11 - password

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku masuk ke dalam rumah yang kosong tu. Fahri balik lambat hari ni, so aku kena meluangkan petangku berseorangan.

Aku ternampak komputer Fahri dan terus membuat keputusan untuk main The Sims. Aku tahu, orang tua macam aku ni tak patut main game tapi nak buat camne, dah addicted. Ni semua salah Fahri.

Aku pun buka komputer tu dan dikejutkan dengan skrin kata laluan. Aku berfikir sejenak sebelum menaip

amirah

Salah.

amirahcute

Salah.

mybeautifulamirah

Salah.

140518

Kalau nak tahu, itu anniversary perkahwinan kami. Tapi still salah.

Aku memuncungkan bibir. Laki ni tak romantik langsung.

Aku try lagi

amirahfahri

fahriamirah

fahriencem

Semua salah. Hah, aku mengeluh. Phone aku capai dan nombor Riri aku speed dial.

"Hello?" Dia menjawab di hujung talian.

"Hello assalamualaikum Fahri!"

"Waalaikummusalam."

"Awak balik pukul berapa?"

"...lepas maghrib kot."

"Balik cepat tau. Saya sunyi."

"Erm."

"Fahri, saya main PC awak boleh?"

"Erm."

"Password awak apa?"

Dia diam sebentar, "...Amirah, sayang."

"Ye?"

"..." Suasana di hujung talian sunyi.

"Apa? Kenapa awak panggil saya?"

"...itu password saya."

"Hah?"

"Password saya amirahsayang."

"Oh."

Kesepian melanda sebentar.

"RIRI!! Seriouslah itu password awak? Ihi!! Sweetnya! Awak balik rumah cepat! Saya nak cium awak!" Aku menjerit gembira sambil menaip kata laluan yang baru sahaja diberitahu Fahri tadi. Dengan magicalnya PC tu berjaya dibuka.

"...bye." Fahri menamatkan call.

"Bye, Ri! Love you!"

Aku takde mood dah nak main game. Aku nak baring dan tersenyum sorang dan berangan sampai Fahri balik.

Di tempat kerja Fahri

"Bini kau ke?" Tanya Luqman, kawan kerja Fahri.

Fahri mengangguk.

"Haih, jeles siot. Dah kahwin ni bolehlah bersweet sweet dengan bini." Luqman membebel sorang-sorang. Fahri hanya mampu mendengar.

"Serious ah password PC kau letak nama dia?" Tanya Luqman lagi.

"Kau dengar?"

"Dengarlah. Suara dia kuat gila."

Fahri tidak mengendahkan dia lalu sambung membuat kerja.

"Hehe, Amirah sayang." Luqman mengusik.

"Nak kena pukul ke?"

"OK OK sorry."

"Untunglah password letak nama isteri. Aku mampu letak nama kucing je." Luqman membebel lagi.

Fahri tergelak kecil.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro