1 - breathe for you

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

note: cerita ini prequel 'cuddle', tapi boleh baca sebagai standalone.

flirt

um, tolong jangan expect tinggi sangat huhu. i would say their before story is super duper ordinary (dan agak cliché juga), sorry kalau korang kecewa!

start: 10 february 2021

🌼

"Amirah, crush kau!"

"Mana?"

Kemudian Rinie menudingkan jarinya ke arah seorang jejaka tinggi lampai.

Aku tersenyum riang lalu menongkat dagu pada tingkap sambil menikmati pandangan aku.

"Abang Fahri!!" Aku menjerit dari tingkat atas, di mana kelas budak form 3 terletak.

Jejaka yang sedang jalan dengan kawan dia kedua-duanya memandang atas.

Kawannya dia tergelak melihat gelagat aku manakala crush aku terus memandang semula ke hadapan. Ini rutin dia. Kena kacau dengan aku setiap hari. Tapi dia malas nak layan, dengan harapan yang aku akan stop satu hari nanti.

Aku rasa bersalah sebab kacau dia setiap hari, tapi dia cute sangat. Walaupun dia tak tunjuk apa-apa reaction, aku masih suka tengok dia.

"Tak pahamlah aku kenapa kau suka sangat dengan dia." Rinie membebel.

"Kau jangan mengutuk rupa dia." Aku memberi amaran kepada Rinie.

"Demi kau, Mirah, aku tahan. Ergh tapi asal dia nampak lifeless sangat weh?"

"Ish, diamlah. Muka blur pun still cute gila."

"Apa-apa jelah. Dia pernah senyum tak?"

"Pernah.." Aku menjawab perlahan. Dalam fikiran aku mula flashback waktu pertama aku jumpa Fahri, dan macam mana aku boleh jatuh cinta kat dia.

flashback

"Aidan Fahri!"

Automatik aku menoleh ke arah nama tu walaupun aku tak kenal pun siapa Aidan Fahri. Aku pandang sebab nama tu macam nama hero dalam Ayat-Ayat Cinta, movie favorite aku huhu.

Oh, dan aku pandang sebab kawan dia yang jerit nama dia tu kuat sangat suara.

Itulah kali pertama aku jumpa Fahri dan macam mana aku boleh kenal dia.

First time aku nampak Fahri aku rasa dia ni sangat mysterious. Muka dia tak menunjukkan apa-apa ekspresi langsung. Aku tak faham macam mana dia boleh ada kawan.

Alkisahnya, pada satu petang ketika hujan lebat turun, aku ternampak dua pelajar lelaki sedang berlari dalam hujan tu. Aku tak tahulah kenapa dorang happy sangat lari dalam hujan. Bila-bila masa je dorang boleh tergelincir. Dorang nak mati awal ke? Tak nak ambik SPM?

Salah seorang daripada dua orang lelaki itu ialah Fahri. Dan dia senyum weh. Dia gelak-gelak dengan kawan dia tu sambil berlari.

Aku suka Fahri bukan sebab dia pernah selamatkan aku ke apa ke. Aku suka dia simply sebab senyuman dia yang cute tu.

Bila tengok dia camtu, aku rasa curious dan terpesona. Curious macam mana dia boleh senyum macam tu walaupun selama ni muka dia muram je. Terpesona sebab dia boleh senyum secomel tu. Aku rasa wow, that's hella cute.

Sejak tu aku ada keinginan nak tengok dia senyum lagi. Kalau ada rezeki aku nak jadi punca dia senyum hekhek.

Selepas kejadian tersebut, aku mula bercrushkan seorang lelaki pendiam bernama Fahri.

🌼

Event sekolah apa yang korang paling suka? Personally bagi aku, aku paling suka hari kokurikulum. Sebab pada hari ini, semua pelajar bebas nak buat apa pun walaupun pada hari ini juga duit paling banyak habis.

Kelas aku jobless jadi kami sekelas hanya merayau sajalah. Aku dengan kawan-kawan aku membuat pusingan keliling sekolah untuk melihat (dan membeli) makanan menarik.

Aku berhenti pada booth 4 Adil.

"Kau nak beli ice blended kat sini ke, Mirah?" Rinie bertanya.

Ice blended? Aku hanya berhenti di sini sebab ini kelas Fahri punya booth.

Aku mengangguk.

"Aku nak beli air mangga jap tau. Nanti kita jumpa balik." Rinie memesan sebelum beredar.

Salah seorang pelajar di gerai itu menegur aku, "Nak apa?"

Tak silap aku ini lelaki yang lari bersama-sama dengan Fahri hari tu. Best friend Fahri ke? Boleh tahan handsome.

"Ice blended..." Kata-kataku terhenti tatkala ternampak jejaka idaman aku di belakang, sedang memakai apron dan memegang blender di tangannya.

"...yang Fahri buat." Aku menyambung ayatku tanpa sedar.

"Hah?" Kawan Fahri kurang tangkap gumaman aku tadi.

Aku mengembalikan fokus kepada kawan dia ni. Aku ni dah kenapa? Hampir kantoikan diri depan best friend crush?

"Chocolate." Aku berkata.

Kawan Fahri menoleh belakang dan memesan kepada Fahri, "Dan, chocolate satu!"

"Dua setengah." Dia pandang hadapan semula dan berkata kepada aku.

Aku mengangguk lalu mengeluarkan duit dari dompet.

'Dan'. Kawan-kawan dia panggil dia Aidan ke? Kenapa tak panggil Fahri? Fahri kan lagi sedap?

"Nah." Aku menghulurkan duit kepada dia.

"Thank you. Tunggu sekejap, eh?"

Aku mengangguk. Semasa aku tunggu, aku lihat saja Fahri sedang membancuh order aku.

"Seronok dapat ice blended yang Aidan buat?" Tiba-tiba rakannya itu ajak berborak dengan aku.

"Huh?"

"Kau suka Aidan ke?" Dia bertanya sambil tersengih.

Mesti dia dapat tahu sebab aku duk usha Fahri sejak mula-mula sampai tadi.

Tanpa segan silu, aku mengangguk.

Dia tergelak, "Takpe. Rahsia kau selamat dengan aku."

"Nama?" Aku meminta nama dia.

"Irsyad. Kau?"

"Amirah."

"Form berapa?"

"2 Ikhlas."

"Ooo. Asal kau minat dia?"

"Dia cute."

Irsyad tergelak mendengar jawapan aku tadi. Charming weh dia gelak. Tapi tak tahu kenapa aku tak jatuh kat dia.

"Tapi kau jangan berharap sangat kat dia." Irsyad memesan.

"Asal? Dia gay ke?"

"Tak tak. Cuma, dia anti-perempuan sikit."

Aku membuat muka hampa. Susahlah hidup kalau macam tu.

"Aku akan ubah fikiran dia." Dengan yakinnya aku berkata.

Irsyad tergelak lagi. Suka kau gelak ye.

Sejurus itu, Fahri menghulurkan cawan ice blended kepada aku.

"Aidan, tulis nama dia kat cawan." Irsyad memesan lagi.

Hati aku berdebar. Wah, baik betul Irsyad ni.

Fahri mengambil pen marker lalu bertanya Irsyad, "Apa nama dia?"

"Mana aku tahu, tanya ah dia." Irsyad berkata.

Aku boleh nampak jelingan tajam Fahri kepada rakannya itu sebelum dia memandang aku. Dia tak tanya pun nama aku, hanya pandang aku. Secara automatik aku menjawab, "Amirah."

Lantas itu dia menulis nama aku pada cawan. Fefeeling Starbucks katakan.

"Nah."

"Terima kasih." Dengan gementar aku mengambil ice blended dari tangan dia.

Irsyad tersenyum nampak gigi, "Terima kasih beli, Amirah."

Aku membalas senyuman dia. Ya, terima kasih jugak Irsyad. Disebabkan kau, kini Fahri tahu nama aku!

🌼

Sejak itu, aku mula menegur Fahri sedikit demi sedikit. Setiap kali aku ternampak dia, aku akan tegur, "Hai."

Dia diam.

Setiap kali aku ternampak dia dari atas, aku jerit, "Fahri, hai!"

Dia mendongak ke atas, selepas ternampak aku terkinja-kinja dia kembali pandang ke hadapan seolah-olah dia hanya ternampak burung kat pokok. Benda ini sudah jadi kebiasaan dia. Kadang-kadang dia tak rasa nak pandang atas pun. Dia palaukan saja aku.

Pernah juga aku dan rakan-rakan aku berjalan di koridor dan aku ternampak dia. Dia pun ternampak aku jugak tapi dia terus menyorok di belakang Irsyad.

"Fahri cute!" Aku menegur dia semasa kami berselisihan. Dia try hard tak nak nampak macam dia sedar akan kehadiran aku. Irsyad hanya tergelak.

Kadang-kadang Irsyad yang menegur aku dulu, "Hello Amirah." Dan di mana ada Irsyad, di situ ada Fahri.

Aku tersenyum luas kemudian berkata, "Hello Irsyad, hello adorable Fahri!"

"Eh, aku tak ada gelaran ke?" Irsyad mempersoalkan.

"Tak ada sebab kau tak special, hehe." Aku bergurau dengan dia.

Hari sukan bukannya hari aku menyorak pelajar lain. Tapi aku yang disorak selaku atlet larian rumah sukan merah.

Sebelum aku berlari, aku teringat aku terserempak dengan Irsyad dan Fahri. Irsyad dari rumah sukan biru manakala Fahri rumah sukan kuning, rumah sukan paling noob.

"Good luck, Amirah." Irsyad berkata. Rakannya di sebelah hanya mendiamkan diri.

"Terima kasih! Fahri, tak nak wish aku good luck ke?"

Fahri menggeleng.

"It's OK! You masih cute macam biasa!" Aku memberi dia flying kiss lalu beredar.

Itulah norma aku dengan Fahri waktu sekolah. Dia dingorat aku. Aku mengorat dia. Dalam 1001 usikan aku, tak ada satu pun cubaan yang membuatkan dia tersenyum. Sebaliknya, dia nampak ketakutan bila nampak aku.

Boleh dikatakan peristiwa hujan hari itu merupakan kali first and last aku nampak dia senyum sewaktu sekolah.

Jangan risau, bila aku cerita semula tentang aku waktu sekolah menengah, aku pun rasa cringe yang amat. Memang annoying betul ya aku waktu sekolah dulu. Manalah Fahri tak benci kat aku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro