Bab 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA Airisya membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekelilingnya. Gelap. Jadi dia tak nampak apa-apa. Dia cuba bangun namun kepalanya diserang sakit. Kuat betul kepalanya kena pukul.

Apabila dia baru sedar yang dia berada di atas katil, cepat-cepat dia membelek pakaiannya. Nafas lega ditarik. Melihat rambutnya yang dilepas itu membuatkan dia kecut perut. Dimanakah dia? Kena jual dah ke?

"Tak guna pakcik tua" Gumannya perlahan. Air matanya mengalir. Dia takut. Dia nak balik rumah!

Krak

Bunyi pintu yang terbuka itu, cepat-cepat Dhia Airisya memboloskan dirinya ke dalam selimut. Ditutup seluruh badannya menggunakan selimut. Terketar-ketar tangannya. Takut!

Emir Adden Fattah menutup pintu. Dia melangkah menghampri Dhia Airisya. "Jangan apa-apakan saya! Saya janji tak lapor awak kat polis. Saya tak tengok muka awak lagi. Lepaskan saya!" Jerit Dhia Airisya membuatkan langkah Emir Adden Fattah berhenti. Dah kenapa isterinya itu?

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Satu idea nakal muncul difikirannya. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke Dhia Airisya yang masih menyelubungi dirinya dengan selimut.

Dhia Airisya meneguk air liur kasar mendengar tapak kaki yang semakin dekat. Selimut semakin digenggam erat apabila dia merasakan ada orang duduk atas katil dan berhampiran dengannya.

"Saya mo...mohon lepaskan saya"

Emir Adden Fattah menggigit bibirnya. Mahu tergelak. Namun cuba dikawal. Dia semakin merapatkan dirinya dengan Dhia Airisya. Selimut yang menyelubungi Dhia Airisya dipegang. Sengaja mahu menakutkan Dhia Airisya.

"Jangan apa-apakan saya! Kalau tak saya jerit nanti!" Tutur Dhia Airisya. Dia semakin takut apabila orang tersebut memegang selimutnya. Genggaman pada selimut semakin dikemaskan.

"Jerit la. Ingat orang akan tolong kau?" Suara garau Emir Adden Fattah menyapa. Sengaja dia membuat suara garau agar Dhia Airisya tidak mengenali suaranya. "Come baby kita buat love" usiknya lagi.

Dhia Airisya semakin terketar-ketar. Takut. Dia sangat takut. Tambah lagi suara lelaki itu garau dan agak menggerunkan. Ditelan aiur liur kasar. Selimutnya tiba-tiba ditarik kasar membuatkan dia terjerit kecil.

"Ja..jangan apa-apakan saya" Dhia Airisya mengundur ke belakang. Lelaki yang dihadapannya itu dipandang. Disebabkan bilik itu gelap gelita dia tidak dapat lihat dengan jelas muka lelaki itu. "Saya janji saya akan bayar duit kat awak semula. Tapi tolong...tolong lepaskan saya" ujar Dhia Airisya dengan suara yang semakin serak.

Melihat lelaki itu semakin dekat dengannya membuatkan dia semakin takut. Air matanya makin mengalir. Dia takut. Dia nak balik! Dia nak Adden!

Emir Adden Fattah menggigit bibirnya. Mahu tergelak dia melihat Dhia Airisya yang ketakutan itu. Tangan Dhia Airisya dipegang namun segera ditepis. Melihat bahu Dhia Airisya yang semakin terhinjut membuatkan dia risau. Bibirnya diketap.

"Airisya aku ni"

Dhia Airisya berhenti menangis. Macam suara suaminya. Kepala didongak. "Adden?" Emir Adden Fattah membuka lampu tidur di sebelah katil. Lampu tidur itu menerangi sedikit bilik mereka itu membuatkan Dhia Airisya melihat jelas mukanya.

"Adden!" Dhia Airisya lantas memeluk Emir Adden Fattah. Terhembur tangisannya di dalam pelukan Emir Adden Fattah. Dia lega. Dia lega yang Emir Adden Fattah berada di depannya. "Laki tadi....." Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang Emir Adden Fattah.

Kalau Emir Adden Fattah yang berada didepannya habistu siapa lelaki tadi?

"Errr"

Dhia Airisya merenung tajam Emir Adden Fattah. Bibirnya digigir. "Jahat! Awak jahat! Ee geram! Benci awak!" Dada Emir Adden Fattah dipukul kuat dengan tangannya. Namun Emir Adden Fattah langsung tidak rasa sakit dengan tumbukan Dhia Airisya itu.

"Hikss jahat! Awak takutkan saya! Benci! Benci!" Bentak Dhia Airisya. Memikirkan Emir Adden Fattah yang menakutkan dia sebaik sahaja dia sedar membuatkan Dhia Airisya bertambah geram.

"Apa senyum-senyum?" Dhia Airisya merenung tajam Emir Adden Fattah yang tersenyum itu. Tangannya berhenti memukul dada Emir Adden Fattah. Tangisannya bermula lagi. "Saya takut"

Emir Adden Fattah menarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya. Belakang badan Dhia Airisya diusap lembut cuba menenangkan Dhia Airisya. "Sorry" gumam Emir Adden Fattah perlahan. Dia menggosok belakang Dhia Airisya lagi sehingga tangisan Dhia Airisya reda. Sesekali kepala Dhia Airisya dikucupnya.

"Awak ulik saya tidur" gumam Dhia Airisya perlahan. Malu sebenarnya menyuruh Emir Adden Fattah mengulik dia tidur. Tapi sekarang, dia nak bermanja dengan Emir Adden Fattah. "Taknak mandi dulu? Makan?" Soal Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Dia tak lapar. Matanya makin mengantuk selepas banyak kali menangis. "Okay" tutur Emir Adden Fattah lalu baring bersama Dhia Airisya atas katil.

Dhia Airisya membantalkan kepalanya dengan lengan Emir Adden Fattah. Tubuh tegap Emir Adden Fattah dipeluk erat. Matanya dipejam. Jujur dia kata, makin lama Emir Adden Fattah melayan dia elok. Melayan karenahnya. Walaupun kadang-kadang Emir Adden Fattah suka mengusiknya.



DHIA Airisya jalan terhinjut-hinjut bersama tongkat di celah ketiaknya. Dia keluar daripada bilik doktor sebaik sahaja sudah selesai segala urusannya. Gara-gara menendang gangster yang macam gorila semalam, kaki kananya itu membengkak membuatkan dia sukar berjalan.

Emir Adden Fattah dicari. Tadi suaminya ada lepastu hilang menjawab panggilan. Dhia Airisya duduk sekejap. Letih berjalam bersama tongkat. Mungkin dia masih belum biasa menggunakan tongkat.

"Tu lah kau aku dah bagi kad bank aku. Yang kau tak guna untuk bayar hutang bapa kau tu kenapa?" Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah yang berdiri di depannya. Renungan tajam diberikan. Dari pagi tadi sampai sekarang suaminya membebel. Kalah mak bawang!

Dhia Airisya bangun berdiri.

"Awak bebel kalah ibu" ujarnya lalu berjalan melepasi Emir Adden Fattah. Bingit telingannya mendengar bebelan dari Emir Adden Fattah. Bukan nak tolong dia tak. Ni membebel je kerja!

Emir Adden Fattah melangkah menghampiri Dhia Airisya. "Dah lain kali kalau aku bagi sesuatu tu guna lah. Jangan simpan buat pusaka" ujarnya sengaja mahu sakitkan hati Dhia Airisya. Lagipun betul apa yang dia kata. Duit dalam kad bank yang diberi kepada Dhia Airisya cukup untuk membayar hutang bapaknya itu. Namun Dhia Airisya tidak menggunakan satu sen pun.

"Awak kalau datang sini nak bebel baik awak pergi kerja. Saya boleh datang dengan Nial" bentak Dhia Airisya. Sudahlah asyik cari gaduh je dengan dia yang tengah sakit ni. Geram pulak dia!

"Memang nak pergi dah pun" tutur Emir Adden Fattah lalu meninggalkan Dhia Airisya yang gigir berjalan itu. Dhia Airisya menggigit bibirnya memandang Emir Adden Fattah yang melangkah pergi. Huwarghh bukan nak tolong dia pun!

"Semalam sweet hari ini heartless" gumamnya perlahan. Pening dengan sikap Emir Adden Fattah yang mudah berubah-rubah itu. Kalah perempuan period!

"Cepatlah sikit jalan tu" jerit Emir Adden Fattah yang sudah jauh meninggalnya. Dhia Airisya menggigit bibirnya. Tak nampak kaki dia kena balut? Nak jalan cepat-cepat macam mana?

Dhia Airisya mengeluh kecil. Sakit hati dengan Emir Adden Fattah. Emir Adden Fattah yang jauh iti dipandang. Dia penat! Penat nak berjalan! Huwarghhh! Nak nangis!

Bak

Mahu terbalik Dhia Airisya apabila bahunya tiba-tiba dilanggar. Nasib tidak jatuh. "Sorry sorry cik" ujar lelaki yang melanggarnya. Dhia Airisya mendonga kepalanya memandang lelali berhoodie dan bercermin mata tersebut. Dahinya berkerut. "Haikal?"

"Ehh Icha what are doing here? What happen to your leg?" Soal Haikal apabila melihat kaki Dhia Airisya yang berbalut itu. Dhia Airisya tersengih kecil. "Err jatuh tangga" tipunya. Malas dia mahu menghebohkan apa yang jadi.

"You datang sorang je ke? Mana suami?"

Dhia Airisya mencari Emir Adden Fattah. Ehh dah hilang? Bibirnya digigit geram. Sampai hati tinggal dia terkontang-kontang kat sini!

"Kal awak busy ke?" Soal Dhia Airisya. Haikal menggelangkan kepalanya. "Emm boleh hantar saya balik?" Sambungnya sambil tersengih malu. Segan nak minta tolong. Tapi dia malas nak balik dengan Emir Adden Fattah. Nanti dalam kereta tak habis-habis suaminya itu sakitkan hati dia lagi.

"Sure. Jom. Kereta I kat sana" tutur Haikal. Dhia Airisya mengikut langkah Haikal. Jalan yang digunakan itu bertentangan dengan jalan yang diambil oleh Emir Adden Fattah.

Setelah sampai di kereta Haikal, Dhia Airisya memboloskan dirinya ke dalam kereta Haikal. Tali pinggang dipakai. Phonenya yang berbunyi itu yang muncul nama Emir Adden Fattah hanya dipandang. Tahu la dia suaminya mencarinya. Ada dia kesah? Sapa suruh tinggal dia!

"You nak I hantar you ke rumah you?" Soal Haikal yang memandu kereta Audinya. Mereka sudah jauh meninggalkan kawasan hospital. "Ermm hantar I kat rumah Hana" ujar Dhia Airisya yang memandang phonenya. Panggilan berkali-kali dari Emir Adden Fattah hanya buat tidak endah.

Tak sampai setengah jam perjalanan mereka, akhirnya mereka sampai juga dia rumah sewa Farhana. Dhia Airisya turun perlahan-lahan dari kereta Audi Haikal. "Thanks Kal. Sorry susahkan awak"

"It's okay. Kalau nak minta tolong apa-apa call je I. Bye"

Dhia Airisya melambaikan tanggannya pada Haikal yang berlalu pergi itu. Kunci rumah dikeluarkan dari beg tangan. Nasib dia pernah duduk sekali bersama Farhana di sini. Jadi dia adab kunci pendua. Dahinya berkerut apabila pagar rumah sewa itu tak berkunci.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Hatinya mula tidak tenang melihat pintu rumah terbuka sedikit. Takkanlah Farhana ada kat rumah pulak? Mesti kawannya itu sedang bekerja sekarang. Air liur diteguk laju.

Pintu rumah ditolak perlahan-lahan. Bacaan bismillah tidak putus dibaca. Tongkat kakinya dipegang kemas. Mana tahu kalau ada pencuri masuk? Boleh lah dia guna tongkat kakinya itu untuk memukul pencuri tersebut.

"Icha!"

"Astaghfirullah" Dhia Airisya menggosok dadaknya apabila disergah. Nasib dia tidak ada penyakit jantung. Kalau tak dah arwah dah. Dia membuka mata memandang orang yang menyergahnya itu. "Aufa!" Jeritnya terkejut melihat kawan baiknya yang sudah 2 tahun tak berjumpa berdiri di depannya.

Aufa Auliya merupakan kawan baik dia dan Farhana. Aufa merupakan doktor pakar bedah yang baru balik dari menjadi doktor sukarela di Gaza selama 2 tahun. Jadi mereka sudah 2 tahun tidak berjumpa.

"Arhh i miss you so much" mereka berpelukan sambil melompat dengan teruja. Lupa sekejap pada kakinya yang berbalut itu. "Beb tak bagitahu pun kau nak balik!" Marah Dhia Airisya sambil mencerbik masam.

"Haha sorryla. Saja nak buat suprise"

"Btw jom pergi jalan-jalan. Aku bosan dari pagi tadi kat rumah" ajak Aufa. Memandangkan dia baru balik dan dia bercuti selama seminggu, jadi dia tidak perlu masuk kerja lagi hari ini. Dhia Airisya menangguk laju kepalanya.

"Jom tapi kau drive. Aku sakit kaki" ujar Dhia Airisya. Aufa memandang kaki Dhia Airisya. Baru dia perasan kaki Dhia Airisya yang berbalut itu. "Beb kenapa dengan kaki kau?"

"Err something happened. Jomlah aku cerita kat kau dalam kereta."

Aufa menangguk kepalanya. Dia berlari laju ke tingkat atas untuk bersiap. Hanya 10 minit sahaja dia bersiap lalu mereka keluar dari rumah. Pintu dikunci dan mereka melangkah menuju ke kereta myvi Dhia Airisya yang dia sudah tidak guna. Kereta myvi nya itu ditinggalkan disini.

Baru dia mahu masuk ke dalam kereta, sebuah kereta Mercedes hitam berhenti di depan pagar. Dhia Airisya meneguk air liur laju. Dia kenal kereta siapa. Habislah dia!

"Sape tu beb?" Soal Aufa yang melihat seorang lelaki handsome keluar dari kereta Mercedes hitam tersebut lalu menghampiri Dhia Airisya.

"Airisya kau masuk kereta sekarang!"

♥♥♥♥♥♥

Ayokk habislah Airisya kena marah dengan Emir Adden Fattah nanti.

Jangan lupa votement yee.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro