🎮08

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

His Roommate • kth

A/N:
Kalau nak satu lagi update, sila spam komen eh. Hahahaha ❤
------

Taehyung menjeling susuk tubuh kanak-kanak berumur lima tahun. Anak pasangan Jeon itu ditenungnya bersama satu perasaan aneh.

Makin ditenung, makin berdebar hati lelakinya. Taehyung sedar akan sesuatu perkara yang ketara di wajah comel budak lelaki bernama Jaehyung itu.

Iris mata dan bentuk hidungnya betul-betul mirip dengan diri Kim Taehyung sewaktu kecil. Lelaki itu segera menggelengkan kepala dalam diam.

Tangannya tangkas memulas stereng kereta agar keretanya membelok masuk ke dalam kawasan perumahan mewah tersebut. Sepanjang perjalanan dari tadika Jaehyung hinggalah ke rumah Jae Yoon, sepatah kata pun tidak terungkap di bibirnya.

Taehyung cemas. Dia sukar berkomunikasi dengan isteri Jeon tanpa kehadiran rakan baiknya.

Sumpah kekoknya memang lain macam. Serupa orang angau berjumpa cinta hati yang ditunggu sejak sekian lama.

Itulah keadaan Taehyung pada waktu genting tersebut.

"A-aku teman kau dan anak korang dinner sekali malam ni. Jungkook mungkin tak dapat balik rumah. Kau okay , Jeon Jae Yoon?"ujar Taehyung. Gelaran keluarga 'Jeon' di hadapan nama wanita itu mengganggu ketenteraman hatinya.

Jika bisa menggapai angan-angan, sudah tentu dia inginkan nama 'Kim' pada nama cantik wanita itu.

'Kau kena ingat, dia hak milik Jeon. Jangan jadi perampas, Taehyung'.'desis hatinya berulang kali.

Lamunannya terganggu apabila telapak tangan Jae Yoon menyentuh perlahan pergelangan tangannya.

Taehyung menahan gelora perasaan yang sedang menguji imannya yang setipis kulit bawang itu.

"Jomlah masuk. Saya bawa Jaehyung masuk bilik. Lepas tu, saya siapkan makan malam untuk kita bertiga. Terima kasih, Taehyung-sshi."

Laju kepala Taehyung mengangguk faham. Beg sekolah Jaehyung dicapainya dari arah belakang. Wajah kanak-kanak comel itu dijelingnya sekali lagi.

---

"Anak kau terlalu comel, Jeon Jae Yoon. Mata dia, hidung dia buat aku tertarik untuk pandang lama."puji Taehyung sebelum dia membawa diri keluar dari perut kereta.

Aku segera menyembunyikan senyuman gembira yang terlakar jelas di wajah sendiri. Siapa je tak gembira jika suami sendiri dah tunjuk sayang dekat anak?

"Comel..macam ayah dia tu."aku ujar spontan. Bahu Taehyung dipaut mesra. Lalu, aku bawa si kecil itu masuk ke dalam bilik tidur.

Biar Taehyung ambil angin dulu, aku akan cuba ingatkan dia satu demi satu kenangan indah antara kami berdua.

Aku rindu kau, Tae. Kau tak rindu wife kau ini?

-----

Taehyung merenung potret perkahwinan pasangan sama cantik dan sama padan itu. Wajah bahagia Jungkook dan Jae Yoon mendatangkan bibit-bibit cemburu di dalam hatinya.

Jari-jemarinya menyentuh permukaan potret kaca tersebut. Reaksi wajah Jae Yoon bersama segaris senyuman manis kelihatan sangat familiar di benak fikirannya.

"Aku ada hubungan dengan kau, Jeon Jae Yoon? Hati aku jadi liar disebabkan tingkah laku kau. Alangkah indah jika kau ..milik aku."gumam Taehyung.

Taehyung menutup kelopak mata. Memori segar tentang mimpi-mimpi yang sering mengganggu tidur lena sejak kebelakangan ini diputar kembali.

Suara lunak Jae Yoon, gelakan mencuit hati wanita itu mirip dengan suara wanita di dalam mimpi indahnya.

Bau aroma masakan di dapur melarikan fokus Kim Taehyung. Dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada potret tersebut.

Susuk tubuh Min Jae Yoon direnungnya penuh kasih dari arah belakang. Dengan satu hembusan nafas gementar, dia mara ke hadapan.

Pinggang ramping Jae Yoon dirangkul erat. Bibir Taehyung mengucup lembut belakang leher wanita itu bertalu-talu tanpa izin dan kebenaran terlebih dahulu.

"Kau buat aku gila, Jeon Jae Yoon. Kau cipta angan-angan mengarut dalam hati aku. I want you as a Kim. Not Jeon."

Tindakan melulu Taehyung langsung tidak dijangka oleh wanita itu. Nasib baik Jaehyung masih berada di dalam bilik. Sudip masakan melorot jatuh ke dalam sinki.

Degupan jantung Jae Yoon berdebar sakan tatkala tubuhnya dihimpit rapat ke sinki dapur oleh Kim Taehyung.

Fuh, situasi menjadi panas dalam sekelip mata.

-tbc-

A/N:
Hahahahahahaha.

Babak ini akan bersambung di bab yang seterusnya.

Taehyung tak sabar dah tu. ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro