Bab 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

NADHIRA segera berlari dari dapur menuju ke bilik Dhia Airisya sebaik sahaja dia mendengar Dhia Airisya muntah. Pintu tandas yang tidak tertutup rapat dibuka luas. Dia segera menghampiri Dhia Airisya lalu mengusap belakang badan Dhia Airisya.

Uwekk

Tidak henti Dhia Airisya muntahkan segala makanan yang di makan pagi tadi sehinggakan dia mula muntah angin. Makanan yang dimakan tadi tidak banyak. Itu pun setelah dipaksa oleh Nadhira.

Uwekkk

Sejak dia memijak kaki ke sini alahannya semakin menjadi-jadi. Selalu muntah, emosi tidak stabil. Asyik menangis je kerja kerana rindukan Adden.

Setelah terasa tidak mahu muntah lagi dan telah membersihkan mulutnya, Dhia Airisya terduduk lemah di sebelah mangkuk tandas. Air matanya yang dari tadi mengalir semakin mengalir. Dadanya yang terasa begitu sesak dipukul berkali-kali. Sakit. Sebak kerana menahan rindu pada suaminya sendiri.

"Hey Icha, sakit dada kau tu nanti"

Tangan Dhia Airisya dipegang lalu dia menarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya.

"Ikha, aku rindu suami aku. Aku nak dia hikss. Aku rindu dia" menangis teresak-esak Dhia Airisya dalam pelukan Nadhira. Rindunya pada suaminya hanya dia yang tahu. Bertapa sakitnya berpisah dengan suami sendiri. Ini baru dua hari dia menetap di New Zealand tapi rindunya pada Adden dah bergunung.

"Sabar okay? Jom ke katil. Sejuk dalam tandas ni"

Tubuh Dhia Airisya yang lemah itu dibawa ke katil lalu dibaringkan. Nadhira menyelimutkan badan Dhia Airisya sehingga ke paras dada.

"Kau nak makan apa-apa?"

Kepalanya digeleng. Air mata masih mengalir.

"Tak mengidam apa-apa?"

Kepalanya digeleng sekali lagi.

"Rehat okay?"

Dhia Airisya memandang Nadhira keluar dari bilik. Iphonennya dicapai. Wallpaper lockscreen gambarnya bersama Adden dipandang dengan mata yang berair. Ya Allah kenapa rindu itu terlalu menyakitkan? Sungguh dia rindu sangat akan Adden.

"Abang....Isya rindu abang."

Tangannya mengusap gambar Adden lalu dibawa ke dadanya. Ikutkan hatinya, dia mahu fly balik ke Malaysia semula. Tapi dia tahu perbuatannya itu hanya membuatkan Adden makin tersakiti. Dia hanya akan membuatkan Adden semakin terluka. Melihat mukanya hanya akan mengingatkan Adden kejadian pembunuhan parents suaminya itu.

Namun ternyata, pada akhirnya
Tak mungkin bisa kupaksa
Restunya tak berpihak
Pada kita

Mungkinkah aku meminta
Kisah kita selamanya?
Tak terlintas dalam benakku
Bila hariku tanpamu.....

Air mata Dhia Airisya semakin lebat membasahi pipinya sebaik sahaja ringtone iphonennya berbunyi. Teresak-esak dia mendengar ringtonenya itu. Hatinya yang sememangnya sedang broken bertambah broken apabila mendengar lagu Melawan Restu by Mahalini yang dipasang sebagai ringtone iphonennya.

Sgala cara tlah kucoba
Pertahankan cinta kita
Slalu kutitipkan dalam doaku
Tapi ku tak mampu melawan restu, ho-oh.....

"Icha?"

Nadhira menghampiri Dhia Airisya semula apabila dia mendengar esakan yang begitu kuat dari Dhia Airisya. Iphone milik Dhia Airisya diambil dari tangan Dhia Airisya. Dahinya berkerut melihat nombor asing. Setahunya itu nombor baru Dhia Airisya jadi hanya kawan baik mereka sahaja yang tahu.

"Ikha....dada aku...dada aku rasa sakit"

Dadanya yang terasa begitu sakit dicekam. Terlampau sakit sehingga dia tidak dapat menahan air matanya dari turun. Nafasnya juga mula terasa tersekat-sekat bagaikan sukar untuk bernafas. Ya Allah sakit. Sangat sakit.

"Kita pergi hospital. Jom" ujar Nadhira gelabah apabila melihat Dhia Airisya sukar untuk bernafas.

Iphone yang berbunyi lagi sekali dipandang oleh Nadhira. Ditekan butang hijau lalu dilekapkan pada telinganya. Risau kalau Hana atau Aufa yang call kerana risaukan akan Dhia Airisya.

"Kau call lat...."

"Sakit. Ikha sakit hikss"

"Ya Allah Icha!"



MATA yang terasa berat dibuka digagahkan oleh Dhia Airisya akibat perutnya yang berkerocong meminta untuk diisi. Perlahan-lahan dia ingin memusingkan badannya tapi sukar apabila satu tangan menjalar pinggangnya.

"Ikha?"

Dia mengalihkan tangan yang memeluknya dari belakang. Dia dan Nadhira memang tidur atas katil yang sama kerana Nadhira mahu mengawasinya. Risau kalau dia sedang muntah dan Nadhira tidak mendengarnya. Namun apa yang membuatkan Dhia Airisya pelik apabila hidungnya menusuk bau hospital.

Dahinya berkerut. Ini bukan apartment yang mereka sewa, ini hospital. Dia mula memutarkan apa yang terjadi sebelum dia pengsan. Tak silapnya dadanya rasa sakit sangat sehingga sukar untuk bernafas. Dan selepas itu dia tidak sedar dengan apa yang terjadi.

Keluhan kecil dilepaskan. Lagi sekali dia mahu menangis apabila teringat akan Adden.

Badan dipusingkan. Dahinya berkerut.

"Abang?"

Matanya tajam memandang satu figura yang sedang tidur di sebelahnya dengan memeluknya. Air matanya mengalir. Tak mungkin Adden ada kat sini. Suaminya itu tidak tahu keberadaannya dan lagi situ takkan suaminya itu mahu dekat dengannya? Apatah lagi memeluknya?

Masa hari terakhirnya itu pun Adden marah kerana memeluk dia.

"Abang....Isya rindu abang"

Pipi Adden diusap lembut dengan air mata yang mengalir. Sampai begitu sekali dia rindukan Adden sehingga terbayang-bayang dia berada bersama Adden bahkan dipeluk oleh Adden.

"Abang...."

"Hmmm?"

"Abang tak rindukan Isya?"

Anak mata hazel miliknya memandang tepat pada anak mata grey kebiruannya yang mula dibuka perlahan-lahan. Lembut merenung anak matanya bersama senyuman yang melebar.

"Rindu" pinggangnya semakin dililit. Mukanya semakin dapat merasa deruan nafas Adden yang begitu tenang.

"I miss you so much, sayang"

Dhia Airisya tersenyum lebar. Matanya mula mengantuk kembali apabila ditepuk oleh Adden dengan lembut. Nyanyian lagu ghost oleh Justin Bieber dinyanyikan oleh Adden di telinganya sebagai mengulik tidurnya.

I want you to know that
If I can't be close to you
I'll settle for the ghost of you
I miss you more than life

And if you can't be next to me
Your memory is ectasy
I miss you more than life
I miss you more than life.....

Perlahan-lahan matanya mula menutup kembali dengan senyuman yang terhias di bibirnya. Pelukan semakin dieratkan oleh Dhia Airisya. Mukanya dibenamkan pada dada Adden. Ghost. Yaa ghost yang dicipta olehnya.




"MAKAN sikit lagi ni Icha"

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya tanda sudah tidak mahu bubur yang disuakan oleh Nadhira. Dia tidak lalu untuk makan. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. Keluhan kecil dilepaskan.

Dia ada bercerita tentang Adden pada Nadhira dan kata Nadhira mungkin kerana dia terlalu rindukan pada Adden sehingga terbayang Adden berada di sini.

"Kita pergi jalan-jalan kat taman nak?"

Kepalanya digeleng.

"Icha janganlah macam ni. Aku risau kat kau. Kau kena ingat ada baby dalam perut kau. Kalau kau sedih, baby kau pun sedih"

Dhia Airisya memandang perutnya itu lalu memegangnya. Kempis. Dengan dia yang tak lalu makan perutnya terasa semakin kempis. Doktor pun khawatir dengan keadaannya yang lemah.

"Kita jalan-jalan jom. Ambil ang...."

"Abang?"

Dahinya berkerut melihat satu figura yang menyerupai Adden di taman melalui tingkap dari wadnya. Tubuhnya tegak memandang figura itu.

"Ikha aku nampak Adden!"

Nadhira melepaskan keluhan kecil. Dia memandang tenpat yang dipandang oleh Dhia Airisya tapi hampa dia tidak nampak pun seseorang yang menyerupai Adden.

"Icha kau rehatlah"

"Betul la aku nampak Ad...." Senyumannya menipis. Sudah hilang!

"Aku nak pergi taman"

"Icha! Ya Allah Icha!

Dhia Airisya berlari laju keluar dari wadnya meninggalkan Nadhira. Tak! Dia tak salah nampak! Dia betul-betul nampak Adden yang senyum akannya tadi. Kalau semalam mungkin dia bermimpi atau nampak hantu menyerupai Adden tapi ni siang hari! Takkanlah hantu lagi!

Tercungap-cungap Dhia Airisya bernafas. Tangan memegang lutut. Penat! Penat berlari turun tangga. Malas nak tunggu lift dia turun tangga. Gila! Memang dia dah rasa gila sekarang!

"Icha! Jom naik atas balik. Aku rasa kau perlukan rehat ni"

"Tadi kau ajak aku pergi taman. Jom jalan-jalan"

"Tapi...."

"Jom"

Tangannya memeluk lengan Nadhira lalu menarik Nadhira menuju ke taman. Matanya liar mencari figura Adden. Niatnya ke taman hanya satu. Mencari suaminya! Dia memang tak salah tengok tadi!

I want you to know that
If I can't be close to you
I'll settle for the ghost of you
I miss you more than life

Dahinya berkerut mendengar nyanyian yang semakin hampir dengannya. Lagu semalam! Lagu yang dinyanyikan oleh Adden!

"Ikha tu suara Adden kan?" Soalnya pada Ikha ingin kepastian.

Nadhira hanya diam.

"Suara orang lain kut"

"Icha!"

Nadhira mengikut langkah Dhia Airisya yang laju, mencari suara tersebut. Dihadapan mereka terdapat satu bulatan manusia yang sedang mengeliling si penyanyi. Melompat-lompat Dhia Airisya ingin melihat siapa penyanyi tersebut tetapi tidak nampak. Disebabkan ketinggian orang New Zealand yang bagaikan galah, memang menghalang dia.

Penat melompat Dhia Airisya mula menyelinap di ruang-ruang yang ada. Nadhira yang menjerit namanya itu diendahkan. Dia semakin merasakan orang yang sedang menyanyi itu adalah Adden. Baru 3 hari dia berada di sini, takkanlah dia lupa suara suaminya sendiri.

And if you can't be next to me
Your memory is ectasy
I miss you more than life
I miss you more than life.....

Tepukan yang gemuruh diberikan kepada penyanyi dan ahlinya sebaik sahaja nyanyian tamat. Kuat bunyi tepukan yang kebanyakkan merupakan pesakit di hospital itu. Setiap hari Sabtu memang akan terdapat persembahan kecil bagi menghiburkan para pesakit.

Dhia Airisya yang berdiri statik di depan sekali sedari tadi sehingga nyanyian habis makin tersenyum lebar apabila anak mata grey kebiruan itu menatap anak mata hazel miliknya. Dikenyit mata padanya bersama senyuman.

"Abang!"

Dia berlari mendapatkan Adden lalu memeluknya.

"Miss, do I know you?"

Pelukan terlerai. Anak mata Dhia Arisya bergetar.

"Ab...aban....so...sorry. Salah or...ora...."

Kata-katanya terhenti apabila badannya ditarik ke dalam pelukan.

"Sayang, I miss you so much!"

Kepalanya mendongak memandang Adden. Ya memang Adden. Dia tak salah tengok.

"Icha you're so blur right now"

Kepalanya menoleh memandang Razul yang berada di sebelah Adden. Tak silap Razul lah yang main drum.

"Sayang tak kenal dah ke? Ni abang, ni Razul"

Dhia Airisya berpaling memandang Adden semula yang sedang tersenyum. Bibirnya diketap. Air matanya makin mengalir. Kenapa dia rasa dipermainkan? Semalam tu apa?

"Benci abang!"

Dada Adden dipukul lalu dia berlalu pergi menuju ke sebuah bangku yang tidak jauh. Jeritan dari Adden dihiraukan. Dilabuhkan punggungnya di situ. Kaki dipeluk. Muka disemban.

"Marah abang ke?"

Terasa satu sweater dibalut pada badannya. Memandangkan tadi dia hanya keluar dengan baju pesakit yang nipis tapi cuaca kat luar sejuk. Terkejar-kejar ingin tahu dia yang tidak salah nampak dan memang betul.

Bahunya ditarik oleh Adden.

"Sayang, abang minta maaf"

"Semalam tu abang kan?" Soalnya ingin tahu pasal semalam.

"Hmm abang"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Habistu kenapa Nadhira cakap dia tak perasan pun Adden masuk wadnya?

"Tapi kenapa Ikha cakap Isya mengigau"

"Dia tak tahu abang masuk. Dan masa abang keluar pun dia tak perasan."

Dhia Airisya diam

"Abang mainkan Isya! Abang buat Ikha fikir Isya dah gila sebab terbayang abang"

Adden tersenyum.

"Baguslah. Itu maksudnya sayang rindu abang"

Renunga tajam diberikan pada Adden menyebabkan Adden ketawa kecil.

"Sini. Dekat dengan abang"

Dia menarik Dhia Airisya yang duduk mula menjauhinya. Bahu Dhia Airisya dipegang. Anak matanya lembut menikam anak mata hazel Dhia Airisya dengan senyuman. Dahi Dhia Airisya dicium lama membuatkan air mata isterinya itu laju mengalir. Ditarik pula Dhia Airisya ke dalam pelukannya.

"I'm sorry. I'm really sorry for what I had done to you"

"Abang tak benci Isya?"

Kepalanya digeleng.

"Tak sayang. I will explain all for you later. Sekarang jom masuk. Sejuk"

Baru dia perasan sweater yang membaluti badannya itu adalah sweater Adden. Sekarang suaminya itu hanya memakai tshirt lengan panjang sahaja. Kepalanya diangguk lalu mereka masuk ke dalam hospital semula.


"SO abang buat macam tu sebab takut harabeoji apa-apakan Isya?"

Kepala diangguk mengiyakan kata-kata Dhia Airisya.

"Apa sebenarnya yang terjadi di antara Alexander's dan Kim's Clan?" Soal Dhia Airisya bingung.

"Pernah dengar tak nama Amelie Alexander?"

Dhia Airisya mengangguk kepalanya. Amelie Alexander, nama ibu kepada papanya tidak silap atau boleh dikatakan Amelie Alexander adalah neneknya.

"My grandmother." Jawab Dhia Airisya

"My grandmother too"

Dahi berkerut.

"Huh? Tak faham"

"Okay macam ni. Atuk sayang, Draco Alexander kahwin dengan Amelie Alexander lalu dapat anak iaitu Frouis Alexander dan Dian Alexander. Diorang kahwin sebab disuruh oleh keluarga. Amelie Alexander tu tak cinta pun si Draco Alexander"

"Lepastu lepas 5 tahun, Amelie Alexander ni jatuh cinta dengan harabeoji abang, Kim Chan Hee. So Amelie Alexander ni ikut lari harabeoji ke Korea dan tinggalkan anak-anaknya. Draco Alexander ni marah gila lepastu dia cari dua orang ni bertahun-tahun. Sepanjang diorang lari diorang dapat anak iaitu ayah abang, Kim Bae Jung dan 3 lagi adik appa abang yang lain. End up, diorang dua dijumpai dan Amelie Alexander dibunuh oleh Draco Alexander sendiri di depan harabeoji abang"

Terangguk-anguk kepala Dhia Airisya menghadam cerita tentang Alexander's dan Kim's Clan. Baru dia faham kenapa mereka bermusuh.

"So mata abang..."

"Appa abang pun mata ni juga. Dia warisi dari Amelie Alexander dan abang mewarisi dari appa abang"

Lama Dhia Airisya memandang anak mata grey kebiruan milik Adden. Dulu dia bingung kenapa mata Adden berwarna grey kebiruan. Sebab tak silap dia orang Korea selalu bermata hitam tak pun coklat. Jarang nampak mata mereka seperti itu. Rupanya-rupanya mewarisi dari Amelie Alexander.

"Tapi appa abang tak nampak muka mix pun"

"Muka appa abang ikut harabeoji cuma matanya saja ikut Amelie Alexander. Sebab tu tak nampak mix while abang ikut muka dua-dua. Appa abang dan eomma abang yang dari Malaysia. Diorang dua dapat anak yang handsome kan?" Soal Adden dengan kening yang dijongket.

Dhia Airisya ketawa kecil. Ni macam dah masuk bakul angkat sendiri ni!

"Hmmm handsome sangat-sangat" pipi Adden ditekup dengan kedua-dua tangannya lalu bibir Adden dicium sekilas.

"Jadi kita ni cousin lah kan?"

Kepalanya diangguk.

Suasana diam seketika dengan renungan anak mata Adden pada Dhia Airisya. Dia memandang dalam anak mata Dhia Airisya. Mencari satu kebenaran dari anak mata itu sebelum dia menoleh memandang langit semula.

"Sayang nanti ikut papa mama sayang balik French boleh?"

Dhia Airisya hanya diam. Kepalanya mendongak memandang langit yang dihiasi oleh bulan dan bintang.

"Berapa lama?"

"Sampai semua settle"

"Abang sure ni terbaik untuk Isya?"

Adden berpaling memandang Dhia Airisya yang suaranya mula kedengaran lain. Anak mata hazel yang menikam matanya itu dipandang lama.

"Hmmm. As long as sayang ada kat French, harabeoji takkan apa-apakan sayang"

Dhia Airisya memandang langit lagi sekali. Lama.

"Abang nak tahu tak nama bintang apa yang paling bercahaya dan paling dekat dengan bumi?"

Adden mengerutkan dahinya. Dia turut mendongak memandang langit.

"Sirius. Sirius adalah bintang yang paling bercahaya sebab ia dekat dengan matahari dan sirius merupakan bintang yang paling dekat dengan bumi" jawab Adden yang tahu serba sikit tentang bintang

Kepala ditoleh memandang Adden.

"Abang nak tahu bintang apa paling jauh?"

"Earendel" jawab Adden.

"Hmm Earendel. Kejauhan dia adalah 28 billion light years away from earth. Jauh kan?"

Dhia Airisya diam mendongak kepala memandang langit.

"But moon is the brightest and largest object in our night sky" ujar Dhia Airisya memandang bulan yang bercahaya di langit.

"I want to be moon, neither Sirius nor Earendel" sambung Dhia Airisya lagi.

Adden memandang Dhia Airisya. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Dhia Airisya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia ingin merangkul pinggang Dhia Airisya tapi ditepis oleh Dhia Airisya.

"Sayang"

"Abang cakap bintang tak selalu ada untuk bulan tapi abang akan selalu ada untuk Isya. Where are your promise?"

"Sayang, abang....."

"Abang sure Alexander's dan Kim's Clan boleh berbaik?"

"Nothing impossible" jawab Adden. Sebab dia akan lakukan apa sahaja agar dia dan Dhia Airisya dapat bersama dengan tenang.

"Abang tahu tak peritnya menahan rindu? 3 hari Isya kat sini, 3 hari Isya rasa nak gila. Abang suruh Isya pergi French yang jauhnya sebanyak 10422 kilometer dari Malaysia? Yang lagi jauh dari New Zealand."

"Sayang abang pun tak berniat nak jauh dari sayang. Tapi abang nak lindungi sayang"

Dhia Airisya mengeluh kecil.

"Abang, tempat Isya rasa paling selamat adalah di sisi abang. Bukan kat French ataupun jauh dari abang. Not somewhere else tapi di sisi abang"

"Isya percaya yang abang dapat lindungi Isya. I trust you" sambung Dhia Airisya lagi apabila Adden hanya diam.

"Abang nak keluar ambil angin. Sayang tidur lah dulu"

"Fine, Isya akan pergi French seperti mana abang nak tapi abang jangan menyesal kalau Isya pergi buat selamanya. Kalau apa-apa terjadi kat Isya. Kalau Isya mati kat sana abang jangan menyesal!"

"Sayang apa ni. Janganlah cakap macam tu"

"Habistu nak cakap macam mana lagi? Abang faham tak yang Isya taknak berpisah dengan abang?"

Adden mengeluh kecil.

"Sayang tidurlah dulu. Abang nak ambil angin kejap"

Dhia Airisya memandang figura Adden sehingga hilang dari pandangannya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia mendongakkan kepalanya memandang langit semula. Dia taknak pergi French! Bukan dia benci parents akan tetapi dia tidak ingin menjejaki kaki ke sana lagi. Adden lupa ke apa yang terjadi padanya kali terakhir jejak kaki ke sana?

Keluhan kecil dilepaskan.

Mungkin Adden dah lupa. Mungkin Adden tidak ingat bahawa di French lah dia menyaksikan pembunuhan kejam oleh suaminya sendiri. Kejadian itu tengiang dalam fikirannya setiap kali nama French disebut. Sebab itu dia taknak menjejaki kaki ke sana. Dia trauma!

Bunyi tapak kaki dari belakang membuatkan kepala Dhia Airisya menoleh. Dahinya berkerut. Perlahan-lahan dia menapak menuju ke pintu wadnya.

"Abang?"

Diam

"Ikha?"

Diam

"Razu......astaghfirullah!"

"Razul!"

Dhia Airisya segera menapak menghampiri Razul yang tiba-tiba terkulai di depan pintu wadnya. Mahu luruh jantungnya itu. Tangan Razul dicapai lalu dia merasakan nadi. Masih hidup. Nafas lega ditarik. Namun dia baru perasan, terdapat beberapa bodyguard Adden turut terkulai begitu juga Nadhira.

Namun tiada Adden. Katanya mahu ambil angin tadi. Dia segera berdiri untuk mencari Adden namun dia mendengar derapan kaki yang menghampirinya dari belakang.

"Did dad order this?" Soal Dhia Airisya menghampiri Nadhira. Nafas lega ditarik apabila kawannya masih hidup. Mereka semua hanya pengsan

Lelaki yang menghampirinya itu menghentikan langkahnya.

"Hmmm"

"Time for me to back to castle, Andre?"

Badan dipusingkan memandang lelaki itu. Senyuman nipis diukir.

"He said you had acted enough. Time to reveal your true self, Princess Evelyn Alexander. "

"Rentrons à la maison, princesse. (Let's go home, princess)"


*************

Sapa lupa Andre tu siapa, korang pergi baca Bab 39. Nanti korang tau Andre tu siapa.

Dhia Airisya nak reveal diri dia yang sebenar dah guys!

6 chapters left!

Jangan lupa votement.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro