46 - overprotective

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Malam ni ada match?" Aku bertanya Fahri.

Dia mengangguk.

Aku menunjukkan tanda 'OK' dengan jari.

Kalau ada live match team favorite bola sepak Fahri, kadang-kadang dia akan ajak Irsyad datang rumah untuk tengok match sama-sama kat TV besar.

Dan kalau Irsyad datang ke rumah, aku akan berkurung dalam bilik sepanjang dorang layan. Tak minat aku nak join sekali. Bila dorang dah nak habis, barulah aku keluar untuk hidangkan supper untuk dorang.

Tapi malam ni agak pelik. Apasal dorang senyap je? Selalunya dorang akan menjerit macam nak semua jiran dengar.

GOLAZO! WOAH! YES YES! SHOOT SEKARANG! DEFEND LA BONGOK!

Itulah yang selalu aku dengar. Malam ni tak ada pulak segala sorakan tu. Sunyi semacam.

Aku menggayakan shawl cara malas di kepala lalu keluar ke dapur untuk melegakan tekak yang haus.

Di dapur aku terserempak dengan Irsyad yang sedang minum air.

"Eh? Korang tak tengok bola ke?" Aku menyapa dia.

"Break." Dia menjawab. Aku ternampak mata dia dibesarkan sedikit apabila ternampak perut aku.

Aku tergelak, "Terkejut?"

Dia tersenyum, "Dah ada baby bump sekarang."

"Heheh, nak masuk 5 bulan dah."

"Bila boleh tahu gender dia?"

"Em, next appointment dengan doktor mungkin?" Aku menjawab sambil mengisi air dalam gelas.

"Nervous tak?"

"Bolehlah."

"Kau nak lelaki ke perempuan?"

"Tak kisah."

Irsyad mengangguk, "Kau tak pelik ke kenapa kitorang senyap sangat?" Dia menukar topik.

"Ha! Aku baru nak tanya pasal benda tu. Kenapa?" Aku berkata lalu menghirup air.

Irsyad tersenyum nakal, "Laki kau tu ha. Suruh aku diam sikit sebab tak nak bagi baby terkejut."

Aku yang sedang minum air tu hampir tersedak. Tapi aku sempat habiskan air.

"Serious lah dia cakap camtu?" Aku tanya dia.

"Ya, serious. Aidan cakap camtu."

"Hahaha, overprotective betul."

"Dah nama pun sayang, nak buat camne." Irsyad mengusik.

Aku tergelak. Tak sangka Fahri suruh dorang diam sebab baby. Kelakarnya.

"Waktu kau mengidam cendol tu pun dia merayu kat aku minta belikan." Irsyad membuka cerita.

"Camne Aidan merayu kat kau?" Aku cuba korek rahsia daripada sahabat Fahri.

Irsyad mengangkat tangan lalu mengeluarkan jari kelingking dan ibu jari, kemudian meletakkan tangan di telinga. Dia mahu membuat gaya sedang menelefon; sedia untuk mengajuk Fahri.

"Irsyad, kau busy tak? Isteri aku mengidam cendol durian weh. Tapi dia tak kasi aku tinggalkan dia. Irsyad, aku sorry susahkan kau malam-malam ni tapi aku nak mintak tolong kau carikan cendol boleh tak? Aku belanja makan malam untuk kau dan family kau. Tolong sahabat kau yang kesusahan ni weh. Aku betul-betul tak ada choice. Aku kena stay kat sebelah Amirah sebab dia tengah mental breakdown sekarang." Irsyad melakonkan semula perbualan mereka pada malam aku mengidam. Intonasi dia betul-betul kedengaran seperti dalam kesusahan, sekali gus dengan muka yang dikerutkan.

Aku tergelak melihat lakonan Irsyad tu. Dia tergelak sama.

Satu benda yang aku jealous dengan Irsyad ni ialah, Fahri lagi banyak bercakap dengan dia berbanding aku. Tapi aku tak adalah terasa hati sangat.

Bila teringatkan ayat Fahri yang Irsyad ajuk tadi, aku terasa sebak pulak. Kenapa Irsyad baik sangat? Kenapa dia sanggup buat semua tu demi isteri kawan dia?

Air mata mula bergenang. Memang waktu pregnant ni hati aku macam tisu betul. Senang koyak. Rasa nak nangis setiap masa.

Riak wajah Irsyad berubah apabila melihat aku macam nak nangis.

"Weh, Mirah? Aku ada buat salah apa-apa ke?" Dia bertanya dengan cemas.

Aku tergelak lalu menggeleng, "Tak ada apa-apa. "

"Um, Aidan!" Irsyad panggil Fahri dari ruang tamu.

Fahri datang dan dia terus mempercepatkan langkah apabila ternampak aku sedang mengelap air mata.

Fahri memegang bahu aku, lalu pandang Irsyad, "Kau buat apa kat Amirah?"

"Aku tak tahu weh. Amirah, sorry kalau aku ada buat kau terasa." Dia merapatkan tangannya bersama.

Aku tergelak dalam tangisan, "Ya Allah, jangan risau. Kau tak buat salah apa-apa pun. Ni happy tears. Terima kasih Irsyad."

Ayat terakhir aku membuatkan Irsyad dan Fahri terkaku.

Fahri berkata kepada Irsyad, "Happy tears?"

"Jap, jangan salah faham. Aku tak try Amirah tau." Irsyad mula menggelabah. "Aku lagi sayang kau dari Amirah." Dia menambah.

"Maknanya kau ada sayang sikit kat Amirah?" Fahri bertanya. Aku tahu dia nak mengusik je tu.

"Astaghfirullah bukan camtu. Aku tak pernah terfikir nak kacau rumah tangga korang. Saya bukan homewrecker." Irsyad berusaha lagi nak back-up diri dia.

Aku dan Fahri tergelak melihat reaksi dia.

"Amirah, asal kau nangis?" Irsyad demand keterangan.

"Aku terharu je kau sanggup belikan cendol hari tu. Aih, aku sejak pregnant ni memang emotional sikit hahaha." Aku menerangkan.

Dia mengangguk-angguk, kemudian berkata, "Teringat pulak waktu Aidan reject kau kat sekolah dulu. Aku yang pujuk kau. Hahaha."

Aku boleh nampak Fahri menjeling Irsyad. Aku tergelak lagi. Adui, kelakar tengok Fahri triggered.

"Dulu Aidan ni tak kisah langsung pasal perasaan orang sekeliling. Nasib baik kau usaha nak ambik hati si Aidan ni. Lembut la sikit hati dia. Kalau tak, sampai ke sudah heartless." Irsyad bercerita panjang. Dia ni suka ajak bersembang, macam aku.

"Game nak start dah." Fahri menarik baju dia lalu mengheret dia ke ruang tamu. Tidak mahu dia menyambung kisah silam.

"Aidan ni pemalu jugak sebenarnya!" Irsyad sempat berkata kepada aku sambil dia diheret. Aku ketawa je melihat dua orang sahabat tu.

Eh, baru aku teringat aku nak tanya Fahri pukul berapa game bola habis.

Aku baru saja mahu melangkah keluar dapur sebelum aku ternampak Fahri datang semula ke dapur berseorangan.

"Ya, Fahri?" Aku bertanya perihal dia datang semula ke aku.

"Match habis pukul 11:45." Dia melaporkan.

Aku tersenyum nampak gigi, "Awak baca minda saya eh?"

Dia mengerutkan muka, clueless.

"Hahaha, tak ada apa-apalah. K, nanti kul 11 saya masak supper eh untuk korang." Aku mula berjalan ke arah bilik.

"Amirah." Dia memanggil.

"Hm? Apa lagi?" Aku menoleh ke arah dia.

"Doakan team saya menang."

Ketawa meletus lagi. Bukannya dia pun yang main. Tapi untuk melayan si suami, aku menadahkan tangan lalu berdoa, "Ya Allah, kau kurniakanlah kemenangan ke atas team Aidan Fahri. Aameen!"

Fahri turut meng-aminkan.

Dia tersenyum. Sempat dia cium pipi aku sambil tangannya mendarat di perut aku. Kemudian dia terus ke ruang tamu. Saat itu berlaku terlalu pantas aku tak boleh nak bagi reaksi apa-apa.

Malulah tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro