🎮06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

"Otak kau ada tercabut mana-mana wayar ke? Muka aku tak ada lawak pun. Apehal kau nak gelak-gelak huh?"bidas Taehyung dengan lancarnya kepada target utama iaitu Jeon Jungkook.

Reaksi terlebih dos kegembiraan yang terpamer jelas di wajah Jungkook memanaskan lagi hati lelaki itu. Dia sedar mulutnya sudah mengucap luahan hati yang pelik.

Ingatkan Jungkook akan mengamuk dan cemburu, jangkaan Taehyung meleset apabila senyuman sahabat baiknya bertambah lebar.

Suasana di kafe Singularity itu dikelilingi suasana damai dan tenang. Namun, hati Taehyung tidak mampu menarik nafas lega. Tangannya mencengkam pergelangan tangan Jungkook.

Terus terbantut suapan kek red velvet ke dalam mulut. Jungkook merungut kecil. Pergelangan tangan kirinya ditarik kasar daripada cengkaman kuat tangan Kim Taehyung.

"Kau nak pinjam wife aku untuk sehari je. Kenapa tak sebulan, dua bulan? Selamanya ke?"soal Jungkook sekadar menghangatkan lagi suasana sunyi itu.

Taehyung merenung permukaan gelas berisi minuman perisa americano tersebut dengan bertemankan perasaan yang berkonflik hebat.

Respons yang diberi oleh Jungkook mewujudkan bibit-bibit curiga terhadap hubungan sebenar yang terjalin antara suami isteri itu di dalam hati Taehyung.

Dia bawa fokus pandangan mata ke arah luar tingkap. Celoteh Jungkook mengenai kecomelan isterinya belum surut sejak dari awal kedatangan mereka ke kafe tersebut.

Taehyung menanggalkan cincin yang tersarung di jari manisnya. Ukiran dua huruf di dalam cincin tersebut menambah rasa ingin tahu di benak fikiran lelaki itu.

Siapa manusia bernama 'JY' seperti yang tertera di atas permukaan cincinnya?

"Kau ada idea tak nama siapa yang ada singkatan 'JY'? T-tak mungkinlah orang tu isteri-"percakapan Taehyung tergendala kerana bunyi telefon pintar Jungkook berdering nyaring.

Jungkook mengisyaratkan Taehyung untuk menunggu sebentar. Panggilan yang disahut mengubah rona wajah lelaki itu.

Rahang Jungkook bergerak menahan gelodak perasaan marah yang telah meletup di dalam hati. Kemudian, dia menepuk  lembut bahu Kim Taehyung.

Kertas kecil dari dalam poket seluar segera diletakkan di atas meja. Jari-jemari Jungkook mencoret sesuatu di atas kertas.

Sebelum dia bergegas keluar dari kafe, Jungkook sempat membisikkan ucapan terima kasih kepada sahabatnya.

Taehyung dibiarkan tergantung tanpa penjelasan memadai daripada Jungkook. Kertas yang sudah siap berisi alamat rumah agam itu ditenung penuh khusyuk.

"Kau tolong bawa wife aku pergi ambil Jaehyung dekat tadika. Aku ada hal urgent. Temankan diorang makan malam sekali. Ada kemungkinan aku terpaksa bermalam di tempat lain. Kau tolong aku, Taehyung. Please?"

Taehyung menghirup kopi tersebut perlahan-lahan. Remuk habis bekas plastik itu akibat diramas kuat olehnya.

Satu keluhan gelisah keluar lagi daripada mulutnya. Taehyung kecundang dengan permainan perasaannya pada hari itu.

Permintaan mengejut Jungkook?

Ianya semakin galak menanam bunga di dalam hati lelakinya. Peluang untuk bertemu Jae Yoon diibaratkan satu mimpi indah yang berulang sekali lagi.

-tbc-

A/N:
Saya harap tak bosanlah. Biasalah awal-awal cerita.

Hehehehe. Saya cuba juga upload walaupun line macam siput.

❤❤Komen bebanyak dan jangan lupa tekan bintang ya? ;))

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro