Bab 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA Airisya mendengus geram. Emir Adden Fattah yang sedang memandu kereta itu dijeling tajam. Geram apabila soalannya tidak dijawab. Sudahlah masa kat rumah tadi dia sedap-sedap layan movie english tup tup Emir Adden Fattah  mengajaknya keluar.

Bila ditanya mahu ke mana tidak dijawab.

"Awak cakaplah kita nak ke mana?"

"Diam boleh tak?"

Dhia Airisya mencerbik.

"Saya takkan diam kalau awak tak bagitahu kita nak ke mana"

"Sebelum aku humban kau dari kereta ni baik kau diam"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Dia merenung tajam Emir Adden Fattah. Susah betul cakap dengan manusia yang keras kepala ni. Asyik nak suruh orang ikut cakap dia je!

"Fine!"

Akhirnya Dhia Airisya mengalah. Malas mahu berdebat dengan Emir Adden Fattah. Sudah pasti at the end dia akan kalah juga. Emir Adden Fattah yang dia kenal bukan seorang yang suka mengalah. Tengoklah apa jadi dengan pergaduhan dia dengan Tengki Amar Haqiem.

Hampir 20 minit Emir Adden Fattah memandu kereta Ferarrinya akhirnya mereka tiba juga di destinasi yang ingin dituju. Kereta Ferarrinya itu diberhentikan betul-betul di depan sebuah bangunan yang gah dan juga yang paling terkenal di Kuala Lumpur ini.

Tercengang sekejap Dhia Airisya apabila Emir Adden Fattah membawanya ke sini.

"Kita buat apa kat sini?"

"Turun je lah. Banyak tanya pula"

Besar kecik besar kecik je dia pandang Emir Adden Fattah. Orang tanya elok-elok boleh pula dia balas macam tu. Haishh geram!

Dhia Arisya turun dari kereta sambil mulut terkumat-kamit mengata Emir Adden Fattah. Dia membetulkan tudung shawl pink yang dipakainya itu. Dress putih yang labuh yang bercorak bunga pink kecil dibetulkan. Semoga dia tidak nampak selekeh dan memalukan diri sendiri.

Tapi macam tak kena je outfit dia datang ke bangunan yang gah ini?

Arhh ni semua salah Emir Adden Fattah sebab tak bagitahu mahu membawanya ke mana!

Emir Adden Fattah turut turun dari kereta. Kunci keretanya dilemparkan kepada guard yang sedang menjaga di situ. Nanti guard itu akan mengalih keretanya di parking VVIP di bawah bangunan ini.

Dia menghampiri Dhia Airisya yang menunjukkan muka tidak puas hati.

"Jom. Senyum sikit kau tu"

Dhia Airisya memandang tajam Emir Adden Fattah.

"Awak tu bukan senyum pun. Cakap orang" bidas Dhia Airisya. Disuruh dia senyum tapi Emir Adden Fattah sendiri tidak senyum. Asyik muka ketat je memanjang! Orang pun takut nak dekat!

"Aku tak senyum tak apa. Nampak makin handsome. Kau tak senyum nampak macam minah beruk kat tepi jalan" tutur Emir Adden Fattah lalu meninggalkan Dhia Airisya yang terkulat dengan katanya.

"Minah beruk dia bagi kat aku? Habistu awak tu macam bapak singa yang minta penampar" gumam Dhia Airisya geram. Panas betul hatinya apabila dikata begitu. Sedap mulut dia je kata minah beruk. Hmph!

Dari pagi tadi lagi lelaki itu menyakatnya. Sudahlah kata-kata yang dikeluarkan Emir Adden Fattah tu semua menyakitkan hatinya!

Emir Adden Fattah yang baru ingin melangkah masuk ke dalam bangunan gah itu berhenti seketika apabila telefonnya berbunyi. Dia mengeluarkan phonenya dari poket lalu melihat pemanggil.

Matanya dikilas ke arah Dhia Airisya sebentar.

"Kau pergi masuk dulu. Kata kat kaunter nak jumpa boss besar"

Belum sempat Dhia Airisya mahu bertanya apa-apa, Emir Adden Fattah sudah meninggalnya untuk mengangkat panggilan. Dia yang ditinggalkan disitu terkulat-kulat memandangnya.

Keluhan kecil dilepaskan.

Dhia Airisya melangkah masuk ke dalam bangunan gah itu. Seperti yang disuruh oleh Emir Adden Fattah dia menghampiri kaunter yang dijaga oleh dua orang pekerja perempuan. Seorang bertubuh tinggi lampai dan seorang lagi sedikit rendah. Dua-dua berpakaian kemas dan senyuman yang dihias di bibir.

"Boleh saya bantu?" Sapa pekerja perempuan itu mesra.

Dhia Airisya tersenyum manis ke arah mereka.

"Emm saya nak jumpa boss besar" bagitahu Dhia Airisya kepada dua pekerja perempuan itu seperti mana Emir Adden Fattah memberitahunya tadi.

"Cik dah buat appointment?"

Dhia Airisya terdiam sekejap.

Agak-agak Emir Adden Fattah sudah membuat appointment ke belum? Tapi kalau belum takkan Emir Adden Fattah nak berjumpa dengan boss besar. Mesti dah buat kan?

"Hmm dah" jawab Dhia Airisya yakin.

"Nama?"

Dhia Airisya terdiam lagi sekali. Berfikir sejenak.

"Emir Adden Fattah" jawab Dhia Airisya yakin. Yee lahh Emir Adden Fattah yang ingin membawanya ke sini sudah pasti appointment itu dibuat atas nama Emir Adden Fattah. Tak ke begitu?

Dua pekerja perempuan itu berpandangan antara satu sama lain lalu mereka memandangnya semula.

"Nama cik?"

"Ouhh nama saya ke? Nur Dhia Airisya. Tapi bukan saya yang buat appointment. Emir Adden Fattah yang buat appointment" ujar Dhia Airisya tenang.

Dua pekerja perempuan itu sekali lagi berpandangan antara satu sama lain lalu mereka berbisik sesama mereka memandang Dhia Airisya dari atas hingga bawah.

Dhia Airisya yang sudah tidak tenang itu, sesekali dia memandang Emir Adden Fattah yang berada di luar itu yang masih bercakap dengan seseorang.

"Maaf cik kena buat appointment dulu" ujar pekerja perempuan tersebut.

Dhia Airisya mula geram. Apahal susah sangat nak berjumpa boss besar? Strict betul punya syarikat! Lagipun dia dah kata kan yang Emir Adden Fattah yang membuat appointment!

"Cik, Emir Adden Fattah yang buat appointment dan saya sebagai isterinya hanya menyampaikan apa yang disuruh oleh suami saya" ujar Dhia Airisya dengan suara mendatar. Senyuman manis yang dibuat-buat dilemparkan oleh mereka berdua. Padahal dalam hati sudah geram!

Kenapa semua orang nak cari pasal dengannya hari ini!

"Maaf cik. Bukan saya taknak bagi cik jumpa boss tapi sekarang ramai yang mengaku mereka girlfriend boss, tunang boss. Dan sekarang cik pula mengaku isteri boss" tutur pekerja perempuan tersebut dengan tenang.

Dhia Airisya makin bengang! Lain dia cakap lain pula pekerja perempuan tu cakap!

"Bila masa saya cakap saya isteri boss korang? Saya cakap saya isteri Emir Adden Fattah bin Emirul Alif" ujar Dhia Airisya sambil mengetap gigi geram. Sudah tiada lemah lembut dalam dirinya dan dengan nama penuh Emir Adden Fattah sekali dia bagitahu. Sabarnya dah tahap paling tipis dah ni.

Ni semua salah Emir Adden Fattah!

Lambat betul cakap dengan phone!

"Cik jangan buat kacau bilau kat sini. Nanti saya panggil guard heret cik keluar" tutur pekerja perempuan itu dengan nada yang tegas. Tiada lagi kelembutan dalam dirinya apabila perempuan di depannya itu seakan mahu membuat kacau di sini.

"Ehem. Apa bising-bising ni?"

Emir Adden Fattah menghampiri mereka bertiga. Dua orang pekerja perempuan tadi keluar dari tempatnya lalu berdiri di depan Emir Adden Fattah. Mereka menundukkan kepala kepada Emir Adden Fattah.

"Boss kami minta maaf. Kami sedang urus cik ni yang datang buat kacau bilau dan mengaku isteri boss" ujar perkerja perempuan tersebut kepada Emir Adden Fattah dengan kepala yang masih ditunduk.

Emir Adden Fattah memandang muka Dhia Airisya yang tidak berpuas hati itu. Dia mahu ketawa kecil namun dikawal.

"Jap jap apa korang panggi dia? Boss?" Tutur Dhia Airisya yang baru perasan bahawa dua pekerja perempuan tersebut membahasakan Emir Adden Fattah boss.

"Iya. Tuan Emir Adden Fattah merupakan boss kami dan pemilik Secret Hunters Agency ini"

Tercengang Dhia Airisya mendengar kata-kata dari pekerja perempuan itu. Dia memandang Emir Adden Fattah yang sudah teesenyum-senyum itu.

What the fish???

Bibirnya diketap geram.

Arhh benci!

Dia sudah dipermainkan oleh Emir Adden Fattah!

"Okay. Saya minta diri dulu. Saya. Tak. Jadi. Nak. Jumpa. Boss. Besar. Korang." Ujar Dhia Airisya satu persatu sambil matanya tajam menikam mata Emir Adden Fattah. Setelah itu dia beredar melangkah keluar dari situ. Dia mahu beredar dari sini! Memalukan betul!

"Biar saya yang settle. Korang pergi sambung kerja"

"Okay boss"

Emir Adden Fattah mengejar langkah Dhia Airisya yang sudah jauh meninggalkannya. Dalam hati tak habis-habis ketawakan Dhia Airisya. Bukan dia tak tengok apa yang berlaku kat kaunter tadi.

"Airisya"

Dhia Airisya makin melajukan langkahnya. Dia hanya berjalan mara ke depan tanpa hala tuju. Yang penting dia dapat melarikan diri daripada Emir Adden Fattah. Benci!

Air mata yang mengalir laju dikesat kasar. Masa macam ni juga la nak mengalir. Terasa dirinya diperbodohkan bulat-bulat buat dia semakin geram, sedih, marah. Semua ada!

Buat pertama kali dirinya rasa dia terlalu bodoh!

"Airisya!"

Emir Adden Fattah menarik tangan Dhia Airisya membuatkan Dhia Airisya berpaling memandangnya. Baru dia hendak marah kepada Dhia Airisya namun tidak jadi apabila melihat air mata Dhia Airisya.

"Lepaslah! Saya nak balik!"

Dhia Airisya merentap kasar tangannya dari Emir Adden Fattah.

Dia menahan teksi yang lalu lalang di jalan raya itu. Teksi yang ditahan olehnya berhenti di depannya. Pintu dibuka dan baru dia hendak masuk, Emir Adden Fattah menarik tangannya lalu menutup pintu teksi itu semula.

"Balik dengan aku"

"Taknak! Saya taknak balik dengan awak!"

Dhia Airisya merentap tangannya lagi sekali dari Emir Adden Fattah.

"Airisya" tutur Emir Adden Fattah sedikit tegas.

"Apa? Awak nak cakap yang saya bodoh kan? Suka permainkan saya"

"Airisya bukan tu maksu......"

"Dah la. Saya malas nak berdebat dengan awak. Tak ada guna. Saya juga yang kalah"

Dhia Airisya membuka pintu teksi semula. Dia memasukkan badannya ke dalam perut teksi.

"Izinkan saya tidur rumah Hana malam ni" tutur Dhia Airisya lalu menutup pintu.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil melihat teksi yang membawa Dhia Airisya meluncur laju ke jalan raya. Dahinya dipicit. Niat hanya mahu menyakat Dhia Airisya namun tidak pula dia fikir yang Dhia Airisya akan terlalu mengambil hati.

"Follow her"

"Okay Tuan"


FARHANA memegang perutnya yang senak akibat terlalu banyak ketawa. Mendengar cerita yang diceritakan oleh Dhia Airisya membuatkan dia ketawa tak ingat dunia. Dhia Airisya yang mencerbik geram dipandang sebentar lalu dia menyambung ketawa semula.

"Kau dengan dia sama ja!" Bentak Dhia Airisya geram apabila melihat Farhana yang seakan tidak mahu berhenti ketawa.

"Hahah sorry beb. Lawak la korang ni"

Dhia Airisya menjeling tajam Farhana.

Farhana membetulkan urat tekaknya. Dia sudah tidak lagi ketawa macam tadi.

"Btw beb kau period ehh?"

"Hmm second day"

Terangguk-angguk kepala Farhana.

"Patutlah angin macam puting beliung. Nur Dhia Airisya yang aku kenal bukan seorang yang suka marah-marah melainkan kalau dia period"

"Apa-apa je lah!"

"Btw so Secret Hunters Agency yang gah and terkenal tu milik suami kau?" Soal Farhana. Dia gaka sedikit bangunan yang gah itu adalah milik   suami kawannya. Baru dia tahu siapa pemilik bangunan itu.

"Hmm. Aku pun baru tahu" ujar Dhia Airisya perlahan. Emir Adden Fattah seorang perahsia. Sampaikan suami dia yang pemilik bangunan itu pun dia tak tahu.

"Wahh bapak best kau beb. Kahwin dengan laki yang kaya raya!"

Dhia Airisya menjeling tajam Farhana. Kaya tapi mafia buat apa?

Phonenya yang berada di tepi diambil. Malas mahu layan karenah Farhana. Baik dia main phone.

Whatsapp dibuka.

Dia sebenarnya tertunggu-tunggu mesej dari Emir Adden Fattah namun hampa tiada satu mesej pun yang dihantar oleh Emir Adden Fattah. Phone diletak semula ke tepi dengan bengang. Geram!

"Dia tak mesej kau ke ?"

Dhia Airisya diam. Tidak menggeleng ataupun mengangguk kepalanya. Dia hanya melemparkan pandangan kosong pada televisyen.

Ting.

Bunyi whatsapp masuk membuatkan Dhia Airisya cepat-cepat mengambil phonenya lalu membuka whatsapp. Namun mesej yang dapat bukanlah dari Emir Adden Fattah tapi dari orang lain membuatkan dia semakin bengang.

"Farhana!"

Farhana sudah ketawa besar. Dia yang menghantar emoji kepada Dhia Airisya tadi. Sudah dia dapat agak yang Dhia Airisya menunggu mesej dari Emir Adden Fattah.

"Benci kau!"

Dhia Airisya menghempaskan phonenya di sofa lalu dia bangun daripada sofa. Dia berjalan dengan menghentakkan kaki menuju ke tingkat atas di mana biliknya berada.

Farhana masih ketawa.

No wonder Emir Adden Fattah suka menyakat Dhia Airisya sebab dia pun sama juga!

Ting.

Bunyi whatsapp masuk mematikan ketawa Farhana. Phone Dhia Airisya yang ditinggalkan di sofa diambil. Lockscreen yang memaparkan whatsapp yang baru masuk membuatkan Farhana tersenyum-senyum.

Husband ♥
I'm sorry

"Icha suami kesayangan kau ws!" Jerit Farhana dari bawah dengan teruja.

"Tipu! Aku tak percaya kau Hana!" Jerit Dhia Airisya pula dari atas.

"Betullah! Mari lah ambil phone kau ni!"

"Taknak! Kau buang je phone tu!"

Dhia Airisya yang sedang berbaring atas katil itu melepaskan keluhan. Malas dia mahu percaya kata-kata Farhana. Entah-entah sengaja mahu prank dia lagi!

"Suka hati kau lah Icha!"

Emir Adden Fattah yang berada di dalam kereta melepaskan keluhan kecil. Phonenya yang dipegang itu yang memaparkan whatsapp yang dihantar kepada Dhia Airisya dipandang sepi. Nampaknya Dhia Airisya betul-betul marah ye kat dia sehingga whatsapp yang dihantar olehnya tidak dibaca.

Rumah sewa Farhana itu dipandang bersama keluhan.

Dia dari tadi menunggu di situ bersama beberapa bodyguard bagi memastikan keselamatan Dhia Airisya. Risau dia kalau musuhnya mengambil peluang untuk mencederakan Dhia Airisya. Jadi dia membuat keputusan akan tidur di dalam kereta malam ini.

"Goodnight, Airisya"

♥♥♥♥♥♥

Done Bab 15 !

Don't forget to vote n comment!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro