06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Babe • kth

Lelaki malang itu kelu tanpa sebarang kata-kata. Setelah dia berjaya merungkaikan pautan lengan Jae Yoong di leher, Taehyung segera membawa diri ke muka pintu.

"Kau gila ke apa kiss aku malam-malam ni? Mabuk ke syaiton?!"rungut si anak Kim. Pintu bilik Jeon Jungkook diketuk berulang kali.

Taehyung cuba untuk menenangkan diri. Tetapi, dia tetap gagal. Peluh dingin sudah mula terbentuk kecil di dahi dan kawasan sekitar lehernya.

Lelaki garang yang terkenal dengan gelaran bapak singa itu mengetap bibir. Berbakul-bakul sumpahan dia tujukan khas kerana Jae Yoon menodai bibirnya.

"H-hey, datang bilik kenapa bosskur?"ujar Jeon Jungkook dalam nada kalut. Dia bimbang rancangan untuk mengenakan Jae Yoong dan Taehyung terbongkar pantas.

Postur badannya menjadi kaku. Jungkook menayangkan senyuman kekok kepada Taehyung.

"Pinjam bilik air kau. Aku nak sental bibir aku dengan dettol kejap. Ughhhh."

Taehyung menolak bahu Jungkook. Destinasi utamanya dituju ke bilik air yang terletak di dalam bilik rakan baiknya itu.

Jungkook cemas. Gelagatnya amat mirip sekali seperti cacing kepanasan. Itulah kau nakal sangat, Taehyung tu pantang diusik. Anak Jeon ini sangat menyesal akibat tindakan bodohnya.

Taehyung mengamuk, jenuh dia nak hadap bebelan lelaki itu. Sudah kerap cuping telinganya berbahang kerana leteran Taehyung.

Kedua-dua telapak tangan ditekapkan di dada. Jungkook menggerakkan tangan perlahan-lahan. Lalu, dia gosokkan permukaan dada yang bising dengan degupan jantung yang mencicit ketakutan.

"Alah, setakat kiss je. Taehyung tak mungkin nak jatuh cinta kan? Dia straight weh. Kau rileks Kook. Rileks!"bisik Jungkook di dalam hati.

Dia mengucap panjang apabila bunyi cermin dihentak kasar oleh seseorang bergema di dalam bilik air kecil itu.

Taehyung, dah mengamuk?

----

Taehyung biarkan percikan air sebentar tadi mengalir turun dari permukaan dahi, hidung serta bibirnya. Wajah yang lembap tidak dikesat dengan tisu.

"Apehal aku asyik craving bibir dia? Kau normal Taehyung. Kau cinta Jae Kyung. Ya, kau suka perempuan. Semua ini kesan mengejut sebab kau tak pernah kiss bibir. Tenang, Kim Taehyung. Kau normal."pesan Taehyung kepada diri sendiri.

Jari-jemari lelaki dingin itu ditekan ke atas cermin. Jujurnya dia teramat benci keadaan dirinya pada saat mengelirukan itu.

Senyuman kecil begitu sukar untuk dia ukir di wajah. Telapak tangan yang galak menggigil teruk dibawa rapat ke muka.

Taehyung cuba padam memori gelap itu. Dia tidak sedar penumbuk kecil di tangan dihayun kasar ke atas cermin bilik air Jeon Jungkook.

"Kau bodoh, Taehyung. Kenapa memori aku penuh dengan benda tak senonoh ni? Tapi, bibir dia rasa ceri. Aku suk-..tak! Aku benci syaiton kecik tu. Kau tunggu pembalasannya nanti, Min Jae Yoong."

Memori dua puluh saat itu seakan lama. Taehyung memaut hujung sinki apabila badannya bertukar lemah.

Lelaki itu diuji hebat dengan pergolakan perasaannya pada waktu itu. Hujung bibir Taehyung terjungkit sedikit menandakan dia tersenyum suka.

"Gila. Aku dah gila. Budak tu ada magis jenis apakah? Esok pagi aku kasi denda kaw kaw dekat dia. Aku simpan first kiss untuk Jae Kyung. Jae jantan Yoong yang curi. Lahanot."

Taehyung berhadapan dengan konflik emosi yang maha dahsyat. Dia tampar diri sendiri ketika imej jelas bibir sucinya dicium oleh Jae Yoong diingati semula bersama senyuman tanda suka di wajah.

"Aku..rasa lain macam. Tuhan bantu aku. Bawa aku keluar dari dilema ini."

-tbc-

A/N:

Hehehe. Satu bab setiap hari. ❤

Selamat pagi semuanya.

😂




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro