akmal

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Weh, aku nampak Amirah tu dari tadi usha kau."

Akmal tersenyum sinis mendengar kata-kata kawan dia tadi. Tak peliklah bila perkara tu terjadi. Dia memang seorang rupawan.

Satu pandangan sekilas dialihkan kepada Amirah. Dia tu pun rupawan juga. Kalau nak dibandingkan Akmal, Amirah tu berganda lagi lawa daripada teman wanitanya yang sekarang.

Walaupun Akmal tak ikhlas pun adakan hubungan sekarang, dia masih rasa salah kalau dia layan perempuan lain pada waktu itu.

Jadi dia tidak endahkan Amirah. Lagipun dia malas nak libatkan diri dengan sesiapapun. Kalau boleh makwe dia sekarang pun dia nak tunggu putus je.

🌹

"Akmal."

Kantin yang lengang selepas tamat sesi persekolahan itu hanya ada beberapa orang; termasuk Akmal yang sedang menunggu kawan.

Semestinya Akmal akan bertindak balas terhadap sahutan itu dengan menoleh ke arah punca suara.

Terkejut juga Akmal apabila melihat Amirah yang telah memanggil dia.

Oh, dia nak approach ke? Akmal mengagak.

"Aku.. Aku nak cakap sesuatu. Tapi kau secretkan, eh?" Amirah bercakap sambil melihat sekeliling.

Akmal membuntangkan mata. Huh, minah ni terus nak confess kat sini ke? Straightforward betul.

Dengan penuh debaran Akmal menunggu perempuan itu sambung bercakap, sambil dalam minda dia terfikir cara untuk reject.

"Aku suka kat abang kau..."

"Sorry, tapi aku dah ada makwe."

"Huh?"

"Huh?"

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Sama-sama tercegat.

Huh?

Sekejap, apa yang dia cakap tadi? Abang? Abang Akmal yang macam mayat hidup tu? Suka? Dia suka abang Akmal?! Tak pernah-pernah dibuat orang untuk suka kat lelaki macam abang Akmal.

"Abang kau dah ada makwe ke?" Amirah buat muka sedih.

Akmal masih sedang proses maklumat. "Er, jap. Sorry. Boleh ulang balik apa kau cakap tadi?" Akmal tidak mengendahkan soalan Amirah.

Kemudian Amirah senyum tersipu malu. "Fahri... Abang kau Fahri, kan?"

Akmal terlopong. Fahri? What the f—First time dengar orang panggil abang dia dengan nama tu. Tanpa sedar Akmal mengangguk.

Lantas itu Amirah menutup muka, "Aaa, malunya!"

Akmal mengerutkan dahi. Hah? Perempuan ni kenapa? Peliklah dia ni!

"Aku suka abang kau weh." Dia bercakap, mukanya masih ditutup dengan tangan.

"Em, OK." Akmal rasa nak jauhkan diri.

"Dia comel gila."

Comel? Comel celah mana? Abang Akmal bernama Aidan tu memang complete opposite dengan comel.

"Dia suka kucing. Aku pernah nampak dia cangkung sebab main dengan kucing! Comel!" Sambungnya.

Orang yang suka kucing buatkan orang tu comel ke? Tak tahu pulak Akmal.

Sekejap, sekejap. Kenapa dia tiba-tiba kena dengar pasal abang dia ni? Dia tak pernah rapat pun dengan abang dia!

"Pastu dia selalu jalan kaki gi sekolah dengan muka mengantuk."

Bukan ke muka Aidan memang selalu camtu?

"Dia menguap pun cute. Cara dia jalan—" Bla bla bla.

Akmal terpaksa duduk kat situ sambil mendengar cerita lebih lanjut tentang abang dia. Kebanyakan ceritanya, Akmal sendiri pun tak tahu yang abang dia macam tu walaupun tinggal serumah.

Satu-satunya sebab Akmal boleh terlepas dari celoteh perempuan tu disebabkan kawan dia yang dah habis urusan dan bersedia pulang ke rumah dengan Akmal. Huh, lambat betul datang.

Apa yang pasti balik rumah nanti Akmal nak bagitahu Aidan yang dia ada stalker.

🌹

Akmal perhatikan Aidan dari tadi. Macam biasa waktu petang macam ni dia akan main PS3 kat ruang tamu.

Sambil itu Akmal membandingkan diri dia dengan Aidan. Walaupun mereka adik-beradik, tahap rupa mereka memang berbeza. Akmal berganda-ganda lagi handsome, bagaikan semua genetik handsome dalam DNA mama dan abah hanya pergi kat diri dia. Kalau ada satu perkara yang sama tentang mereka ialah mungkin suara mereka.

Akmal dah bosan tengok abang dia. Langsung langkah diaturkan ke dapur untuk bercakap dengan adik perempuannya yang sedang menjamu selera.

"Amal, aku ke Aidan lagi handsome?" Curious, Akmal menyoal adiknya Amalia.

"Eee." Amalia mencebik mendengar soalan cringe itu.

"Jawab jelah."

"Tak nak aku. Dua-dua tak handsome."

"Aku belanja kau choki-choki kalau kau jujur." Akmal menggunakan rasuah.

Amalia terkedu mendengar rasuah Akmal, kemudian dia berfikir lama. "Hm, fine."

"Pastikan jujur."

"Ya, aku pilih kau." Amalia menjawab nak tak nak.

"Jujur ke tak ni?"

"Jujurlah. Ey."

Akmal tersenyum puas. Sebenarnya soalan tu agak obvious. Dia tak perlu validation dari orang lain pun.

Amalia mencebik melihat reaksi abangnya, bagaikan menyesal menjawab, "Choki-choki aku jangan lupa."

"Ni weh. Aku nak bagitahu kau yang Aidan ada peminat." Akmal menukar topik.

Terbuntang mata Amalia, "Huh? Serious lah?"

"Tak percaya, kan?"

"Ye ye je kau." Amalia sendiri pun tak percaya sekiranya abang sulung dia dipandang sebagai jejaka idaman oleh seseorang. Kalau Akmal lain cerita, Amalia dah lali dengar cerita Akmal dan perempuan yang beratur nak try dia.

Akmal yang dari tadi mencari sesuatu dalam phone lalu menunjukkan skrin pada Amalia — gambar Amirah yang dia dapat dari Instagram.

Amalia menjeling Akmal, "Kau main-main dengan aku ke? Memang tak ah aku nak percaya. Cute gila perempuan ni."

"Betullah weh. Perempuan ni suka gila dekat Aidan." Akmal meyakinkan.

Amalia mengecilkan mata, tak percaya dengan kata-kata Akmal. "OK, kalau betul pun, so? Kau jealous ke?"

"Apa yang ada kat Aidan—" Akmal terus berhenti bercakap apabila dia ternampak Aidan sedang masuk dapur dan terus meluru ke peti sejuk. Sepanjang itu tanpa disedari Aidan dia sedang diperhatikan adik-adiknya.

Aidan mengambil seketul ais lalu mengunyahnya, kemudian langsung menutup pintu peti. Dia memusing belakang dan baru perasan tentang tenungan adik-adiknya.

Aidan mengangkat tangan menunjukkan 'peace' lalu dia keluar dari dapur. Mukanya maintain expressionless.

Akmal dan Amalia hanya tercegat. Kemudian Akmal berpaling semula ke arah Amalia, "Tengok? Apa ada kat dia?"

"Hm, sejujurnya aku pun tak tahu. Tapi biarlah? Kau kisah sangat kenapa?" Amalia mempersoalkan Akmal.

Akmal mendengus, adiknya takkan faham. Mungkin sebab celoteh Amirah kian hari buatkan dia rasa jengkel. Tak pasal-pasal rasa jengkel dia berpindah kepada abangnya.

"Choki-choki!" Amalia menghentikan lamunan Akmal.

Mata dibalikkan, tangan diseluk ke dalam poket seluar kemudian 20 sen diletakkan di hadapan Amalia.

"Huh?"

"Sebatang cukup en 20 sen?"

"Woi, aku nak satu pek ada 5!"

Akmal tidak mengendahkan adiknya. Langsung dia tinggalkan dapur.

🌹

"Kau terlalu self-centred. Pernah ke kau fikir pasal aku?"

Akmal dengan muka selenga rasa mahu larikan diri dari situ. Akhirnya, girlfriend dia minta putus. Ceh, tak sampai sebulan. Buang masa je. Dia takdelah kisah mana, cuma tak suka dengar perempuan membebel.

Selepas mereka berdua berpisah dengan niat baik (Akmal slow talk dia), Akmal mula mengatur langkah pulang. Dalam perjalanannya ke pagar sekolah dia melalui papan notis akademik sekolah di sebelah pejabat.

Nama-nama pelajar cemerlang setiap tingkatan disenaraikan. Tak banyak masa diambil untuk Akmal mengecam nama abangnya si Aidan Fahri.

Akmal mengetap gigi. Nama dia pun ada pada board yang sama, tapi kenapa dia tak ada sedikitpun rasa bangga melihat nama itu? Nama abang sendiri juga yang difokusnya.

"Eh, Akmal!"

Suara Amirah menghentikan lamunan Akmal. Akmal sendiri tak tahu kenapa dia bertindak berdiri di hadapan papan notis itu semata-mata nak tengok abang dia.

Amirah mendekati Akmal, "Kau tengok nama Fahri, eh? Hehehe, aku pun suka tengok nama dia kat sini setiapkali aku rindu dia! Aih, kebanggaan sekolah betul." Amirah mengangkat wajah mengagungkan nama itu. Matanya kelihatan bersinar.

Akmal mencebik. Perempuan ni kena brainwash dengan siapa? Macam manalah dia boleh tergilakan si Aidan tu sampai baca nama pun nak angau?

Tanpa berkata apa-apa Akmal memulakan langkah pulang.

"Pergi mana?"

"Balik."

"OK, bye!"

Akmal menghentikan langkah, "Kenapa kau suka Aidan?"

"Eh?" Amirah terkejut mendengar soalan Akmal itu. "Um, aku pernah nampak dia gelak... Senyuman tayang gigi dia cute sangat weh aku rasa itu first time aku nampak lelaki comel gila macam tu." Tanpa ragu-ragu Amirah menceritakan.

Huh. Sebab tu je kau tergilakan?

"Asal panggil dia Fahri?"

"Fahri hero dalam movie Ayat-Ayat Cinta. Aku panggil dia macam tu sambil fefeeling aku dalam movie." Tanpa sedikit rasa malu Amirah bercerita. Malah Amirah nampak bangga dan bersemangat dengan ceritanya.

Akmal tersenyum sinis. Macam senang kena usik je dia ni.

"By the way, apa nama penuh kau? Kalau Aidan Fahri, kau Akmal—?" Amirah bertanya.

"Faris. Akmal Faris."

Kelihatan riak wajah Amirah naik, "Wow! Info pasal family Fahri! OK, korang ada berapa adik-beradik? Semua nama start dari A dan F ke?"

Aish, ni yang malas ni, "Banyak cakap la kau ni. Dah, aku nak balik."

"Alaa!" Entah kenapa Amirah menuruti langkah Akmal. Destinasi mereka berdua berlainan tapi menggunakan jalan yang sama. Sepanjang itu mereka berbual, bukan tentang Fahri je tapi tentang benda random yang lain.

Amirah ni sejenis senang bawak bersembang. Selepas seketika mereka berdua mula berkawan, dan Akmal baru tahu Amirah tahu pasal Akmal ada hubungan darah dengan Aidan disebabkan Rinie. Tak lama kemudian mereka bertiga banyak lepak sama-sama. Kebanyakan topik lepak ialah moment-moment Amirah dengan Aidan, walaupun dorang tak bercakap dan tak pandang antara satu sama lain.

Akmal tak kisah. Amirah kelakar orangnya. Lagi terhibur hati Akmal apabila dia usik Amirah dengan membandingkan dirinya yang lagi better dari Aidan. Selepas itu mereka bergaduh mulut manakala Rinie hanya judge dari tepi.

Akmal sentiasa anggap abang dia interesting. Sejak kemunculan Amirah, lagilah bertambah keinginan Akmal untuk meneroka dunia dalam minda abangnya.

🌹

Akmal pulang ke rumah setelah menghadiri hari terakhir sekolah pada tahun itu. Sesampainya dia di rumah, ternampak Aidan sedang minum air di dapur. Rakus. Dia pun baru balik dari sekolah.

Walaupun Aidan selalu poker face, entah kenapa hari ni dia nampak murung.

"Camne paper SPM hari ni, Aidan?" Mama bertanya.

"OK je." Dia jawab lalu terus naik ke bilik.

Eh. Akmal dan mama saling berpandangan antara satu sama lain. Bakpe dia tu? Selalunya dia expressionless sokmo tapi hari ni emosi semacam.

Terus saja Akmal tanya Amirah tentang confession dia,

aku kena reject. hahaha!

Itu saja yang dibalasnya. Akmal tak terkejut. Apa yang dia terkejut ialah abang dia yang murung selepas reject orang. Tak sangka abang dia sangat beremosi dalam bab ini, sangkanya Aidan akan anggap semua ni remeh dan tak perlu fikir dua kali.

Akmal bertambah curious dengan mentaliti abangnya. Namun tak pernah terlintas di fikiran Akmal untuk mendekati Aidan. Yalah, mereka berdua langsung tak rapat. Bersembang pun sepatah dua je yang keluar.

Seorang yang rapat dan sentiasa ada dalam pandangan mata, tapi Aidan terasa bagaikan satu identiti yang sangat jauh dan susah didekati Akmal.

Akmal nak cuba dekat. Dia nak tahu apa yang ada dalam fikiran abang dia, apa yang ada dalam dunia abang dia. Akmal sentiasa mengagumi abang dia. Sungguh, dia respect abang dia walaupun mereka jarang bercakap. Rupa mereka berlainan tapi Akmal cemburukan Aidan.

Mungkin sebab hidup Aidan nampak tenang tanpa ramai kawan, Aidan nampak selesa in his own company manakala Akmal selalu mengharapkan validation dari orang lain.

Bertambah cemburu apabila dia tahu Aidan ada peminat yang sukakan dia atas sifat dan personaliti, manakala perempuan yang beratur mahu try Akmal semuanya pandang rupa je.

🌹

Beberapa tahun kemudian

Irsyad and 2 others are in a voice call. Join?

Akmal mencebik melihat nama pada skrin phone itu. Best friend abang dia tu jarang sekali di-contact, Akmal tak percaya tengok nama tu sedang call dia.

2 others? Siapa?

"Berita terkini! Berita terkini!" Irsyad yang kepoh tu mula berbunyi apabila semua sudah dihubungkan.

"Apa dia?" Amalia menggesa.

"Heheh, cakap please dulu." Irsyad mula berkata nakal.

"Please jangan bermanja depan aku. Aku end call terus." Rinie mencelah antara dua buah hati itu.

"Kalau kau end call kau takkan tahu berita terkini aku." Irsyad mengugut.

"Pikir aku kisah? Kau kumpulkan kitorang ni aku dah tahu pasal siapa and aku dah tahu semua benda."

"Shh shh! Kau tahu perspective Amirah tapi kau tak tahu perspective Aidan! Haa, mesti kau nak tahu, kan?"

Akmal rasa lost. Sungguh. Apa yang dorang tengah cakapkan ni? Bertahun-tahun lamanya tak bersapa, apabila bersua semula dalam panggilan, mereka mula merapu.

Amirah? Ramai Amirah dia kenal dalam hidup dia, tapi jika Amirah yang berkaitan dengan manusia-manusia ni semestinya mereka bercakap tentang Amirah yang tu. Amirah yang minat abang dia dulu. Amirah Zahirah. Lama sungguh dia tak dengar nama itu dan tak terfikirkan pasal wanita itu.

Apa cerita dia sebenarnya?

"Aidan dengan Amirah sudah bersatu!" Irsyad mengumumkan.

Huh?

"Sumpahlah?" Tanya Amalia.

"Urgh." Rinie merengek.

Manakala Akmal hanya terlopong. Huh?

"Alkisahnya begini—"

"Irsyad, ko diam jap." Akmal menghentikan sahabat abangnya itu walaupun dia lebih tua, "Kau boleh tak jangan skip? Cerita dari awal. Amirah yang kau maksudkan Amirah Zahirah, kan?" Akmal dambakan penerangan.

"Ya, sayangku. Lah, aku ingatkau kau tahu dari IG story ke apa ke, yang Amirah tu sambung belajar tempat sama dengan Aidan." Irsyad pun menurut sahaja.

"Tapi dia masuk tanpa ada niat nak sama dengan Aidan. Bukan sebab dia stalker." Sebelum apa-apa Rinie dah back up Amirah.

"Dia masuk sebab jodoh dia ada kat situ!" Teriak Irsyad.

"Ko ni yakin je. Aku tak nak Amirah end up dengan lelaki insecure macam dia tu. Menyampah." Mulalah perdebatan Rinie tentang 'adakah Aidan layak dapatkan Amirah?'

"Rinie, aku rasa kau pun dah tahu yang dorang dah berbaik. Paling penting, dorang tengah bercinta! Takde sesiapa dah boleh memisahkan dorang." Irsyad bercerita dengan overreaction dia.

Irsyad ni kalau dah bersembang, kencang betul kalah tornado. Akmal kembali lost dan blur apabila mereka terus lompat ke info penting.

"Ehem, aku nak cerita full dari A sampai Z, please." Akmal mencelah.

"Cepatlah cerita, Syad. Aku nak dengar POV si Fahri tu. Nak judge dia puas-puas." Rinie pun menggesa Irsyad.

"Jangan judge dia. Dia best friend aku tau? Abang kepada Akmal dan Amalia."

"Ah, kau. Kau jilat dia sebab nak jadi adik ipar dia je. Dasar talam dua muka."

"Elok sikit—"

Amalia ketawa riang mendengar perkelahian itu. Riuh betul.

Pening kepala Akmal bila dorang berdua ni bergaduh bagai anjing dan kucing. Tak boleh ke dorang saling menyayangi macam best friend dorang yang tengah kemaruk bercinta tu?

Selepas beberapa ketika Irsyad pun tunaikan janji untuk bercerita dari awal sampailah progres terkini.

Wow. Abang aku dah ada girlfriend?

Akmal mati kata. Sungguh.

Amirah... dengan Aidan? Aidan dengan... Amirah? Huh? Pasangan yang bagaikan anjing dan kucing itu tiada sesiapa sangka akan bersama, tapi bila mereka dah bersama nampak serasi sungguh!

Sekejap, sekejap. Akmal masih tengah process, otak dia jem. Amirah dengan Aidan. Amirah dengan Aidan, woi!

Siapa sangka kebencian boleh betul-betul bertukar kepada cinta semudah itu? Lepas dengar cerita, nampak gaya macam Aidan terjatuh lagi dalam daripada Amirah walaupun Amirah yang jatuh cinta dulu. Ke sama je dorang dua tu?

Walaupun Rinie menentang habis-habisan tentang hubungan mereka berdua, Akmal rasa yang sebaliknya.

Akmal rasa yang mereka berdua memang betul-betul deserve each other.

Selepas panggilan meriah tu tamat, Akmal mula termenung. Cinta. Sejujurnya, dia tak pernah rasakan cinta sebegitu terhadap seseorang. Tak pernah dia ada crush, mungkin sebab dia tahu dia handsome jadi dia hanya mahukan perempuan yang betul-betul setara dengan taraf dia.

Akmal ni memang sombong. Ada rupa, otak geliga, duit berkepuk, tak peliklah kenapa dia sombong. Dia ada segala-galanya.

Tapi dalam kesombongan dia juga terasa sunyi. Terasa bagaikan hidup dia tak ada makna sangat.

Aidan. Adakah abang dia juga turut rasa bagaikan hidup ini sunyi? Tapi lepas jumpa Amirah mesti dia dah bahagia.

Bahagia. Adakah perkara seperti bahagia wujud?

Apabila Aidan dan bahagia wujud dalam satu ayat, bertambah cemburu Akmal.

Mungkin seumur hidup Akmal hanya mahukan orang yang bersungguh sayangkan dia, seperti bersungguh Amirah sayangkan Aidan.

Walaupun cemburu dan hairan macam mana alam ini boleh menyatukan Aidan dan Amirah, sungguh Akmal happy untuk mereka.

Akmal menaip sesuatu kemudian menghantar kepada Rinie.

"Apa?" Tak friendly langsung perempuan ni.

"Rinie, kalau umur 40 kita berdua single, jom kahwin." Selamba badak Akmal mengajak. Memang dalam keturunan ke suka ajak kahwin sesenang macam tu?

"50." Rinie membetulkan.

"OK, deal."

"Deal."

Akmal tersenyum. Dia tahu, dan Rinie tahu, mereka berdua tak ada perasaan sebegitu antara satu sama lain. Sungguh, mereka tak pernah ada perasaan sebegitu terhadap sesiapa pun.

But they were two lonely souls.

Mereka memilih satu sama lain sebagai pilihan terakhir sekali.

🌹

Selepas Amirah sah menjadi kakak ipar kepada Akmal, dia dan Amirah kembali in touch. Kadang-kadang ketika Akmal ada masalah remeh dia rasakan Amirah la paling sesuai dan senang untuk dia luahkan masalah. Bukan apa tapi perempuan ni banyak jugak kata-kata hikmah dia.

"Thank you do, Mirah sebab dengar masalah aku. Kau ni macam twin aku pulak, hahaha."

Mendengar ayat Akmal itu, riak wajah Amirah terus berubah. Bagaikan cemas, "No way! Aku bukan twin kau, aku kakak ipar kau!"

Dah kenapa nak overreact ni? "Ko kenapa? Aku gurau jelah."

Amirah menggelengkan kepala, "Gurau ke apa ke, aku tak nak jadi twin kau!"

"Apasal? Terasa lak aku."

"Yalah, kalau aku twin kau, maksudnya... Aku adik Fahri??? Tak nak! Aku isteri dia dan aku kakak ipar kau!"

Oh Tuhan, berikan kesabaran buat seorang Akmal untuk tidak melempang seorang wanita bergelar kakak ipar.

"Aidan, kutip bini ko ni." Akmal menyahut abangnya.

Apabila Aidan mendekati mereka berdua Amirah terus naik seri wajah, "Riri! Dengar ni, Akmal cakap—" Mulalah sesi mengadu.

Eee, gedik. Akmal tergelak. Geli hati mengenangkan abang dia yang telah memilih seseorang yang manja macam Amirah ni sebagai pasangan sehidup semati.

Akmal mengeluarkan keluhan. Bahagia. Akmal pernah rasa hopeless dengan bahagia. Tapi dia berazam untuk meraih kebahagiaan juga selepas tengok abang dia tersenyum gembira macam tu.

Bukan melalui cinta, tapi mungkin melalui self-achievement.

Bukan di negara ini, tapi mungkin di tanah asing.

Amirah, Aidan, semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

🌹

Early draft of Akmal's character:

Mulanya saya nak buat yang Akmal ni minat kat Amirah dan terjadinya brothers' war. Tapi saya teringat saya pernah baca manga dengan tema brothers' war jugak dan saya sakit hati baca mende tu. Jadi saya tak nak readers rasa apa yang saya rasa hahaha.

Kedua, ada terfikir nak hook up Rinie dengan Akmal tapi selepas beberapa lama saya buat keputusan untuk buat Rinie ni seorang yang sangat anti-lelaki, dan kalau saya hook up semua orang dalam cerita ni rasa macam bosan and dunia tu kecik sangat hahaha.

In the end, Akmal is single. Walaupun rupa dia dengan Fahri lain, tapi sebenarnya dorang kongsi banyak persamaan.

Saya teringin nak buat satu character khas untuk readers, dan Akmal orangnya. Tapi tak tahulah korang suka dia ke tak.

Chapter ni macam tak penting, kan? Saya nak highlight yang ramai lagi dewasa kat dunia ni yang tak tahu nak buat apa dengan hidup dorang, macam Amirah dan Akmal. Selain tu saya highlight yang Amirah dan Fahri punya hubungan bagi impak besar terhadap Akmal.

um kbye itu je.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro