2 - shoot out

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari diganti dengan hari. Minggu diganti dengan minggu. Bulan, tahun. Pejam celik pejam celik, sudah 2 tahun aku simpan perasaan pada Fahri. Ceh, 2 tahun tak adalah lama mana.

"Aku nak confess." Aku membongkarkan plan aku kat Akmal dan Rinie.

Chop! Siapa Akmal? Kepada sesiapa yang tak tahu, Akmal ni budak kelas sebelah ataupun juga dikenali sebagai adik Fahri. Entah macam mana Rinie boleh tahu yang dia ni adik Fahri. Lepas dah tahu, memang taklah aku nak lepaskan peluang ni.

Peluang untuk rapat dengan bakal adik ipar.

"Seriouslah weh." Mereka berdua berkata dengan terkejut.

"Ya, serious."

Akmal masih nampak tak percaya. Dia termenung sekejap. Kemudian mengeluh, "Amirah, kau dah pernah fikir ke pasal hidup korang kalau korang end up berdua?"

"Of course pernah." Jawab aku.

"Jadi? Communication korang camne dalam tu?" Rinie pula bertanya.

"Hah? Apa maksud kau? OK je."

"OK? Walaupun dia tak suka bercakap?" Selang-seli Akmal dan Rinie memberi aku soalan.

"Teknologi sekarang canggih. We can text all we want-"

"Kau rasa tu effective ke?" Akmal memotong cakap aku.

"Hm... Korang memang tak nak support aku ke?" Aku bertanya dalam nada rajuk.

"Kitorang tengah support kau ni, Amirah. Communication is the key in relationship. Communication hancur, relationship pun hancur. Kitorang tak nak kau broken. Tu je." Rinie pula menjawab.

Aku terdiam. Memang betul pun apa yang dorang cakap tu. Tapi...

"Aku bukan nak kata apa, tapi aku 100% positif yang dia akan reject kau. Kau pun rasa camtu, kan? Kau tak deserve orang macam dia, Amirah. Dia tak worthy untuk kau." Rinie cuba menukar lagi fikiran aku.

"Ya, walaupun dia abang aku, aku setuju dengan apa yang Rinie cakap." Akmal menambah.

Aku mengeluh, "Aku tahu dah dia akan reject aku. Tapi itu bukan main point confession aku. Aku confess sebab aku nak bagitahu dia betul-betul je pasal perasaan aku. Nak dia acknowledge betul-betul. Aku janji aku akan move on lepas aku confess."

"No, you don't have to break your heart like that." Rinie merayu.

"Aku tahu weh tak payah confess pun tak apa sebab Fahri memang dah tahu pasal perasaan aku kat dia. Aku tahu, dan aku appreciate korang kisah pasal aku. Tapi, aku nak jugak confess. Biarlah tu jadi last moment antara aku dengan dia."

"Kau nak bagi bad ending dalam kisah kau dengan dia?" Akmal bertanya seolah-olah apa yang aku bakal buat ni memang akan menjadi pilihan yang salah.

"Akmal, janganlah buat aku ragu-ragu pasal apa yang aku nak buat..."

"Aku... Risau pasal kau je. Kitorang risau pasal kau. Ikut kaulah nak dengar ke tak apa yang kitorang cakap. Kitorang cakap camni sebab kitorang kawan kau. Itu je. Jangan cakap kitorang tak warning."

"Hm... OK. Terima kasih, korang. Aku terharu gila-gila."

"Nanti bagitahulah camne dia jawab." Akmal berkata.

"Baik, korang orang first aku akan bagitahu."

"Kalau dia buat kau menangis, meh aku lawan dia one to one." Rinie berkata dengan geram.

"Oi, kau tengah cakap pasal abang aku tu." Akmal mencelah.

"Ah, kisah apa aku? Kalau boleh dengan adik dia sekali aku belasah."

Akmal tergelak kemudian dia berpaling pada aku lalu mengucapkan, "Good luck."

"Terima kasih." Aku berkata.

Aku mengangkat muka melihat langit biru. Journey aku dengan highschool crush bakal habis. Macam manalah agaknya Fahri akan jawab confession aku nanti?

🌼

Kring!

Waktu sekolah dah tamat. Aku cepat-cepat keluar dari kelas. Misi terakhir aku sebagai (secret) admirer Fahri; confess!

"Betul ke ni kau tak nak aku teman?" Ini dah kali keberapa tah Rinie tanya aku soalan sama.

"Ish, betul! Kau pergi balik dulu. Jangan tunggu aku." Aku meyakinkan dia.

"Hm, good luck Amirah. Balik rumah nanti terus mesej aku tau." Dia memesan.

"Alright, thanks!"

Dan di luar kelas aku ternampak Fahri berjalan dengan kawan rapatnya, Irsyad. Dorang on the way balik jugak.

Aku ingat lagi cuaca waktu tu berangin. Jadi bunga dan daun kat pokok semua luruh. Dalam memori aku kini, masih segar pemandangan di mana tali leher Fahri berterbangan akibat ditiup angin. OK, tak penting pun maklumat tu.

Aku berdebar. Walaupun aku dah biasa tegur Fahri setiap hari (dan dipalau), tapi kali ni berdebar dia lain macam.

It's now or never, Amirah! Fighting! You can do this!

Aku mendekati dua kawan tu. Surat cinta aku pegang elok-elok dalam tangan.

"Em, Fahri." Aku memanggil.

Fahri dan Irsyad menoleh belakang.

"Hai, Amirah." Irsyad dengan ceria menegur aku.

"Hai... Em, Fahri. Aku... Aku nak cakap sikit dengan kau boleh?" Nervousnya aku! Ya Allah terketar-ketar kaki aku waktu cakap tu. Suara aku bergetar. Nasib baik aku tak gagap.

Good luck jawab SPM lepas ni.
Terima kasih sebab work hard.
Aku suka kau. Aku harap kau ambik dan baca surat ni. Selain tu, aku tak harapkan apa-apa. Bye.

Aku menyusun ayat dalam kepala. Diulang-ulang ayat itu bagaikan mantera.

Eh, jap. Irsyad ada kat sinilah. Patut ke aku bawak Fahri ke tempat lagi private ataupun confess je depan-depan walaupun ada Irsyad? Irsyad boleh jadi sumber kekuatan aku sementara aku-

"Jangan kacau hidup aku boleh? Annoying kau ni. Serabut, tahu tak?" Fahri menghentikan lamunan aku.

Eh?

Aku tak sempat nak confess pun tapi dah kena reject?

Sekejap!

Aku tak sempat nak tunggu dia bagi izin kat aku untuk bercakap dengan dia, tapi dah kena reject?!

Fahri memusing belakang dan meninggalkan aku dengan Irsyad.

Eh? Apakah?

Aku dah biasa kena reject. Dah biasa rasa sakit kena reject. Tapi kali ni... Sakit dia lain macam. Hati aku betul-betul rasa sakit. Bukan secara mental je, malah secara fizikal jugak. Dada aku rasa bagaikan dicucuk.

Annoying kau ni. Serabut, tahu tak?

Aku terkaku tak tahu nak buat apa. Perlu ke dia kasar sangat dengan aku?

Aku tak rasa nak menangis tetapi air mata aku mula bergenang.

Ah, barulah aku faham kenapa Akmal dengan Rinie merayu kat aku untuk jangan confess. Agaknya dorang boleh agak tak Fahri akan cakap macam ni? Kalau Rinie tahu ni, mahunya dia hantar santau kat Fahri.

Rasa menyesal pulak tak mintak Rinie temankan aku.

Aku rasa malu. Rasa bodoh pun ada juga. Sepatutnya aku ikut cakap kawan-kawan aku, kan? Sepatutnya aku takyah confess, kan? Sepatutnya aku give up je awal-awal, kan? Hmm.

Aku dan Irsyad sama-sama terlopong dengan tindakan Fahri tadi. Irsyad kemudian memandang aku.

"Em, Amirah... Jangan menangis eh? Aidan tu mesti tak maksudkan sekasar tu..." Irsyad mengeluarkan sapu tangan dari poket lalu memberi aku.

Aku mengangguk-angguk, tangan aku menggeletar sewaktu mengambil sapu tangan dari Irsyad.

"Itu surat untuk Aidan ke? Meh sini. Aku pass ke dia." Irsyad mengambil surat dari tangan aku.

Aku menahan air mata aku dari mengalir. "Fahri memang jahat camtu ke weh?"

"Mulut dia memang tak ada penapis. Aku pun setiap hari rasa nak tumbuk dia. Tapi disebabkan dia buat camtu kat kau hari ni, nampaknya aku dah ada chance untuk tumbuk dia betul-betul." Irsyad bergurau.

Aku tergelak, "Terima kasih."

Irsyad tersenyum, "Dah, jangan sedih sedih. Ada ramai lagi lelaki lagi better dari Aidan tu. Tapi walaupun dia kasar dengan kau, dia tak maksudkan macam tu, serious. Cuma aku faham kalau kau tak nak maafkan dia."

Aku mengangguk lalu menghulur semula sapu tangan aku kat Irsyad.

"Takpelah, kau simpan je. Jangan sedih-sedih tau? Kau tak payahlah biarkan lelaki tak hensem macam Aidan tu buat kau heartbroken." Gigih Irsyad cuba untuk gembirakan aku.

"Hahaha, okay." Aku tergelak. Aku pelik, macam mana aku boleh tak tersuka kat Irsyad ni? Dahlah gentleman, pastu dia lagi hensem dari Fahri. Semua benda yang dia buat kat aku semuanya sweet dan charming. Kenapa kat Fahri yang muka lifeless tu jugak yang aku minat?

Kalaulah aku pilih Irsyad, agaknya bakal ada happy ending tak?

Selepas itu aku dan Irsyad berpisah kemudian aku balik rumah sorang-sorang berjalan kaki. Dekat je rumah aku. Sambil on the way tu aku menyumpah seranah diri aku. Dan Fahri.

Sampai je rumah aku terus naik bilik dan baring atas katil.

Air mata mula keluar deras. Aku nangis tersedu-sedu.

Fahri jahat ke? Ke itu balasan aku sebab selalu kacau hidup dia? Mungkin aku berhak terima layanan sekasar itu. Iya, mungkin ini semua salah aku. Salah aku sebab tak ikut cakap kawan. Salah aku sebab mengada-ngada. Salah aku sebab aku suka kat orang yang salah, yang tak reti nak appreciate perasaan aku.

Aidan Fahri, aku harap kau tak akan kahwin sampai kau mampus!

Tapi bukan salah dia aku kena reject... Suka hati dialah nak reject sesiapapun. Mungkin aku terlalu annoying? Atau aku ni tak cantik? Rasanya aku ni cantik je. Mungkin tak cukup cantik bagi dia. Apa? Dia nak taraf Miss Universe ke untuk muka kentang macam dia tu?

...Muka kentang tu jugak yang aku minat. Ah, ini memang semua salah kau, Amirah! Kau memang problematic!

Sambil menyalahkan diri aku, aku terus menangis. Aku ingat lagi, itu antara hari paling banyak aku menangis sepanjang hidup aku.

Dan begitulah ceritanya. Cerita Fahri reject aku. Kali pertama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro