58 - nama

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Saya suka nama awak, Amirah."

Amirah mengerutkan kening. "Tapi nama saya biasa gila."

Fahri menggeleng.

Amirah ketawa, apalah. Rasanya nama Amirah Zahirah ni sangat common. Apa yang dia suka sangat?

Amirah memuncungkan bibir, "Cuba bayangkan kalau orang lain jadi girlfriend awak, mesti awak cakap camni jugak."

"Cakap apa?"

"Cakap yang awak suka nama dia."

Fahri terdiam. Dia pelik, kenapa Amirah tiba-tiba cakap pasal orang yang tak wujud. "Tapi awak girlfriend saya, kan?" Fahri menggumam.

"HAHAHA, yalah. Saya tertanya je sebab nama saya bukannya special sangat." Amirah ketawa.

"Nama awak special sebab awaklah tuan nama tu." Gumam Fahri lagi.

Amirah mengetap gigi. Dia rasa mahu cubit pipi Fahri tapi pada waktu ini mereka baru hangat bercinta, tak bergelar suami isteri lagi.

"Ehem, saya girlfriend awak ke, Riri?" Amirah bertanya.

Fahri mengangguk dengan kerutan di kening. Hairan dengan soalan yang mempunyai jawapan jelas itu.

Amirah ketawa terkekek-kekek. Wah, happy betul. Entah kenapa, perkataan 'girlfriend' tu sangat menyentuh perasaan. Mungkin sebab perkataan tu keluar dari mulut Fahri?

"Saya girlfriend Aidan Fahri." Amirah menyebut ayat itu untuk meyakinkan dirinya bahawa dia berada pada bumi yang nyata.

Fahri mengangguk saja walaupun masih hairan dengan gelagat perempuan di sebelahnya itu.

Amirah kemudian menanam muka dalam tangan, lalu separuh menjerit, "Saya girlfriend Aidan Fahri!"

"Oi, rilek." Fahri berkata.

Amirah bangun lalu nafas dalam diambil, "Saya pun suka gila dengan nama awak, Fahri."

Fahri hanya mengangguk.

"Mak ke ayah yang bagi?" Tanya Amirah.

"Mak."

"Apa maksudnya?"

"Um, pemuda kebanggaanku... Kot. Entah."

"Wah, kalau camtu, awak Aidan Fahri saya. Sebab awak pemuda yang saya banggakan hehehe." Amirah sudah mula dengan ayat cringe dia.

Fahri menyerang semula, "Awak Amirah Zahirah saya."

"Omo, awak tahu ke apa maksud nama saya?"

Satu anggukan diberi, "Puteri yang bersinar."

Amirah meluaskan mata. Uwah, tiba-tiba rasa bersalah sebab tak pernah research pasal nama laki sendiri. Jantung Amirah berdegup laju sekarang, "Saya benci awak, Fahri."

"Siapa namakan awak?" Fahri tidak mengendah pengakuan benci Amirah tadi.

"Dua-dua mak ayah saya kot."

"Saya nak jumpa dorang. Satu hari nanti. Nak jumpa mak ayah saya." Gumam Fahri lagi.

"Huh? Mak ayah awak?"

Fahri mengangguk. "Mak ayah awak, mak ayah saya jugak."

Amirah rasa lost. "Kita adik beradik? Tak nak..."

Tergelak Fahri mendengar rengekan Amirah tu, "Bukanlah. Kan nanti dorang akan jadi mak ayah saya jugak? Mak ayah mertua."

Saat itu barulah Amirah faham. Oh, begitu.

"OH MY GOD! Kemain eh, kau?!" Amirah rasa nak hempuk lelaki itu sebab buat muka dia merah sekarang.

"...Tak nak ke?" Fahri terasa kecewa sedikit dengan reaksi Amirah tu.

"Nak! Nak. Nak nak. Saya nak kahwin dengan awak." Amirah meyakinkan Fahri.

Fahri tersenyum lemah, "Tak sabar nak bagi nama anak."

Mata Amirah dicelikkan, ya Allah, dia dah fikir pasal anak dah?

"Jauhnya awak fikir, Ri!"

"Tapi tu pun kalau saya jadi suami awak..." Ayat Fahri ni sangat perlahan diluahkan, susah Amirah mahu tafsir. Nasib baik dapat juga tangkap apa yang dia katakan.

"Kenapa kalau?" Soal Amirah.

"Yalah, manalah tahu... Awak tak nak kahwin dengan saya, sebab... Saya membosankan." Semakin perlahan dia bercakap.

Terkilan sebentar dengan ayat Fahri itu. Kadang-kadang Amirah tak tahu nak kata apa apabila Fahri insecure.

"Um, nanti saya nak nama anak mula dari F dengan Z. Nak tahu sebab apa?" Amirah mencadang.

Fahri mengangkat kening.

"F dari Fahri. Z dari Zahirah."

🌹

Fahri terbangun dari mimpi kisah silam itu akibat terasa pedih pada tangannya. Dia terlihat tangan Amirah sedang mencengkam kulitnya.

"Ri, sakit." Muka Amirah basah akibat tangisan. Baju hospital di badannya yang berwarna biru cair itu juga turut kelihatan basah kerana peluh.

"Nak beranak dah ke?" Tanya Fahri cemas.

Amirah menggeleng, "Tak tahu... Sakit..."

Luluh jantung suami apabila melihat isteri perit keseorangan menanggung kesakitan demi anak yang diharapkan bersama. Fahri membiarkan tangannya terus dicengkam jika itu mampu menolong Amirah menahan kesakitan.

Dahi Amirah dicium Fahri, "Lagi sikit je, sayang. Nak saya panggil nurse?"

Amirah mengangguk.

Selepas nurse diseru lalu keadaan Amirah diperiksa, nurse tersebut berkata kepada Fahri, "Encik dah ready?"

Jantung Fahri seakan-akan berhenti sekejap, "Huh?"

"Isteri encik dah fully dilated. It's time."

Fahri diberi baju nurse untuk dia tukar sepanjang dia berada dalam labour room bersama Amirah. Sejak itu hatinya tidak lekang daripada perkataan memuji Tuhan serta doa. Dia mahu Amirah dipermudahkan urusan untuk beranak. Dia mahu anak mereka keluar dengan sihat tanpa sebarang masalah. Dia mahu Tuhan mengambil segala kesakitan isterinya ketika beranak.

"Nanti saya nak namakan anak mula dari F dengan Z. Sebab F dari Fahri, Z dari Zahirah."

Fahri tidak pernah bagitahu Amirah bahawa ayat itu telah memberikan dia semangat untuk terus kerja bersungguh-sungguh. Ketika hidup terasa resah, ayat itu memberitahu Fahri bahawa ada banyak lagi benda yang belum sempat dia saksikan dalam dunia ini, jadi dia perlu teruskan hidup. Amirah mungkin tak tahu bahawa dialah harapan hidup Fahri. Sekarang Amirah perlu bertarung untuk memberikan Fahri sebuah harapan yang baru. Dan Fahri akan pastikan yang Amirah bahagia sepanjang dia hidup bersama Fahri.

"Saya takut." Amirah kembali mencengkam tangan Fahri dalam labour room.

Fahri mengusap kepala Amirah kemudian membisik, "Saya ada kat sebelah awak, Amirah. Sentiasa ada kat sini. Saya tak akan tinggalkan awak."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro