Special Bab - Kehidupan Baru

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Inilah aku,
dengan kehidupan baru,
dengan Fang yang,
lebih matang,

Ini semua kerana,
semangat dan juga,
harapan Kaizo Hao,
ingin melihat aku berjaya..

🍁🍁🍁

KOLEJ ANTARABANGSA
PULAU RINTIS.

Cuaca hari ini amat baik. Langit yang membiru serta dihiasi dengan suara merdunya burung-burung menambahkan lagi suasana harmoni itu.

Terlihat seorang lelaki yang berpakaian santai sedang memerhatikan ke kolej yang bakal dia masuki sebentar lagi.

Jantungnya berdegup kencang menahan debar. Satu persatu langkah diatur dengan perlahan. Beg yang tergalas dibahu dipegang erat. Takut. Gementar. Semuanya bertukar menjadi satu.

GEDEBUK!

Fang menelan liur kasar. Bukannya dia sengaja mahu melanggar gadis tersebut. Tanpa membuang masa cepat-cepat Fang membantu gadis itu.

"Maaf, aku tak sengaja" pohon Fang. Wajahnya sedikit menunduk.

Gadis itu melempar senyum.

"Tak apa, pelajar baru?" soal gadis yang berambut agak keperangan. Dia kelihatan comel dengan rambut yang diikat dua begitu.

Fang mengangguk perlahan. Malu.

"Patutlah tak pernah nampak, aku Daha.. Daha Elvera. Kau?" soal gadis itu.

"Fang.. Fang Hao. Em, aku dah lambat. Pergi dulu bye" dalih Fang. Sebenarnya dia tahan akan kecomelan gadis dihadapannya ini.

Hal ini kerana, jantungnya berdegup kencang saat memandang gadis yang bernama Daha Elvera. Pantas sahaja kakinya mengorak langkah untuk ke bilik kuliah.

'Kenapa dengan aku ni?' desis hati Fang.

🍁🍁🍁

Sedar tidak sedar. Sudah hampir seminggu Fang berada di kolej tersebut. Dan dalam tempoh satu minggu itu juga Fang terasa dirinya perhati oleh seseorang. Namun siapa?.

https://www.youtube.com/watch?v=BymMSwtaM3U

Mainkan lagu di atas..

Sering kali ku pandang,
tenang raut wajahmu,
terasa seluruh raga,
larut dalam getar,
nyatanya hatiku musnah,
menahan perasaan..

Dari kejauhan terlihat seoarang gadis sedang memerhatikan tingkah Fang. Dia terasa tenang melihat wajah Fang. Dia sudah angau kah? atau  mungkin cinta pandang pertama.

Entah berapa lama,
harus memendam rasa,
bimbang keinginan hati,
hanya sisa mimpi,
mampukah yang ku inginkan,
jadi kenyataan..

Fang saat ini sedang bekerja separuh masa di Cafe kolej tersebut. Entah kenapa kedua matanya ralit menatap seorang gadis yang sedang tekun melakukan ulangkaji. Tangannya juga lincah melukis sesuatu untuk gadis tersebut.

'Kau comel sangat. Kalau aku suka kau. Kau suka aku tak?' desis hati Fang.

Tidak berani mahu menaruh harapan yang lebih tinggi. Lagi pula niat dia masuk ke kolej ini kerana ingin mengejar cita-citanya sebagai pencipta animasi yang terkenal suatu hari nanti.

Ku insan tak sempurna,
yang inginkan kasihmu,
tapi dapatkah kau terima,
aku berbanding dia,
andai kau menolak cintaku,
biarlah aku simpan,
perasaan ini darimu,
kemas di dalam,
hatiku sendiri..

Baru sahaja Daha ingin menyapa Fang. Namun, terlihat dari jauh Fang sedang berbual dengan seseorang. Mereka kelihatan mesra. Timbul sedikit rasa cemburu di dalam hatinya. Kenapa? dia sendiri tiada jawapan untuk itu.

Namun, apa yang pasti hatinya terasa sakit apabila melihat Fang bersama perempuan lain. Tambahan lagi, perempuan itu. Perempuan yang kerap kali datang berjumpa Fang.

'Dia dah ada teman wanita rasanya. Itulah Daha simpan lagi perasaan itu. Padanlah muka, sekarang.. diri sendiri yang sakit' desis hatinya. Sedikit sesal.

Pedih,
cinta hadir tanpa diduga,
akan ku harungi,
kesedihan ini..

"Kalau suka bagitahu lah dia. Jangan curi-curi tengok anak dara orang tak baik adik sayang" nasihat Iris lembut.

Fang terdiam. Wajahnya ditundukkan sedikit. Tahu akan salahnya. Tapi dia takut jika gadis itu menolak cintanya. Lagipun dia sedang fokus di dalam bidang yang baru sahaja diambil olehnya.

"Fang, jangan simpan lama-lama ye. Nanti dia kena sambar dengan orang baru tahu. Ingat jugak yang Fang masuk kolej ni sebab nak banggakan akak dengan abang" kata Iris lagi.

Kali ini dia mengingatkan Fang jangan terlalu leka dengan perasaan yang tidak terlalu jelas.

Fang mengangguk perlahan. Faham akan maksud Iris. Satu senyuman diberi kepada Iris.

"Tak apa, Fang akan simpan dulu perasaan ini. Lagipun, dia macam dah berpunya" ujar Fang. Riak wajahnya kelihatan sedih.

Iris gelak kecil. Pipi Fang diusap sayang.

"Jangan sedih-sedih. Akak kan ada" ucap Iris memujuk.

Fang senyum kecil. Sekurang-kurangnya dia terasa lega dapat meluah rasa dekat Iris. Satu-satunya insan yang dia ada sekarang selepas sahabat-sahabatnya.

"Yela, akak dah nak balik ke?" soal Fang. Terasa baru sahaja Iris datang melawatnya.

Iris mengangguk kecil. Lagipun dia ada sesuatu hal yang harus dibereskan.

"Esok akak datang lagi" kata Iris dengan senyuman nipis.

Fang membalasnya dengan senyuman lebar.

"Ok akak sayang" manja suara Fang berkata.

Iris gelak kecil. Faham sangat akan perangai Fang. Manja dengan orang yang tertentu sahaja.

Ku insan tak sempurna,
yang inginkan kasihmu,
tapi dapatkah kau terima,
aku berbanding dia,
andai kau menolak cintaku,
biarlah aku simpan,
perasaan ini darimu,
kemas di dalam hatiku,
sendiri..

Daha sedang duduk di atas balkoni di atas bangunan kolej.  Sebabkan dia tidak tertahan dengan adengan yang dilihatnya tadi. Pantas sahaja dia datang ke balkoni ini untuk melepaskan perasaan.

Lagipun, permandangan dari atas balkoni ini begitu indah. Lagi-lagi apabila cahaya matahri mahu terbenam. Memang sangat indah.

'Siapalah gadis yang bertuah tu kan? dahlah cantik' detik hati Daha. Perasaan ingin tahu itu semakin membuak. Tambahan lagi di sudah meminati Fang di dalam diam.

Ku insan tak sempurna,
yang inginkan kasihmu,
tapi dapatkah kau terima,
aku berbanding dia,
andai kau menolak cintaku,
biarlah aku simpan,
perasaan ini dari mu,
kemas di dalam hatiku,
sendiri..

"Cantik kan permandangan dekat sini?" soal Fang memulakan perbualan. Dia pasti gadis itu kaget dengan kehadiran nya.

Daha tersentak. Pantas sahaja wajahnya dipalingkan.

"Fang, kau buat apa dekat sini?" soal Daha. Malah dia tidak menjawab persoalan yang diberi oleh Fang.

Fang senyum sinis.

"Soalan dibalas soalan?" ujar Fang. Kedua tangannya disilangkan. Keningnya terangkat sebelah.

Kedua Iris delimanya tepat memandang ke arah matahari yang hampir terbenam itu.

Daha terdiam. Perlahan-lahan wajahnya dipalingkan ke arah matahari yang hampir terbenam itu. Masing-masing membisu setelah itu.

Kasihku..

"Daha, aku.. aku suka kau sejak pertama kali aku langgar kau. Tapi sekarang aku kena fokuskan kepada bidang yang aku ambik. Lagipun, aku dah janji dengan seseorang nak berjaya dahulu. Baru aku fikirkan soal cinta" kata Fang dengan nada yang lembut.

Daha senyum nipis saat mendengar butir bicara lelaki di sebelahnya ini.

"Aku pun Fang, aku dah terlanjur berjanji. Jadi.. aku sanggup tunggu kau" jawab Daha.

Masing-masing memandang di antara satu sama lain dengan senyuman nipis.

Inilah kehidupan baru Fang. Bersama janji, cita dan cinta. Namun apa yang pasti Fang selalu akan merindui abangnya.

Tanpa Fang sedar ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari atas sana. Dengan senyuman yang mekar dibibir. Dia mendekati Fang.

Terasa sedikit angin sepoi-sepoi bahasa seolah ingin memberitahu bahawa dia selalu ada dengan Fang dari dahulu sampai sekarang.

Fang kaget. Terkaku.

"Abang.."

- TAMAT -
SPECIAL CHAPTER.

Hye minna,
selamat pagi,
mohon abaikan segala typo,
vote jika best dan komen bila perlu.

Done for this special chapter.
maaf andai hambar.

So, macam mana? best😂 tetiba ada idea nak buat special chapter ni.

Apapun enjoy reading! jangan lupa spam comment and keep voting!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro