Special bab - Serulah aku

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hilag tak kembali"

🍁🍁🍁

FANG mengeluh kecil apabila melihat meja kerjanya penuh dengan kertas-kertas lakaran yang bertimbun minta disiapkan. Dia menjerit kecil.

Serabut.

Kedua tangannya meraup muka yang sedia sudah mengantok. Namun, dia harus gagahkan diri untuk menyiapkan segala tugasan akhirnya. Manakan tidak. Dia sudah memohon cuti untuk jangka masa yang panjang.

"Fang" panggil suara yang amat dia kenal. Lantas lelaki itu berpaling. Terkejut melihat susuk itu kini tepat berada di hadapannya.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Fang. Pelik, kerana dari pengetahuan dia orang luar selain pekerja di syarikat animasi ini tidak boleh diakses begitu sahaja. Kerana setiap pekerja menggunkan kad peribadi yang telah disediakan pihak syarikat itu sendiri untuk sebarang urusan.

"Aku cuma nak hantarkan makanan" jawab sang gadis bersama senyuman.

Seiring itu senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Tak payah, aku boleh cari makanan aku sendiri. Dahlah, kau pergi balik. Aku banyak kerja lagi ni. Jangan tambah beban otak aku yang sedia dah beban ni." Kata Fang datar.

Gadis itu mengukir senyuman. Bukan dia mahu menganggu atau menambah beban dalam kepala Fang. Cuma, dia pelik kenapa akhir-akhir ini Fang seakan menjauhi dia. Apa dia ada salah?

"Fang" seru gadis itu lagi.

Dia berdecit.

"Apa?" jawab Fang dingin.

"Aku ada buat salah ke? Kenapa akhir-akhir ini kita seakan jauh?" soal gadis itu bigung.

Fang ketawa lapang saat mendengar olahan dari gadis yang berada di hadapannya.

"Kau bodoh atau kau pura-pura bodoh? Satu company ni dah tahu kau bakal isteri bos aku. Best dapat mainkan hati orang? aku rasa buang masa sebab habiskab setiap sisa waktu untuk kau. Sekarang kau keluar!" jerkah Fang geram. Tahap sabarnya sudah tidak dapat dikendali kan lagi.

Cebisan luka itu kembali ditoreh. Ah benci!

"Tapi--"

"KELUAR!"

🍁🍁🍁

10 tahun lalu. Ada insan yang bernama abang akan menenangkan sang adik tika sedih. Kini, setelah sekian lama. Fang kembali ke rumah agam itu hanya untuk secebis memori.

Surat yang berada di tangan dibuka lalu dibaca.

Hai fang,
Sihat? Atau sakit?
Aku berharap kau sihat sahaja

Dik, dah 10 tahun. Baliklah rumah kita
untuk secebis kenangan kita bersama.
Dik, baliklah untuk janji kita.

Fang, tak kira seberapa sakit hati kau.
Ingatlah bahawa abang sentiasa ada di
Dekatmu.

Serulah aku, lalu aku akan muncul
Memeluk serta menenangkan kau.

Yang benar
Kaizohao.

- END -

ABAIKAN SEGALA TYPO!

SEQUEL OF MEMORIES

ADA DEKAT  NADINEAQLIMA

KALAU TAKDE SAMBUTAN SIS
DELETE.

OKAY ENJOY BAI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro