5 - i got love

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Makin hari, makin kerap Amirah lalu di minda Fahri walaupun di luar waktu kelab. Di kelas, di bilik, even kat rumah pun. Fahri asyik terfikirkan tentang small moment dia dengan Amirah.

Pagi Rabu yang indah hari itu diceriakan dengan kelas pukul 8 pagi. Lepas Subuh tadi Fahri lelap jap tapi bangun-bangun dah pukul 7:50. Em, memang tunggang terbalik la bilik tu dek dia bersiap. Hari Rabu lak wajib pakai tali leher, entah kenapa kampus dia adakan undang-undang sebegitu. Fahri yang dah lambat tu dengan tergesa-gesa menyimpul tali leher sambil dia jalan ke kelas. Kemas tak kemas tu lain cerita.

Bila dia masuk bilik kuliah yang sejuk tu, bahunya yang tadi tegang kini mengendur lega apabila batang hidung lecturer tak dapat dikesan radar. Fahri duduk di satu tempat dan mula terfikirkan tentang apa yang akan jadi hari itu.

Rabu... Selalunya petang Rabu ada kelab. Tapi kelab dah lama habis sejak minggu kesepuluh. Sekarang dah minggu keduabelas. Maknanya, 2 minggu dah dia tak berjumpa dengan Amirah.

Rindu la jugak...

Jam 10 tiba dengan cepatnya Fahri tak tahu dia belajar apa. Apa yang dia fikirkan hanyalah Amirah yang dia teringin nak jumpa. Kalau boleh dia nak jumpa Amirah pakai baju kurung lagi. Aura baju kurung sangat menakjubkan bagi dia. Walaupun classmate perempuan dia yang lain semua pakai baju kurung juga harini (sebahagian daripada undang-undang pemakaian hari Rabu), tapi Fahri nak tengok Amirah jugak.

Selepas lecturer bagi bersurai, Fahri orang pertama menapakkan langkah keluar kelas. Tapi dia terkaku apabila ternampak satu susuk tubuh yang tercegat di sebalik pintu bilik kuliah tu.

Jodoh, mungkin.

"Hehe, hai Fahri. Em, aku sesat." Amirah tiba-tiba menjejak kaki di fakulti kejuruteraan dan terjumpa dengan Fahri yang baru habis kelas.

Jantung Fahri mula berdebar. Tak pernah disangka perempuan yang sepanjang kelas bermain dalam fikiran dia kini terus muncul di depan dia. Sudah 2 minggu dia tak jumpa Amirah, perjumpaan mereka hari ini buatkan dia rasa... happy?

"Makwe Aidan ke?"

"Diam-diam berisi kau, Dan!"

"OMG, Aidan ada makwe? Boleh percaya ke?"

Classmates Fahri yang keluar satu per satu membuat spekulasi. Sebahagian kecil diri Fahri harapkan spekulasi mereka ialah hakikat. Tapi cepat-cepat dipadam perasaan itu dari minda.

"Dia junior kelab photography. Jom, Amirah. Korang gi dulu." Fahri terus lupa niat mahu breakfast dengan classmates sementara menunggu kelas seterusnya. Dia mahu luang sedikit masa dengan Amirah sebab dah lama sangat tak jumpa 'kawan' dia tu. Paling-paling pun Fahri nak tunjuk jalan kepada Amirah.

Tapi, direction yang diberikan Amirah langsung tak masuk akal. Semestinya Fahri seorang pelajar kejuruteraan lebih mengetahui tentang fakulti ini tentang Amirah. Apa lagi, Fahri pun mempersoalkan tujuan sebenar-benar Amirah datang ke sini.

"Fahri, aku... Aku nak tahu lebih pasal kau." Pengakuan mengejut Amirah buatkan Fahri terkaku.

"Kenapa nak tahu?"

"If you like someone you'll know."

Oh. Kalau Fahri pun teringin nak tahu semua benda tentang Amirah, adakah itu maksudnya dia pun suka dekat Amirah?

If you like someone you'll know...

Fahri baru sedar betapa ayat itu bermaksud Amirah telahpun confess...? Kan? Amirah suka dia ke? Jantung Fahri mula berdebar.

"Aku suka strawberry, dan aku suka warna merah." Fahri menjawab ringkas. Tak sangka diri dia akan menjawab soalan level kanak-kanak tu. Tapi nak buat macam mana, dia berdebar dan tak mahu memanjangkan suasana diam.

"Er, cukuplah dua info tu untuk hari ni." Perempuan tu berkata sambil tersipu malu.

Kau punya? Fahri terfikir. Apa kau punya warna favorite? Makanan favorite? Environment belajar kau OK? Kau suka tak course kau?

Tapi Fahri tidak mengendahkan keinginan untuk bertanya. Mulutnya dikemam ketat. Dia kemudian mengajak Amirah untuk turun ke aras paling bawah.

"Boleh tak betulkan tie kau?" Amirah tiba-tiba menegur sebelum mereka bergerak.

Fahri memandang tali lehernya yang selekeh akibat tergesa-gesa pagi tadi. Kalau diikutkan, dia memang tak nak betulkan sebab malas. Secara separa gurau, dia berkata, "Amirah, kau betulkan boleh?"

"Bol— eh?!" Reaksi Amirah yang cute tu membuatkan Fahri nak tengok lebih lagi. Baru saja dia mahu cakap yang dia gurau tapi-

"Tak ada cermin." Fahri memberi alasan.

Amirah mendekati Fahri. Oh Tuhan, rasa bersalah menyelubungi diri. Adakah dia sedang menggunakan Amirah untuk memuaskan kemahuan nakal dia?

Tapi Amirah suka kat dia, kan? Jadi takpe, kan? Ke tidak?

Dah terlambat la Fahri nak fikir pasal semua akibat daripada permintaan dia tu. Amirah sudahpun mendekati dia dan menyentuh tali leher dia. Wow, dekat betul tangan Amirah dengan dada Fahri. Fahri menahan nafas selama Amirah membetulkan tie dia. Ini keputusan yang gila, Aidan Fahri. Jantung dia berdegup amat kencang dia takut Amirah boleh dengar. Bila nak telan air liur pun Fahri telan seperlahan yang mungkin untuk menyorok betapa nervous-nya dia sekarang. Satu minit yang sekejap itu terasa bagaikan setahun lamanya.

Apabila selesai Amirah menyimpul tali leher dia dengan skill amatur dia (tapi masih boleh diterima), Fahri mengeluh lega. Camne nak cakap? Dia tak rasa menyesal, tapi tak juga rasa mahu ulang benda yang boleh buat dia gila tu.

Tangan yang dihulur Amirah bagaikan mahu salam membuatkan Fahri keliru, "Huh?"

"Oops, sorry! Lupa belum kahwin!"

Fahri tersenyum sambil mengerutkan kening. Perempuan ni pelik, tapi cute. Fahri paksa diri jelah melayan usikan manja dia.

"OK good! Nak aku tangkap gambar kau?"

"Buat apa?"

"Nak buat wallpa— eh, silap. Nak tengoklah OK ke tak."

Fahri sejujurnya tak kisah bagaimana rupa tali leher dia. Jadi dia menjawab, "Aku percayakan kau." Tanpa menyedari bahawa ayat itu bagaikan takat lebur si wanita depan dia.

Dua manusia itu mula membuat perjalanan turun ke bawah. Sambil itu Amirah bersembang, "Patutlah Fahri selalu minum susu strawberry waktu kelab!"

Fahri terasa gembira sekarang sampai tahap dia tunjuk keychain strawberry dia kepada Amirah. Keychain yang beli kat Cameron Highland tu biasa je, tapi bagi Fahri amat comel. Sejak kecik dia jaga sampai sekarang.

"Sukanya kau dengan strawberry." Amirah tergelak riang walaupun Fahri tak cakap apa-apa. Fahri rasa terharu dia boleh berkomunikasi dengan orang tanpa bercakap. Kalau tidak, Irsyad je boleh faham dia buat bahasa isyarat tak diiktiraf.

"Aku panggil kau strawberi Fahri la kalau camtu!" Kata Amirah selepas sedar akan obsesi Fahri terhadap buah strawberi.

Senyuman Fahri hilang. Dia menggeleng secara refleks. Dia tak suka guna nickname saja-saja. Bagi dia, panggilan dan nickname main-main sebegitu hanya digunakan oleh orang istimewa.

Istimewa?

"Sorry." Amirah memuncungkan bibir selepas Fahri bagi reaksi begitu.

Fahri menggeleng lagi apabila dia nampak muka sedih Amirah. Lagipun dia terfikir, bukankah Amirah cukup istimewa bagi dia?

"Panjang sangat eh nama tu?" Amirah tanya dengan teruja sekali.

Angguk. Jantung Fahri makin berdebar. Patut ke semudah itu Fahri memasukkan Amirah ke dalam senarai orang paling istimewa dalam hidup dia? Kalau dia tinggalkan Fahri, macam mana?

"Aku nak panggil kau Riri! Short but sweet, kan? Macam strawberry!" Amirah berkata riang.

Kalau itu pun boleh buat Amirah gembira, Fahri rasa dia telah membuat keputusan yang betul.

Betapa senangnya hati Fahri terpaut, dia nak buat Amirah sentiasa tersenyum.

Can I call you mine?

Fahri bertanya dalam hati.

Tapi, kau layak ke jadi kawan dia walaupun kau belum minta maaf?

Mulut Fahri terasa pahit apabila soalan itu muncul.

Betul jugak... Dia belum minta maaf. Itu jelah sebab dia berada di sisi Amirah sekarang.

Lepas minta maaf, apa akan jadi agaknya? Fahri tak boleh nak fikir pasal kebarangkalian tu. Dia kena duduk diam satu tempat tanpa diganggu sesiapa, barulah dia boleh susun pemikiran dia.

🌸

Cuti semester patutnya masa untuk Fahri menikmati ketenangan dia pada tahap maksima, tanpa sebarang gangguan dari manusia yang berkait dengan universiti dia.

Jadi, kenapa? Kenapa dia kadang-kadang terfikirkan pasal Amirah waktu cuti semester ni? Argh, stresnya!

Nombor telefon Amirah sudah lama dia save dari group kelab fotografi sebab dia anggap memang fitrah kawan untuk save nombor kawan yang lain.

Fahri rasa malu dengan diri sendiri sebab setiap kali phone dia berbunyi menandakan ada mesej, dia separuh berharap mesej tu dari Amirah.

Argh, memalukan! Entah-entah Amirah tak save pun nombor dia? Dahlah dia tak letak profile picture mahupun nama sebenar. Macam manalah agaknya Amirah nak hubungi dia waktu cuti ni?

Ataupun... dia patut mesej Amirah dulu?

Pap! Fahri menampar pipi sendiri. Idea apa tu?! Takleh pakai langsung! Memang taklah dia nak mulakan perbualan walaupun dengan kawan sekalipun.

"Sumpahlah!" Terbeliak mata Irsyad lepas dengar cerita Fahri tentang comeback Amirah dalam hidup dia.

Fahri mengangguk sambil menghirup strawberry lassi yang dia order kat kedai mamak tu.

"Dia masih suka kau ke dok?"

Entah. Fahri mengangkat bahu. Mungkin suka. Tapi Fahri taknak bagitahu Irsyad. Nanti nampak macam Fahri ni syok sendiri pulak.

"Ceh. Aku malu dengar part dia mintak kau jadi kawan tu. Apa kena la nak berkawan pun kena tanya. Kau la ni punca dia buat benda pelik macam tu." Irsyad menggelengkan kepala.

Fahri hanya menadah telinga tanpa menunjuk sebarang ekspresi.

"Baguslah korang dah berbaik. Kalau tidak memang tak tenang hidup kau sebab sakitkan hati dia dulu, Dan."

Fahri lupa nak bagitahu Irsyad yang dia belum minta maaf lagi pasal tu dan satu-satunya sebab dia berkawan dengan Amirah adalah sebab nak minta maaf. Tapi diam jelah.

Satu hari nanti dia minta maaflah.

"Apa rupa dia sekarang?" Tiba-tiba Irsyad meminta gambar.

Malangnya Fahri tak ada gambar Amirah, tapi dia jawab, "Cantik."

Irsyad terkedu. Pipi dia terasa merah, lalu dia bertanya lagi, "Cantik macam dulu ke? Ke lagi bertambah cantik?"

"Lagi bertambah." Tanpa segan silu Fahri memberitahu jawapan sebenar. Dia tak sedar kawan dia dah blushing tengok dia yang sudah terbuka hati kat perempuan tu.

"Ada pakwe tak?"

"Mestilah takde."

"Camne kau tahu takde?"

Soalan Irsyad itu buatkan Fahri berhenti menghirup lassi dia. Dia terkaku sekejap.

Camne kau tahu takde?

Betul jugak. Camne dia tahu kalau Amirah tak pernah bagitahu?

"Aku tahulah." Fahri malas melayan Irsyad.

"Pft. Ye ye je kau. Perempuan ni suka bermanja tau. Nak nak Amirah tu jenis friendly dengan semua orang. Entah-entah bukan dengan kau je dia mengorat." Irsyad mengusik.

Gigi diketap, entah kenapa Fahri rasa geram dengar usikan Irsyad tu, "Amirah bukan jenis camtu la." Fahri rasa macam hipokrit sekarang. Dia cakap camtu bagaikan dia dah kamceng dengan Amirah, padahal mereka hanyalah kawan yang hanya bertegur ketika berjumpa.

Tapi jauh dalam sudut hatinya dia yakin Amirah bukan macam tu orangnya. Betul dia friendly, tapi layanan yang dia bagi kat Fahri... mustahil dia layan orang lain camtu jugak?

Irsyad tampak makin gembira apabila dia berjaya menyerlahkan isi hati Fahri sedikit.

"Wah, dah rapat nampak?" Makin menjadi-jadi usikan Irsyad.

Fahri mendengus, "Kau nak apa sebenarnya?"

"Tak ada apa, nak kacau je heheh."

Fahri terpandang kosong ke udara buat sementara waktu. Tanpa dia sedar dia menggumam, "Dia dah ada pakwe ke..."

"Hm?" Irsyad mengangkat kening. Suasana kedai mamak yang bising buatkan gumaman Fahri tenggelam dan tidak mampu didengari.

Fahri menggeleng, "Aku... Um... Irsyad."

"Ya, sahabatku?" Irsyad mula tersengih.

"Kau ada makwe en?"

Jantung Irsyad bagaikan berhenti berdegup buat satu detik. Dengan nervous dia menjawab, "Ha, ye. Kenapa?"

"Macam mana... Aku peliklah. Macam mana korang tahu korang suka sama suka?"

Soalan tu buatkan Irsyad terlopong. Tak pernah dia sangka telah tiba satu hari di mana sahabatnya yang tak ada riak wajah itu bertanya tentang cinta.

"Um, aku banyak buat dia happy, dia pun banyak buat aku happy. Sampai satu tahap, kitorang sedar pasal benda tu, pastu dah camtu jelah."

"Oh."

"Asal? Amirah buat kau happy ke?"

Fahri yang sedang termenung hanya mengangguk.

Irsyad tersenyum lebar. Dia dah agak dah. Peliklah kalau seorang Fahri cakap pasal perempuan melainkan dia dah jatuh cinta, "Kau nak naan cheese tak? Aku belanja."

"Asal tetiba?"

"Saja." Irsyad hanya nak celebrate perihal kawan dia yang dah angau tanpa sedar tu.

Kalau diikutkan mahu je Irsyad bagitau kat situ yang Fahri ni dah kemaruk, tapi pada masa yang sama Irsyad nak tengok Fahri sedar sendiri tentang perasaan dia.

Character development, katakan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro