47 - merah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Bila due?"

"Bulan Julai, insha Allah." Aku menjawab.

"Anak first?"

"Ya."

Perempuan itu mengangguk-angguk.

Kemudian kami bersembang lagi tentang baby. Dia ni stranger yang aku jumpa waktu tengah shopping barang baby. Kebetulan dia pun mengandung juga, tetapi dia nak beranak dah 2 bulan lagi. Aku ni ha shopping terlalu awal.

Rasa seronok bila dapat berbual dengan ibu-ibu mengandung. Walaupun tak kenal, rasa macam bercakap dengan best friend.

"Mirmir, tengok ni." Tiba-tiba Fahri memanggil aku dari belakang. Aku menoleh ke arah dia dan ternampak dia sedang memegang baby beanie dengan telinga beruang.

"OMG, cute! Addeu to cart now!" Aku menyuruh dia masukkan beanie tersebut ke dalam bakul.

Fahri mengangguk akur. Selepas itu dia merayau lagi dalam kedai barangan bayi tu, nampak macam happy gila walaupun muka dia tak tunjuk ekspresi apa-apa.

Perempuan di hadapan aku tadi tergelak melihat kelakuan Fahri. "Excitednya suami awak."

Aku terkejut dengan statement dia tadi. Selalunya orang luar bila tengok Fahri, dorang akan anggap Fahri ni tak ada perasaan. Tapi perempuan ni boleh tahu yang Fahri sedang berada dalam good mood.

Aku tergelak je. Selepas itu datang seorang lelaki, berjalan ke arah kami berdua dan berhenti di sebelah perempuan ini.

"Oh, awak, saya pergi dulu eh? Bye. Good luck nanti beranak." Perempuan ini berkata kepada aku. Rupanya lelaki yang datang tadi suami dia. Mereka mahu beredar dari situ.

"Alright, good luck jugak! Semoga dipermudahkan segala urusan!" Aku membalas. Mereka tersenyum lalu pergi.

Aku dah tahu macam mana perempuan tu boleh tahu Fahri tengah excited.

Sebab aku tengok laki dia pun lebih kurang macam Fahri. Muka blur je.

Hahaha, kelakar pulak. Aku kemudian melilau di sekeliling kedai untuk mencari kelibat Fahri. Aku berjalan ke arah dia yang sedang berada di bahagian kasut bayi.

"Semua kasut kat rak ni ada 30% discount." Aku prank dia dari belakang, berlakon sebagai pekerja kedai tu.

Fahri menoleh ke arah aku dengan muka cuak, tetapi berubah normal apabila dia sedar aku tengah prank dia. Fahri tak suka kena tegur dengan pekerja kedai. Buat awkward je katanya.

"Awak ni." Dia mencubit pipi aku. Aku tersenyum tayang gigi.

Fahri mengambil satu kasut bayi bermotifkan beruang, lalu dia tunjuk kat aku.

"Kenapa semua benda awak pilih ada beruang?"

"Cute." Balasnya sepatah.

"Saya lagi cute."

Dia mencebik.

🐻

"Fahri, saya nak pergi kedai tu." Aku menunjuk ke arah satu kedai pakaian dalam selepas habis shopping barang bayi.

Fahri membesarkan mata, "Buat apa? Awak kan ada banyak baju dalam kat rumah?"

"Ish, Riri. Benda ni makin besar tau sebab ada susu dalam ni. I need a bigger bra size." Aku meletakkan tangan pada buah dada.

Fahri menepis tangan aku. "Awak ni tak malu ke?" Dia membisik sambil melihat ke kiri ke kanan.

"Bukannya ada orang tengok pun."

"Malu dengan saya."

"Eleh! Buat apa awak nak malu dengan awak? Awak dah tengok saya tak pakai baju banyak kali dah."

Fahri menutup mulut aku dengan tangan. Aku ternampak telinga dia merah.

Aku tergelak, "Sebenarnya awak yang tengah malu, kan?"

Fahri mengeluh, "Diam. Awak boleh pergi, tapi masuk sorang-sorang." Dia mengeluarkan debit card dari dompet lalu menghulur kepada aku.

"Awak nak pergi mana?" Aku mengambil card dari dia.

"Arcade. Atau kedai anime. Atau makan. Entah. Nanti saya mesej awak."

Aku mengangguk kemudian mula berpisah dari dia.

"Amirah." Dia memanggil aku.

"Ya, saya?"

Aku dan dia eye contact lama sekejap di tengah-tengah mall tu.

"Er, saya suka warna merah. Bye." Dia berkata lalu cepat-cepat berjalan jauh dari aku.

Aku ternganga. OMG, tadi siapa yang malu sangat nak teman aku masuk kedai ni? Pastu dia yang suggest aku beli bra warna apa? Nakal! Dasar lelaki!

🐻

"OK, Riri. Sekarang saya nak tunjuk kat awak semua barang yang saya beli tadi semasa awak main arcade." Aku berkata sesampai sahaja kami tiba di rumah.

"Kenapa tiba-tiba ada plastik Guardian? Bukan awak pergi satu kedai je ke?" Fahri menunjuk ke arah beberapa plastic bag yang aku pegang.

"Shh." Aku mendiamkan dia. Kemudian aku mengeluarkan hasil buruan aku di mall tadi.

"First, tak lain tak bukan, new bra!" Aku mengangkat dua baju dalam yang aku baru beli tadi. Satu warna hitam, satu warna ungu.

Fahri terdiam.

"Mesti awak tertanya, mana warna merah?" Aku mengusik dia.

Dia mengangguk.

"Warna merah semua tak cantik." Jawabku ringkas.

Dia mengangguk lagi, "Warna hitam pun saya suka jugak."

"Eh eh. Awak ke saya yang akan pakai bra ni?"

Dia ketawa je.

"Next, new dress!" Aku mengeluarkan pula satu dress khas untuk ibu mengandung.

"Cuba try." Fahri menyuruh.

Aku kemudian menyarungkan dress tu pada badan. Sempat aku berpusing seperti model lalu bertanya Fahri, "Cantik, kan?"

Dia mengangguk sambil mengangkat thumbs up.

"Ri, jom tangkap gambar!" Aku menarik tangan dia lalu mengheret dia ke hadapan body mirror di bilik tidur kami.

"OK, OK, camni tau. Awak backhug saya pastu tangan awak ada kat sini." Aku memberi instruction sambil membawa tangan dia ke perut aku. Dia akur sahaja tanpa berbunyi. Bagai lembu dicucuk hidung pun ada.

Aku kemudian menghalakan kamera phone ke arah cermin.

"Riri, senyum sikit!" Marah aku.

Dia mengerutkan muka, "Saya tak reti senyum."

"Try senyum. Macam saya. Ngee." Aku bagi dia demo.

"Ngee..." Dia cuba mengikut aku senyum.

"OK, aju nice! Pandang kamera! Sekarang, 1 2 3!" Klik! Gambar ditangkap.

Selepas itu Fahri melepaskan backhug dan mengeluh.

"Hei, tangkap gambar pun penat ke?" Aku mempersoalkan tindakan dia.

Dia mengangguk lemah. Hahaha.

Aku menarik tangan dia lalu pulang semula ke tempat barang baru dikumpul tadi.

"Next, new lip balm!" Aku mengangkat lip balm baru lalu sapukan di bibir. Aku menjilat bibir untuk rasa perisa lip balm tu. Fahri berkerut tengok aku macam tengah makan lip balm.

"Benda tu boleh makan ke?" Fahri bertanya.

"Semua lip products selamat kalau tertelan sikit. Mmm, rasa dia macam strawberry!" Aku berkata dengan teruja.

Mata Fahri dibesarkan sedikit apabila terdengar perkataan 'strawberry'.

"Awak nak try?" Aku offer kat dia.

Dia menggeleng.

"Rasa strawberry tau! Rugi tak try!" Aku cuba tarik dia lagi.

Dia nampak teragak-agak. Nak try ke tidak?

Kemudian dia mencekup lembut pipi aku, dan menyentuhkan bibirnya pada bibir aku. Sekejap je. Tak sampai satu saat.

Dia menjauhkan dirinya lalu menjilat bibir, "Tak rasa apa-apa pun." Dia nampak kecewa.

"Awak kiss sekejap sangat! Cuba try lagi, 5 saat. Tapi, tunggu." Aku menyapukan lagi lip balm tersebut pada bibir.

"Sekarang saya ready!" Aku memuncungkan bibir. Aku saja je nak usik dia. Nak tengok dia akan buat benda sama lagi, ataupun dia akan give up.

Fahri terkaku seperti sedang berfikir apa yang patut dibuatnya.

"Tutup mata." Dia menyuruh.

Mata dipejam lalu aku dapat rasakan pipi aku dicekup tangannya, dan bibir aku disentuh lagi dengan bibir dia.

1, 2, 3, 4, 5. Tepat 5 saat dia jauhkan diri dari aku.

"Haah, rasa strawberry." Dia bersetuju.

"Em, boleh saya bukak mata?" Aku meminta izin.

"Takleh."

Aku membuka mata. Aku ternampak dia pula sedang menyapu lip balm tu pada bibir dia. Kemudian dia menjilat bibir.

"Woi, tu bukan gula-gula tau!" Aku memberi dia amaran.

Dia ketawa. "Sedapnya benda ni."

"Jangan sampai lip balm saya habis sebab awak makan."

Selepas itu, aku tunjukkan pada dia lagi beberapa barang yang aku baru beli. Aku macam tengah buat vlog shopping haul, dan dia satu-satunya viewer, satu-satunya subscriber, satu-satunya orang yang like dan comment vlog aku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro