05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Babe • kth

A/N:

Saya harap korang sudi meriahkan ruangan komen. Semoga menyukai bab kali ini. ❤

🎮🎮🎮

Taehyung segera menutup pintu bilik. Telapak tangannya ditekap ke permukaan pipi. Lelaki itu menghembus nafas perlahan-lahan. Dia yakin anak-anak buahnya sudah ternampak riak wajahnya yang bertukar warna merah.

"Aku setiap kali emo je, confirm pipi merah. Dah serupa orang blushing. Nanti diorang syak aku suka Jae Yoong pula. Ergh. Minta simpang!"keluh Taehyung. Skrin telefon pintar yang ternyata sunyi tanpa sebarang notifikasi menjentik perasaan lelaki garang itu.

Riak wajah kekal dingin. Di dalam hati pula, dia menyimpan perasaan duka yang bersarang di hati. Sudah tiga hari Jae Kyung mengabaikan pesanan mesejnya.

Jae Kyung pun satu, wanita itu hanya akan menunjukkan sisi romantis setiap kali mereka keluar membeli-belah.

Alahai, kasihan Taehyung. Dia cintakan seorang wanita pisau cukur nampaknya. Tapi, lelaki itu bodoh. Dia tetap setia dengan wanita pengikis hartanya dalam diam itu.

"Taehyung, kau o-okay ke?"soal seseorang di muka pintu. Derapan tapak kaki itu bergerak laju ke arahnya.

Taehyung segera mengangkat wajah. Malang tidak berbau, dahi dan pipinya menjadi tempat sasaran bibir comel milik Jae Yoong.

"W-weh, kau dah gila ke apa, budak?!"jerkah Taehyung. Seluruh tubuh badannya menggigil hebat. Jantung Taehyung berdenyut pantas tatkala bibir Jae Yoong menyerang pula permukaan bibirnya.

"K-kau."ujar Taehyung sebelum bibirnya dipagut semula oleh Min Jae Yoong. Tubuhnya terdorong rapat ke meja belajar.

Lelaki dingin itu bergelut untuk melepaskan diri. Hasratnya tidak kesampaian apabila kedua-dua lengan Jae Yoon merangkul erat lehernya.

Lutut Taehyung menjadi lembik. Tubuh badannya seperti menerima sebuah kejutan elektrik. Dia tidak ada kekuatan untuk melawan tindakan gila rakan sebiliknya itu.

Jika semua ini hanya mimpi, Taehyung mahu menjerit sebuah kebenaran yang tersimpan di dalam lubuk hati.

Jae Yoong juga akan menerima padahnya.

Kenapa?

Malam itulah malam yang menyaksikan first kiss Kim Taehyung dirampas oleh seorang lelaki jadian bernama Min Jae Yoong.

Jae Kyung pun tidak sempat merasa ciuman pertama kerana kekasih hatinya bertegas ciuman itu perlu ditangguh sehingga mereka benar-benar bersedia.

Siapa jangka kejutan ini akan berlaku?

Bibir suci lelaki tiada perasaan itu dinodai secara rasminya oleh Min Jae Yoong.

-tbc-

A/N:

Hihohooo. Korang rasa bab selepas ini ...apa yang akan berlaku?

Okay, macam ini. Taehyung just pernah kena kiss oleh Jae Kyung dekat pipi je. Bibir tak pernah ya. Jadi, beruntunglah Jae Yoon.hahahahahah.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro