17 - beautiful night (end of fahri's pov)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

14 Mei 2018

Fahri menyarungkan songkok di kepala. Sampin songket putih bersulamkan perak di pinggangnya diperkemaskan. Dia memandang pantulan cermin di dinding lalu ditarik nafas dan dihembus. Dia cuba senyum namun hampa dengan apa yang dipantulkan dalam cermin.

Sebaik saja dia turun ke bawah bersama adik-beradiknya, Fahri dapat rasakan pandangan sayu daripada mama. Sayu tapi bangga. Impaknya Fahri pun terasa sebak di dada. Hari ini dia betul-betul bakal tinggalkan keluarga dia demi membina keluarga yang baru.

Mama mendekatinya kemudian dahi Fahri dicium, "Masuk kereta, semua. Abah dah tunggu kat masjid." Mama mengarah.

Tiada perkataan diperlukan untuk menerangkan apa yang mereka semua rasa.

Fahri mengambil nafas dalam kemudian menghembus. Hari ini, buat kali kedua dalam hidup dia, Fahri rasa dialah hero dan watak utama untuk hari ni.

🌸

Setapak ke dalam masjid Fahri sudah mula melilau. Tak sampai satu saat diambil untuk dia mengecam kelibat wanita idaman hati. Heroine dia pada hari ini dan selama-lamanya.

Baju kurung songket putih yang dipakai Amirah sedondon dengan baju Melayu Fahri. Sejambak bunga dipegang dalam tangan Amirah tetapi tidak mampu melawan kecantikan si pemegang.

Kaki Fahri terasa lemah. Jantung gugup. Gaya macam ternampak bidadari syurga. Ya Allah, Subhanallah, jelita sungguh ciptaan-Mu yang sorang ni! Fahri rasa nak sujud syukur!

Bridal veil yang terletak kemas di kepala Amirah buatkan suasana semakin real. Fahri akan bernikah juga hari ni. Akhirnya.

Siapa sangka wanita anggun ini akan menjadi isteri dia - setelah beberapa tahun menyuaikan dan mempersiapkan diri untuk saling memanggil satu sama lain sebagai pasangan sehidup semati?

"Oi! Jadikan dia isteri kau dulu barulah kau boleh pandang dia puas-puas." Irsyad menegur Fahri yang kelihatan angau.

Fahri menegakkan komposisi badan. Tak lama lagi dia bakal ada hak penuh untuk simpan Amirah buat dia seorang je untuk pandang dan sentuh.

Peluh sejuk mula terhasil. Telapak tangan Fahri sudahpun basah dan menggeletar. Apabila Fahri ternampak wajah ayah Amirah yang macam pak aji garang tu, lagilah buatkan Fahri rasa nak larikan diri.

Sikit lagi, Dan.

Dia ayah kau jugak. Tak perlu nervous.

Selepas menyalam tangan hampir semua tetamu lelaki di masjid itu, Fahri akhirnya duduk bersimpuh di hadapan ayah mertua.

"Fahri." Ayah menghulurkan tangan kepada Fahri.

"Ayah." Sebut Fahri, sedikit bangga. Ayah. Bukan lagi pakcik. Tangan kuat itu dibalas dengan salaman yang lebih erat.

"Woi, kau relax sikit tak boleh ke?" Adiknya Akmal menegur dia yang sedang bernafas laju.

Fahri tersenyum lemah, "Nervous."

Irsyad selaku sahabat setia di sebelah Fahri berkata, "Kau jangan malukan aku sebagai pengapit kau, Dan. OK, sekarang practice dengan aku. Apa nama penuh dia?"

Fahri cuba bertenang dengan mengamalkan pernafasan yang betul. Bibir dia yang menggigil cuba mengungkap, "Amirah Zahirah b-b-binti-"

"B-b-binti apa?" Irsyad mengejek.

Sial. Fahri tergelak perlahan.

Nama Amirah, Dan. Nama perempuan paling cantik dalam hidup kau. Nama bakal pendamping seumur hidup kau. Nama bakal ibu kepada bakal anak-anak kau kelak.

Nama yang kau agungkan sangat ni. Sebut betul-betul.

Fahri menarik nafas, "Amirah Zahirah binti Zainal Abidin." Dia menghembus perlahan.

Irsyad menepuk bahu Fahri sebagai ucapan 'good job'.

"Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh." Pengerusi majlis mula berkata-kata.

Oh, shit. Dah start.

Fahri mencuri-curi pandang ke arah Amirah. Amirah juga sedang pandang dia.

Amirah wink, kemudian menggerakkan mulut mengikut kata-kata good luck disertakan dengan thumbs up dan senyuman tayang gigi.

Fahri menyorokkan senyuman. Apalah, Mirah. Tu tak membantu langsung.

Fahri hanya harapkan khutbah akad nikah itu habis cepat sebab dia memang tak boleh tahan rasa berdebar jantung dan tidak selesa dalam perut dia.

🌸

Satu lafaz.

Satu lafaz...

Satu lafaz!

Satu lafaz je!!!

Fahri tak percaya dengan kejayaan dia pada hari itu. Antara kejayaan terbesar pernah dia capai dalam hidup, dapat melafazkan akad nikah dengan satu lafaz.

"Sah?"

"Sah." Beberapa jemaah lelaki bersetuju.

"Tahniah. Barakallahu lakuma." Tok kadi menepuk bahu Fahri.

Tepukan tok kadi lembut je, tiba-tiba Fahri terasa satu tepukan gila tak ilek dari belakang, "Kau dah kahwin, anjir!"

"Kau dalam masjid sekarang. Elok sikit mulut." Fahri menegur Irsyad sambil mengetap gigi. Sedikit jengkel dengan tepukan dia yang sakit tu.

Irsyad menutup mulut, "Astaghfirullah. Tahniah, Dan! Kau dah jadi suami orang sekarang. Allahu." Irsyad menyeka air mata palsu.

Fahri tersenyum, "Terima kasih." Kemudian dia menerima ucapan tahniah daripada semua orang.

"Amirah tak sabar dah tu nak cium kau." Irsyad membisik dengan senyuman nakal.

Fahri menjeling dia. Rasanya baru tadi tegur kot.

Dan langkah pun dilajukan. Fahri tak mahu nampak terdesak, tapi dia sungguh mahu peluk Amirah sekarang.

Mata Amirah dicelikkan besar saat melihat Fahri yang kian mendekat, "Hi, husband-"

"Hi, wife." Fahri tak boleh tahan dah. Terus saja tubuh Amirah didakapnya. Bagaikan mimpi, akhirnya dapat juga dia rasakan secara fizikal betapa manisnya rasa perempuan ini. Bau dia wangi, tubuh dia sangat petit, bagaikan boleh hancur jika terkena walau sedikit kekerasan.

"Oof, Riri." Amirah mengetatkan pelukan.

"Cincin, oi." Abang Amirah bernama Adib mengganggu detik mereka berdua.

"Peluk-peluk boleh dalam bilik nanti, hehehe." Irsyad kembali dengan bisikan iblis dia.

Sungguh Fahri rasa nak terajang sahabat dia sorang ni. Kemudian dia dan Amirah disuruh duduk untuk sesi menyarungkan cincin dan bersalam-salaman.

Tangan molek Amirah dihiasi ukiran inai disambut Fahri. Lembutnya! Kontra betul dengan tangan kasar dia. Dia pakai apa sampai rasa macam pegang sutera?

Cincin emas disarungkan pada jari manis Amirah. Kemudian Amirah pula berbuat demikian pada dia. Seusai itu mereka berdua mengunci mata, perlahan-lahan mengukir senyuman di bibir.

Bibir mungil itu terasa mahu dikucup lembut. Tapi Fahri menahan. Dahi Amirah sekarang merupakan satu target yang lagi elok dan sesuai untuk semua tatapan umur.

Apabila bibirnya menapak pada dahi Amirah, terasa bagaikan satu nikmat dunia yang tak pernah dia rasakan sebelum ini. Tak pernah difikir dia bahawa tindakan ini mampu menyerlahkan segala cinta dia terhadap wanita ini. Tetamu sekeliling yang suruh mereka stay dalam position lama sikit untuk tangkap gambar sebenarnya agak disyukuri Fahri. Tapi lama-lama jadi awkward lak. Kemudian Amirah mencium tangan dia.

Setelah itu mereka berpandangan antara satu sama lain lama. Pipi Amirah Fahri cekup lembut, "Jom balik rumah."

🌸

Penat.

Majlis persandingan sangat memenatkan bagi seorang introvert seperti Fahri yang tak suka dan jarang bercakap. Jarang senyum. Jarang berjalan dan berdiri lama.

Apa yang buat dia terus berdiri hanyalah Amirah. Sepanjang majlis tangan isteri dia pegang erat.

"Malam ni seronok la kau, eh?" Irsyad hari ni bagaikan setan bertopengkan manusia.

Tanpa ragu-ragu Fahri menumbuk perut dia, tak kuat cuma mengejutkan.

"Babi!" Irsyad mengaduh kesakitan sambil mengusap perut dia. Overreact je tu.

"Kau cakap benda pelik lagi aku belasah kau."

Irsyad memuncungkan bibir, "Tapi itukan benda normal antara suami isteri? Hmph."

Fahri menghirup perlahan susu strawberi. Dia dan Irsyad sekarang sedang berehat sebentar di 7E terletak berdekatan hotel di mana majlis persandingan Fahri dan Amirah diadakan. Di hotel itu juga, satu bilik ditempah satu malam khas untuk pasangan mempelai baru.

Normal... Normal ke 'first night' bagi pengantin? Tak penat ke? Fahri rasa kalau dia landing atas katil sekarang confirm terus terlelap.

"Good luck, hehehe! Kau jangan malukan kaum lelaki, Dan. Kau kena asertif dan bagi dia rasa nikmat-"

Belum sempat Irsyad menghabiskan ayat Fahri sudah menarik telinga dan dipulas dengan geram, "Kau diam sebelum aku cibai mulut kau."

"Cabai, bongok! Bukan ciba- Aduh, OK, OK, sorry! Lepaskan!" Wajah Irsyad naik rona merah akibat menahan pedih.

Dengan itu telinga dilepaskan.

"Aku gurau je. Malam ni korang cuddle jelah. Mesti penat en, huhuhu. Sorry-lah tak pernah kahwin jadi takleh relate." Irsyad mula membela diri.

Fahri membalikkan mata. Mereka berdua kembali ke tapak majlis dan hampir semua benda sudah dikemas.

"Aniq, mana kakak?" Fahri menahan adik ipar yang sedang menyusun kerusi.

"Kak Mirah dah naik bilik kot. Abang Fahri naiklah jugak." Aniq menjawab, terserlah kepenatan dalam wajahnya.

Fahri menghentikan perbuatan Aniq, "Aniq, biar catering buat. Nah." Fahri menyeluk sekeping not RM20 dalam poket seluar baju Melayu kemudian dihulurkan kepada satu-satunya adik ipar, "Belilah apa-apa kat 7E depan tu."

"Yeay! Terima kasih, abang Fahri!" Riak wajah Aniq naik seri.

"Baiknya abang ipar kita." Irsyad mengusik.

Selepas berbual sekejap dengan keluarga dan keluarga mentua, akhirnya Fahri meninggalkan semua orang dan naik lif ke tingkat bilik dia dan Amirah.

Ah, nervous-nya. Amirah tengah tunggu dia sambil buat apa rasanya? Malam ni memang kena buat kewajipan perkahwinan itu ke? Fahri tak rasa dia boleh lelap malam ni sebab nervous yang amat.

Setibanya dia di pintu bilik, dia tercegat di hadapan itu buat beberapa saat. Bukankah siang tadi dia teringin sangat nak sentuh Amirah? Bila tiba masanya dia kembali jadi pengecut.

Tak mahu berfikir lagi, Fahri membunyikan loceng bilik.

"Come in, Ri!" Selepas beberapa ketika Amirah menguak pintu lalu menjemput Fahri masuk ke dalam bilik hotel.

Fahri terkaku di hadapan pintu masuk. Bukan apa, tapi Amirah yang tidak bertudung itu membuatkan dia ragu-ragu untuk masuk.

Fahri kemudian mengundur keluar dari bilik itu lalu menutup pintu hotel tersebut tetapi ditahan Amirah, "Fahri, kenapa awak keluar?"

"Salah bilik. Sorry." Fahri memberi alasan.

Amirah ketawa lalu dia tarik Fahri masuk semula ke dalam bilik.

"You nervous ke? Kenapa, saya lawa sangat ke free hair?" Amirah mengusik suami dia.

Fahri termati kata. Buat satu saat tadi dia hampir ingatkan Amirah orang lain. Dia pikir Amirah yang selamani dia kenal merupakan wanita paling cantik dia pernah jumpa. Rupanya ada orang yang boleh kalahkan ranking itu, dan orang itu ialah Amirah yang tak bertudung! Jelita sungguh Fahri rasa nak menangis.

Fahri enggan menemukan mata dia dengan mata Amirah, "Awak dah mandi?"

"Dah."

"OK, saya mandi dulu." Fahri mengambil tuala putih yang disediakan pihak hotel.

Amirah menjengket untuk mendekatkan mulutnya ke telinga Fahri, "Saya tunggu." Kemudian dia mengenyitkan mata.

Fahri membesarkan mata. Masuk saja bilik air dia tercegat buat beberapa saat.

Bisikan manja Amirah terlalu berbahaya. Fahri rasa amat lemah sekarang. Iman dia hampir berterabur. Eh, tapi Amirah sudahpun jadi isteri dia yang sah, Fahri tak ada salah apa-apa jika dia berfikir benda pelik-pelik tentang isteri dia sekarang.

Haih, tapi... Macam bahaya je. Fahri tak rasa dia boleh survive malam ni dengan tenang.

🌸

"Kita tidur, nak?"

Amirah mencebik, "Why?"

Fahri menggeleng, "Saya penatlah." Fahri tipu sunat.

"Awak tak ada nafsu ke?" Amirah tanpa segan silu bertanya soalan tersebut.

Umph!

Bukan Amirah. Aku terlalu banyak nafsu aku takut aku lukakan kau.

Fahri menutup telinga dengan tangan, menahan nafsu daripada melayan godaan isteri. Dia kekal dengan gayanya itu sambil berjalan mencari seluar di dalam bagasi. Fahri mencari seluar dan selepas habis menyarung, dia dengan perlahan duduk bersila di atas katil.

Amirah yang sedang baring mengiring itu menongkat kepalanya dengan sikunya ditahan di atas permukaan katil.

"Jom duduk." Fahri mengajak.

"Huh, kata nak tidur?"

"Duduklah dulu."

Amirah akur. Dia duduk bersila menghadap suaminya. Fahri mengambil kedua-dua tangannya lalu digenggam erat.

"Macam mana perasaan awak hari ni? Awak tak penat ke?" Fahri memulakan perbualan, taktiknya ialah untuk menukar mood suasana kepada yang kurang mengghairahkan. Dia nak cakap pasal benda sentimental supaya mereka dapat tidur dengan tenang.

"Penatlah jugak. Tapi penat tu macam tak rasa sangat sebab saya happy gila hari ni." Amirah menjawab soalan Fahri.

Senyuman diukirkan Fahri, "Tadi waktu akad nikah awak menangis, kan? Kenapa?"

Amirah mengerutkan kening, "Oh, sebab... Sebab saya dah jadi isteri orang?"

Fahri memandang dia lama. Inginkan jawapan lagi.

Amirah menyambung, "Akhirnya, saya dah jadi isteri awak, Fahri. Siapa sangka crush saya sejak saya form 2 sekarang dah jadi suami saya? 10 tahun saya tunggu, Riri."

Fahri tersenyum lalu mengusap pipi Amirah menggunakan ibu jarinya.

Amirah mengecilkan mata, "Saya nak tanya awak pulak. Macam mana perasaan awak hari ni?"

"Happy." Dijawab Fahri sepatah.

"Ah, tak nak jawapan camtu! Huraikan. Soalan saya ni 10 markah jadi awak kena bagi 10 isi."

Fahri tergelak nervous. Soalan isteri dia yang comel ni mungkin lagi susah dari soalan calculus. Kemudian dia mengambil nafas dalam dan menghembus, "Amirah, saya lelaki paling bahagia hari ni." Katanya sambil memandang mata isteri.

Amirah tersengih, "1 markah."

"4 tahun tanpa awak, tak pudarkan cinta saya. Tapi lagi kuatkan." Sambung Fahri.

"OMG, 4 markah."

"Pastu..." Fahri terus-menerus menghuraikan isi untuk cukupkan markah sehingga dia ketandusan idea. Tinggal lagi satu je senjata dia. Dia tahu sangat Amirah tengah tunggu dia nak ucapkan satu ayat tu. Satu ayat khas.

"And then, Fahri?" Tanya Amirah selepas menunggu lama.

Fahri mengambil nafas dalam dan menghembus, kemudian dia mengangkat muka memandang Amirah, "Saya cintakan awak."

Amirah menjerit, "100 markah!" Kata dia lalu terus memeluk suaminya itu.

Fahri terkejut dengan pelukan isterinya yang membuatkan dia sampai terbaring.

Amirah menjauhkan diri dia dari tubuh Fahri, kemudian tanpa sebarang warning, dia menyentuhkan bibirnya dengan bibir Fahri. Sekejap je. Tak sampai satu saat.

Fahri menjegilkan mata. Wha- What what what?! First kiss itu merupakan satu benda yang Fahri teringin mulakan, bukan isteri dia! Dan first kiss mereka hanya satu saat? Langsung tak special!

Fahri rasa tercabar, dia mencekup pipi Amirah dengan tangan kemudian mengucup bibirnya. Lama sikit la sebab nak lawan Amirah tadi. Dalam 3 saat.

Kali ni Amirah pulak shook. "Eh? Surprise attack?!"

Fahri tergelak tapi jantung dia berdebar. Ya Allah, kalau ciuman itu kekal lebih lama dari 3 saat, mungkin akan membatalkan mood sentimental yang Fahri gigih tukar.

Amirah tak nak kalah. Dia mula memasukkan tangan dalam T-shirt hitam Fahri.

"Tak payah." Fahri menolak tubuh Amirah dari dirinya. Dia terduduk dari pembaringan kemudian memesan kepada Amirah, "Tidurlah. Esok nak pergi rumah ibu ayah." Dia mengeluh. Tak boleh, tak boleh. Dia tak boleh serah diri kepada nafsu dia malam ni. Dia mahu hargai Amirah dengan selembut-lembut sentuhan.

Alasan la kau, Aidan. Kau pengecut je sebenarnya.

"Alaa!" Amirah mendengus.

Fahri mengetap gigi. Dia cuba sehabis baik untuk tidak mengendahkan kata hati dan rengekan Amirah. Dia kembali baring di atas katil. Duvet tebal hotel itu dibawa melitupi tubuhnya.

Fahri memandang Amirah kemudian mendepakan tangannya, "Nak datang sini?"

Amirah mengangguk. Dia membawa dirinya untuk baring di sebelah Fahri sambil berbantalkan tangan Fahri. Tubuhnya turut diselimutkan.

Lampu malap dalam bilik itu memberatkan mata kedua-dua manusia itu.

"Good job, Amirah. Awak dah bekerja keras hari ni." Fahri menggumam.

"Awak pun sama, Riri. Tahniah sebab jadi pengantin lelaki paling handsome yang saya pernah jumpa." Amirah mula memejam mata. Tubuh Fahri sangat hangat dipeluk walaupun baru lepas mandi.

Fahri mengusap kepala isterinya.

Selepas beberapa detik mereka cuddle, Amirah tiba-tiba menggumam, "Em, saya sedihlah, Ri."

Fahri mengerutkan kening. Dia ni dah tidur ke? Mengigau?

"Kenapa?"

"Saya pakai bra baru. Cantik gila, tahu? Tapi tak dapat tunjuk kat awak malam ni." Dia menggumam.

Jantung Fahri berdebar. Ya Allah, kenapalah isterinya terlalu santai? Tolonglah bagi insan lemah seperti Fahri ini ruang untuk bertenang.

Fahri teringin nak tengok. Sempat dia cubit diri dia kuat untuk menahan diri dimakan nafsu.

"Um..." Fahri tak tahu nak jawab apa.

Lama mereka diam. Fahri merasakan tekanan yang tinggi untuk memberi tindak balas terhadap aduan Amirah tadi.

"Esok lusa, tahun depan, sepuluh tahun depan sekalipun, awak boleh tunjuk. Tak perlu rushing." Fahri menggumam. Jantung dia berdebar bagaikan nak meletup.

Tapi tiada jawapan. Fahri melihat wajah Amirah dan terdengar perempuan tu sudah mengeluarkan dengkuran halus.

Kadar degupan jantung Fahri kembali normal. Dia mengeluarkan keluhan lega. Bolehlah dia tidur dengan tenang. Taktiknya berjaya, yay!

Buat kali terakhir, dia melihat wajah lena Amirah. Bibir mungil itu kelihatan manis dan juicy, Fahri rasa nak cium untuk kembali rasakan kemanisan isteri dia. Giginya diketap.

Akhirnya Fahri hanya mengucup dahi isterinya.

"Have a goodnight." Fahri berkata kemudian lampu ditutup.

Tapi dia tak tidur serta-merta. Dia hanya pandang wajah Amirah. Wajah yang dia bakal hadapi seumur hidup dia, pada setiap permulaan dan penghujung hari. Tangan mereka yang masih dilingkar bersama dieratkan. Tangan yang bakal dia pegang seumur hidup dia, memimpin dia ke satu masa depan yang cerah.

I never contributed much as a human being.

Fahri tak pernah sumbang banyak kat dunia ni sebagai manusia.

Sepanjang hidup dia, dia lebih memilih untuk melihat orang lain berusaha untuk buat dunia ni tempat yang lagi bagus. Dia tak nak masuk campur. Sebab dia tahu diri dia tak diperlukan.

Jadi dia terus melihat, sambil dia berusaha untuk capai matlamat hidup dia sendiri. Untuk dia, dan bukan untuk orang lain.

Tapi sejak dia raih hati Amirah, dia tak tahu apa yang dia dah buat kat dunia ni sehingga melayakkan dia dapat perempuan sebagus Amirah.

Yang tak pernah give up untuk buat Fahri pandang dia.

Yang berusaha nak fahami Fahri yang complicated ni.

Yang tetap sayangkan Fahri walaupun Fahri kurang keyakinan diri.

Yang telah memperkenalkan Fahri kepada seribu satu emosi dan perasaan.

Yang cintakan Fahri walaupun Fahri ni tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain.

Yang sudi sehidup semati dengan Fahri, sebab Fahri ni Fahri, bukan orang lain.

Amirah telah pilih Fahri sebagai hero dalam hidup dia, dan Fahri tertanya, macam mana wanita sesempurna dia wujud kat dunia ni dan pilih Fahri sebagai partner for life?

"Mama suka kat dia?" Teringat lagi Fahri mendekati mama dengan senyap selepas sesi taaruf mereka beberapa tahun lepas.

"Kalau Aidan suka kat dia, mama pun suka."

Fahri terdiam.

"Aidan nak kahwin dengan dia?" Mama tanya.

Fahri mengangguk tanpa ragu-ragu. "Tapi Aidan takut."

"Aidan takut nak kahwin?" Mama tanya.

Fahri mengangguk lagi.

"Kenapa?"

"...Aidan takut, Aidan tak dapat nak jaga dia dengan baik. Aidan tak banyak cakap, Aidan takut dia akan cepat bosan dengan Aidan..."

"Aidan, the fact that she acknowledged you and your worth, dah cukup untuk meyakinkan mama yang Amirah tu memang betul-betul suka kat Aidan. Bila cinta sejati mekar, bukan senang nak layu. Lagipun Aidan jangan risau. Mama jaga Aidan 22 tahun dah, mama tak pernah bosan dengan anak mama sendiri."

"Hmm."

"Fahri anak yang baik. Tak pernah memberontak, tak pernah cakap 'no', tak pernah tarik muka."

Fahri mula melelapkan mata sambil tersenyum mengingatkan kata-kata mama yang seterusnya.

"You deserve her. And she deserves you."

"Fahri handsome, mmm." Amirah mengigau lagi, memadam imbas silam Fahri.

Fahri tersenyum. Amirah, you are such a big flirt.

Tapi sekarang aku tak boleh lari dari kau dah — aku tak nak lari dari kau.

Sekarang semua benda pada diri aku dah jadi kau punya, dan aku akan pastikan kau sentiasa selamat bersama aku.

Malam ini terlalu indah, aku harap kau boleh kekal di sisi aku selama-lamanya.

Together forever.

🌸

extra chapters incoming

credits to monsta x hehe sebab monolog terakhir fahri tu semua dari lirik lagu beautiful night

okk see you soon! ♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro