45 - conflict part ii

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku memeluk tangan kiri ayah aku sambil kami berjalan ke arah lif untuk ke kafeteria hospital.

"Hari ni ayah Mirah punya. Ibu stay out of the way OK?" Aku berkata kepada mak aku.

"Kenapa tiba-tiba nak claim laki orang ni?" Tanya ibu.

"Kasi chance la ibu. Petang nanti Mirah kena balik rumah dah. Mirah nak spend masa dengan ayah."

"Hm, yelah." Ibu melayankan aja, tapi dia turut memeluk tangan sebelah kanan ayah.

"Apa ni? Mana boleh kongsi." Aku bersuara.

"Kamu tu meminjam je. Harap maklum." Ibu berkata selaku 'pemilik' ayah.

Aku memuncungkan bibir. Ayah aku tersenyum je melihat kami bergaduh pasal dia.

"Tu Mirah. Laki kamu dah sampai." Tiba-tiba ibu memberitahu sambil memandang ke arah lif.

Aku menurut pandangan mereka semua ke arah lif dan di situ berdirinya Fahri.

Fahri datang ke arah kami dan menyalam tangan ibu ayah. "Ayah OK?"

"Alhamdulillah, kalau dah boleh berjalan ni maknanya OK lah. Kamu dah makan breakfast belum?" Ayah berkata.

Fahri menggeleng.

"Jom makan breakfast satu family. Amirah, kamu call Adib suruh datang sini." Ayah mengarah.

Aku akur, sambil mengelakkan pandangan mata dari bertemu dengan Fahri.

Semalam dia tak datang pun. Dia buat aku berharap tinggi. Bertambah merajuk aku dengan dia.

"Mirah pergilah kat laki kau." Ibu aku mengusir aku.

"Tak nak!" Kata-kata aku membuat semua orang kat situ terciduk sekejap.

"Saya nak spend masa dengan ayah je! Fahri bila-bila je saya boleh jumpa. OK, jom pergi makan." Aku sugarcoat kata-kata kasar aku tadi.

Kami terus berjalan, sepanjang perjalanan aku dan Fahri langsung tak bersapa. Aku memeluk tangan ayah aku, dia pula berjalan dengan Aniq.

🧡

Habis makan, kami semua bersembang sekejap. Tetapi aku sudah mula rasa mual.

Sejak mengandung, aku selalu rasa begini setiapkali habis makan.

"Bluek!" Aku mengeluarkan bunyi seperti mahu termuntah. Seluruh ahli keluarga memandang aku.

Aku berdiri sambil menutup mulut dan membuat tanda aku mahu ke tandas. Mereka semua mengangguk.

Selesai saja aku mengeluarkan isi perut, aku terduduk sekejap dalam toilet. Penatnya. Baby tak suka kot apa yang aku makan tadi. Aku perasan baby paling tak suka bila aku makan sesuatu yang ada kentang. Dan dan pulak tadi aku bedal 3 biji karipap. Baiklah, lesson learnt, baby.

Aku keluar dari toilet selepas membasuh tangan dan ternampak Fahri sedang menunggu aku di luar.

"OK?" Dia bertanya.

Aku mengangguk saja. Aku berjalan melepasi dia sebelum tangan aku ditarik.

Aku menoleh, "Kenapa?"

Fahri diam. Mesti tak tahu nak cakap apa. Secara perlahan dia menggeleng lalu melepaskan tangan aku.

"Jom." Aku mengajak dia semula ke pangkuan keluarga. Kalau aku dengan dia datang secara berasingan mesti orang akan hairan.

🧡

"Kamu kelahi dengan Fahri ke?" Ibu membisik ketika kami semua sudah mahu berpisah.

Ibu ni, tahu tahu je.

Aku mengangguk.

"Gaduh gaduh jangan bawak lama-lama. Kamu tu mengandung. Tak elok stress." Ibu memberi nasihat.

"Mirah nak merajuk dengan dia sampai dia pujuk."

"Iyalah, Mirah. Tapi kalau lebih dari 3 hari, berbaiklah cepat-cepat. Jangan ego sangat."

Aku mengangguk lalu mencium tangan dan pipi orang tua itu. Aku memeluk ibu, lama.

Kemudian aku memandang ayah yang sedang terbaring di atas katil. Aku duduk di sampingnya lalu tubuhnya yang kurus aku peluk.

Mungkin aku sedang mengandung, hormon aku jadi tak stabil. Tiba-tiba saja aku menangis.

"Ayah jaga makan, jaga badan, jaga kesihatan, ayah." Aku berkata kepada ayah aku dalam tangisan.

Ayah aku mengusap belakang aku, "Insha Allah."

"Mana boleh camtu! Ayah kena jaga kesihatan! Wajib!" Aku memarah ayah aku.

Ayah aku tergelak, "Baik, tuan puteriku sayang."

"Ayah nak jumpa anak Mirah tak?" Tersedu-sedu aku cakap sambil melepaskan pelukan.

Ayah aku mengelap air mata aku, "Mestilah nak, Amirah."

"Jadi janganlah buat Amirah risau."

Ayah aku memandang aku lama, tangannya menggenggam tangan aku dengan sangat-sangat erat, "Terima kasih sebab bayarkan yuran hospital."

"Itu Amirah tak bagi saja-saja tau. Ayah kena jaga kesihatan!" Aku mengulang lagi pesanan aku dari tadi. Memang itu patut dititikberatkan pun. Aku sedar ayah aku dah tua. Macam-macam penyakit berkenan dengan dia.

Aku menundukkan muka untuk menahan tangisan dari terus keluar. Sedang aku menangis lagi, aku terasa ada seseorang mendirikan aku lalu membenamkan kepala aku pada dadanya. Aku tahu ini bukan ibu, mahupun Adib atau Aniq.

Ini Fahri, the one and only. Tubuh dia yang seharian aku tak sentuh tu aku peluk. Aku tak kenal ego sekarang. Nanti dalam kereta aku merajuk balik.

Dia menggosok-gosok belakang aku. Tanpa berkata apa-apa, dia memujuk aku dari menangis. Aku mengelap air mata aku guna baju dia.

Selepas air mata aku kering aku berkata kepada Adib, "Jaga ibu ayah elok-elok weh."

"Kau jangan risau, Amirah. Kau tu jaga kandungan, jaga diri." Adib menepuk bahu aku. Aku boleh lihat Aniq di sebelah dia diam je dari tadi. Mungkin dia pun sedang tahan nangis. Yelah, anak bongsu sepatutnya yang paling sedih.

Aku memeluk adik aku. Kami stay dalam position itu buat beberapa saat.

🧡

Perjalanan dari kampung ke rumah diruangi dengan kesepian. Tak ada satu patah perkataan pun dikeluarkan oleh aku atau Fahri. Mungkin sebab aku tidur je sepanjang tu.

Aku terus membaringkan diri di atas katil sesampainya kami di rumah. Mata aku berat disebabkan menangis tadi dan tidur tak lena semalam. Tapi aku dah puas tidur dalam kereta.

Aku... Lapar.

Aku tiba-tiba terasa suatu craving nak makan cendol. Durian.

Aku menangis lagi. Oh my God, aku tengah mengidam ke?

Aku cuba menangis dengan senyap, tak mahu Fahri dengar. Tapi aku tak boleh tahan sedu aku.

"Kenapa, Amirah?" Fahri bertanya dalam keadaan cemas. Aku melihat muka dia yang risau tu.

"Ri, saya lapar." Aku berkata sambil menangis. Muka aku terasa panas akibat menangis. Mesti tengah merah.

"Allahu, awak nak makan apa?" Fahri menyeka air mata aku menggunakan ibu jari dia.

"Saya nak cendol durian." Aku bercakap seperti budak kecik sedang mengamuk.

Fahri nampak terkejut. Mesti dia tengah fikir mana dia nak dapat cendol durian waktu malam ni?

"Saya... Cuba cari." Dia mahu beredar dari situ tetapi aku menahan dia.

"Jangan! Jangan tinggalkan saya!" Aku mencengkam tangan dia.

Fahri tak tahu nak buat apa. Dia mengemaskan rambut aku lalu meletakkan di belakang telinga aku.

"Dah tu saya kena buat apa sekarang?" Soal Fahri.

Aku menundukkan muka. Mana aku tahu dia kena buat apa sekarang.

"Sayang, sekejap eh?" Fahri cuba melepaskan tangan aku dari dia.

"Nak pergi mana?"

"Sekejap je. Saya nak call Irsyad je."

Aku mengerutkan kening, dan dengan ragu-ragu aku mengangguk, memberi dia izin untuk pergi.

Dia mencium dahi aku sebelum keluar bilik bersama phone.

Selepas beberapa minit dia masuk semula ke dalam bilik dan kembali ke sisi aku.

"Nanti sampai. Sabar jap, eh?" Dia berkata dengan lembut.

Aku mengangguk lalu memeluk dia. Bukan ke aku tengah merajuk dengan dia? Memang pun. Tapi aku dah penat nak tunggu dia pujuk aku. Kalau aku tunggu, sampai ke sudah dia takkan pujuk.

"Uhuuuu." Aku mengeluarkan bunyi menangis.

"Ya Allah, kenapa lagi ni?" Fahri kedengaran fed up.

"Takde apa-apa." Aku menggeleng.

"Amirah, bagitahu please? Kenapa awak menangis?"

"Sebab awaklah!" Aku menolak tubuh dia dari aku.

Dia nampak shook. Excuse me?

"Saya merajuk tapi awak tak buat apa-apa pun. Penat tau tunggu!" Aku mula meluahkan isi hati yang terpendam. Aku menumbuk-numbuk tilam katil untuk menunjukkan kegeraman aku.

"Saya tahu, Amirah, yang saya buat awak marah."

"Dah tu?"

"Tunggu masa yang sesuai."

"Sudahlah! Sekarang saya nak awak list semua kesalahan awak dari semalam!" Aku mengarah dia.

Fahri menelan air liur kemudian mengira guna jari, "Satu, saya cakap sesuatu yang sensitif."

"Apa dia sesuatu yang sensitif tu?"

"Saya cakap saya ni lagi penting dari ayah awak yang sakit."

"Betul! Next!"

Fahri menggaru kepala. Apa lagi eh?

"Jangan cakap awak tak tahu?"

"Maafkan saya Duli yang Amat Mulia Amirah." Fahri bergurau dengan aku. Oh, sempat lagi kau ye?

"Jangan nak main-main sekarang."

"Um, kedua, saya tak mintak maaf secepat mungkin?" Intonasi dia tak yakin.

"Salah. Itu betul. Tapi salah!"

"Dah tu?"

"Awak tak call saya sebelum tidur!" Aku hempuk dia guna bantal.

Fahri membesarkan mata lalu mengangkat tangan kanan, "Wallahi, saya memang nak call awak tapi saya takut."

"Takut apa? Dengan saya pun nak takut ke? Saya isteri awak je bukannya boss awak! Eee!" Geram aku. Dipukul-pukulnya dia lagi dengan bantal.

"Awak lady boss..." Fahri membisik.

Aku memberi dia pandangan tajam.

Fahri mengeluh, "Saya takut, Amirah. Saya takut awak tak nak cakap dengan saya. Pastu nanti awak layan saya nak tak nak."

"Sini Fahri saya bagi awak tips hidup. Kalau saya angkat call awak, maknanya saya nak cakap dengan awak. Kalau saya missed call, awak kena try sampai saya angkat. Kalau saya decline, barulah awak kena give up. Tau?!"

Fahri mengangguk-angguk, "Saya akan ingat sampai mati."

Aku membalikkan mata, "Ergh, next kesalahan?"

"Ada lagi?"

"Ada!!! Awak mintak nombor bilik hospital macam awak nak datang malam tu jugak! Tapi hampeh. Awak bagi saya fake hope je!"

"Ya Allah, saya memang niat nak datang esoknya. Saya penat sangat malam tu jadi saya tertidur. Lagipun mana ada grab malam-malam camtu."

"Motor awak memang beli buat hiasan je ke?"

"Sorry, sayang."

"Siapa 'sayang' awak?"

Fahri tergelak melihat aku yang macam harimau tu.

"Ada lagi ke kesalahan saya?" Soal dia.

"Kesalahan paling besar awak, awak tak pujuk saya dan tengok sekarang! Awak buat saya yang sedarkan kesalahan awak! Nampak sangat awak ni ignorant! Awak tak kisah pun kan pasal perasaan saya?"

"Amirah, perasaan awak jelah yang saya kisah dalam dunia ni."

Aku mengecilkan mata memandang dia.

"Um, ada apa-apa lagi?" Tanya dia.

Rasanya tu je kot. Dia ni suruh aku pulak yang senaraikan padahal tu sepatutnya kerja dia.

Kemudian aku sambung menangis, "Sorry, Ri."

"Aik, kenapa pulak?"

"Sebab marah awak. Saya pun bersalah jugak. Sorry saya tak dapat tengok awak ambik anugerah semalam."

Fahri mengeluh kemudian mengelap air mata aku, "Amirah, awak tak salah apa-apa. Saya je yang childish. Saya mintak maaf."

"Uhuuu... Fahri kalau awak penat dengan saya, awak tinggalkan je saya."

"Betul ni?"

"Takkk, saya tarik balik."

Fahri tergelak melihat aku yang emotionally unstable tu. Mood swing during pregnancy is much worse than period.

"Saya memang penat dengan awak, Amirah." Dia berkata.

"Tahu." Aku menangis. Sakit bila dengar tu.

"Tapi saya tak akan tinggalkan awak."

"Tipu."

"Tak tipu. Kalaulah ini harga untuk dapatkan seorang anak, saya sanggup bayar demi awak dan Midoriya, dan adik-adik Midoriya kelak." Dia menyentuh pipi aku.

Aku tergelak lemah. Harga untuk dapatkan seorang anak ialah melayan segala karenah aku ke? Haih.

"Tahniah, Ri, dapat best employee award. You deserved it. You deserved the whole world." Aku mengucapkan tahniah kepada dia.

"Tapi saya tak deserve awak." Dia membisik.

"Hah?"

"Tak ada apa."

Lantas itu terdengar bunyi hon di luar rumah.

Fahri keluar dan aku dapat dengar suara Irsyad bersembang dengan dia. Baiknya lah Irsyad ni. Dia ni memang pemangkin relationship aku dengan Fahri betul. Sejak sekolah lagi dia ada role tu. Tanpa dia, siapalah aku di mata Fahri.

Fahri masuk ke dalam rumah lalu berkata, "Amirah, jom makan cendol durian."

Tak sangka Irsyad dapat jumpa cendol durian malam-malam camni. Ya Allah, memalukan betul aku ni. Next time aku nak belanja dia.

"Mirah, nak makan tak?" Fahri menghulurkan tangan kepada aku.

Aku mengangguk lalu aku mengambil tangan yang dihulurnya.

Dengan itu, selesai sudah konflik antara kami. Ini bukan konflik pertama, semestinya bukan yang terakhir.

Pernikahan itu suatu perjalanan penuh liku, kalau suami isteri itu memilih untuk jalan bersama-sama tanpa meninggalkan sesiapa, Insha Allah akan berkekalan hubungan mereka.

🧡

thank u for reading walaupun panjang.

love u.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro