bab 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AMIR HAIKAL menyandarkan tubuhnya di sofa selepas menghantar kedua-dua ibu bapanya ke airport untuk pulang semula ke London. Bibik yang sudah mula bertugas itu menghantar minuman kepada Amir Haikal.

"Mana yang lain, bik?" Tanya Amir Haikal. Matanya liar mencari kelibat penghuni lain yang ada di dalam rumah itu.

"Tan Sri sama itu Puan Sri ngak balik lagi dari kenduri. Adam ada kok di ruang tamu atas, Amri bibik ngak tau sih di mana, tapi itu Maisarahnya ada di dapur..." Beritahu bibik.

Amir Haikal mengeluh berat. Nama Dahlia Arissa tidak disebut oleh bibik. Bibik ni macam tak faham-faham pulak! Rungutnya dalam hati.

"Abang!!!" Jerit Dahlia Arissa dari belakang rumah dengan nada yang cukup mencemaskan.

Amir Haikal tergamam, lantas dia bergegas mencari arah suara Dahlia Arissa. Dalam masa yang sama Tengku Syed Adam berlari menuruni anak tangga apabila mendengar jeritan isterinya. Daniel Amriza yang sedang leka membasuh keretanya turut menuju ke arah yang sama. Tanpa diduga ketiga-tiga mereka sampai serentak dihadapan stor tempat suara Dahlia Arissa bergema.

Dahlia Arissa yang ketakutan itu pantas menerpa Tengku Syed Adam. Tubuh lelaki itu dipeluk erat. Amir Haikal panar. Sesungguhnya dia lupa yang Dahlia Arissa sudah mempunyai 'abang' yang lebih istimewa.

Daniel Amriza menepuk-nepuk bahu Amir Haikal. Mengerti perubahan wajah sepupunya.

"Lia okey?" Soal Daniel Amriza apabila melihat wajah pucat adiknya. Dagu adiknya didongakkan perlahan.

Dahlia Arissa menggelengkan kepala. Tengku Syed Adam mengusap lembut belakang isterinya. Cuba memberi ketenangan. Terasa sejuk sahaja tubuh isterinya itu.

"Dalam stor tu... Dalam tu... Ada..." Kata-kata Dahlia Arissa tersekat.

"Ada apa?" Tanya Amir Haikal laju.

"Dalam tu... Ada ular," jawab Dahlia Arissa.

Maisarah dan bibik sudah pun berdiri disebelah Dahlia Arissa. Bibik pantas menginjak ke belakang sedikit. Ngeri pula bila dia mengingatkan kembali yang dirinya selalu keluar masuk stor itu.

"Macam mana pulak ular boleh masuk stor ni? Kawasan rumah ni mana ada semak samun pun." Daniel Amriza mula menapak menuju pintu stor yang sudah terbuka. Amir Haikal mengekori dari belakang. Seperti yang diberitahu Dahlia Arissa, ular sebesar lengan itu sedang menyusur menuju ke arah mereka. Dengan pantas Daniel Amriza menolak daun pintu. Lubang yang ada di tepi stor itu turut ditutup dengan kayu yang tersandar di dinding stor tersebut.

"Bro, kau telefon JPA. Mintak dia orang tangkap ular ni. Kalau kau nak harapkan aku, beranak-pinaklah ular tu dekat dalam ni," pinta Daniel Amriza.

Amir Haikal segera masuk ke dalam rumah. Maisarah segera menghampiri suaminya.

"Mai rasalah kan, ular ni datang dari rumah sebelah lah. Kan keluarga Encik Nordin dah pindah ke Sabah. Kawasan rumah dia pun dah tak terjaga. Semak-samun sana sini," beritahu Maisarah. Mereka yang berada di situ meninjau di kawasan rumah Encik Nordin yang dimaksudkan oleh Maisarah. Memang benar, rumah banglo dua tingkat itu sudah dipenuhi semak-samun.

"Mungkin jugak. Nanti abang mintak papa call Encik Nordin. Sekurang-kurangnya mintak dia upah orang untuk bersihkan kawasan rumah dia tu," jawab Daniel Amriza lalu memaut bahu Maisarah.

"Adam, kau bawak Lia masuk dulu," sambung Daniel Amriza lagi.

Tengku Syed Adam mengangguk.

Bibik turun masuk ke dalam, dia juga tidak ingin bersua muka dengan ular itu.

"Kejap lagi mereka sampai. Tapi macam mana ular tu boleh masuk dalam stor? Setahu aku stor ni kalau tak ada siapa yang masuk memang bertutup je pintunya," ujar Amir Haikal.

Daniel Amriza dan Maisarah menuju ke gazebo yang tidak jauh dari stor. Amir Haikal turut melabuhkan punggung di situ. Matanya masih tidak lepas memandang ke arah stor. Buatnya ular tu terlepas, tak ke naya?

"Mai rasa dia masuk dari lubang yang ada kat tepi stor tu. Lagipun kat tepi tu kan ada pasu besar bunga kiambang mama. Mana tau ular tu ada nampak katak ke, tikus ke dekat area situ, tu yang dia datang tu. Lepastu dia masuk dalam stor tu pulak. Kan dalam stor tu ada tikus," Maisarah membuat andaian sendiri.

Daniel Amriza tersenyum memandang isterinya. Pantas hidung Maisarah dicuit perlahan.

"Macam dengar cerita dalam buku kanak-kanak je." Usik Daniel Amriza.

Maisarah sudah mengekek ketawa.

"Tapi tak mustahil jugak, bro. Kalau macam tu, lubang tu dah tutup ke belum? Nanti ular tu keluar ikut lubang tu kan sia-sia je kita suruh JPA datang?" Amir Haikal bertanya.

"Aku dah tutup dah tadi," beritahu Daniel Amriza.

Amir Haikal menarik nafas lega. Dia sendiri tidak berani untuk berhadapan dengan ular itu.















TENGKU SYED ADAM menghulurkan  segelas air kosong kepada Dahlia Arissa yang sedang bersandar di kepala katil. Air itu hanya diminum separuh. Wajah pucat Dahlia Arissa sudah mula beransur hilang. Nafasnya sudah kembali teratur. Apalah punya ular, buat aku terkejut je. Dahlah muka ganas semacam, rungutnya dalam hati.

"Sayang buat apa dekat dalam stor tadi?" Tanya Tengku Syed Adam. Semasa mendengar jeritan isterinya tadi, jantungnya terasa bagai hendak tercabut sahaja. Hampir-hampir sahaja dia jatuh tersungkur sebab berlari ketika menuruni anak tangga yang dilatari marmar import itu.

"Lia nak simpan majalah-majalah lama kat dalam tu. Tapi tak sangka pulak terjumpa ular," cerita Dahlia Arissa. Tengku Syed Adam menggeleng-gelengkan kepala. Pantas tangan isterinya diraih.

"Sayang, lain kali kalau sayang nak pergi stor tu sayang cakap je kat abang. Biar abang teman. Abang tak nak apa-apa jadi dekat sayang abang ni. Kalau sayang nak tau, masa dengar je sayang jerit tadi macam nak terkeluar je jantung abang ni," kata Tengku Syed Adam sambil memegang dadanya.

"Sayang jugak abang dekat Lia, ya?" Usik Dahlia Arissa sambil menguntum senyum. Bahagia sungguh hatinya mendengar kata-kata yang terkeluar daripada mulut Tengku Syed Adam.

"Mestilah sayang. Abang sayang sangat-sangat," ucap Tengku Syed Adam lalu mencium dahi isterinya. Dahlia Arissa lantas mendakap tubuh Tengku Syed Adam. Saat ini cintanya pada Tengku Syed Adam lebih dalam jika dibandingkan dengan zaman percintaan mereka dulu.

"Lia pun sayangkan abang. Sayang sangat-sangat."

"Tapikan sayang, tadi masa turun tadi abang ada perasan satu benda tapi abang tak tau lah sayang perasan sama ke tak."

Dahlia Arissa mendongakkan kepala lalu memandang tepat ke anak mata Tengku Syed Adam. Dia tidak dapat menangkap apa maksud suaminya itu.

"Masa sayang menjerit tadi kan, ketiga-tiga orang abang sayang datang untuk selamatkan sayang tau!"

Kening Dahlia Arissa sedikit terangkat. Akhirnya dia tersenyum. Sudah faham maksud suaminya. Dia menjerit memanggil 'abang' tadi sebenarnya ditujukan untuk Tengku Syed Adam seorang, tetapi Daniel Amriza dan Amir Haikal turut terpanggil sama.

"Tapi memang Lia nak panggil abang je tadi. But tak sangka pulak Abang Amri dengan Abang Amir ada sekali. Kenapa? Abang cemburu ke?"

"Kalau dengan Abang Amri abang tak ada nak cemburunya, tapi dengan 'Abang' Amir sayang tu, memang abang cemburu. Dia pun bukan main cuak lagi tengok muka sayang pucat," balas Tengku Syed Adam. Nasib baik isterinya itu tidak terpeluk Amir Haikal, kalau tidak mahu sahaja dia merajuk panjang.

"Abang jangan nak fikir yang bukan-bukan, okey," pujuk Dahlia Arissa penuh manja. Sesekali tangannya mengusap lembut dada bidang Tengku Syed Adam. Nafas Tengku Syed Adam pula mula sesak apabila tangan lembut isterinya membelai tubuhnya. Lain macam je bini aku ni?

"Sayang ni kenapa?" Tanya  Tengku Syed Adam sedikit serius. Wajah Dahlia Arissa berubah sesikit apabila mendengar lontaran nada suaminya.

"Kenapa apa pulak?"

"Tu, tangan sayang tu. Dulu siap cakap lagi yang tangan abang ni ada masalah kalau time sejuk, tapi tangan dia tu tak kira sejuk ke panas, sama je." Sakat Tengku Syed Adam lalu membuatkan tangan Dahlia Arissa terhenti. Wajahnya terasa panas. Malu ditegur sebegitu. Namun tanpa diduga tangan Tengku Syed Adam pula semakin galak menjelajah tubuhnya.

"Eee... Abang ni kan! Pandai mengata orang tapi dia sendiri..." Belum sempat dia menghabiskan bicara, tangan Tengku Syed Adam sudah pun singgah ke bibirnya.

"Syy... Sayang dulu yang goda abang." Bisik Tengku Syed Adam di telinga Dahlia Arissa.

"Awal lagilah! Macam tak boleh nak tunggu malam. Apalah abang ni..." Rungut Dahlia Arissa, tetapi dia sendiri sudah pun memaut leher suaminya.

"Tapi kalau dilihat pada respond sayang ni, macam tak boleh nak tunggu malam lagi dah," ujar Tengku Syed Adam lagi.

Mereka berdua tersenyum penuh makna.





















Oke done, vote star tau :((

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro