Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KALAU kau melangkah keluar dari rumah ni dan ikut bertina tu, aku takkan mengaku kau anak aku lagi. Dan jangan kau berani bawa harta aku!"

Firash tersenyum sinis manakala Ariana pula sudah terkejut.

Firash berpaling memandang daddynya itu.

"Rash dah agak benda ni akan berlaku. Okay fine. Rash pun tak hamak harta daddy and excuse me, betina yang daddy sebut tu dia ada nama. Ariana Syuhada."

Firash menghampiri meja. Anak kunci kereta, iphone 12 pro max berwarna black serta dompetnya yang mengandungi segala kad bank dikeluarkan dari poket seluar lalu meletakkan di atas meja. Dia memandang daddynya itu bersama senyuman tipis. Ingat dia akan memilih harta berbanding Ariana?

Buat apa pilih harta kalau harta itu tak menjamin kebahagiannya? Dan bukan boleh tanam pun harta sekali dengan mayatnya nanti. Kan?

"Rash minta maaf mommy buat keputusan macam ni. Rash nak cari kebahagian Rash. Rash pergi dulu"

Datin Zannah tersenyum nipis memandang Firash. Dia tidak salahkan Firash apa yang berlaku. Lagipun betul kata Firash. Suaminya itu hanya mementingkan kerja dan bukan anak-anak.

Firash memegang tangan Ariana semula lalu dia dan Ariana melangkah keluar dari banglo mewah 3 tingkat itu. Dia terus berjalan menuju ke pagar besar tanpa memandang sedikit pun ke belakang. Orang cakap jangan pandang belakang.

Iphone 12 pro max yang berwarna grey dikeluarkan dari poketnya. Nombor seseorang ditekan. Nasib dia ada dua phone. Satu lagi phone yang dibeli dengan duit daddynya dan yang ini duit hasil usaha kerjanya sendiri.

"Hello. Ambil aku"

Ariana hanya diam di sisi Firash. Dia mengeratkan pegangan tangan mereka supaya dapat memberi sedikit semangat kepada Firash. Dia tahu walaupun Firash tidak menunjukkan reaksi sedih tapi jauh di sudut hati Firash, mesti dia rasa sedih kerana dibuang oleh daddynya sendiri.

Tidak lama sebuah kereta BMW i8 muncul di depannya. Seorang lelaki keluar dari tempat memandu lalu menghampiri Firash.

"Nah"

Anak kunci kereta diserahkan kepada Firash.

"Apa-apa roger aku" ujar Razul lalu menepuk bahu Firash.

"Thanks Zul"

"No hal" Razul mengenyitkan matanya sebelum menghampri kereta BMW i8 warna merah yang baru sampai. Pintu di sebelah kiri kereta dibuka lalu dia memasukkan badannya.

Harriz yang memandu kereta BMW i8 itu menurunkan tingkap kereta. Kepala dikeluarkan lalu dia membuat tanda salute kepada Firash. Sempat dia membuat flying kiss kepada Firash sebelum menaikkan tingkap kereta semula.

Kereta BMW i8 warna merah mula meluncur laju.

Firash mengeleng-gelengkan kepalanya. Sorang wink and sorang lagi flying kiss! Nasibla dapat kawan tak betul macam dua orang tu!

"Jom"

Firash membukakan pintu untuk Ariana. Setelah itu, dia berjalan ke sebelah ke tempat pemandu pula. Kereta BMW i8 warna hitam miliknya mula meluncur laju dari perkarangan rumah keluarganya itu.

Sepanjang perjalanan, Ariana hanya senyap sahaja apabila Firash juga senyap. Dia mahu menanya sesuatu tapi dia takut kalau soalannya itu akan mengundang kemarahan Firash.

Setelah dalam 20 minit, mereka akhirnya sampai di sebuah rumah banglo dua tingkat warna kelabu. Ariana tidak banyak tanya rumah siapakah itu. Dia hanya mengikut langkah Firash masuk ke dalam rumah.

"Ana mulai hari ini kita tinggal sini" tutur Firash lalu menyandarkan punggungnya di kepala sofa. Ariana yang sedang memandang sekeliling-sekeliling rumah itu dipandang dengan senyuman.

"Sorry rumah ni kecik sikit tak macam rumah baru ni" ujar Firash dengan nada yang sedikit bersalah.

Rumah macam ni dikatakan kecik?

Baginya rumah ini sudah cukup besar untuk dua orang. Dengan semua peralatan yang cukup. Ada aircond lagi. Barang-barang seperti tv dan sofa semua kelihatan barang berjenama.

"Saya tak kisah pun."

Firash tersenyum.

Tangan Ariana ditarik lalu dia melingkarkan tangannya di pinggang Ariana. Rambut Ariana yang menutup sebahagian muka itu diselit ke belakang telinga. Lama dia memandang muka Ariana bersama senyuman.

"Awak"

"Hmmm?"

"Saya......saya minta maaf sebab saya awak terpaksa berpisah dengan keluarga awak"

Ariana menundukkan kepalanya.

Jujur dia rasa bersalah kerana membuat Firash tersepit antaranya dan keluarga. Namun dia juga tidak mahu kehilangan Firash Arfan kerana makin lama makin dia rasa jatuh cinta dengan Firash.

"Ana jangan fikir macam tu lagi. Aku tahu suatu hari benda ni memang akan berlaku. Sebab tu aku dah buat preparation. Aku siap-siap beli rumah baru, kereta sendiri and don't worry semua ni duit aku bukan duit daddy aku. Aku masih kaya." Ujar Firash dan disertai dengan ketawa dihujung ayatnya.

Firash memegang dagu Ariana lalu didongak memandangnya. Pipi Ariana diulas lembut. Dia tidak menyesal memilih Ariana sebagai peneman hidupnya.

"Jangan salahkan diri kau lagi okay? Aku just nak kau sentiasa di sisi aku. Kita sama-sama tempuhi segala cabaran okay? And janji dengan aku jangan pernah tinggalkan aku."

Ariana menangguk kepalanya sambil tersenyum kecil. Jari kelingking Firash dipaut dengan jari kelingkingnya.

"I'm promise"

Dia memeluk Firash dan menyembankan kepalanya di dada Firash.

"Rash"

"Hmmm?"

"I love you"

Ariana mengetap bibirnya. Malu. Ini buat pertama kali dia berkata begitu. Sebelum ini dia tak berapa yakin dengan perasaannya dan sekarang dia sudah yakin.

"Apa kau cakap? Boleh ulang lagi?" Tutur Firash dengan perasaan excited.

Ariana menggelengkan kepala. Dia masih menyembankan mukanya di dada Firash.

"Ana please....one more"

Ariana menggigit bibirnya.

"Ermm i love you" tutur Ariana dengan sedikit perlahan berbanding tadi namun masih dapat didengari oleh Firash.

Firash pula sudah tersenyum bahagia.

"I love you too Ana. I love you so much" ubun kepala Ariana dikucup berkali-kali.

Firash mengangkat Ariana. Tangan kirinya yang berada di belakang leher Ariana dan juga tangan kanannya yang berada di belakang lutut Ariana dikemaskan supaya Ariana tidak jatuh.

"Awak nak bawa saya pergi mana?" Soal Ariana gugup melihat Firash yang sudah tersenyum-senyum membawanya ke tingkat atas.

"Naik atas. Aku tak sabar nak buat 10 orang anak dengan kau"

Ariana mengigit bibirnya.

"10?"

"Hmmm tambah lagi 10. Boleh buat perlawanan bola sepak nanti" usik Firash yang hampir ketawa melihat muka Ariana yang semakin merah itu.

"Firash Arfan!"

LANGIT yang gelap yang disinari dengan bintang dan bulan menerangi bandar Seoul, Korea. Emir Adden Fattah memasukkan tangannya ke poket sweater yang dipakai beberapa lapis itu. Suhu di Seoul, Korea yang hampir mencecah 10 °C membuatkan semua penduduk di sini keluar dengan memakai sweater yang tebal dan juga sarung tangan.

Dia memandang langit. Sudah seminggu lebih dia berada di sini. Masalah belum selesai. Jadi dia belum boleh pulang ke Malaysia lagi.

"Kaja (jom)"

Emir Adden Fattah berpaling memandang ke sebelah kanannya. Seorang lelaki muda yang berdiri di tepinya itu dipandang lama.

"Gwaechana? (Okay tak)"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil.

"Hae Sung-ah" Emir Adden Fattah memandang lama Park Hae Sung yang merupakan sepupunya itu dan boleh dikatakan juga kawan baiknya disini.

"Wae? Neo appeo? (Kenapa? Kau sakit?) " soal Park Hae Sung risau melihat sepupunya yang pucat lesu. Muka Emir Adden Fattah sejak balik ke sini asyik lesu je. Risau dia dibuatnya.

"Naega wae ireoneunji moreugesseo (aku tak tahu apa kena dengan aku)" ujar Emir Adden Fattah lalu melepaskan keluhan kecil. Kebelakangi ini banyak benda yang dia fikir. Hatinya tak tenang.

Park Hae Sung menepuk perlahan bahu Emir Adden Fattah.

"Geokjeonghajima. Airisya gwaechana seyo. (Jangan risau. Airisya akan okey)" ujar Park Hae Sung cuba memberi semangat kepada Emir Adden Fattah. Bukan dia tak perasan yang Emir Adden Fattah asyik termenung je. Bila dia menyuruh Emir Adden Fattah telefon Airisya pasti di balas macam ni 'aku busy' atau 'malas aku'.

Dia menggelengkan kepalanya. Sudah masak dengan perangai Emir Adden Fattah yang risau akan isteri sendiri tapi taknak tunjuk. "Himnae!(semangat!)" Park Hae Sung tersenyum kecil lalu meninggalkan Emir Adden Fattah menuju ke kereta.

Park Hae Sung memberhentikan langkah. Dia berpaling memandang Emir Adden Fattah. "Cheorang bab meogeuleo gallaeyeo? Ne baegopa. (Nak pergi makan tak? Aku lapar)" ujarnya sambil memegang perutnya yang dari tadi berbunyi.

"Kaja. Nado baegopa. (Jom. Aku pun lapar)" Emir Adden Fattah melangkah menghampri Park Hae Sung. Kereta mereka yang terparking tidak jauh itu dituju. Pintu kereta sebelah pemandu dibuka. Namun tidak sempat dia mahu memasukkan badannya ke dalam kereta, phonennya berbunyi.

Iphone 12 pro max berwarna hitam dikeluarkan. Nama Dhia Airisya yang tertera membuatkan dia tidak dapat mengawal senyumannya.

"Waipeu? (Isteri?)" Soal Park Hae Sung apabila melihat Emir Adden Fattah yang tersenyum-senyum itu. Emir Adden Fattah mengangguk kepalanya lalu meminta diri sekejap untuk mengangkat panggilan dari Dhia Airisya.

Apabila sudah jauh daripada kereta, Emir Adden Fattah mengangkat panggilan Dhia Airisya. Sempat dia berdehem seketika sebelum mengangkat panggilan itu.

"Nak apa?" Tanyanya dingin.

"Awak busy ke?"

Emir Adden Fattah diam seketika.

"Hmm aku busy. Tak ada masa nak call kau" jawabnya. Bibirnya diketap geram. Hatinya rindu tapi mulutnya taknak bagi kerjasama.

"Ouhh. Sorry kacau awak. Saya call lain kali"

Emir Adden Fattah mengenggam tangannya geram. Geram dengan dirinya sendiri. Keluhan kecil dilepaskan.

"Airisya"

Dhia Airisya yang hampir-hampir ingin menekan butang merah tidak jadi apabila namanya dipanggil.

"Jaga diri. Kalau ada apa-apa yang berlaku terus call kawan aku. Aku dah bagi kan nombor diorang kat kau?"

"Hmm dah. Awak ka....."

"Bae Kyung watch out!"

Emir Adden Fattah berpaling memandang Park Hae Sung yang menjerit nama Koreanya. Dia tergamam seketika melihat sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

"Adden?"

Dhia Airisya yang sedang berbaring atas katil bangun duduk menegak. Bunyi jeritan dari sana membuatkan dia tak sedap hati.

Prang!

Bunyi sesuatu yang kuat seakan-akan berlaku kemalangan yang besar menyentakkan Dhia Airisya. Jantungnya seolah-oleh terhenti-henti apabila bunyi pelanggaran yang kuat itu.

"Adden?! Adden?!"

Tit tit

Panggilan terputus.

Dhia Airisya bangun daripada katil. Dia jalan mundar-mandir sambil menelefon Emir Adden Fattah lagi namun panggilannya itu masuk mailbox. Dia semakin tak tenang. Air matanya berjujuran mengalir.

Tudung sarung diambil lalu dia keluar dari biliknya. Dia terus turun ke bawah dan melangkah ke ruang tamu. Figura Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah dicari.

"Icha kenapa ni? " soal Tengku Amar Haqiem yang baru keluar dari dapur bersama balang di tangan.

Dhia Airisya berpaling memandang Tengku Amar Haqiem. "Daddy ibu mana?"

"Kat pondok luar. Awak kenapa menangi......"

Belum sempat Tengku Amar Haqiem menghabiskan soalannya, Dhia Airisya terlebih dahulu melangkah keluar dari rumah. Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah yang berada di pondok luar itu dihampiri.

"Daddy, ibu" tutur Dhia Airisya dengan air mata yang mengalir laju.

"Kenapa ni Icha?" Tengku Sumayyah menghampiri Dhia Airisya dengan dahi yang berkerut. Pelik dia melihat Dhia Airisya yang menangis teresak-esak.

"Adden ibu....Adden...."

"Kenapa dengan Emir?" Soal Tengki Sumayyah risau. "Jom duduk dulu" Tengku Sumayyah menarik Dhia Airisya untuk duduk di pondok. Dhia Airisya yang menangis itu cuba ditenangkan.

"Cerita kat daddy ibu. Apa yang jadi?" Soal Tebgku Yusuf panasaran. Dhia Airisya mula menceritakan apa yang berlaku kepada mereka. Terkejut mereka apabila mendengar cerita daripada Dhia Airisya.

"Tenang Icha. Daddy try call sepupu dia jap" ujar Tengku Yusuf. Nama Hae Sung dicari dan didail. Nasib dia ada simpan nombor sepupu Emir Adden Fattah.

Tidak lama panggilannya diangkat.

"Yes uncle?"

"What happened to Emir? Airisya told us that something had happened to him" ujar Tengku Yusuf risau.

Park Hae Sung diam seketika.

Dhia Airisya semakin tidak tenang apabila sepupu Emir Adden Fattah itu hanya senyap. Berdebar-debar dia menunggu kata-kata dari sepupu Emir Adden Fattah.

"Yee daddy? Mir ni. Tak ada pun berlaku. Jangan risau"

Dhia Airisya menarik nafas lega apabila mendengar suara Emir Adden Fattah. Perkataan alhamdulillah tidak putus disebut olehnya. Phone diambil dari Tengku Yusuf.

"Awak okay? Apa yang jadi tadi? Awak tak luka apa kan? Awak okay je kan?" Bertalu-talu soalan yang ditanya kepada Emir Adden Fattah. Risaunya masih tidak hilang.

"Airisya aku okay je lah. Don't worry. Kau tu yang patut risau diri kau. Bye i need to go. Take care"

Emir Adden Fattah mematikan panggilan. Telefon diserah semula kepada Park Hae Sung. "Gomawo (terima kasih)" ujar Emir Adden Fattah "Geokjeonghajima. Ne gwaechana. (Jangan risau. Aku okay.)" Sesekali Emir Adden Fattah mengerang sakit.

Park Hae Sung mengeluh kecil melihat Emir Adden Fattah yang luka agak parah itu. Dengan darah yang kuat mengalir dari dahi dan badan-badannya turut cedera. Emir Adden Fattah dibawa naik ke dalam ambulans sebaik sahaja ambulans sampai.

"Jangnan cheo? (Are you kidding me?)" Park Hae Sung merenung tajam Emir Adden Fattah. Dia turut naik sekali dengan Emir Adden Fattah. Keluhan kecil dilepaskan. Stress dengan Emir Adden Fattah. "Keugeo ara? Jug igo siepo ju ketta ( Kau nak tahu tak? Aku rasa nak bunuh kau sampai mampus)"

Melihat Emir Adden ketawa kecil membuatkan dia rasa semakin stress. Sudahla dia terpaksa bersepakat sekali menipu keluarga angkat Emir Adden Fattah. And sekarang pula Emir Adden Fattah mengatakan yang dia baik-baik sahaja padahal cerdera teruk.

"Over hajima. Geokjong anhaedo dwaeyo. Na gwaechana (Jangan nak berdrama sangat. Jangan risau. Aku okay)" ujar Emir Adden Fattah. Park Hae Sung yang masih bengan iti dipandang sekilas lalu memejamkan mata seketika. Rasa sakit mula terasa di segenap badannya.

Gara-gara pemandu kereta itu memandu dalam keadaan mabuk, dia yang menjadi mangsa. Nasib baik dia tidak dilanggar terlalu kuat.

Kalau tidak sudah arwah dah.

♥♥♥♥♥♥♥

Since today is my birthday, i will triple update todayy.

Yeahhhh

Tak minta banyak di hari birthday author hari ini, just nak minta vote n comment.

Bye guyss.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro