Bab 15🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MINHYUK- SSI, ini bahagian saya. Hara dah siapkan semuanya semalam, kalau ada kekurangan tolong maklumkan kepada saya. Saya pergi dulu.ucap Hara dan selepas meletakkan sebuah fail merah diatas meja Minhyuk, terus dia membuka langkah mahu pergi dari situ.

Namun panggilan Minhyuk buatkan kakinya berhenti melangkah. Ya tuhan, Hara please jangan jadi cengeng, Harakan kuat? Jadi tolong move on dari lelaki bernama Minhyuk-

“Kenapa Hara macam nak mengelak dari saya ni?” soalan Minhyuk serta bau minyak wangi maskulinnya terhidu bila lelaki itu berdiri rapat dihadapan Hara. Gadis itu menggeleng perlahan.

“Ahh? Tak adalah, saya nak cepat ni. Yalah saya ada ambil part time dekat cafe hari ni?” ujar Hara seraya mengalihkan pandangan. Minhyuk mengerutkan dahi.

“Tapikan, waktu kerja Hara Monday to Friday? Hari ni sabtu, Hara tak ada kerja hari ini. Jadi kita ada masa untuk berbincang.” ucap Minhyuk lembut. Hara menggeleng perlahan. Opps, salah cakaplah pulak!

“Tak, saya betul- betul ada hal hari ini, kalau ada masa kita bincang, saya pergi dulu. Annyeong.” kata Hara sebelum cepat- cepat dia melangkah pergi dari situ.

Dia cuma tak nak breakdown dihadapan Minhyuk kerana layanan lelaki itu yang agak lembut dan baik? Hara bukan nak cakap yang Minhyuk bagi fakehope, but that's it.

Ia nampak seperti harapan yang hanya boleh diibaratkan sebagai.. huh tak tahulah nak cakap apa. Yalah, lelaki dihadapannya itu manatau silap hari bulan menjadi abang iparnya? Memang wajarkan dia layan Hara macam tu?

Hara benci saya ke?

Taklah!jawab Hara separuh menjerit sebaik mendengar Minhyuk menyoalnya dari jauh. Ahh lantaklah kau!

...

Jimin dan Hara masing- masing mendiamkan diri. Tak tahu topik apa yang perlu mereka keluarkan untuk dijadikan topik perbualan. Tahu tak perasaan kekok dia tu macam mana? Lebih- lebih lagi bila Jimin memandangnya dengan mata helangnya itu, hish!

“Kenapa tak pakai cincin tunang yang Mina bagi?soal Jimin dingin sebaik lelaki itu perasan yang jari jemari Hara kosong tanpa sebarang perhiasan.

“Saya simpan dekat rumah. Yalah saya ni sedikit cuai, kalau hilang nanti susah, yalah harganya bukan murah macam harga botol air. Saya tak boleh ganti.” jawab Hara seraya membelek- belek jarinya. Jimin mendengus kasar sebelum gadis itu dijelingnya.

“Pasal perkahwinan tu, baguslah kalau kau nak cepatkan. Lagipun, lagi cepat kita kahwin, lagi cepat kau mengandung, lagi cepat perkara ni selesai.” ucap Jimin. Hara mendiamkan diri.

“Encik.. lepas saya mengandungkan anak Encik.. Encik tak perlukan saya lagi, kan?” soal Hara lirih buatkan Jimin terdiam. Wajah sedih Hara direnungnya.

“Apa akan jadi.. lepas saya lahirkan anak Encik? Encik akan buang saya ke? Encik akan ceraikan saya?” soal Hara, sesungguhnya itu ialah soalan- soalan yang menghantui fikirannya.

Dia tak kesah sebenarnya, tapi dia sedikit terkilan. Dia rasa dipergunakan. Dia mahu menolak namun dalam masa yang sama dia kasihankan Mina dan dia juga mahu move on dari Minhyuk. Tapi dengan cara yang macam ni? Berbaloi ke?

Jimin hanya mendiamkan diri.

“Saya pun nak bahagia..” kata Hara perlahan.

“Maafkan aku, tapi aku tak boleh berjanji atas benda yang aku tak mampu nak buat.” balas Jimin, Hara tersenyum kelat. Dia tundukkan wajah.

You're an idiot, Hara, desis Hara dalam hatinya.

Mana mungkin lelaki setia seperti Jimin akan cuba untuk cintakan dia, bukan? Sedangkan dirinya, bukanlah siapa- siapa untuk seorang lelaki seperti Park Jimin.

.

Perang perasaan!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro