6 - miss you

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ceh, baru mula semester tapi dah sibuk macam apa. Tahulah final semester tapi sampai tak ada masa nak datang kelab tahap kesibukan dia.

Minggu kelima barulah Fahri dapat hadirkan diri ke kelab. First time Fahri tertunggu-tunggu hari nak datang kelab.

Jantungnya berdebar apabila terfikirkan tentang wajah perempuan yang dia duk terfikirkan waktu cuti. Sebenarnya budak semester 1 je yang wajib hadiri kelab, tapi Fahri sampai ke sudah hadir. Dia pernah terfikir tak nak datang kelab langsung waktu final sem, tapi fikirannya berubah selepas-

Kenapa Amirah alihkan pandangan dia dari Fahri?!

Fahri terkedu. Dia boleh agak yang Amirah tengah pandang dia jadi dia pun pandang la balik, tapi kenapa Amirah terus alihkan pandangan dia? Mana pergi lambaian dan senyuman mesra dia?

Apabila ahli kelab bersurai untuk jalankan tugasan, Fahri mahu mengejar dan sapa Amirah tapi dia ditahan Zikri.

"Aidan, lama sia tak jumpa."

Fahri mengangguk lalu berjalan seiring dengan Zikri. Niatnya untuk luangkan masa dengan Amirah hari ni terbantut seketika.

"Kau dengan Amirah takde apa, kan?" Tiba-tiba Zikri bertanya.

"Huh?" Terkejut Fahri dengar nama tu.

"Aku ada tanya dia hari tu-"

"Tanya apa?" Fahri memotong percakapan Zikri.

Zikri tersenyum sinis, "Aku dah agak. Kau suka dia, kan?"

Fahri mengerutkan kening. Mamat ni mengarut apa? Lima minggu tak jumpa pastu terus tanya soalan pelik. Bukannya nak tanya khabar.

"Mende kau ni." Fahri menggumam.

Zikri ketawa, "Lek ah. Aku tanya dia single ke tak-"

"Apa jawapan dia?"

"Uish, tak menyabar kau ni. Betullah kau suka dia ek?"

Fahri mengeluh, "Aku tanya jelah."

"Aku ingatkan korang rapat, tapi kau pun tak tahu jawapan dia." Ujar Zikri. Fahri hanya mendiamkan diri sambil menunggu Zikri sambung cakap, "Dia single. Dia cakap korang kawan je. Jadi aku cubalah nak masuk line, tapi dia cakap nak jadi kawan dulu. Camtu je aku kena reject."

Jantung Fahri berdegup kencang, "Kau aja- Huh? Jap. Kau... Kau suka dia?" Fahri tak mampu nak susun ayat dengan betul.

Zikri mengangguk, "Dia cute ah. Tapi malangnya dia macam dah suka kat orang lain je."

"Siapa?"

Senyuman nakal diukir di bibir Zikri, "Mana aku tahu. Kau lagi rapat dengan dia, kau tanya ah dia. Dah dapat jawapan jangan lupa bagitahu aku."

Fahri menelan air liur kemudian Zikri berkata lagi, "Pergi ah cari dia. Aku rasa dia ada kat taman tasik tu."

"Kau?"

"Aku nak lepak kafe jap. Bye." Begitu saja Zikri meminta diri.

Kini Fahri berseorangan, dan dia tekad untuk sapa Amirah hari ni. At least itulah to-do list dia pada hari itu.

Tatkala melihat Amirah sedang termenung kat tepi tasik, Fahri yang berlari anak mencari dia kian menghentikan langkah, "Amirah." Sahut dia.

Amirah seakan-akan terkaku apabila ternampak susuk tubuh Fahri. Dengan tergesa-gesa dia memusingkan badan ke arah bertentangan dan mula berlari.

Fahri hairan. Kenapa Amirah jauhkan diri dari dia?

Tindakan refleks mungkin, membuatkan Fahri berlari mengejar si wanita yang buatkan hati dia tak tenang tu.

"Amirah." Sahut dia lagi apabila dia berlari seiringan Amirah.

"Hee!" Amirah mengeluarkan bunyi high pitch dan mempercepatkan langkah.

Saat itu hati Fahri hancur. Memang betul Amirah nak jauhkan diri dari dia. Langkah Fahri makin lama makin perlahan kerana kaki dia makin lemah. Akhirnya dia terduduk dek heartbroken.

Fahri sangkakan Amirah akan terus tinggalkan dia.

"Fahri, OK tak?" Tapi pabila Amirah kembali untuk check diri dia, semangat Fahri turut kembali.

"Kenapa kau lari dari aku?" Terus sahaja Fahri tanya.

"No way bro." Amirah cuba lagi untuk tinggalkan Fahri tetapi tindakan refleks Fahri membuatkan dia menarik baju Amirah. Perempuan ini selalu saja menjadi penyebab dia buat benda yang selalunya dia takkan buat.

"Hei! Rosak baju aku!"

"Amirah, bagitahulah." Fahri mula merayu. Dia sangat curious sekarang ni. Tak sanggup rasanya jika dia pulang ke bilik tanpa bercakap dengan Amirah, mahunya dia overthinking sampai ke sudah.

"Bagitahu apa?"

"Aku ada buat salah kat kau ke?"

Amirah menggelengkan kepala tapi Fahri tak puas hati dengan jawapan tu. Apa yang disorokkan perempuan ni? Kesunyian beberapa saat hanya menyebabkan Amirah meminta diri, "Aku pergi dulu."

Fahri geram, "Annoying kau ni."

"Annoying- Hei, aku terasa! Kau kisah apa kalau aku jauhkan diri dari kau?" Amirah meninggikan suara.

Melihat Amirah yang membuak dengan api kemarahan itu buatkan Fahri gumam, "Sorry. Aku nak tarik perhatian kau je. Tak maksudkan betul-betul pun." Tapi dia marah nampak cute, bukan menakutkan.

Lantas itu mata mereka bertentangan buat beberapa saat.

Fahri rindukan dia. Mata yang cantik itu Fahri rindu nak tatap. Kulit dia yang mulus Fahri rindu nak pandang. Wajah dia yang terukir sempurna itu Fahri rindu nak tenung walaupun tak pernah berbuat demikian sebelum ni. Kehadiran Amirah sendiri Fahri rindu nak rasakan.

"Kau tak ada buat salah. Cuma aku rasa macam tak ada motif kalau kita bercakap lagi." Amirah mengeluh.

Fahri yang kecewa mendengar ayat tu buatkan dia cepat-cepat membantah, "Tak ada motif? Kitakan kawan?"

Entah kenapa soalan dia dibalas dengan riak wajah sedih Amirah, "Ri, aku pernah buat jantung kau berdebar tak?" Tanya dia.

Soalan apa tu? Sejak pertemuan pertama mereka di kampus ini, Amirah tak pernah gagal buat jantung Fahri berdebar. Sekarang pun sama.

Tapi Fahri pengecut. Dia takut jika dia ungkapkan ayat itu, Amirah akan rasa dia creepy. Fahri menundukkan muka, "Tak pernah."

"Aku special tak dalam hidup kau?"

Fahri nak jawab dengan betul kali ni. Dia mahu Amirah tahu betapa Amirah ada tempat istimewa dalam hidupnya, "Special macam Irsyad." Fahri sangkakan jawapan itu sudah memadai kerana Irsyad juga seorang yang dia sangat hargai.

Tapi jawapan dia buatkan Amirah gigit bibir, "My friend was exactly right about you. You are not worth my time at all."

Fahri mengerutkan kening. Kenapa dengan reaksi Amirah ni? Ada salah ke dengan jawapan dia? Amirah salah faham ke? Aish, kenapa rupa macam Fahri tengah main dating game sekarang?

"Sorry." Dengan itu Amirah mula meninggalkan Fahri terpinga-pinga.

Langsung Fahri tak mahu Amirah pergi. Walaupun mereka bercakap hari ni, tapi tak cukup untuk Fahri tick to-do list dia untuk bersapa dengan Amirah. Ini bukan sapaan yang dia maksudkan.

Melihat Amirah yang makin menjauh, Fahri bertindak membuka senarai kenalan dalam phone dia. Nama Amirah ditekan.

Tanpa disangka Amirah mengangkat panggilan itu, "Hello."

"Amirah, boleh tak kita berbincang?" Fahri terus jujur.

"Dah kat pejabat hostel ke?" Apa ke pelik soalan Amirah ni.

"Em, tak. Kat taman tasik." Fahri pun menjawab selamba.

"Taman tasik? Jap, ni Poslaju kan?"

Fahri ternganga. Kantoilah dia tak save nombor Fahri, "...Ini Fahri."

Terdengar keluhan dari hujung panggilan, "Kau nak bincang apa?"

"Boleh tak kita duduk dulu kat mana-mana? Please?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro