59 - anugerah terindah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau tak rasa ke... Aidan nampak suram hari ni?"

"Weh, ye doh. Selalunya aku takleh nak agak apa dalam fikiran dia tapi hari ni macam boleh nampak aura kemurungan dia."

"Asal weh? Bukan ke isteri dia baru bersalin beberapa hari lepas?"

"Mana aku tahu. Anak dia sakit kot?"

"Boleh jadi."

"Main assume je korang ni." Luqman menyampuk dalam perbualan dua rakan ofis tadi.

"Ha, Luqman! Kau tau tak asal Aidan nampak muram sangat?" Tanya Syaf.

Luqman mengangkat bahu, "Aku pun tak berani nak cakap dengan dia. Aku tanya baby dia OK ke tak, dia kata OK je."

"Kalau camtu, isteri dia kot yang sakit?"

Sekali lagi Luqman mengangkat bahu, "Dahlah korang ni. Asyik membawang je. Aku nak mintak tolong printkan document, ada aku send kat kau."

"Ha, OK."

"Thanks." Luqman berkata lalu dia kembali ke kubikel kerjanya yang terletak di sebelah kubikel Fahri.

Luqman cuba menyapa Fahri, "Aidan, kau dah makan belum?"

Fahri memandang Luqman dengan pandangan kosong seakan-akan emosinya mati. Memanglah muka dia nampak blur memanjang tapi hari ni sangat jelas ada benda tak kena. Dalam perspektif Luqman nampak seperti Fahri sedang menjelingnya.

"Belum." Sepatah Fahri menjawab.

Luqman meng-oh-kan saja sambil mengangguk. Kemudian terhenti. "Belum makan dari pagi? Tak lapar ke?"

Fahri menggeleng, "Tak ada selera." Tekun dia menaip sesuatu di keyboard.

"Um, kau OK tak weh? Ada masalah apa?" Luqman cuba memujuk Fahri untuk meluahkan segala apa yang ada di dalam minda.

Detakan di keyboard dihentikan, Fahri kelihatan seperti sedang berfikir masalah dunia. Kemudian dia mengeluarkan satu keluhan, "Takde apalah. OK je. Isteri dengan anak aku sihat. Cuma..." Fahri terdiam.

"Cuma?"

Fahri menggelengkan kepala, "Takde apa."

Luqman mengeluh. Susah betul nak dengar luahan hati kawan seorang ni. Tapi dia menghormati keputusan Fahri untuk menyimpan masalah personal di tempat kerja.

Tepat jam pukul 5, Fahri bangun dari kerusi lalu berpesan kepada Luqman, "Esok aku takde. Sampai Jumaat."

"Huh? Kau pergi mana?" Terkejut Luqman mendengar pesanan itu.

"Annual leave." Kata Fahri kemudian dengan tergesa-gesa dia keluar dari ofis.

Luqman ditinggalkan tercengang. Itu bukan jawapan yang dia nak dengar...

Sewaktu memulakan enjin motosikal, Fahri mendapat mesej dari mama.

bila nak bawak cucu datang rumah?

Fahri mengeluh, dia mengabaikan mesej itu kerana dia pun tidak pasti apa jawapan untuk soalan ibunya itu.

Paling penting sekarang, destinasinya menuju ke rumah mak mertua.

🥀

Jarak antara rumahnya dengan rumah mak ayah Amirah mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Walaupun penat baru habis kerja, Fahri tetap bersemangat untuk meneruskan perjalanan demi berjumpa buah hati. Sesampainya dia di destinasi, malam sudah larut, langit hitam pekat menghidupkan bulan penuh.

"Assalamualaikum." Fahri memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah keduanya itu.

"Waalaikummusalam, masuklah." Jawab seisi keluarga yang kebetulan pada waktu itu semua sedang beristirehat di ruang tamu, termasuklah Amirah yang sedang duduk di atas sofa sambil mendukung satu figura kecil di tangannya.

Amirah tersenyum melihat kepulangan Fahri, "Riri!" Dia berkata dengan ceria.

Secara automatik, segala penat lelah yang dialami Fahri sebentar tadi hilang. Kalau diikutkan mahu sahaja Fahri memeluk isterinya erat, dan mencium dahi Amirah serta bayi mereka. Tetapi dia sekarang berada di rumah mertua, jadi dia salam dulu tangan ibu ayah mertua.

Fahri mengambil tempat duduk di sebelah Amirah. Dahi Amirah dikucup lalu bayi yang sedang tidur di tangan Amirah dipindahkan ke tangannya.

Fahri merenung muka anaknya yang tenang itu. Anak dia dengan Amirah. Sekali lagi dia berasa ingin menangis. Tercalar ego seorang lelaki kerana insan ini. Dia perhatikan wajah bayi itu. Pipinya yang kemerahan dicium Fahri.

"Awak dah makan, Fahri?" Amirah bertanya.

Fahri menggeleng. Langsung dia lupa yang dia tak makan sepanjang hari setelah melihat wajah insan yang dicintai. Hanya beberapa kotak susu strawberi sahaja yang diminumnya sejak pagi, dan dua keping roti.

"Aniq, tolong sediakan makanan kat abang Fahri." Ibu mengarah adik bongsu Amirah.

Fahri memberi semula bayi itu ke dalam dakapan Amirah kerana dia mahu makan. Sambil dia makan dia berbual bersama isteri.

"Awak dah apply cuti ke? Sampai bila?" Tanya Amirah.

"Jumaat ni je. Kalau boleh, saya nak apply sampai awak habis pantang, tapi bos tak kasi." Fahri mengadu. Walaupun baru sehari dia tak berjumpa dengan Amirah, tetapi perasaan rindunya dan emosi bercampur baur yang dia hadapi sejak berjauhan, membuatkan dia ingin meluahkan semua benda pada Amirah.

"Hahaha, awak ni cuti macam awak pulak yang bersalin." Amirah mengusik.

Fahri mencebik, "Saya depress gila hari ni. Saya tak tahulah macam mana saya nak hadap berminggu-minggu akan datang tanpa awak dengan Midoriya kat rumah."

Amirah tersenyum lemah. Amirah tahu, bila Fahri dah cakap banyak camni, memang maksudnya dia berasa resah sangat.

Dugaan orang berkahwin ni memang banyak. Selepas Amirah bersalin 3 hari lepas, terus dia dihantar ke kampung untuk berpantang sambil dijaga ibunya. Memang itu cadangannya sejak sebelum kelahiran anak mereka lagi. Tapi tak sangka pula berjauhan dengan suami sewaktu berpantang ni sangat perit. Waktu dia outstation dia tak pernah rasa sesunyi ini. Walaupun ada ibu ayah, adik beradik dan anaknya sendiri, Amirah tetap berasa sangat sunyi tanpa Fahri di sisi.

Fahri lagilah teruk. Dia sambung kerja seperti biasa dan setiap hari dia pulang ke rumah yang kosong tiada orang. Hanya pada hujung minggu sahaja dia dapat berjumpa dengan isteri dan anak. Plan B mahu hantar Amirah ke rumah mama dan abah, biar dijaga oleh mama. Tapi masalahnya pula si Akmal tinggal kat situ. Leceh Amirah asyik kena pakai tudung setiap masa selama 40 hari.

Kedua-dua Amirah dan Fahri terfikir, dapat ke mereka bertahan untuk berjauhan selama 40 hari Amirah berpantang? Nanti anak-anak seterusnya, akan jadi begini lagi ke?

"Mama mesej tadi, dia nak tengok cucu." Fahri mengadu lagi.

Lagilah Amirah rasa resah. Mesti mak ayah Fahri teringin nak peluk cium cucu mereka memandangkan ini cucu pertama mereka. Rasa bersalah menyelubungi hati Amirah kerana terus bergerak ke rumah mak ayah dia tanpa singgah rumah mak ayah Fahri.

"Awak OK ke saya nak bawak awak dan Midoriya jumpa mama dan abah? Larat tak?" Fahri mengacau lamunan Amirah.

Amirah menjawab, "OK je."

"Betul?"

Amirah mengangguk laju.

Fahri tersenyum.

"Betul ke nama dia Midoriya?" Tiba-tiba Aniq bertanya.

"Ha ah." Fahri menipu. Amirah di sisi tersengih.

"Midoriya binti Aidan Fahri?" Aniq bertanya sambil mencebik.

"Ha ah." Fahri dan Amirah ketawa mendengar nama itu, ibu dan ayah turut sama. Biarlah rahsia nama anak mereka disembunyikan sehingga hari ketujuh. Buat masa sekarang, taram je dengan Midoriya.

Selepas itu mereka semua pulang ke bilik tidur masing-masing kerana malam sudah lewat. Fahri mandi dahulu supaya dapat dia sama-sama wangi bersama keluarga kecilnya.

Fahri baring di atas katil, betul-betul di sebelah Amirah dan baby Midoriya di antara mereka. Rasa nikmat yang amat apabila dia berjaya landing atas katil, setelah penat kerja seharian dan memandu selama beberapa jam.

"Baby, bila awak nak bangun? Awak tak nak jumpa daddy ke?" Fahri membisik kepada anaknya yang masih lena sejak tadi.

Amirah tergelak, "Daddy?"

Fahri mengangguk, "Sebenarnya saya tak tahu lagi nak dipanggil apa. Bakal bertukar setiap hari."

Amirah ketawa riang, "Banyak awak cakap hari ni, Riri."

"Hm." Aik? Kembali ke dirinya yang asal?

"Awak tunggulah 2 3 pagi nanti dia bangunlah. Ha, waktu tu awak mainlah dengan dia. Saya nak tidur." Amirah berkata.

"Yeay." Fahri bersorak. Halah, mula-mula excited la. Lama-lama nanti rasa penat.

Amirah merenung wajah Fahri yang sedang merenung wajah baby. Amirah mengambil tangan Fahri dan mula mengusapnya untuk mencari luka kesan daripada cengkaman Amirah tempoh hari.

Sakit yang dialaminya beberapa hari lepas mungkin akan lebih sakit jika Fahri tiada di sisi. Fahri dengan rela hati mengkorbankan tangannya buat dijadikan tempat Amirah menahan sakit, hinggakan berdarah tangan laki itu dibuatnya. Fahri tidak penat memberi kata-kata semangat kepada Amirah sepanjang tempoh bersalin.

"Amirah, good job." Kata Fahri setelah Amirah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan. Dahi Amirah dicium lama, air matanya dilap, rambutnya dikemaskan.

"Tahniah, sayang." Kata Fahri lagi setelah dia mengazankan anak mereka, lalu memberi Amirah memegangnya dalam dakapan. Pada waktu itu, segala rasa sakit yang dia alami sebelum itu terus dilupakan.

Amirah mencium tangan suaminya, "Saya rindu awak, Fahri."

Tanpa ragu-ragu Fahri membalas, "Saya rindu awak lagi teruk daripada awak rindu saya."

"Yeke?"

"Ya." Fahri meyakinkan.

"Tak boleh ke awak duduk sini sampai saya habis pantang?" Amirah bertanya soalan yang sudah pasti jawapannya ialah tidak.

Fahri terdiam.

Ya, baru sehari mereka berjauhan. Tetapi perasaan rindu yang perit ini wujud kerana terfikirkan hari-hari yang akan datang, di mana mereka hanya dapat berjumpa waktu hujung minggu.

"Saya tak rasa saya boleh tahan, Ri." Amirah berkata lagi.

"Jangan risau, Amirah." Fahri mengusap pipi Amirah. "Saya ada idea bernas." Sambungnya lalu mengucup bibir Amirah.

Satu senyuman terukir di mulut Amirah, "Apa ideanya?"

🥀

hello lama tak berborak hshshs

terima kasih sudi baca, vote dan komen! saya suka gila baca komen korang semua :') menceriakan hari betul

ada some of you yang takut saya 'mati'kan watak amirah lepas beranak :0 tragis betul. cerita ni bukan drama tau huhu saya nak buat cerita ni seringan yang mungkin

jadi anak amirah dan fahri is a girl! cuba teka nama dia apa? heheh

see you in the next chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro