🎮07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

Suasana bertambah hangat. Kedinginan malam di sekitar Sungai Han merancakkan suasana antara dua insan yang sedang melancarkan perang jelingan tajam itu.

Kau pandang aku.

Aku pandang kau.

Aktiviti itulah yang dilakukan sejak dari awal pertemuan sehingga jarum jam sudah bergerak ke angka sepuluh.

Cukup dua jam Jungkook berkeras ingin meneguhkan hati lemah Shin Ryujin.

"Kau tak kasihan diorang? Awal-awal kau sokong. Lepas dah tersuka, kau nak tikam belakang? Jangan bermain dengan api, Ryujin."sindir Jungkook.

Dahi Ryujin berkerut menahan perasaan tersinggung akibat diperli berdas-das oleh lelaki itu. Dia akui kata-kata Jungkook ada benarnya.

Ketamakan diri akan membawa binasa. Jungkook berpegang kepada janji. Ryujin pula ingin meranapkan janji yang terbina kukuh antara mereka berdua.

"Ryu bukan malaikat. Ryu tak mampu jadi manusia yang sempurna, Jeon Jungkook. Maaf!"bentak Ryujin dalam nada kasar. Jungkook terkejut dengan reaksi negatif gadis muda itu.

Sebagai seorang lelaki matang, dia mahu Ryujin berfikir baik-baik. Usaha untuk menyatukan semula keluarga kecil Jae Yoon dan Kim Taehyung tidak boleh dihalang gara-gara perasaan sayang yang disimpan Ryujin terhadap seseorang.

"Taehyung berhak ketahui perkara yang sebenar. Dia dah ada anak dengan Jae Yoon. Tak baik kalau kita biarkan diorang terpisah begitu lama. Kau pun sedar abang kau terlalu sayangkan Jae Yoon. Kau bodoh atau kau pura-pura tak sedar??"gesa Jungkook menggunakan nada tegas dalam susunan ayatnya.

Ryujin berasa tertekan kerana dirinya dihujani amaran keras yang hadir bertalu-talu daripada lelaki itu.

Bahu Jungkook direngkuh kasar. Ryujin segera membawa diri daripada lokasi yang memberi tekanan hebat ke atas emosi diri sendiri.

Biarkan bebelan Jungkook berlalu pergi seperti ditiup angin, asalkan hatinya puas.

Jungkook menghantar pemergian Ryujin dengan pandangan yang sinis. Iris matanya merenung tajam kereta yang dipandu oleh gadis itu.

"Taehyung, kau munculkan lagi syaitan dalam hidup kau. Demi Jae Yoon, demi Jaehyung..aku sanggup tawarkan diri untuk musnahkan Ryu dengan tangan aku sendiri. Kita lihat nanti."

Jungkook meraup kasar permukaan wajahnya. Satu masalah yang sama berulang kembali, Ryu dua kali lima sahaja seperti Jae Kyung.

Angau dengan Kim Taehyung. Bakal pemusnah hubungan cinta seseorang.

"Ryujin..kau sangka kau bijak? Tidak sayang, aku yang akan kawal permainan licik kau."

-tbc-

A/N:

Bab seterusnya akan muncul dua hero dan heroin bermadu kasih...mencantum kembali kisah cinta yang terputus di pertengahan jalan.

Hahahajsja oooohhh siri ketiga akan tamat pada bab yang ke-15. Sekian.

Ada apa-apa pesanan untuk adik Ryu yang gojes ini? 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro