Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"FARHANA !"

Pagi yang indah menjadi musnah akibat jeritan Dhia Airisya di pagi hari. Mahu musnah rumah sewanya itu akibat jeritan Dhia Airisya.

"Apa kau ni jerit-jerit? Roboh rumah aku!" Jerit Farhana dari tingkat atas. Dia yang sedang lena dibuai mimpi terus tersedar apabila Dhia Airisya menjerit.

"Kenapa kau tak cakap yang suami aku ws?" Jerit Dhia Airisya pula dari bawah. Dia mengetap gigi melihat whatsapp yang dihantar oleh Emir Adden Fattah semalam. Terbaring lemah di atas sofa sambil menggoyangkan kaki di udara.

"Aku dah cakap kau yang taknak percaya!"

Dhia Airisya mendengus kasar. Dia memandang lama whatsapp yang dihantar oleh Emir Adden Fattah itu. Sejujurnya dia nak balas tapi tak tahu nak balas apa. Perkataan 'i'm sorry' dari Emir Adden Fattah membuatkan dia tersenyum kecil.

Ting tong

Gara-gara bunyi loceng rumah membuatkan Dhia Airisya terkejut dan tertekan whatsapp yang dihantar oleh Emir Adden Fattah. Dia membulat mata.

"Alamak alamak aku tak tahu nak balas apa lagi"

Mundar-mandir Dhia Airisya di ruang tamu itu. Mesej yang dihantar oleh Emir Adden Fattah ditinggalkan bluetick. Dia mengetap bibirnya.

Ting tong

Lagi sekali bunyi loceng ditekan.

Dhia Airisya merungut kasar. Siapa pula yang menekan loceng di pagi hari ini? Dia mengambil tudung sarung yang tersangkut lalu memakainya di kepala. Pintu rumah dibuka dan dia mengintai sebalik kereta Farhana. Melihat kereta Ferarri yang diparking di depan pagar, terus dia bersembunyi di sebalik kereta Farhana.

"Alamak"

Dhia Airisya mengintai lagi sekali. Kali ini dia dapat melihat Emir Adden Fattah yang sedang berdiri di depan pagar. Bibirnya diketap. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah semula. Pintu rumah ditutup semula dan dia menyandarkan badannya di pintu.

"Kenapa dia mari awal sangat?" Rungut Dhia Airisya sambil mengintai melalui tingkap.

"Woi kau terhendap-hendap apahal?" Soal Farhana yang sedang turun tangga itu.

"Wehh sini jap. Kau kata kat dia yang aku dah keluar naik teksi"

Farhana memeluk tubuhnya. Tahulah dia siapa yang datang rumahnya itu apabila melihat Dhia Airisya yang terhendap-hendap macam tu. Kepalanya digeleng-gelengkan. Semalam punya tunggu suami mesej bila suami datang taknak jumpa pula!

"Okay. Kasi kat aku"

Farhana mengambil tudung sarungnya lalu disarung ke kepala.

"Thanks beb"

"No hal"

Farhana melangkah keluar dari rumah. Selipar disarung lalu dia menuju ke pagar. Dibuka pagar kecil. Senyuman diberikan pada Emir Adden Fattah.

"Cari Airisya ehh? Dia ada kat dalam. Masuklah" ujar Farhana sambil tersenyum-senyum. Dia memberikan ruang Emir Adden Fattah untuk masuk ke dalam. Memang tak la dia nak bersubahak dengan Dhia Airisya. Haha.

"Thanks"

"Emm sorry pasal Airisya. Dia tengah period. Sebab tu angin tak tentu pasal" tutur Farhana selamba. Terangguk-angguk kepala Emir Adden Fattah. Patutlah perangai pelik semacam. Period rupanya!

"Ha........na!" Tutur Dhia Airisya geram apabila melihat Emir Adden Fattah berada di belakang Farhana. Matanya dicerlung tajam ke arah Farhana.

"Borak la korang dua. Aku naik atas"

Farhana melangkah dari situ meninggalkan Dhia Airisya dan Emir Adden Fattah yang masih tercegat di pintu. Sempat dia wink kepada Dhia  Airisya sebelum naik ke atas.

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah sekilas.

"Aku....."

"Tunggu jap. Saya nak bersiap" potong Dhia Airisya. Dia baru hendak melangkah naik ke atas tapi Emir Adden Fattah terlebih dahulu memegang tangannya.

"Aku datang sini bukan nak ambil kau"

"Ha...habistu?" Soal Dhia Airisya pelik. Emir Adden Fattah yang masih tercegat di pinti itu dipandang bingung. Kalau bukan sebab nak ambil dia lepastu sebab apa? Melihat pakaian Emir Adden Fattah macam nak pergi ke sesuatu tempat.

Tshirt hitam lengan panjang yang menutupi separuh lehernya. Rambut yang disikat rapi. Kasut putih nike dan seluar jean hitam yang terkoyak di bahagian lutut.

"Aku nak bagitahu yang aku kena balik Korea. Ada hal"

"Huh?"

Dhia Airisya mengetap bibirnya.

Okay menyesal tidur rumah Farhana semalam! Kalau dia tahu pagi ni Emir Adden Fattah akan berangkat ke Korea memang dia tak datang sini dah! Huwargh !

"Sampai bila?"

"Hmm aku tak sure. Mungkin dalam 2 3 bulan"

"Huh?"

Emir Adden Fattah cuba menahan senyum melihat muka Dhia Airisya yang sudah masam seakan-akan mahu menangis. Semalam kemain marah hari ini muka nak nangis pulak!

Lagipun sebenarnya dia pergi beberapa hari sahaja. Paling lama pun seminggu. Sengaja mahu mengusik Dhia Airisya lagi.

"Kalau kau nak balik rumah daddy ibu, suruh bodyguard hantarkan. Diorang ada je kat luar tu. Nak pergi mana-mana suruh bodyguard temankan. Faham?"

Dhia Airisya menagguk kepalanya sambil mulut mencerbik.

"Aku pergi dulu"

Dhia Airisya memegang hujung baju Emir Adden Fattah. Kepalanya ditundukkan.

"Sa...saya nak minta maaf pasal semalam sebab marah-marah kat awak" ujar Dhia Airisya perlahan namun masih dapat didengari oleh Emir Adden Fattah. Dia tersenyum kecil memandang Dhia Airisya.

"Hmmm"

Emir Adden Fattah menarik Dhia Airisya supaya dekat sikit dengannya memandangkan dia memakai kasut berdiri di depan pintu dan Dhia Airisya pula dalam rumah.

"Hati-hati masa aku kat tak ada" Emir Adden Fattah memegang dagu Dhia Airisy lalu didongak memandangnya. Dahi Dhia Airisya dicium lama.

Berat sebenarnya nak tinggalkan Dhia Airisya tapi dia ada hal mustahak di Korea dan atuknya sangat memerlukan dia untuk menguruskan hal tersebut. Jadi dia terpaksa juga balik ke Korea hari ini.

"Jangan pergi lama-lama" Dhia Airisya memeluk Emir Adden Fattah. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga. Berat dia nak lepaskan Emir Adden Fattah pergi. Sudahlah jauh. Dan ini buat kali pertama mereka berpisah sejak berkahwin.

"Hmmm"

"Tuan. Tuan kena pergi sekarang. Nanti tertinggal flight"

Emir Adden Fattah melepaskan keluhan. Pelukan dileraikan. Dia memandang Dhia Airisya yang sembab menangis itu. Air mata Dhia Airisya dikesat dengan ibu jari.

"Aku pergi dulu"

Dhia Airisya angguk kepala. Emir Adden Fattah yang melangkah pergi dipandnag dengan hati yang sedih. Kalau dia tahu apa akan jadi hari ini memang dia takkan merajuk dengan Emir Adden Fattah semalam.

'Airisya padan muka kau!'

BAJU blouse yang berlengan panjang yang berwarna pink dikenakan dengan seluar slack yang berwarna hitam. Rambut yang dilepas itu dikepit dengan pengepit hello kitty warna pink.

Temanya hari ini adalah black and pink.

"Ana dah siap?"

Ariana memandang Firash yang berdiri di belakangnya melalui pantulan cermin. Kepalanya diangguk dan dia bangun daripada kerusi. Sekali lagi dia menilik pakaiannya di depan cermin.

"Dah cantik dah tu"

Firash memeluk Ariana dari belakang. Leher jinjang Ariana yang terdedah itu dicium sekilas. Dia memandang Ariana semula melalui pantulan cermin.

"Ana wanginya kau buat aku rasa taknak keluar pula" usik Firash.

"Awak!"

Ariana mencerbik. Tahulah dia apa yang dimaksudkan oleh Firash. Suaminya itu 24 jam gatal!

"Haha gurau je lah"

Pipi Ariana dicubit geram. Muka Ariana dipandang lama dari tepi. Jujur dia kata sekarang dia makin bahagia dengan Ariana. Ariana pun makin lama makin selesa dengannya.

"Awak"

"Hmm?"

"Saya takut lah. Macam mana kalau keluarga awak tak terima saya?" Soal Ariana sedikit risau. Hari ini Firash ingin membawa dia berjumpa dengan keluarga Firash. Dia sedikit takut dan juga gentar.

Macam mana kalau dia tak diterima oleh keluarga Firash?

Kalau mommy Firash tak apalah sebab mereka pernah berjumpa sekali. Tapi daddy Firash? Adik Firash?

"Ana"

Firash memusingkan badan Ariana menghadapnya. Pinggang Ariana dipeluk dengan tangan kiri dan manakala tangan kananya mengusap lembut kepala Ariana.

"Jangan risau mommy aku kan dah terima kau. Kalau adik aku tu mesti dia akam suka juga kau. Lagipun korang sama umur. Pasal daddy aku tu nantilah aku pujuk. Jangan risau okay?"

Ariana mengangguk kepalanya.

Firash mencium sekilas dahi Ariana. Senyuman manis dilemparkan kepada Ariana. Walaupun dia pun sedikit takut dengan daddynya tapi dia dah tetap dengan pendiriannya!

Setelah sejam lebih memandu kereta, akhirnya mereka sampai di rumah keluarga Firash. Ariana dan Firash turun dari kereta Mercedes hitam yang dipandunya. Terkesima Ariana melihat rumah banglo 3 tingkat mewah lagi gah itu. Kaya betul keluarga Firash.

"Jom"

Firash memimpin tangan Ariana masuk ke dalam rumahnya. Dipandang sekilas Ariana yang kelihatan nervous itu. Dia tersenyum kecil. Kasut dibuang lalu mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

"Abang!"

Firash memandang seorang gadis remaja yang berumur 17 tahun itu yang menjerit memanggilnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah beberapa langkah. Dia tersenyum kecil melihat adik perempuannya itu berlari mendapatkan dia.

"Abang Fi rindu abang" ujar gadis remaja itu yang bernama Filza Arfa. Dia memeluk Firash bagai taknak lepas. Bukan selalu abangnya itu mahu balik ke rumah ini. Sekali sebulan je boleh nampak muka.

"Yee abang pun rindu Fi"

Ariana yang berada di belakang Firash hanya tersenyum memandang mereka berdua. Muka adik perempuan Firash itu masih belum dapat dilihat. Melihat keakraban Firash bersama adiknya membuatkan dia sedikit cemburu kerana abangnya bukan begitu. Dan dia baru tahu yang Firash itu merupakan seorang abang penyayang.

Filza melepaskan pelukan. Dia memandang perempuan yang berdiri di belakang Firash.

"Ariana?"

"Filza?"

Kedua-duanya terkejut memandang satu sama lain. Firash yang berdiri di antara mereka memandang mereka berdua pelik.

"Korang dah kenal ke?"

"Abang, Ana isteri abang?" Soal Filza. Yang dia tahu mommynya ada cerita yang abangnya sudah kahwin dengan seorang perempuan yang serbaya dengannya. Bila dia tanya nama mommynya hanya cakap Ana. Tak tahu pula Ana yang dimaksudkan mommynya adalah orang yang dia kenal

"Hmm isteri abang"

Filza tersenyum kecil.

"Ana mana awak pergi selama ni? Cikgu semua tercari-cari awak tau" Filza memeluk Ariana kuat. Suka sangat apabila dapat berjumpa dengan Ariana lagi. Walaupun mereka bukan kawan rapat tapi mereka merupakan satu classmate.

"Korang satu sekolah?"

"Hmm! Satu kelas"

Terangguk-angguk kepala Firash. Patutla mereka kenal satu sama lain. Satu sekolah dan satu kelas rupanya. Firash tersenyum. Kalau macam tu dia tidak perlu risau akan hubungan Filza dengan Ariana memandangkan mereka berdua sudah kenal.

"Rash, Ana buat apa tercegat kat situ tu? Fi kenapa tak jemput diorang masuk?" Datin Zannah menghampiri mereka bertiga yang masih tercegat di depan pintu.

"Jom makan malam. Jom Ana"

Datin Zannah menarik tangan Ariana melangkah ke dapur dan diikuti dengan Firash dan Filza. Ariana tersenyum nipis. Lega yang dia diterima dalam keluarga ini. Dan yang paling dia tak sangka apabila Filza rakan classmatenya merupakan adik Firash.

Selesai sahaja makan malam, Filza mengajak Ariana ke biliknya untuk berbual. Ariana hanya mengikut tanpa membantah. Mereka berdua naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik Filza.

"Ana, macam mana awak boleh kenal dengan abang Rash?"

Ariana diam. Dia tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Mahu cakap yang dia diculik oleh orang-orang Firash? Lepastu dia hampir dijual dengan along? Dan Firash selamatkan dia dari along?

Tapi adakah Filza tahu yang Firash adalah seorang mafia?

"Ermm sebenarnya saya hampir kena jual dengan along lepastu abang awak selamatkan saya" tutur Ariana pada Filza. Biarlah hanya setakat itu sahaja Filza tahu. Dia taknak pula nanti tersasul cakap yang Firash itu seorang mafia. Nanti tak pasal-pasal mereka adik-beradik bergaduh pula.

"Like seriously? Lepastu abang Rash ajak awak kahwin?"

Ariana menangguk kepalanya.

"Tapi saya suka sangat kalau awak yang jadi kakak ipar saya berbanding dengan Mel......"

Filza menutup mulutnya apabila sedar yang dia hampir terlepas cakap tentang Melly Violet yang merupaka bakal isteri abangnya yang merupakan anak kawan daddynya.

"Err lepastu awak taknak datang sekolah?"

Ariana menundukkan kepalanya.

Dia mahu lagipun trial SPM dah nak dekat. Tapi dia tak tahu Firash bagi ke tak. Dia tak berani nak tanya. Lagipun mahukan Firash itu mengizinkan dia le sekolah?

"Entahlah"

"Hmmm saya nak tanya something boleh? Ana kenapa awak suka jalang sorang-sorang? Saya tengok awak selalu seorang diri" tutur Filza ingin tahu. Walaupun mereka satu classmate tapi mereka bukannya rapat kerana Ariana suka menyendiri. Dia kadang-kadang ingin juga berkawan dengan Ariana namun setiap kali dia ingin dekat, Ariana menjauh.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Ariana.

"Saya sedar diri saya siapa. Saya bukan golongan orang kaya macam awak. Sebab tu saya suka menyendiri dan tak ambil tahu tentang orang lain" jawab Ariana jujur. Dia bukan dari golongan orang kaya. Dia hanya membesar bersama abangnya sahaja. Tiada ayah tiada ibu.

"Takpa Ana, from now kita dua akan jadi kawan baik. Lagipun awak kakak ipar saya"

Ariana tersenyum kekok. Kakak ipar? Terasa kekok pula kerana mereka berdua sama umur. Namun jika Filza sudi berkawan dengannya, dia turut rasa lega. Akhirnya dia ada seorang kawan yang tidak judge dia yang berasal dari golongan miskin.

"Thanks Fi"

"Sama-sama. Ohh ya saya lupa nak cakap terima kasih pasal yang awak tolong saya hari itu"

Ariana mengerutkan dahinya. Bila masa yang dia tolong Fiona?

Beberapa saat kemudian, dia tersenyum kecil. Baru faham apa yang dikatakan oleh Fiona. Dia pernah menolong Fiona daripada budak-budak nakal disekolah. Mungkin disebabkan perwatakan Fiona yang lemah lembut, dia mudah dibuli.

Prang

Bunyi sesuatu yang pecah dari tingkat bawah menyentakkan mereka berdua. Filza dan Ariana keluar dari bilik dan terus menuju ke tingkat bawah untuk tengok apa yang berlaku lebih-lebih lagi dia mendengar jeritan Firash dan daddynya.

"Rash jangan nak melawan cakap daddy!"

Firash ketawa kecil.

Daddynya iaitu Dato Fikri Asyraf yang berdiri didepannya dipandang dengan pelbagai perasaan. Dari dulu dia tidak pernah sebulu dengan daddynya. Sebab itu dia jarang balik ke rumah ini.

"Apa? Salah ke apa yang Rash cakap? Memang betulla kan daddy pentingkan kerja daddy daripada kitorang? Daddy asyik fikir pasal kerja, kerja and kerja! And now you want me to married with your friend's daughter? Huh you such a bastard father!" Jerit Firash geram. Dia sudah tidak dapat sabar lagi dengan perangai daddynya yang mementingkan kerja itu daripada perasaannya. Disuruh dia kahwin dengan anak rakannya semata-mata sebab syarikat.

" Dasar anak tak sedar diri!"

Pang

Firash tersenyum sinis apabila pipi kanannya ditampar oleh daddynya.

Ariana yang melihat kejadian itu turut terkejut. Dia mahu menghampiri Firash namun Filza menggelengkan kepalanya supaya tidak masuk campur. Dia memandang Datin Zannah dengan berharap Datin Zannah akan menolong Firash. Namun hampa Datin Zannah hanya melihat sahaja.

"See? You don't even care about my feelings! Apa yang daddy tahu semua tentang kerja! Please lah daddy. Rash penat dengan semua ni" tutur Firash dengan suara yang semakin kendur. Jujur dia penat. Penat dengan daddynya yang suka mengarahnya membuat itu ini tanpa mempedulikan perasaannya. Siapa bilang bahawa golongan orang kaya hidupnya happy? Hakikatnya tak.

"Rash, daddy just nak Rash kahwin dengan Melly! Is it hard for you ?"

"Yes. It's hard for me! Rash tak cintakan dia dan yang boleh jadi isteri Rash cuma seorang iaitu Ariana Syuhada."

Ariana memandang Firash dengan mata yang berair. Dia terharu apabila Firash membelanya. Entah apa yang dia lakukan sehingga dapat memiliki seorang lelaki yang tulus mencintainya.

"So please daddy jangan masuk campur urusan Rash lagi. Rash dah besar. Rash dah boleh buat keputusan sendiri." Tutur Firash lalu melangkah jauh daripada daddynya. Dia menghampri Ariana yang berdiri di belakang Filza.

Tangan Ariana ditarik. Dia langsung tak memandang muka Ariana sebab dia malu. Malu untuk berdepan dengan Ariana setelah apa yang berlaku antara dia dengan daddynya.

"Firash Arfan!"

Firash menghentikan langkahnya begitu juga dengan Ariana. Mereka berdua berdiri tercegat di pintu.

"Kalau kau melangkah keluar dari rumah ni dan ikut bertina tu, aku takkan mengaku kau anak aku lagi. Dan jangan kau berani bawa harta aku!"

♥♥♥♥♥♥♥♥

Harta atau cinta yang dipilih oleh Firash Arfan?
Jeng jeng

Wait for next chapter!

Thanks to @asyhwa_ for beautiful cover ♥

Alang-alang tu jangan lupa tekan butang vote n comment okay.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro