07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Babe • kth

Selepas insiden aku memberi bantuan ciuman kecemasan kepada si bapak singa, kemain dingin lagi sikap lelaki itu kepadaku.

Aku lap telapak tangan yang sudah dibanjiri manik-manik peluh halus. Silap aku juga pakat redah aje kiss mamat tu. Padahal anak Jeon tak guna tu sekadar nak kenakan aku je.

Kau sabar jap, esok pagi nahaslah punggung kau tu jadi mangsa sepakan aku.

"Tapi, dia dah ada girlfriend. Aku tak curi first kiss dia kan?"soal Jae Yoon kepada diri sendiri. Jari telunjuk dia tekan kuat di cermin.

Anak mata bundarnya merenung kawasan bibirnya. Fuh, mengancam siot bibir bapak singa.

Kiss sekali pasti nak lagi. Rona pipi Jae Yoon menjadi warna merah akibat angan-angannya untuk berciuman semula dengan kapten sedingin ais itu.

"Kau kena behave. Kau lelaki. Not a girl now!"

Pintu bilik dibuka oleh seseorang dari arah luar. Aku segera berdiri kekok di tepi meja belajar. Wajah Taehyung yang muram memberi isyarat kurang baik.

Keyakinan tinggi untuk meminta maaf kepada Taehyung kian pudar secara drastik.

Lelaki itu masuk ke dalam bilik air tanpa menuturkan apa-apa kata kepadaku. Setelah aku dibiarkan berdiri sepi di tepi meja belajar, Taehyung keluar dari bilik air.

Rahangku dicengkam kasar. Satu renungan tajam dihadiahkan khas untuk aku pada saat-saat genting ini.

"Seronok cium bibir aku? Kau nak aku bagi lagi ke? Kau dah rampas..first kiss aku, budak lembik."bentak Taehyung dalam nada keras.

Kudratku sebagai seorang gadis menyebabkan aku tersekat di dalam perangkap yang dipasang oleh Kim Taehyung.

"Bibir kau macam magnet, Min Jae Yoon."bisiknya halus di lubang telinga aku.

Aku berundur ke belakang apabila tubuh Taehyung semakin galak bergerak mara ke hadapan.

Tubuhku tersandar rapat di dinding yang terletak bersebelahan pintu bilik air. Wajah kacak Taehyung bersama juntaian rambutnya yang masih basah menyebabkan lidah aku kelu.

Aku seolah-olah hilang kuasa untuk menolak tubuhnya jauh daripada kekal dalam kedudukan serapat ini.

"A-apa semua ni, Kim Taehyung?"

-tbc-

A/N:

Khas untuk peminat siri 'babe'.

Maaf kerana terlalu lama menyepi. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro