54 - joging

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku melihat Fahri yang masih berbaju kerja itu tidur dengan nyenyak di atas katil. Dengkuran halus mengiringi setiap nafas dia ambil.

Boh, penat sangat dia ni. Tak bangun sejak Maghrib tadi. Sekarang dah pukul 11 malam, dia tak solat Isyak lagi.

Aku nak kejut dia, tapi rasa bersalah pulak. Yalah, sejak kebelakangan ni asyik overtime je kat kerja. Manalah tak penat.

Aku menepuk lembut kepala dia beberapa kali, "You worked hard. Rehatlah, sayangku." Aku mencium kepala dia. "Tapi jangan rehat selama-lamanya. Rehat sekejap je tau." Aku menyambung lalu mencium lagi kepala dia.

Dia tak gerak langsung. Aku rasa nak cubit je pipi dia, nak tengok dia akan gerak ke tidak. Tapi aku tahan sebab aku sendiri yang suruh dia rehat tadi.

Aku baring sambil tenung muka dia. Em, esok hari Sabtu. Aku nak exercise berjalan esok kat taman tasik. Tapi aku tak bagitahu lagi Fahri pasal plan aku.

.....

Aku bosanlah. Bila Fahri nak bangun ni?

Aku pergi ke meja solek lalu mengambil beberapa aksesori rambut seperti hair clip, scrunchie dan sikat. Aku kembali semula ke tempat aku tenung muka Fahri tadi.

Dengan berhati-hati aku sikat rambut dia ke tepi dan klip dengan hair clip aku yang berwarna-warni. Omo, oppa neomu kiyeowo!

Aku menanggalkan hair clip tu kemudian mengikat rambut dia pulak. Rambut Fahri tak adalah panjang mana, tapi cukup-cukup makan je nak ikat dengan scrunchie.

Ah, kelakar. Aku tergelak sorang kemudian membuka kamera phone.

Kchak!

Kuat pulak bunyi shutter kamera tu.

Kelihatan Fahri dengan perlahan membuka mata dia. Oh, shoot.

Aku dengan dia bertentang mata selama beberapa saat.

"Hai. Pergi solat Isyak." Aku mengetepikan phone aku.

Fahri mengerutkan kening. Aku tahu dia nak tanya kenapa aku tangkap gambar dia tapi dia malas. Dia terduduk kemudian termenung, macam biasa.

"Pukul berapa?" Dia menggumam.

"11:23." Aku membaca jam di telefon.

"Hmm." Dia meregangkan tangan kemudian dia kembali baring, kali ni di pangkuan aku.

"Awak nak sambung tidur ke?" Aku bertanya.

"Hmmmmmm." Bunyi dia, tak tahu itu bermaksud ya atau tidak.

"Riri, saya nak pergi taman tasik esok." Aku memberitahu dia tentang rancangan aku pada esok hari.

"Buat apa...?" Dia menggumam.

"Berjalan. Untuk senang beranak."

"Hmmmm berjalan dalam rumah jelah." Dia berkata, mata masih terpejam.

"Bosaaaaan."

"Awak pergi dengan siapa?"

"Sorang jelah kot."

Kali ini Fahri membuka mata dan terbangun dari pembaringan. "Sorang?" Tanya dia.

Aku mengangguk.

Dia terdiam, memikirkan sesuatu. Akhirnya dia mengeluh.

"Esok awak kejut saya bila awak nak pergi." Dia berkata.

"Awak nak teman? Sungguh?"

"Dahtu takkan saya nak biarkan awak sorang-sorang."

"Heheh, awak make sure bangun. Ataupun jangan tidur lepas Subuh."

Dia mencebik, "Saya cuba..."

"Dah pergi ambik wuduk." Aku menghalau dia dari pangkuan aku.

"Ergghghhhh." Fahri merungut sambil bangun. Dia mengheret dirinya ke dalam bilik air.

Beberapa saat dalam bilik air, dia keluar semula, "Apa awak dah buat kat saya?" Sambil menunjuk rambut dia.

Aku tergelak, "Cute, kan?"

Dia mengecilkan mata sambil menggeleng. Scrunchie ditanggal lalu dibaling ke arah aku. Dia menutup semula pintu bilik air.

Ceh.

🚶‍♀️

"Berpeluh dah saya." Fahri menggumam. Kitorang baru je jejak kaki kat taman tasik ni, itupun dah berpeluh?

"Itulah awak. Awak ingat ni negara Jepun? Korea? Mana ada orang kat Malaysia joging pakai hoodie tebal." Aku membebel tentang pilihan pemakaian dia.

Dia memuncungkan bibir, "Saya tak boleh berfikir dengan betul pagi tadi sebab ngantuk sangat. Pukul 9 pagi terlalu awal untuk saya."

"Nasib baik saya kejut pukul 9 pagi. Kalau tidak, saya plan nak start exercise pukul 7."

Fahri mengerutkan muka sambil menggeleng.

"Fahri kalau awak berpeluh, awak bukaklah hoodie tu hehe." Aku mengusik sambil meraba dada dia.

Fahri menjeling aku.

Sedang kami syok berjalan, tiba-tiba ada seorang lelaki berjoging melepasi kami. Baju T-shirt kelabu lengan pendek yang dipakainya kelihatan basah sedikit di belakang. Pakaian joging dia dilengkapi dengan topi, seluar 3-quarter dan kasut sukan hitam. Ooh, style.

"Riri, berdasarkan pemerhatian saya, lelaki yang selalu joging setiap pagi ni, badan dorang mantap gila." Aku berkata kepada Fahri.

"Siapa lagi lelaki yang pernah awak perhatikan?"

"K-Pop idol."

Fahri membalikkan mata. Aku tergelak.

"Kalau camtu saya nak joging satu round." Tiba-tiba Fahri berkata.

Ohhoho, dia rasa tercabar ke?

"Cukup ke stamina awak?" Aku bergurau.

Dia menjeling aku kemudian mula berlari anak meninggalkan aku.

Semasa Fahri berjoging, aku berjalan jelah sambil menghayati pemandangan kat taman tasik tu. Walaupun air tasik dia macam warna teh tarik, tapi bolehlah daripada takde.

Beberapa minit kemudian, Fahri muncul di sisi aku. Tercungap-cungap dia berjalan di sisi aku.

"Tahniah atas satu round! Nak ulang lagi satu round?" Aku memberi dia air masak yang kami bekal.

Dia menggeleng kepala lalu minum air. Aku dah kata, Fahri ni stamina dia rendah sikit. Even main bola sepak pun dia akan jadi orang first untuk mengundurkan diri.

Kalau aku tak mengandung sekarang, dah lama aku joging beberapa round dengan Fahri. Tapi boleh jadi nanti kitorang tak berjoging pun, lebih kepada lumba lari.

"Bila fikir balik, buat apa saya nak joging kalau saya kurus? Lebih baik saya makan banyak-banyak." Fahri berkata selepas dia dah tenang sedikit.

"Ish, joging tak semestinya untuk kurus. Joging untuk sihat, dan bagi shape kat badan. Sebab itulah orang yang rajin joging ni badan dorang semua hot. Grr aum."

Fahri tergelak, "Kenapalah awak gatal sangat?"

"Heheh, Fahri saya tiba-tiba teringat sebelum kita kahwin dulu awak gigih makan 3 kali sehari sebab nak gain weight. Barulah nampak hensem waktu bersanding, katanya."

"Hmm, tapi last-last tak naik banyak pun."

"Tapi still handsome, saya suka, I like, me gusta, daisuki semualah." Aku menyatakan fakta.

"Yeke?"

"Iya. Setiap hari saya tengok awak saya akan jatuh cinta lagi sekali. Cinta saya kat awak tak pernah berkurang."

"Awak ni cheesy betul. Suka cakap benda cringe."

"Tapi saya cakap benda betul!"

"Awak suka kat saya walaupun badan saya tak mantap macam laki tadi?"

"Ha, of course! Setakat badan hot apalah sangat."

"Apa yang lagi penting dari badan hot?"

"Skill." Aku menjawab sepatah.

Fahri mengerutkan kening, "Skill apa?" Dia memandang aku.

Aku tersenyum nakal kemudian bagi wink kat dia.

Dia pandang aku lama. Fahri kelihatan sangat clueless. Selepas beberapa saat, dia pandang ke depan.

"Amirah, awak ni perempuan paling miang saya pernah jumpa." Dia berkata. Akhirnya faham jugak skill apa yang aku maksudkan.

"Takdenya. Ramai lagi perempuan lagi miang dari saya."

"Awak nak cakap skill saya baguslah ni?" Dia bertanya.

"Hahaha. Ya, mungkin."

Dia menelan air liur. "Bye." Dia berjoging meninggalkan aku. Aku boleh nampak tellinga dia merah.

Agak-agaknya dia menyesal tak kahwin dengan perempuan macam aku ni?

🚶‍♀️

"Amacam? Rasa produktif, kan?" Aku tanya Fahri semasa kami makan sarapan selepas habis exercise.

Dia mengangguk sambil memasukkan secubit roti canai ke dalam mulut. "Kalau awak nak pergi taman tasik lagi, bagitahu je. Saya temankan."

Aku mengangguk, "Baguslah camtu. Lagipun, Ri. Awak memang dah kena tukar sleep schedule awak tu. Takleh dah tidur sampai ke tengahari. Sekali sekala boleh tapi jangan selalu."

Fahri mengerutkan kening, "Kenapa?"

"Hei, awak tu nak jadi bapak orang dah. Pernah awak tengok ayah awak tidur dari pagi sampai petang? Ayah saya? Pernah?" Sejak kebelakangan ni aku asyik membebel je.

Fahri berhenti mengunyah. Nampaknya dia baru sedar tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum dia secara rasminya menjadi seorang ayah. Ewah.

Dia menelan makanan dalam mulut, "Saya kena start baiki jadual tidur mulai sekarang?"

Aku mengangguk.

Dia juga mengangguk perlahan, "Awak jadi coach sayalah."

"Pft, boleh. Untuk Fahri, semua boleh."

"Saya nak jadi orang yang Midoriya adore. Macam All Might." Dia mula merepek.

Aku mengerutkan kening, "Apa-apa jelah yang awak cakap, Ri. Saya harap awak dapat jadi idola anak kita."

Dia tersenyum. Ah, charming. Nak jadi bapak orang pun masih charming. Tapi itu dalam mata aku jelah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro