keras dicapai.

Pak

Pak

"Auch, Hana! Why I kena ketuk sekali?" Soal Harriz bengang apabila kepalanya turut diketuk oleh Hana dengan objek keras.

"Sebab you subahat dengan kawan you!" Dijeling dua orang lelaki di depannya itu.

"Puas hati I! Ikutkan hati I, I nak cekik korang dua sampai mampus!"

Hana mula beredar dari situ. Puas betul dia dapat ketuk dua orang lelaki tak guna tu! Memang kuat dia ketuk tadi. Harapnya benjollah! Kalau ada Firash,Razul dengan Iqbal lagi best! Memang nanti ada la 5 unta! Kena ketuk dengannya. Tak pasal-pasal benjol!

"Kau punya pasal lah ni. Dah jadi gorilla dah isteri aku" ujar Harriz tidak berpuas hati. Kepalanya digosok. Berdenyut-denyut! Kurang asam punya isteri!

Adden ketawa kecil. Terhibur seketika.

"Kau jaga hati dia baik-baik. Aku risau nanti kepala kau tergantung kat kipas, badan kau kat lantai" ujar Adden lalu berdiri. Dia mula melangkah menuju ke pintu dan diikuti oleh Harriz.

Harriz hanya diam mencerna kata-kata Adden. Meremang bulu romanya. Seram! Kepalanya digeleng. Kenapa lah dia pergi kahwin dengan gadis kasar macam Hana? Risau betul dia kalau apa Adden bagitahu tu betul-betul berlaku. Haishh tak pasal-pasal dia mafia ni jadi takut bini!

"Sorrylah bro, I can't help"

Adden tersenyum nipis.

"It's okay. Salah aku juga"

"Kau jangan risau. Nanti aku koreklah macam mana dengan Hana tu nanti. Ganas-ganas dia kalau kena dengan gaya senang je"

Kepalanya diangguk.

Adden berlalu ke kereta bersedia untuk meninggalkan perkarangan rumah Harriz namun bunyi ringtone Iphonenya mehentikan langkahnya. Nama Razul dipandang.

"Bro, you know what I found?" Soal Razul.

"What?"

"About your wife. Her true colours. O to the M the G ! I was so shock!"

Adden mengerutkan dahinya. Dia hanya diam mendengar apa yang diceritakan oleh Razul sebelum bibirnya menyungging sedikit. Tersenyum sinis.

"I already know. Like I said she actually the most dangerous poison I've ever encountered"





***********

Apa yang Adden tahu guys?

Okay 7 chapters left! Tak sabar nak habiskan story ni!

Jumpa esok guys!

Jangan lupa votement







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro