55 - rinie

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nescafe dah, Milo dah, gula dah, biskut dah, air mineral dah. Semua dah rasanya.

Sekarang Fahri nak curi tulang sikit. Selepas membayar semua stok makanan untuk pantry office, dia mahu singgah ke kedai buku sekejap.

Nampak remeh kan kerja tu? Beli belah makanan segera untuk dijadikan stok dalam bilik makanan, khas buat pekerja-pekerja yang lapar waktu kerja. Tapi inilah antara tugas seorang pekerja ofis; shopping.

Luqman yang ditugaskan untuk membeli-belah bersama Fahri diheret juga ke dalam kedai buku.

"Kau nak beli mende?" Luqman tanya.

"Buku." Fahri menjawab sepatah. Jawapannya macam minta penumbuk.

Fahri melilau di sekeliling kedai buku sehingga dia ternampak satu bahagian yang dia nak cari.

KOLEKSI NAMA-NAMA BAYI ISLAMI

Ya, mata Fahri sudah tertancap pada buku bertajuk itu. Tangannya mula dipanjangkan untuk mengambil buku tersebut, namun pada masa yang sama ada tangan lain yang turut mahu menyentuh buku itu.

Fahri melihat empunya tangan lagi satu tu. Dia dapat rasakan jantung dia berhenti sekejap selepas melihat wajah manusia tersebut.

Manusia di hadapan Fahri itu seorang perempuan, dan dia juga sedang memandang mata Fahri sambil terkaku.

"Fahri?" Perempuan tu membesarkan mata.

Fahri menelan air liur kemudian dia mengangguk. Dia menawarkan buku tadi kepada perempuan tersebut, lalu mengambil salinan yang lain.

Uh, janggal.

"Hahaha, takyahlah beli buku yang sama." Perempuan tu berkata.

"Huh?"

"Sebab buku ni aku nak bagi Amirah. Aku cop dulu buku ni. Kau cari buku lain." Perempuan tu seakan-akan sedang mengarah Fahri.

"Siapa ni?" Luqman yang memerhati dari tadi membisik ke telinga Fahri.

"Ini Rinie... Kawan Amirah." Fahri menjawab.

"Ya, saya best friend Amirah sejak sekolah dulu. Awak siapa?" Rinie bertanya Luqman.

"Luqman, kawan sekerja Fahri."

"Oh, korang buat apa sekarang? Bukan tengah office hour ke?" Kelihatan Rinie memandang baju kerja yang dipakai dua lelaki itu.

"Beli stok makanan untuk pantry office kitorang. Rinie pulak buat apa kat sini?" Luqman tiba-tiba jadi friendly. Baguslah, tak perlulah Fahri bercakap.

"Saya memang kerja kat mall ni. Marketing manager kat satu restoran ni. Tengah breaktime sekarang."

"Ooh, wow." Luqman dan Fahri kedua-duanya mengangguk dengan kagum.

"Korang free ke? Kalau nak ajak makan boleh ke?" Rinie mengajak.

"Uih, boleh je." Laju je Luqman menjawab, tetapi Fahri menggeleng kepala.

"Ala, bakpe? Kau curi tulang pergi kedai buku boleh, kenapa makan tak boleh?" Luqman mengusik.

Rinie tergelak, "Takpelah gitu. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Ha, Fahri. Kau tahu, kan? Malam ni?" Tiba-tiba diberi soalan kepada Fahri.

Fahri buat muka blur dia. Malam ni ada apa? Dia sangat clueless.

"Amirah tak bagitahu ke?" Rinie menambah soalan.

Fahri menggeleng. Tak ada apa-apa pun? Fahri cuba mengingat semula perbualan terakhir dia dengan Amirah. Um, pagi tadi macam biasa je. Amirah masak. Pastu dia tanya Fahri sedap tak dia masak. Pastu dia mengadu dia terbangun pukul 3 pagi sebab baby buat dia rasa tak selesa. Pastu dia tanya Fahri cantik tak warna lipstick dia. Pastu ditanya lagi minyak motor dah isi belum. Pastu dia salam tangan Fahri pastu cium pipi pastu cakap 'I love you'. Pastu dia lap pipi Fahri guna tangan sebab ada kesan lipstick sambil tergelak. Pastu—

"Malam ni aku nak keluar dengan Amirah." Rinie mengacau lamunan Fahri.

Fahri agak terkejut sedikit. Malam ni? Malam ni memanglah tak ada apa-apa tapi kenapa Amirah tak bagitahu apa-apa pun pasal plan dia nak keluar? Hmm lupa kot. Kot.

"Kau bagi ke?" Soal Rinie.

Fahri angguk jelah. Kalau geleng, mahu bergaduh kat situ.

"Kenapa kena mintak izin Aidan?" Luqman di sebelah rasa keliru.

"Sebab Amirah isteri aku. Aku suami dia, aku yang ada hak nak bagi dia keluar ke tak." Fahri menjawab dulu dari Rinie. Panjang pulak jawapan dia.

Rinie dan Luqman nampak terpegun dengan jawapan Fahri. Fahri pun terkejut jugak dia dapat keluarkan ayat sepanjang itu.

Fahri sedar dia telah buatkan situasi lagi janggal lalu dia melegakan tekak, "Uh, kitorang pergi dulu. Assalamualaikum." Fahri meminta diri.

"Alright waalaikummusalam."

Kemudian mereka berpisah. Akhirnya Fahri tak beli pun buku yang dia nak sebab dia tahu buku tu bakal dihadiahkan kepada Amirah oleh Rinie.

Tapi, dia rasa tak special pulak bila orang lain yang hadiahkan buku tu. Tak ke lagi special kalau dia yang hadiahkan sendiri kepada Amirah?

Fahri mengeluh. Nak dijadikan cerita, dia tak pernah ngam dengan Rinie.

Biasalah, bila kau ada best friend dan partner, dua makhluk ni mungkin tak gaduh depan-depan, tapi somehow dorang akan rasa tercabar antara satu sama lain dan akan muncul competition antara dorang. Competition siapa yang lagi rapat dan lagi special pada kau.

Begitulah hubungan antara Fahri dan Rinie. Sungguh, tadi tu merupakan perbualan pertama mereka sejak Fahri kahwin dengan Amirah. Sebelum ni Fahri hanya mesej Rinie untuk bertanya tentang perihal Amirah kalau dia tak jawab mesej. Dan sebaliknya.

Entah kenapa, Fahri rasa Rinie sangat tak suka dengan dia. Waktu sekolah dulu selalu saja Rinie tunjuk muka ketat depan dia.

Mungkin sebab cara layanan Fahri terhadap Amirah waktu sekolah dulu yang membuatkan Rinie benci kat Fahri. Lagi-lagi lepas tahu Fahri reject Amirah secara kasar. Gulp.

Mungkin Rinie rasa Fahri ni tak layak jadi suami Amirah. Gulp.

Terfikirkan pasal orang yang benci kat kau ni, buatkan kau rasa nak peluk orang yang sayang kat kau. Ya, Fahri rasa nak peluk Amirah sekarang. Tapi sekarang baru pukul 11 pagi, tinggal lagi 6 jam sebelum dia dapat jumpa buah hati cinta bulan bintang matahari.

💄

"Sayang, kenapa awak clingy semacam ni? Bukan selalunya awak tak kisah ke kalau saya keluar?" Amirah cuba meleraikan tangan Fahri yang terlilit di pinggangnya.

Fahri mengeluh. Dengan berat dia melepaskan Amirah.

"Awak jangan berjimba sangat. Balik rumah cepat-cepat..." Dia menggumam.

"Saya ni mengandung, Ri. Tak adanya nak berjimba sampai pukul 2 pagi." Amirah berkata kemudian dia mencium pipi Fahri, "I'll be quick. Bye."

Fahri melambai tangan kepada Amirah kemudian melihat isterinya pergi membawa diri dengan kereta.

'I'll be quick.'

Tipu. Perempuan mana pernah cepat. Lagi-lagi dengan best friend. Amirah ni tipu je tahu. Sanggup tipu Fahri semata-mata nak jumpa kawan baik.

Malam ni Fahri mengada sikit. Eh, tak. Mengada banyak. Dia tahu dia ada peluang untuk main game dengan aman malam ni. Tapi malam ni jugak dia idamkan layanan Amirah. Haih, lelaki ni sama je rumit macam perempuan.

Tak, yang Fahri ni nak anxious sangat kenapa? Bukannya Amirah keluar dengan lelaki lain pun? Shsndkskak minda dia bercelaru. Dia terbaring atas katil.

Agaknya camni ke Amirah rasa setiap kali dia keluar lepak dengan Irsyad? Tiba-tiba Fahri rasa bersalah.

Fahri mengambil phone, kemudian menutup WIFI dan mobile data. Dia menghantar mesej Whatsapp kepada Amirah. Nampak tak motif di situ? Tak ada motif, kan? Mana boleh hantar mesej tanpa internet.

Tapi ini salah satu cara Fahri melayan perasaan. Dengan menulis kata-kata yang tak akan disampaikan. Unsent love letters. Lah, jiwang jugak dia ni.

amirah saya mintak maaf sebab selalu lepak dengan irsyad dulu

saya faham betapa sunyinya awak waktu saya takde

saya mintak maaf. lepasni kalau awak tak nak saya keluar lepak, awak cakap je. saya akan teman awak malam tu.

lagi satu, awak lagi sayang saya ke rinie?

Dia tulis-tulis, kemudian tekan send. Beberapa saat berlalu sebelum dia cringe teruk dengan mesej dia tu dan bertindak delete semua mesej yang telah dihantar itu. WIFI dia switch on semula.

Phone diketepikan, lalu Fahri termenung sehingga terlelap.

💄

Poke poke. Aku mencucuk pipi Fahri yang sedang terlena tu.

Matanya terbuka perlahan kemudian tersenyum mamai, "Sayang."

Aku tergelak. Weh, asal dia mengada semacam ni? Nak kena lempang ke?

Aku duduk di atas katil dengan perlahan.

"Awak ni dah solat belum?" Aku mengusap kepala dia.

Fahri mengambil tangan aku kemudian menggenggamnya erat. Dia menggeleng perlahan.

Aku tersenyum, "Saya lagi sayang awak dari Rinie." Aku menjawab soalan Whatsapp yang dia hantar waktu aku keluar dengan Rinie tadi.

Senyuman di wajah Fahri hilang. Aku dah agak, mesti dia hantar mesej tu tanpa sengaja dan dia tak sangka aku akan baca mesej cringe dia tu.

"Huh?" Dia cuba cover lalu melepaskan tangan aku.

"Ya, memang saya lonely setiap kali awak keluar. Tapi saya OK je sebenarnya, serious."

Fahri mengeluh, "Saya... Terhantar mesej tu ke?"

Aku mengangguk.

Kulit wajah dia yang cerah itu mula bertukar merah.

"Lupakan jelah." Dia berkata sambil menutup muka.

"Kalau tak nak?"

"Hmmmmmmmm." Dia merengek.

Aku tergelak kemudian bertanya, "Awak ni jeles tak bertempat jugak eh?"

"Mana ada."

"Hahaha, a little jealousy~" Aku menyanyi untuk menambah usikan.

"Hm." Fahri memalingkan badan dari aku.

"Rinie ada bagi saya buku nama anak. Jomlah baca sama-sama." Aku mengajak dia sambil baring di sebelah dia.

"Hm." Dia akur.

"Saya dah dengar cerita Rinie. Awak dengan dia berebut buku ni eh pagi tadi? Hehe."

Fahri membesarkan mata, "Dia cerita kat awak?"

"Ha ah. Cutelah korang berdua ni. Rasa nak gigit pipi. Terharu gila saya."

"Saya lagi cute..." Fahri menggumam.

"Apa awak cakap?"

"Saya ingatkan Rinie tak suka kat saya." Dia menukar topik.

"Ha, asal pulak?"

"Tak ada apa-apalah. Bukaklah buku tu."

Kemudian kami baca nama-nama dalam tu. Uuu excitednya nak namakan anak nanti.

💄

hello! be sure to read the next chapter. ada notice sikit.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro