12 - majalah sekolah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kelmarin Aniq jumpa majalah akak dengan Abang Fahri." Adik aku membuka cerita ketika kami melawat rumah mak ayah aku.

"Huh, majalah apa?" Aku bertanya.

"Majalah sekolah la."

"Oh."

"Nak tengok?"

"Em, boleh gak."

Semasa adik aku mengambil majalah tersebut, aku memandang Fahri lalu tersenyum pahit.

Adik aku menyelak majalah itu sehingga terpampang gambar kelas aku pada muka surat itu. Aku mencari muka aku dalam gambar itu.

"Ini akak, kan?" Aniq menunjuk kedudukan aku di dalam gambar itu. Pada masa yang sama, Fahri juga menunjuk pada tempat yang sama.

Aku tergelak, "hahaha! Cutenya aku dulu." Aku tersenyum melihat gambar classmate aku yang lain. Wah, lama gila tak jumpa dorang.

"Ee, tengok ni! Crush akak dulu." Aku menunjuk kepada seorang classmate aku bernama Hadif. Wahaha, hensemnya dia dalam gambar ni.

"Eh? Crush akak bukan Abang Fahri ke?" Aniq bertanya.

"Akak ada ramai crush. Tak main la sorang je." Aku berkata lalu tersenyum sinis kepada Fahri.

"Hmm." Fahri yang sudah tahu tentang salasilah semua crush aku hanya mampu mengangkat kening.

"Akak ni gatal." Aniq membuat muka jijik pada aku.

"Mana ada. Semua orang camtu." Aku mempertahankan diri.

"Yeke? Abang Fahri camtu ke?" Aniq mengajukan soalan kepada Fahri.

"Tak, Fahri pelik. Fahri ada tiga orang je crush sepanjang dia hidup. Sorang waktu sekolah rendah, sorang waktu sekolah menengah, dan sorang lagi akak." Aku mencelah sebelum sempat Fahri menjawab pertanyaan Aniq.

"Akak ni crush waktu bila?" Aniq bertanya.

Aku terdiam lalu memandang Fahri. "Ri, jawab." Aku menyuruh.

"Lepas habis sekolah menengah." Fahri menjawab dengan suaranya yang dalam.

Aku dengan Aniq hanya meng-oh-kan sahaja.

"Maknanya akak dengan Abang Fahri tak couple la waktu sekolah?" Aniq masih tidak puas dengan maklumat yang aku dan Fahri telah beri tentang kehidupan kami waktu sekolah menengah.

"Ish, banyak tanyalah kau ni." Aku menjeling dia. Fahri tersenyum dan sekadar menggeleng untuk menjawab pertanyaan adik lelaki aku itu.

"OK, OK. Soalan last!" Aniq meminta izin.

"Ha, apa dia?" Aku mengeluh tetapi layankan sajalah karenah adik yang jarang aku jumpa ini.

"Akak dan Abang Fahri tak pernah bercakap ke waktu sekolah menengah?"

Kami berdua terdiam.

Soalan itu tidak mampu aku mahupun Fahri jawab. Kami hanya memandang Aniq dengan pandangan yang kosong. Dalam minda kami terpapar satu peristiwa yang tidak akan pernah kami lupakan.

Aku banyak kali cakap dengan Fahri waktu sekolah dulu, menyapa dia setiap kali aku jumpa dia walaupun dia tak kenal aku. Namun kesemuanya tidak dilayan oleh Fahri. Itulah Fahri. Bukannya pemalu, tetapi memang tidak mahu layan. Lagipun dia tak suka bercakap.

Ada satu sahaja ayat yang pernah Fahri berikan kepada aku waktu kami sekolah menengah.

"Annoyinglah kau ni. Serabut, tahu tak?" Itulah kata-kata yang dilemparkan Fahri kepada aku, pada hari terakhir persekolahan. Yang masih menghantui hidup aku hingga kini.

Aku mengeluh. Demi menjawab pertanyaan last adik aku tu, aku menjawab, "pernah sekali."

"Oh, cakap pasal apa?"

"Soalan tidak lagi akan dilayan. Sekarang tunjuk gambar Fahri pulak." Aku mengelak daripada menjawab soalan tambahan Aniq.

Aniq memuncungkan bibir sambil menyelak majalah itu.

Fahri hanya terdiam dari tadi. Conversation kami yang pertama agak pahit. Tak boleh dikira conversation pun sebenarnya. Selepas pengakuan benci dia, kami tidak lagi berjumpa mahupun bercakap. Tidak selepas beberapa tahun.

Tangan aku terasa hangat apabila Fahri membalut tangan itu dengan tangannya. Aku menyandarkan kepala pada bahunya. Aku rasa macam nak pejam mata.

"Akak, jangan tidur! Aniq nak tunjuk gambar Abang Fahri." Aniq melarang.

"Apa nak tengoknya? Fahri ada kat sini je kan?" Aku mengusik dia.

"Ish, tengoklah kak. Abang Fahri nampak sama je macam sekarang."

Aku meneliti gambar itu. Tiba-tiba terasa rindu pada Fahri versi 16 tahun.

"Tak samalah. Sekarang Fahri lagi handsome." Aku memberi komen.

"Haa, mana bezanya? Tak nampak pun."

"Orang yang boleh nampak perbezaan tu hanyalah cinta hati dia." Aku berkata.

"Huh?" Aniq membuat muka hairan.

Fahri tergelak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro