SPECIAL BAB - Rindu Terdalam

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Saat ku sendiri,
Ku lihat foto dan video,
Bersamamu,
Yang telah lama ku simpan..

🍁🍁🍁

MALAM  itu terasa hening yang hanya ditemani oleh bintang-bintang yang terpampang di dada langit. Terlihat seorang insan sedang menompang dagu sambil kedua matanya menatap indah langit yang terbentang di hadapan matanya. Sesekali matanya melirik ke arah satu gambar yang dibingkai cantik. Dia tersenyum. Entah mengapa, malam ini terasa rindu akan insan yang berada di dalam gambar itu. Rindu yang menyesak dada. Rindu yang tidak pernah akan dibalas sampai bila-bila. Rindu yang sudah dua tahun ditahan.

"Abang" lima perkataan itu meluncur laju dari bibir itu. Sedar tidak sedar sudah dua tahun Kaizo pergi meninggalkan dirinya bersendirian. Takdir selalu salah memilih bukan. Baru sahaja dia merasa secebis kasih dari sang abang, dewa maut telah menjemputnya terlebih dahulu. Ah, dia baru teringat akan sesuatu. Sesuatu yang diberi oleh kakak angkatnya.

Surat baru dari abangnya. Surat yang telah ditulis oleh Kaizo sewaktu hayat nafasnya masih tersisa. Dia mencari dari segala sudut. Bermula dari tempat belajarnya, tempat tidurnya. Dan akhirnya, dia menjumpai surat itu di dalam beg sandang yang selalu dibawa oleh dirinya untuk ke kelas setiap hari. Beg berwarna ungu itu dicampak ke sudut dinding. Surat berwarna merah dibuka lalu membaca isi di dalamnya.

Hai Fang,
Apa khabar mu disana?
Sihatkah? Sakitkah? Atau kau masih busy di kolej mu?
Adik tersayang,
Esok adalah hari lahir abang. Sengaja aku ingatkan kau Fang. Sebab aku tahu
Kau sibuk di kolej. Aku tidak mintak banyak. Cukup sekadar mendoakan aku disini.

Hei adik,
Sudah dua tahun berlalu kini. Tiadakah insan yang berjaya mencuri hatimu?
Jika ada, bawalah ia padaku. Kenalkan aku padanya. Aku ingin mengetahui,
Siapa susuk yang berjaya membuat adik aku tertunduk pada gadis.

Bagaimana pelajaran mu? Sulitkah? Tentu saja sulit, kerana sekarang kau berada di kolej bukan di sekolah. Adik, kalau ada yang kau tak faham, kau boleh bertanya kepada penysarah di kolej. Ingat pesan aku, belajar lah bersungguh-sungguh. Banggakan aku disini. Kerana doa aku seiring denganmu.

Fang,
Maafkan aku untuk segala yang pernah aku buat pada kau. Aku terlupa amanah ibu dengan papa. Dendam di hati masih tersisa mungkin. Kini, diriku sudah jauh dari mu. Jagalah sebaiknya dirimu. Jadilah Fang yang sentiasa tabah, cekal dan mengukir senkuntum senyuman manis mu yang selalu kau beri padaku tika dahulu.

Ok lah, disini sahaja dulu surat tangan dari aku. Yang lain akan menyusul kemudian.
Ingat Fang, abang sentiasa menyayangimu meski kini jasad kita dipisahkan jauh. Salam sayang dari ku. Kaizo Hao.

Yang benar,
Kaizohao

Fang memeluk erat surat yang berada di tangannya. Air mata yang sedari tadi mengalir dibiarkan sahaja. Tiada tanda-tanda di mahu mengelapnya. Dia menangis teresak di birai katil itu. Tika ini dia terlalu merindui Kaizo. Jika waktu mampu diputarkan maka dia lebih memilih untuk pergi dahulu sebelum Kaizo. Kerana sakitnya kehilangan abang itu lagi parah lukanya daripada sakit tangan yang terhiris pisau.

"Abang, adik rindu abang hiks.. rindu sangat.." hanya itu yang mampu dia ungkapkan kini. Dan pada malam itu. Dia tidur bersama deraian air mata. Kerinduan terdalam yang tiada siapa tahu. Hanya dirinya sahaja mengerti. Dia terlalu rindu Kaizo. Sangat rindu.

🍁🍁🍁

[4 NOVEMBER]

Daha baru sahaja selesai sarapan. Setelah itu dia mengerling jam di dinding. Sudah pukul 8.30 pagi. Fang berjanji mahu menjemputnya dalam waktu 9.00 pagi. Masih ada waktu untuk dia membereskan meja. Namun, tingkahnya terhenti apabila dia melihat satu foto yang amat dia rindu. Tidak semena terukir satu senyuman. Ya, wajah di dalam gambar itu. Wajah orang yang dia rindu. Daha memegang dadanya. Tepat jantungnya.

"Terima kasih akak, terima kasih berikan peluang untuk Daha terus hidup di alam ini. Doaku seiring denganmu. Seiring wakty juga, aku merinduimu. Tiga tahun bukan waktu yang singkat" omongnya sendirian. Dia terlupa mahu membereskan meja makannya. Sehinggalah telefonnya berdering rancak mematikan lamunan panjangnya.

Dia pantas mengangkat tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"Helo" ucapanya.

"Selamat pagi, aku dah sampai depan rumah kau. Keluarlah, aku nak singgah kedai bunga kejap ni" kata suara itu. Daha mengerutkan dahi. Seakan suara itu sangat familiar. Lalu, dia menatap skrin telefonnya yang tertera nama Fang.

"Ya ampun, kejap eh Fang. Aku nak ambik beg. Sorry, buat kau tertunggu" mohonnya. Tanpa sempat Fang berbicara dia mematikan panggilan itu lalu beg berwarna biru dicapai lalu keluar tergesa. Oh, tidak lupa dia terus mengunci pintu lalu meloloskan diri dalam kereta milik Fang.

"Cantik kau hari ini" puji Fang lalu bergerak untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Wajah Daha merona merah. Wajahnya dipalingkan ke luar tingkap. Suasana sepi menyelubungi diri masing-masing. Baik Fang mahu Daha. Masing-masing seolah orang asing yang baru sahaja kenal. Walhal sudah dua tahun mereka mengenali antara satu sama lain.

"Esok kau ada class ke?" Soal Fang. Mematikan suasana sepi diantara mereka berdua. Daha berpaling ke arah Fang.

"Ada. Tapi petang, kalau kau?" Soal Daha pula.

"Pagi. Itu pun sebab class aku ada yang cancel minggu lepas. Kuliah ganti lah kalau di ikutkan" jawab Fang. Kedua matanya masih fokus pada jalan.

"Kau nak bawak aku pergi mana sebenarnya?" Soal Daha lagi. Dia ingin tahu. Kerana pelik, Fang menyuruh dirinya memakai pakaian yang agak sopan. Sebelum ini tidak sopankah?.

Fang tidak menjawab malah dia berhenti tepat di toko yang menjual pelbagai jenis bunga. Pendek kata, Fang berhnti di kedau bunga di bandar pulau rintis. Fang memandang Daha.

"Nak turun tak?" Soal Fang.

Daha mengeleng tanda tidak.

"Kalau macam tu, kau tunggu kejap. Aku nak beli bunga" ujar Fang lalu turun menuju ke kedai bunga. Usai sahaja dia membeli bunga, Fang masuk semula ke dalam kereta dan pergi ke arah yang ingin dituju bersama Daha.

🍁🍁🍁

Tanah perkuburan
Pulau Rintis.

Fang meletakkan bunga yang baru sahaja dibeli olehnya. Daha sekadar memerhati. Dia mengusap nisan yang berada di hadapannya. Nama, Kaizo tertera di batu itu. Fang memandang Daha lalu menarik gadis itu agar ke hadapan seirimg dengannya.

Senyuman terukir.

"Selamat hari lahir abang. Adik, doakan abang selalu bahagia di sana bersama ibu dan papa. Oh ya, adik ada bawa gadis yang selalu dengan adik. Nama dia Daha.. Daha Elvera. Walaupun pendek dia terlihat manis. Harap, abang suka kan dia jadi adik ipar abang nantinya" kata Fang bersama senyuman yang mekar dibibir.

Dan sejujurnya Daha tidak pernah melihat senyuman semanis itu. Dia terkaku seketika.

"Abang, dua tahun ni. Adik sekekali sahaja melawat abang disini. Bukan adik tak ingat abang, adik busy dengan pengajian adik, adik janji dengan abang. Adik akan selalu lawat abang tika masa lapang bersama Daha" kata Fang lagi. Kali ini ekspresi wajahnya terlihat berbeza. Dia seakan menyimpan beban.

"Fang, kalau kau nak nangis. Nangislah, lepaskan apa yang kau rasa" lembut Daha berkata. Dia melempar senyum. Terlihat manis. Tanpa dipinta Fang menghamburkan tangisannya di dalam pelukan Daha.

Dia mengerti akan rindu yang terdalam. Rindu yang tidak mampu dibalas oleh orang yang kita sayang. Rindu yang pada akhirnya memakan diri. Rindu yang terlalu siksa jika di ingat. Dia abang yang paling Fang kasih, dia abang yang sanggup memberikan dirinya kehidupan. Dia abang yang sedia berkorban apa sahaja termasuk nyawa.

'Ku mohon perlihatkan lah susuknya di dalam mimpiku ya tuhan' bisik hatinya. Tanpa Fang dan Daha terlihat dua susuk berlainan jantina berada di belakangnya bersama senyuman.

"Sentiasa merinduimu wahai adik ku tersayang'.

Ku ingin saat ini,
Kau ada disini,
Tertawa bersama ku,
Seperti dulu lagi,

Walau hanya sebentar,
Tuhan kabulkanlah,
Bukannya diri ini,
Tidak terima kenyataan,
Hati ini hanya rindu..

- TAMAT -

Hei minna!
Rai Imnida :)
So, ni adalah special chapter
Untuk birthday Kaizo.
How it is?
Rai dah lama tak menulis
So sorry if bad gila cara penulisannya.
Ok, comment ya kalau best!
Rai nak tahu respon readers semua.

Hehe benda ni dah lama dalam draft
Hari ini baru rai nak buat.
So enjoy!. Oh jangan lupa vote!
Typo? Abaikan!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro