48 - ishraq part i

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku dan Fahri duduk berlantaikan pasir. Kami menikmati bunyi ombak dan mengamati pemandangan laut yang tak berapa nak biru tu. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi.

Siapa je tak suka duduk tepi pantai?

Aku melentokkan kepala pada bahu Fahri, "Best kan angin?"

"Hm." Fahri bersetuju.

Aku mengeluarkan phone lalu menghulurnya kepada Fahri.

"Jom selfie, Ri." Aku menyuruh.

Dia membuka aplikasi kamera lalu mula meregangkan tangannya. Kami berdua melihat kamera dan klik!

Gambar yang baru ditangkap tu aku tenung lama-lama.

"Kenapa?" Fahri tanya aku.

"Banyak betul jerawat." Aku merungut tentang muka aku. Sejak pregnant ni, susah betul nak dapat muka flawless. Jerawat ni macam tak nak hilang. Muka Fahri yang entah cuci ke tak kelihatan lagi suci dari aku.

"Cantik je..." Fahri menggumam.

Aku tersenyum. Betullah tu. Bukan aku nak puji aku cantik, tapi sejak pregnant ni jugak aku selalu dapat pujian yang aku nampak glowing dari rakan-rakan sekerja. Bos pun puji. Makcik jual nasi lemak favorite pun puji. Family aku lagilah. Semua terpesona. OK, done riak.

Angin pantai ni buatkan aku rasa mengantuk. Aku baru saja mahu melelapkan mata sambil berbantalkan bahu Fahri tapi nama aku tiba-tiba diseru.

"Jaja!"

Ada sorang je manusia yang panggil aku dengan nickname tu.

Aku menoleh ke arah punca suara dan senyumanku melebar, "Syak!!!"

Sepupu aku yang bernama Ishraq tu turut tersenyum melihat aku. Kalau dia ni perempuan, rasanya dah lama aku berpeluk dengan dia.

Ishraq melabuhkan punggung di sebelah aku. Dia ternampak Fahri di sebelah aku lalu menyalam tangan Fahri.

"Lama tak jumpa kau, Syak! Asal kau kerja kat Sarawak weh?" Aku memulakan perbualan.

"Hahaha, nak buat macam mana? Kat situ rezeki aku. Kau OK kerja, Mirah? Berapa bulan dah kau ni? Besar nampak perut tu. Glowing betul muka kau! Kau pakai skincare apa siot? Share sikit." Ishraq tanya soalan bertalu-talu.

"Satu-satulah soalannya. Jenuh aku nak menjawab." Aku bergurau lalu menjawab pertanyaannya satu demi satu. Bila lama tak jumpa sepupu merangkap childhood friend, camnilah jadinya. Ishraq sajalah sepupu aku yang sebaya, sebab itu kami rapat. Kami sekarang sedang berbual bagaikan ada kami je di situ.

"Dengar cerita Sarawakians semua lawa-lawa. Dah tu bila kau nak bawak sorang jumpa mak ayah kau?" Aku bertanya dia soalan makcik bawang.

"Ya, memang lawa semuanya. Tapi hati aku ada kat perempuan semenanjung." Dia mula bercerita.

"Ooh, wow OMG. Pastu kau nak kahwin dengan dia ke?"

"Hahaha, dia dah kahwin dah weh. Dah nak ada anak dah pun." Ishraq berkata sambil tergelak.

"What?! Gila sedihnya!" Aku bersimpati. Uish, nasib baik crush aku tak kahwin dengan orang lain. Nasib baik dia kahwin dengan aku. Kan, Fahri?

Aku tersenyum sinis kepada Fahri, dia hanya mengerutkan kening melihat senyuman sinis aku.

"Er, ni abang Fahri, kan?" Ishraq cuba berbual dengan Fahri pula. Heheh, ni mesti awkward ni. Aku nak tengok dorang malu sesama sendiri.

Fahri mengangguk.

Kemudian diam. Satu saat. Dua saat. Tiga.

"Abang kerja kat mana?" Ishraq tak give up lagi.

"Dekat je dengan rumah. Kat Bangi."

"Oh..."

"Ishraq kerja kat Kuching ke?" Nampaknya Fahri pulak cuba bawak conversation.

"Ya, itu branch company. Headquarters kat KL. Bos cakap, kalau nak naik pangkat, kena pindah situ. Demi duit, saya sanggup." Ishraq bercerita panjang.

"Kerja apa?"

"Mechanical engineer. Abang Fahri kerja apa?"

"Electrical engineering." Fahri menggumam.

Aku dah bersedia nak cringe tengok dorang berdua sambung berbual, tiba-tiba Aniq datang ke arah kami dan memberitahu yang dinner dah siap.

"Abang Syak jom makan!" Aniq mengajak Ishraq.

"Baik, Aniq." Ishraq tersenyum kepada Aniq.

"Nak ikut." Aku berkata.

"Jomlah." Ishraq menggamit tangannya.

Aku bangun lalu mengikut mereka. Hm, jap. Aku macam terlupa sesuatu.

Aku menoleh belakang dan ternampak Fahri sedang berdiri di atas pasir, memandang aku.

Aku tergelak lalu menarik tangannya, "Sorry! Tertinggal pulak." Aku bergurau.

Dia mencebik.

🏅

Seperti biasa, hari kedua family day selalunya diadakan acara sukaneka antara ahli keluarga.

Ada satu game ni namanya whisper challenge. Game ni kena main secara pasangan. Sorang pakai headphone dan dengar lagu kuat-kuat, sorang lagi kena gayakan perkataan yang diberi sampai pemain yang pakai headphone tu dapat teka apa yang pemain kedua cuba sampaikan.

K-Pop idol selalu main benda ni. Aku teringin nak try main dengan Fahri. Tapi Fahri kan pendiam. Nak ke dia main game camni depan orang ramai?

"Riri nak masuk game ni dengan saya tak?" Aku cuba bertanya dia.

Belum sempat Fahri menjawab, tiba-tiba aku diajak oleh Ishraq, "Jaja jom masuk game ni dengan aku!"

Aku memandang Ishraq, "Alaa, aku nak main dengan husband aku!"

"Husband kau mesti penat. Dia dah join banyak acara tadi. Betul tak, abang Fahri?" Ishraq membuat spekulasi sendiri.

Aku dan Ishraq menunggu jawapan dari Fahri. Tapi Fahri diam je.

Ya, selalunya Fahri dan Adib jadi wakil pemain dari family aku, sebab dorang ni dikira macam ace of the group. Dorang dah masuk banyak acara sukaneka tadi. Jadi, mungkin betul Fahri penat.

Hm, sedihnya.

"It's alright, Ri. You rest, OK?" Aku menyuruh dia rehat selepas lama tunggu jawapan dari dia. Mesti dia malu nak cakap dia penat.

"Nice, Ja. Jom." Ishraq mengajak aku pergi.

Aku mengikut dia. Rasa sedih sikit. Aku nak main dengan Fahri!

Haih, tak apalah. Main kat rumah jelah. Huhu.

Acara sukaneka pada hari itu diakhiri dengan musical chair. Cuba teka siapa dua pemain yang kekal sampai akhir?

Tak lain tak bukan, Fahri dan Ishraq.

"Riri you can do it! Tolak je Ishraq tu jauh-jauh!" Aku memberi sorakan kepada suami.

"Sampai hati kau, Ja." Ishraq tergelak mendengar sorakan aku tadi. "Abang Fahri, kalau saya menang, saya nak date dengan Jaja malam ni boleh?" Ishraq membisik kepada Fahri.

Fahri menggeleng kepala secara agresif. Ishraq ketawa, "Saya gurau je, hihi."

Sedang mereka berpusing sekeliling kerusi terakhir tu, lagu yang dimainkan berhenti secara tiba-tiba dan perebutan kerusi pun bermula.

...

Ishraq menang.

Wah, ini first time aku saksikan kekalahan Fahri dalam main game. Kalau tak, menang je sokmo.

Nampaklah kesedihan terserlah pada muka dia.

"Riri, takmo sedih. Kat rumah nanti, awak main musical chair dengan saya. Confirm awak sorang menang." Aku cuba menggembirakan dia.

Dia tergelak, "Siapa nak handle lagu?"

Hm, aku tak terfikir pulak pasal tu.

"Mir, saya nak main whisper challenge dengan awak kat rumah." Fahri membisik.

Riak wajah aku terus naik. "Bereh, Rir. Sebenarnya tadi saya nak main dengan awak tau! Tapi awak nampak penat." Sekarang mode mengada aku sudah tiba.

Dia tersenyum sambil mengusap pipi aku.

"Kalau nak menggatal, tunggu malam sikit. Sekarang masa dengan family je." Ishraq tiba-tiba menyampuk.

Aku terus buat muka ketat, "Annoying kau ni."

"Heheh, dari dulu lagi aku annoying." Dia tersenyum jahat.

"Hm, betullah tu."

🏅

author too sleepy.
to be continued.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro