NM 06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Yonghee segera beredar selepas melihat kejadian di kantin tadi. Jantungnya berdegup kencang tanpa henti. Entah mengapa dia berasa sangat takut sekarang.

"Tu tak ada kaitan dengan aku kan?"

"Kau takut ke?"

Yonghee terkejut melihat Yeosang tiba-tiba muncul ditepinya. Seperti mahu tercabut jantungnya tadi. Lantas Yonghee memukul lengan Yeosang kuat.

"Ish! Boleh tak jangan muncul secara tiba-tiba? Terkejut aku tahu tak!" Marah Yonghee. Yeosang sekadar tersengih sahaja.

"Hehehe. Aku rasa satu kerja aku dah settle kan?" kata Yeosang.

"Betul ke kau punca semua ni?"

Yeosang mengangguk tanda ya. Terbutang mata Yonghee dibuatnya.

"Jangan risau. Diorang tak akan tahu yang kita berdua punca semua ni." Tambah Yeosang selamba membuatkan Yonghee semakin takut.

"A-aku?"

"Yalah. Kau yang tulis nama Haechan dalam DEATH BOOK. Aku cuma tolong bunuh dia jer."

Jawab Yeosang. Yonghee mula mengusutkan rambutnya yang tadi kelihatan kemas.

Bodohnya dia kerana ikut sahaja kata Yeosang semalam. Jika tidak, pasti perkara ini tidak akan berlaku.

Yeosang hanya perhatikan keadaan di kantin itu dengan pandangan kosong. Pada masa yang sama, dia perhatikan Yonghee yang sedang risau itu.

Reaksi Yonghee sama sepertinya dahulu. Masih ragu-ragu dengan DEATH BOOK. Kemudian, matanya mula tertumpu pada susuk tubuh yang amat dikenalinya.

Dia pantas menarik tangan Yonghee untuk pergi jauh dari kantin sekolah.

Yonghee terkejut sedikit dengan tindakan Yeosang yang menarik tangannya itu.

"Eh? Kau nak bawa aku ke mana?" soalnya hairan.

"Jaemin hampir nampak kau tadi. Kau nak kena belasah oleh budak tu ke?"

Soal Yeosang. Serta merta muka Yonghee menjadi pucat setelah Yeosang menyebut nama Jaemin tadi. Pantas dia menggeleng berkali-kali.

Yeosang mengeluh melihat Yonghee begitu. Dia sangat faham apa yang dialami oleh Yonghee kini. Oleh itu, dia tidak mahu Yonghee senasib sepertinya dulu.

'Aku akan tolong kau supaya tak akan senasib sama seperti aku dulu, Yonghee...'

Detik Yeosang dalam hati. Dia sudah buat sesuatu supaya dapat menolong mengubah nasib Yonghee yang gelap ini.

-------------------

Di tandas, Taehyun dan Soobin kini menemani Beomgyu. Dia terus rasa mahu muntah sebaik sahaja melihat darah di kantin tadi. Agak banyak juga dia muntah itu.

"Teruk juga phobia kau, hyung." Ujar Taehyun sambil mengusap belakang Beomgyu lembut.

"Menyesal aku tengok tadi..." balas Beomgyu lalu membersihkan mulutnya dengan air berkali-kali.

Soobin pula hanya mendiamkan diri. Dia sejujurnya agak terkejut dengan kejadian di kantin tadi. Malah, dia masih berasa pelik dengan mimpi Taehyun semalam.

'Aku rasa tu bukan kebetulan...' ungkap Soobin dalam hati. Tetapi, dia berasa ragu-ragu untuk berkata dengan Taehyun. Jadi, dia batalkan terus niatnya.

Taehyun pula masih fikirkan tentang Yeosang. Tidak mungkin dia tersilap tengok. Dia betul-betul nampak kelibat Yeosang di tempat jadian beberapa minit lepas.

"Aku masuk kelas dulu. Nak tengok apa yang berlaku kat diorang."

Kata Soobin lalu meninggalkan Taehyun dan Beomgyu di tandas begitu sahaja. Dia mahu tahu apakah yang sedang berlaku pada Jaemin dan kawan-kawannya itu.

Pasti kecoh bukan?

Yang tinggal dalam tandas hanyalah Taehyun dan Beomgyu sahaja. Setelah selesai mencuci mulutnya, mereka berdua berjalan keluar dari tandas.

"Macam mana agaknya benda tu terjadi?" soal Beomgyu hairan kepada Taehyun.

"Entahlah... Ia sama macam-- ehh!"

Mata Taehyun tertumpu di depan. Langkahnya terhenti setelah dia ternampak bayangan Yeosang yang berjalan di hadapannya kini.

Yeosang menoleh kepalanya ke belakang. Dia memandang Taehyun lalu mengukirkan senyuman seram kearahnya. Dia melambai sebelum menghilangkan dirinya dari pandangan Taehyun.

Beomgyu pelik melihat Taehyun terkaku seperti patung. Lantas dia menepuk tangan di hadapan muka Taehyun supaya dia sedar dari lamunan.

"Kau pandang apa tu?" tanya Beomgyu pelik. Taehyun menggeleng perlahan.

"Ta-tak ada apa-apa. Jom masuk kelas," ajak Taehyun. Dia meneruskan perjalanannya untuk pergi ke kelas seperti biasa.

------------------

Tekaan Soobin sungguh tepat. Jaemin melepaskan geramnya dengan menumbuk meja berkali-kali.

Rakan kelas mereka juga ramai yang berada di luar. Tidak sanggup rasanya mahu masuk ke kelas melihat Jaemin begitu. Namun, dengan selamba Soobin masuk lalu melihat Jaemin dari belakang.

"Bodoh betullah! Siapa yang main bola kat kantin tadi?" marah Jaemin geram.

"Sabarlah. Mana tahu budak yang tendang bola tu tadi tak sengaja kena kepala Haechan?"

Kata Jeno pula. Pada masa yang sama menenangkan Jaemin daripada marahnya menjadi membara.

"Tak sengaja apanya kalau budak tu tendang sampai kepala Haechan berdarah teruk? Dah lah kena kaca pula tu."

Sampuk Renjun pula. Jeno terdiam seketika. Ada betulnya juga kata-kata Renjun tadi.

Soobin mendengar perbualan mereka berdua dari jauh. Baru sahaja dia mahu mendengar lagu menggunakan earphone, dia terdengar lagi percakapan Jaemin pula.

"Mana budak lembab tu?"

"Dia lari kot. Mungkin takut?"

"Lemah betul. Kalau dia ada kat sini, mungkin dah lama aku pukul dia guna kerusi."

Mereka tertawa dengan kata-kata Jaemin itu. Tetapi, tidak tahu mengapa Soobin pula berasa takut sedikit.

Dia terus keluar dari kelas untuk mencari Yonghee. Dia tidak boleh biarkan Yonghee dibuli oleh Jaemin lagi. Baginya, ini sudah melampau!

"Mana kau, Yonghee?"

-------------

Kini Yonghee berada di belakang sekolah. Dia hanya berdiam diri tanpa membuat apa-apa. Yeosang? Selepas dia bawa Yonghee lari dari kawasan kantin, dia terus menghilangkan dirinya.

Yonghee mengeluh. Dia tidak mahu masuk ke kelas sekarang. Dia takut sekiranya dia dibuli lebih teruk lagi. Sudahlah tendangan Jaemin semalam masih ada kesan pada badannya.

Dia tidak memberitahu kepada ibu bapanya kerana semalam mereka pulang sedikit lewat. Tambahan pula, dia tidak mahu menyusahkan mereka lagi.

"Haih..." Keluhnya perlahan. Sekarang dia tidak tahu apa yang patut dia buat sekarang.

Tidak lama selepas itu, dia terdengar seseorang memanggilnya dari belakang.

"Yonghee! Sini pun kau!"

Yonghee terkejut. Itu suara Soobin. Baru sahaja dia mahu melarikan dirinya, Soobin sempat menghalang.

"A-apa kau nak?" soal Yonghee terketar.

"Huh? Aku cari kaulah. Kau ingat aku nak heret kau masuk kelas tak guna tu ke?"

Yonghee terdiam selepas Soobin menjawab tadi. Soobin lihat jam tangannya kini. Masih awal lagi.

"Nasib baik kau kat sini. Aku tak nak kau masuk kelas tu dulu sebab diorang kata diorang nak pukul kau teruk lagi."

Kata Soobin lagi. Yonghee mengeluh seketika. Tidak semena-mena itu, air matanya mula mengalir dengan deras membuatkan Soobin terkejut.

"Yah? Kenapa ni?" soal Soobin terkejut dan risau melihat Yonghee tiba-tiba sahaja menangis.

"Aku bencilah... Aku ni lembab sangat ke sampai jadi mangsa buli? Kenapa mesti aku? Aku benci dengan diri aku..."

"Aku pindah pun sebab kes buli. Mama dan ayah aku berharap agar aku okey jer kat sini. Tapi, diorang silap. Baik aku mati daripada hadap semua ni..."

Luah Yonghee sambil menangis teresak-esak. Soobin mula berasa simpati terus memeluk Yonghee dengan erat.

"Jangan risau. Aku akan cuba tolong sebanyak mana aku mampu..."

Kata Soobin dengan tenang. Sejujurnya, dia pun sangat geram dengan Jaemin yang 'berkuasa' dalam kelasnya. Mereka seperti hamba sahaja yang menurut segala arahan bodoh dia itu.

Yonghee tidak membalas apa-apa. Sebaliknya, dia melepaskan segala kesakitannya dengan menangis sahaja.

Perbuatan mereka berdua itu dilihat oleh Taehyun dari jauh. Kebetulan Taehyun mahu mencari Soobin tetapi dia ternampak Soobin sedang menenangkan Yonghee yang masih bersedih. Dia terus batalkan niatnya.

Dari situ, Taehyun mula berasa sedikit pedih di hatinya.

"Kenapa aku tak pernah tolong Yeosang hyung dulu?"

Tiada guna sekiranya dia mahu menyesal sekarang. Kini sudah terlambat untuk mulakan semula.

Apa yang penting baginya ialah, mencari DEATH BOOK dan kenapa Yeosang masih berada di sekolah mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro