BAB 16 - Demi Abang

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Apakah kau,
cuba untuk menafikan,
keikhlasan hatiku,
padamu,
bertapa ku mencuba,
mendapatkan secebis,
kasihmu..

🍁🍁🍁

Fang mengukir satu senyuman lebar saat dia melihat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Akhirnya dia berjaya lulus dengan cemerlang.

"Tahniah Fang" ucap Iris bersama senyuman. Kepala Fang diusap sayang.

Fang senyum kecil.

"Terima kasih akak. Akak lepasni kita lawat kubur abang boleh?" soal Fang. Sudah lama rasanya dia tidak menziarahi Kaizo.

Rindu pada abangnya tiada batasan waktu. Setiap hari. Setiap detik. Setiap saat. Rindu itu pasti mencengkam jiwa.

Jujurnya, dia terlalu rindu akan senyuman Kaizo, gelak tawa dan jeritan Kaizo. Namun kini, semua itu hanyalah cebisan memori yang ditinggal oleh Kaizo.

Kau akan merasai,
bertapa pentingnya dia,
setelah kau kehilangan dia,

Kau akan merasa rindu,
apabila cebisan memori itu,
datang menerpa kau.. - RaisyaAiris

"Boleh, lagipun akak ada amanah terakhir yang nak diberi kepada Fang" jawab Iris.

Fang memandang Iris dengan pandangan yang pelik. Amanah? amanah yang diberi oleh abang kepada nya kah?. Dia bigung.

Iris senyum kecil.

"Nanti akak bagi, sekarang jom pergi lawat abang" ujar Iris. Tangan Fang dipegang erat.

Fang gelak kecil. Tingkah Iris mengingatkan dia pada Kaizo. Abangnya yang terlalu melindungi.

'Rindunya adik pada abang' desis hati Fang. Sungguh dia sangat merindui Kaizo.

🍁🍁🍁

Fang menyentuh lembut nama pada batu yang terukir Kaizo Hao. Dia senyum kecil. Lama Iris delima nya memandang batu itu.

"Hai abang, adik datang ni. Abang sihat? abang, adik dah berjaya. Adik dapat keputusan yang bagus. Dan ni.. Ni hadiah adik untuk abang, maafkan adik kerana tak sempat membalas budi abang yang selama ni membesarkan adik dengan baik.." Nafas ditarik dalam. Tangannya masih lagi menyentuh batu yang terukir nama Kaizo.

Wajahnya ditundukkan ke bawah. Air mata yang ditahan akhirnya menitis juga. Fang terduduk di hadapan kubur Kaizo.

"Abang.. Adik rindu abang, adik rindu sanga, kenapa takdir selalu salah memilih? kenapa mesti abang yang pergi dulu? abang, adik sunyi.. adik sunyi tanpa abang. Adik masih perlukan abang. Adik tak kuat tanpa abang.." luah Fang bersama air mata.

Iris yang sedari tadi memerhatikan Fang datang lalu mendekati Fang.

"Fang, jangan macam ni. Kesian abang" pujuk Iris. Pipi Fang diusap sayang.

Fang diam. Tiada jawapan daripada kata-kata Iris.

Iris senyum. Dia faham.

"Jom balik, akak nak bagi Fang something" kata Iris lagi.

Fang mengangguk. Lalu perlahan-lahan dirinya bangun lantas mengorak langkah untuk meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

🍁🍁🍁

Surat yang diberi oleh Iris dipandang lama. Surat yang warnanya sudah hampir pudar. Barangkali surat itu telah lama tersimpan yang menyebabkan warnanya sudah hampir hilang sedikit.

Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Dengan penuh cermat Fang membuka surat tersebut lalu membaca tulisan Kaizo satu persatu.

Tahniah Fang,
abang tahu adik boleh capai keputusan yang cemerlang itu. Harap lepasni kau akan capai cita-cita kau Fang.

Fang,
sempena hadiah di atas kecemerlangan kau. Abang dah sediakan segalanya untuk kau. Termasuk pemilihan kolej yang terbaik. Kos? abang tanggung!.

Ingat Fang pesan abang,
belajar rajin-rajin. Jadilah Fang yang selalu tersenyum. Selalu tabah di hari mendatang. Abang akan selalu ada di hati kau.

Ikhlas,
Kaizo Hao.

Fang senyum kecil saat membaca isi surat tersebut. Lihatlah bertapa besarnya harapan abang untuk melihat dia berjaya.

"Abang, adik janji akan lakukan semua itu demi abang. Demi kau Kaizo. Kerana kau.. Kau abang aku.. Abang yang telah banyak berjasa pada aku. Aku sayang kau abang.. Semoga tenang disana"

Jadilah orang yang tabah,
menghadapi segala ujian,
yang diberi,
ikhlaskanlah kepergiannya,
kerana pasti akan ada hikmah,
yang ingin diberi.. - RaisyaAiris

Bintang itu terlihat indah,
namun disebalik keindahan,
ia diliputi oleh dada langit,
yang gelap gelita.. - MhmdArfSfwn

- TAMAT -

Hye minna,
selamat malam,
mohon abaikan segala typo,
vote jika best and komen bila perlu.

Done for this chapter.
Maaf jika hambar.

Finally, dah tamat cerita ni😂
aku tahu hambar an?😅 tapi takpe Rai dah siapakan semuanya. harap korng enjoy!.

jangan lupa voting&comment!!.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro