NM 05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana di sekeliling Taehyun sangat gelap. Tiada sebarang cahaya pun yang berada di sini. Dia berasa sangat takut. Kemudian, satu cahaya tidak tahu dari mana muncul mula menyinari kawasan sekelilingnya.

Apa yang Taehyun nampak sekarang dia kini berada di sekolahnya iaitu di kantin. Dia lihat begitu ramai pelajar berada di sana.

'Huh? Aku kat kantin sekolah?'

Bisiknya dalam hati. Lalu, matanya mula tertumpu pada sekumpulan pelajar lelaki senior yang sedang rancak berbual. Taehyun sangat mengenali mereka semua itu.

'Itu Jaemin dan kawan-kawannya. Merekalah yang membuli Yonghee hyung!' Detiknya dalam hati.

Sedang mereka begitu rancak berbual, satu bola yang ditendang kuat oleh seseorang tepat mengena pada kepala Haechan. Oleh kerana tidak dapat seimbangkan badan, kepalanya turut kena pada cermin sekolah menyebabkan ia pecah.

Taehyun terkejut melihat kepala Haechan kini berlumuran darah. Suasana di kantin sekolah serta merta menjadi kecoh.

"Panggil cikgu cepat!"

Taehyun terkaku. Bukan kerana lihat keadaan Haechan sebaliknya dia ternampak susuk badan yang amat dikenalinya.

'Yeosang hyung?'

Dia ternampak susuk badan Yeosang di sebelah Yonghee sambil tersenyum sinis. Malah, Yeosang juga perasan bahawa Taehyun kini sedang lihat kearahnya.

"Helo, Taehyun..."

Sapaan Yeoaang itu membuatkan bulu roma Taehyun naik. Serta-merta keadaan di sekelilingnya pecah seperti kaca.

--------------------

Taehyun tersedar dari mimpi ngerinya. Habis mukanya dibasahi peluh akibat ketakutan tadi. Badannya dari tadi tidak berhenti menggigil.

"Itu cuma mimpi ngeri kan?"

Taehyun memeluk tubuh. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati.

"Betul ke tadi tu Yeosang hyung? Atau mungkin cuma mimpi biasa?" soalnya lagi.

Tanpa dia sedar, Yeosang kini sedang perhatikannya dari jauh dengan senyuman sinis yang terlekat di bibir.

'Kau dah mula rasa takut, Tyun?'

Soalnya dalam hati. Dia melihat Taehyun yang masih berpeluk tubuh seketika sebelum menghilangkan dirinya.

-----------------

"Huh? Kenapa mata kau tu, Taehyun?"

Tegur Beomgyu sebaik sahaja dia ternampak kelibat Taehyun menjejak kakiknya ke kelas. Huening Kai memberikan cermin kepada Taehyun supaya dia dapat lihat wajahnya.

Terdapat lingkaran hitam pada bawah mata Taehyun. Soobin dan Yeonjun yang melihat itu turut hairan. Dia mengeluh kecil sebelum menjawab.

"Ni mesti sebab mimpi ngeri semalam." Jawabnya lalu menguap kerana dia tidak cukup tidur semalam.

"Kau mimpi apa?" tanya mereka semua serentak.

Taehyun pun menceritakan mimpi ngerinya semalam kepada semua kawan-kawannya. Tidak tahu mengapa bila dia mahu ceritakan tentang mimpinya, dia rasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada orang sedang memerhatikannya dari jauh.

Mereka yang lain mendengar dengan penuh teliti. Soobin agak teruja untuk dengar lebih lanjut kerana dia merupakan rakan kelas Haechan yang Taehyun mimpikan semalam.

"Itu mungkin cuma mimpi biasa. Kau tak perlu takut sangat," pesan Yeonjun tenang.

"Entahlah hyung. Tapi dalam mimpi aku tu ada Yeosang hyung..." balas Taehyun ragu-ragu.

"Mungkin dia rindu kau kot?"

Teka Huening Kai membuatkan semua orang tertumpu padanya.

"Apa?"

"Tak mungkinlah. Aku dengan dia tak rapat. Aku pun tak pernah mengaku yang dia abang aku," balas Taehyun kepada Huening Kai.

"Takkanlah korang masa kecil tak pernah rapat walau sekalipun?"

Soal Soobin pula setelah lama berdiam diri. Taehyun terkedu mendengar. Kemudian, dia mula mengimbas kembali sewaktu dia kecil dahulu.

------------------------

Flashback

10 tahun lalu...

"Tyun okey?" Yeosang berlari anak-anak mendekati Taehyun yang sudah terjatuh itu.

Taehyun cuba bangun tetapi tidak dapat. Yeosang terkejut melihat lutut kiri Taehyun luka.

"Diorang tolak Tyun sampai jatuh..." Taehyun mula menangis kerana sakit. Yeosang berasa geram lalu melihat beberapa budak lelaki yang menolak Taehyun dengan sengaja itu.

Yeosang bangun lalu menghampiri sekumpulan budak lelaki yang tidak menunjukkan riak wajah bersalah.

"Korang kenapa tolak adik aku?" marah Yeosang.

"Dah dia cari fasal dulu. Aku balaslah balik. Baru tolak sikit dah menangis."

Jawab salah seorang budak itu selamba. Akibatnya, Yeosang menumbuk dia kerana geram sangat. Maka bermulalah pergaduhan antara mereka berdua.

Terdapat juga beberapa orang dewasa cuba untuk meleraikan mereka berdua. Budak lelaki itu sudah menangis akibat dipukul oleh Yeosang tadi.

"Kau cari fasal dengan adik aku, aku takkan berdiam diri!" Kata Yeosang geram. Taehyun terus datang menghampirinya.

"Hyung! Janganlah gaduh! Tyun okey jer."

Ujar Taehyun untuk menenangkan Yeosang. Dia mengajak Yeosang untuk pulang ke rumah. Jikalau tidak, makin teruk jadinya nanti.

Di rumah, Yeosang dimarahi oleh ibu bapanya kerana bergaduh di taman tadi. Yeosang mampu berdiam diri. Dia tidak boleh melawan kerana mereka adalah kedua orang tuanya.

"Lain kali jangan bergaduh lagi ya?" pesan Puan Kang tegas.

"Ya..."

Jawab Yeosang perlahan. Dia melangkah kakinya untuk masuk ke dalam bilik Taehyun.

Kelihatan Taehyun sudah menangis teresak-esak membuatkan Yeosang tersentak. Pantas dia mendekati Taehyun lalu duduk disebelahnya.

"Tyun kenapa menangis ni?" tanya Yeosang risau lalu memeluk tubuh Taehyun yang masih kecil itu.

"Kenapa ibu dan ayah marah Yeo hyung? Yeo hyung cuma tolong Tyun kan?"

Kata Taehyun dengan sisa tangisan. Yeosang tersenyum tawar lalu mengusap kepala Taehyun lembut.

"Tak ada apa tu, Tyun. Memang patut hyung kena marah sebab hyung cari gaduh dengan diorang. Tyun janganlah menangis."

Balas Yeosang lembut sambil menenangkan adiknya. Dia sudah terbiasa kena marah oleh ibu bapanya jadi dia tidak kisah sangat. Memang salahnya jadi apa boleh buat?

"Yeo hyung," sebut Taehyun perlahan.

"Nae?"

"Terima kasih sebab tolong Tyun tadi. Yeo hyung memang baik... Tyun sayang hyung sangat-sangat!"

Ucap Taehyun lalu memeluk Yeosang dengan erat. Yeosang membalas pelukkannya dengan air mata mengalir sedikit.

"Hyung pun sayang Tyun juga..."

---------------

Taehyun terdiam setelah dia mengingati semula kisah silamnya sewaktu dia kecil dulu. Waktu itulah dia betul-betul rapat dengan Yeosang.

Dia tidak ingat sejak bila hubungan dia dan Yeosang semakin renggang.

Baru sahaja dia mahu mengingat semula, Huening Kai menepuk tangan di hadapan matanya membuatkan dia tersedar semula.

"Termenung apa tu?" tegur Huening Kai.

"Huh? Tak ada apa-apa."

"Jomlah pergi kantin. Dah waktu rehat ni."

Ajak Huening Kai riang. Taehyun sekadar akur sahaja. Mereka berdua berjalan menuju ke kantin untuk mengisi perut mereka yang sudah kosong itu.

------------

Tiba sahaja di kantin, Taehyun menggosok matanya berkali-kali. Suasana di kantin pada hari ini sama seperti mimpinya semalam.

'Ini bukan mimpi kan?' tanyanya dalam hati.

"Yah, Taehyun. Kau tak makan ke?"

Tegur Beomgyu hairan melihat Taehyun yang dari tadi memandang ke tempat lain. Seperti mahu mencari seseorang.

"Aku makanlah!" Balas Taehyun lalu makan apa yang dibelinya tadi.

Sedang dia makan dengan aman, tiba-tiba sahaja dia terdengar bunyi kaca pecah. Lantas mereka berlima menoleh ke kanan untuk lihat apa yang sudah berlaku.

Mereka lihat ramai pelajar mula berkumpul di satu tempat. Dengan rasa ingin tahu, mereka juga turut mendekati tempat yang menjadi tempat tumpuan pelajar itu untuk lihat.

Alangkah terkejutnya Taehyun melihat susuk tubuh Haechan baring terkaku dengan darah yang mengalir keluar dari kepalanya. Situasi ini sama seperti mimpinya semalam. Seratus peratus sama!

"Panggil cikgu cepat!"

"Siapa yang tendang bola ni hah?"

"Yah! Haechan bangunlah!"

Jaemin dan rakannya cuba untuk bangunkan Haechan. Namun, usaha mereka hanya sia-sia sahaja.

Tidak lama selepas itu, anak mata Taehyun ternampak susuk tubuh yang berpakaian serba hitam datang mendekati Haechan. Jantungnya mula berdegup kencang melihat orang itu.

"Yeo hyung?"

Taehyun mengerdip matanya berkali-kali. Dia tidak silap tengok. Itu memang Yeosang!

Yeosang memberikan senyuman sinis pada Haechan. Lalu dia ternampak Taehyun sedang melihat kearahnya dengan riak wajah terkejut.

Yeosang memberikan senyuman nipis pada Taehyun sebelum dia menghilangkan diri. Taehyun tergamam seketika.

'A-apa? Kenapa Yeo hyung senyum?'

Soalan itulah yang kini bermain di minda Taehyun.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro