Bab 16🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEMINGGU selepas itu, persiapan kahwin Hara dengan Jimin sedang dilakukan dan majlis kahwin akan berlangsung seminggu lagi. Dan sepanjang seminggu itu jugalah Hara resah.

Dia risau jika dia tidak dapat jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Park Jimin. Dia bukannya nak ambil hati sesiapa pun, tapi at least dia cuba untuk gembirakan orang sekeliling. Terutamanya bakal ibu mentuanya itu.

Dengan jadi isteri yang baik untuk Park Jimin? We'll see.

Hari ini Hara diminta untuk datang ke studio penggambaran untuk pre- wedding Hara dan Jimin. Dengan ditemani Mina, Hara ditarik ke meja solek lalu solekan tipis diberikan untuk gadis itu.

“Cik Hara okay, tak? Nampak macam tak happy je.” soal Mina seraya menepuk bahu Hara perlahan. Hara cuma tersenyum kelat.

Macam mana nak happy kalau Jimin tengok dari jauh pun dia dah hadiahkan jelingan tak puas hati? Orang nak kahwin ni biasanya ada seri pengantin, tapi Hara? Pucat macam nak ambil result peperiksaan akhir tahun.

“Em.. saya okaylah, Puan jangan risau pasal saya.” jawab Hara diselangi dengan senyuman hambar. Mina tersenyum kecil, dia meminta jurusolek untuk pergi kerana dia mahu berbicara dengan Hara.

“Cik Hara risau yang Cik Hara tak bahagia?” soal Mina. Hara mendiamkan diri namun Mina dapat membaca riak wajah Hara yang mulai berubah dari pantulan cermin.

“Percayalah Cik Hara, Jimin tu baik orangnya. Kalau Cik Hara pandai ambil hati dia, dia akan cintakan Cik Hara-”

“Masalahnya Puan, itu pada pandangan Puan, kalau dari sudut pandangan saya pula? Huh.. suami puan.. cinta mati dengan Puan.” ujar Hara. Mina ketawa kecil. Bahu Hara ditepuknya perlahan.

“Hati manusia boleh berubah Cik Hara..” ucap Mina perlahan seraya tersenyum kecil. Hara mengetap bibir.

Tak masalahnya sekarang, kenapa Mina relakan saja Jimin berkahwin dengan perempuan lain? Dia tak rasa sakit hati? Kalau itu suami aku, mati- matian aku pertahankan. Yalah Jimin tu hot, tapi satu je masalah dia, dia lelaki yang dingin. Huh!

“Cik Hara jangan risau, saya akan bantu Cik Hara untuk buatkan Jimin jatuh cinta pada Cik Hara.” kata Mina dan serentak pintu bilik tersebut ditolak perlahan. Jurusolek membawa masuk wedding dress berwarna putih kedalam ruangan tersebut.

“Cik Hara tukar dress dulu, lepas tu pergi set untuk bergambar, okay?” kata Mina sebelum meninggalkan Hara didalam ruangan itu bersama dengan seorang gadis untuk membantunya memakai dress.

Satu keluhan terlepas dibibir Hara.

...

Jimin, awak nampak kacak hari ni.” puji Mina sebaik ternampak suaminya itu keluar dari fitting room. Lelaki itu cuma membalas dengan senyuman hambar.

Terus kakinya melangkah mendapatkan Mina ditengah ruangan. Gadis itu membetulkan necktie yang dipakai Jimin.

“Saya kacak- kacak hari ini sayangnya bukan untuk sayang.” bisik Jimin. Mina cuma tersenyum, tangannya yang melekap didada Jimin ditepuk perlahan.

“Apa pulak cakap macam tu? Awak kacak hari ini, untuk bakal isteri awak.”

I still prefer you as my wife.

But not today.” bisik Mina seraya tersengih kecil, Jimin melingkarkan lengannya dipinggang Mina lalu memeluk gadis itu erat.

“Hari ini awak kena lupakan saya sementara, Jimin. Tolong.. anggap Hara sebagai isteri awak.”

“Ini baru pre wedding sayang. Belum lagi betul- betul.” tegas Jimin berkata sambil wajahnya berkerut tanda tak suka.

Mina tersengih kecil. Dia kenyitkan mata sebelum pelukan Jimin pada pinggangnya dia lepaskan secara drastik bila kelibat Hara terlihat memasuki ruang photoshoot.

Cik Hara, cantiknya!” puji Mina. Hara hanya senyum hambar. Dia rasa sakit kaki sekarang ni, yalah dia mana biasa pakai kasut tumit tinggi. Jadi.. korang pun tahu kan macam mana result-nya?

Hara berjalan perlahan- lahan ke ruang photoshoot yang sudah dihias cantik dengan bunga- bungaan putih. Bila Jimin berdiri disampingnya, jantungnya sudah berdebar tak tentu arah, bukan berdebar kerana dia suka, dia berdebar kerana pandangan tajam lelaki itu yang sedari tadi membelek dirinya dari atas sampi bawah.

Weh, aku tahu aku tak cantik, tapi please jangan pandang aku macam nak telan!

“Nice, one more.” ujar jurugambar tersebut sebelum mengklik beberapa gambar.

Okay, sekarang saya nak Encik Jimin peluk Cik Hara.” arahnya dan wajah Hara sudah berubah seratus peratus. Peluk suami orang?! Wargh!

Hara menjeling ke tepi dan serentak matanya bertemu dengan anak mata tajam Jimin, lelaki itu menarik tubuh Hara rapat dengannya sedikit kasar. Hara cuma mampu lemparkan senyuman fake.

Listen, Son Hara, you'll be my wife in name only. On paper only. My heart and my love will never be yours.” bisik Jimin bila jurugambar mahu jarak wajahnya kami rapat-serapatnya.

“Sa- saya faham..” jawab Hara.

Hadam tu Hara! Jangan ambil kesempatan!

.

Fuh. Jimin ngancam ahh.

[👀]
Hai, silent reader!
[😚]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro