Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

EMIR Adden Fattah mematikan panggilan. Dia memandang ke belakang namun Dhia Airisya tiada dibelakangnya. Dia lupa Dhia Airisya sakit kaki! Gara-gara dia bercakap dengan seseorang di talian, dia tidak sedar Dhia Airisya sudah jauh ditinggalnya.

Emir Adden Fattah berpatah semula. Dhia Airisya dicari. Namun tiada. Dia mencari lagi di sekitar tempat yang dia meninggalkan Dhia Airisya. Tapi masih tidak nampak batang hidung Dhia Airisya.

Kali ini dia cuba menelefon Dhia Airisya namun tidak diangkat. Di call berkali-kali tapi masih tidak angkat. Emir Adden Fattah mendnegus kasar. Salahnya juga membiarkan Dhia Airisya berjalan dibelakang. Dan salahnya juga tidak membawa bodyguardnya sekali hari ini.

App khas yang direka khas oleh Razul dibuka. Lokasi Dhia Airisya dicari. Nasib phone Dhia Airisya dibawa sekali bersama. Jadi ia memudahkan Emir Adden Fattah untuk menjejaki lokasi Dhia Airisya.

Emir Adden Fattah segera menuju ke kereta Mercedesnya apabila melihat titik bintang yang memaparkan kedudukan Dhia Airisya sudah jauh dari hospital. Keretanya meluncur laju keluar dari perkarangan hospital. Bibirnya diketap geram. Semoga Dhia Airisya tidak diculik oleh penjahat lagi. Dengan keadaan Dhia Airisya begitu, dia risau kalau Dhia Airisya diapa-apakan.

Habis segala kereta dan lampur isyarat dipintas olehnya. Sesekali dia memandang titik bintang itu. Nafas lega ditarik apabila melihat titik bintang itu kini berada di kawasan rumah kawan Dhia Airisya. Dia terus memecut laju ke situ.

Kereta diberhentikan betul-betul di depan rumah Farhana. Dia yang brek secara tiba-tiba itu menghasilkan bunyi 'srek'. Tali pinggang dibuka lantas dia turun dari kereta. Dhia Airisya yang ingin masuk ke dalam kereta myvi itu dihampiri dengan rasa marah.

"Airisya, kau masuk kereta sekarang!" Marahnya.

Dhia Airisya yang berdiri di depannya itu direnung tajam. Perasaan marah membuak-buak. Geram dengan Dhia Airisya yang pergi macam tu. Ditelefon tak diangkat. Tahu tak dia risau?

"Aku cakap ni masuk la!"

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Dia memandang Emir Adden Fattah takut. Suaminya itu nampak betul-betul marah kali ini. Dengan renungan tajam dan jeritan marah dari Emir Adden Fattah membuat dia terdiam seribu bahasa.

"Ehh encik ni sapa? Datang marah-marah kawan saya. Adab mana adab?" Aufa menutup pintu kereta. Dia menghampiri Dhia Airisya lalu berdiri di tengah-tengah di antara Dhia Airisya dan Emir Adden Fattah.

"Kau jangan nak menyibuk. Ni urusan aku dengan isteri aku" bentak Emir Adden Fattah. Gadis di depannya itu direnung tajam. Siapa suruh masuk campur hal dia dengan Dhia Airisya? Kan dah tak pasal-pasal kena marah.

"Dia suami kau ke Icha?" Bisik Aufa pada telinga Dhia Airisya. Dhia Airisya angguk kepalanya. "Aufa aku rasa aku tak dapat nak teman kau keluar. Sorry" bisik Dhia Airisya pula pada telinga Aufa. Aufa mengeluh kecil. Lelaki didepannya itu dipandang tajam.

"Encik sakitkan atau pukul kawan saya, awas encik! Saya takkan berdiam diri kalau kawan saya luka sebab encik!" Bidasnya geram. Pandangan tajam Emir Adden Fattah dibalas dengan pandangan tajam. Dia bukan macam Dhia Airisya yang lemah lembut.

"Aufa" Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Risau kalau Aufa menjadi mangsa bunuh Emir Adden Fattah. Bukan dia tak kenal suaminya itu. Mafia dan pembunuh! " Jangan risau. Aku okay je lah. " sambung Dhia Airisya.

Dhia Airisya berjalan menghampiri kereta Mercedes Emir Adden Fattah dengan langkah yang perlahan.

"Isteri sakit tengok je ke?" Perli Aufa geram apabila melihat kawannya yang jalan terhinjut-hinjut ke kereta. Langsung tidak dibantu oleh Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah mengendahkan perlian dari kawan Dhia Airisya itu. Dia terus melangkah menuju ke tempat pemandu. Tali pinggang dipakai. Sebaik sahaja melihat Dhia Airisya yang siap memakai tali pinggang itu, dia terus memecut laju keretanya.

Dhia Airisya hanya diam. Takut, resah dan risau. Macam-macam perasaan ada sekarang. Lebih-lebih lagi apabila Emir Adden Fattah memandu macam orang gila. Sekejap potong kereta di depan, sekejap belok ke kanan. Marah sangat ke suaminya itu?

"Shit"

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah. Suaminya itu mencarut pada dia ke?

Kereta semakin laju. Bukan setakat kereta dipotong, ni dengan lampu isyarat merah sekali dipotong. Dhia Airisya mengenggam kemas hujung bajunya. Takut.

"Awak. Janganlah bawa kereta laju sangat. Saya takut" ujarnya. Matanya dipejam. Kalau ye pun marah, fikirlah keselamatan juga!

"Shut up Airisya. Baik kau diam. Bukan kau membantu pun. Menyusahkan adalah" ujar Emir Adden Fattah. Sesekali dia memandang melalui cermin sisi keretanya. Dari tadi 3 buah kereta mengikutnya. Sebab itu dia pandu laju sebab nak lari daripada mereka.

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Air matanya yang hampir jatuh itu cuba ditahan. Jujur dia terkesan dengan kata-kata yang dikeluarkan dari Emir Adden Fattah itu.

Emir Adden Fattah mengeluarkan phonenya. Nama Razul dicari lalu dicall. Sekejap sahaja panggilanya sudah diangkat. "Zul aku nak kau kawal kereta aku kejap. Aku nak bereskan malaun yang dari tadi ikut aku" ujarnya kepada Razul sebaik sahaja Razul mengangkat panggilannya.

"Okay"

"Need our help?" Soal Firash di talian.

"No. Aku settle sendiri. Aku nak lepaskan geram"

"Alright"

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya yang tidak faham apa yang jadi. Dia memandang cermin sisi. Baru sedar mereka dikejar dari belakang. Baru mulut ingin bertanya, Emir Adden Fattah terlebih dahulu berkata.

"Kau duduk diam-diam" ujar Emir Adden Fattah lalu dia mengambil dua pistol yang berada di sorok laci keretanya. Dhia Airisya hanya memerhati kelakuan Emir Adden Fattah itu yang menurunkan tingkap. Kereta Mercedes mereka itu sudah dikawal oleh Razul.

Emir Adden Fattah menurunkan tingkapnya lalu separuh dikeluarkan. Dia berbalas tembakan dengan musuh-musuh yang mengikutnya dari tadi. Nasib keretanya bulletproof. Jadi peluru pistol tak dapat tembus ke dalam.

Bang bang.

Bunyi tembakan yang tidak henti itu membuatkan Dhia Airisya takut. Tangannya digenggam. Matanya dipejam seketika. Nafasnya ditarik dalam. Sedaya upaya melawan rasa takutnya.

Sesekali dia memandang Emir Adden Fattah yang berbalas tembakan. Risau akan suaminya itu. Dia hanya mampu berdoa sahaja agar suaminya itu tidak ditembak.

"Bro, watch out!" Ujar Razul apabila kereta Merceds itu hampir sahaja melanggar kereta di depan. "Kau kawal kereta macam mana bangang!" Marah Emir Adden Fattah. Badannya dimasuk semula. Masih tinggal 1 kereta lagi.

"No no. Aku tak boleh kawal kereta kau. Looks like someone hack kereta kau!"

Emir Adden Fattah menggigit bibirnya. Kalau macam tu habis mereka berdua nanti! Emir Adden Fattah duduk di tempatnya semula. Kereta cuba dikawal sendiri namun tak dapat. Dhia Airisya yang sudah ketakutan itu dipandang.

"Aku akan cuba hack balik! Give me some time" ujar Razul.

"Cepat Zul. Tingkap kereta dah terbuka sendiri!" Cemas Emir Adden Fattah melihat tingkap di tempat Dhia Airisya terbuka. Ia akan membahayakan nyawa Dhia Airisya nanti.

"Airisya kau pergi duduk belakang. Duduk kat bawah"

Dhia Airisya menangguk kepalanya. Tali pinggang dibuka dan dia menuju ke belakang. Dia duduk di celah kerusi. Kakinya dipeluk. Dia takut. Sangat takut.

Emir Adden Fattah mengambil peluang untuk isi perluru. Sebaik itu lagi sekali dia cuba menembak musuhnya yang berada di belakang. Namun dia susah ingin menyasarkan musuhnya itu apabila kereta bergerak tidak stabil. Dia menarik nafas dalam. Kali ini disasar sekali kepada musuh.

Matanya tepat memandang pada tempat ingin ditembak iaitu tanki minyak.

Bang bang bang

Boom

"Padan muka bangang!"

Emir Adden Fattah menarik nafas lega. Kali ini tiada lagi musuh yang mengikutnya namun dia perlu berperang dengan kereta Mercedesnya yang dihack oleh musuh.

"Aku rasa hacker ni lagi professional. Aku tak boleh nak hack. Korang kena keluar dari kereta tu" ujar Razul. Tangannya laju menekan papan kekunci laptopnya. Cuba mengawal kereta Emir Adden Fattah semula.

"Shit"

"Airi......"

Kereta Mercedesnya itu tiba-tiba melanggar kereta di depan membuatkan kepala Emir Adden Fattah terhantuk kecil di stereng kepala. Mulutnya terkumat-kamit mencarut. Dasar musuh!

"Airisya kita kena kel....."

"Airisya!"

Keretanya yang membelok laju itu membuatkan Dhia Airisya melayan keluar dari kereta. Tergolek-golek isterinya di jalan raya.

"Bab*! Bodoh punya musuh!"

Entah bila pintu keretanya unlock membuatkan Dhia Airisya melayan keluar dari kereta semasa keretanya membelok laju ke kanan. Dia cuba untuk turut melompat keluar juga namun pintu keretanya sudah di lock begitu juga dengan tingkap yang sudah dinaikkan.

"Save Airisya"

"Riz dengan Rash dah otw."

Emir Adden Fattah mendengus geram. Semoga Dhia Airisya hanya luka ringan. Dia takkan maafkan dirinya kali ini kalau apa-apa jadi pada Dhia Airisya.

Emir Adden Fattah cuba untuk keluar namun pintu tak dapat dibuka dan tingkap tak dapat diturunkan.

"Wanna kill me huh?"

"Kill if you can"

"Wait for 2 minutes Fattah. I will try my best" tutur Razul. Dia masih bertungkus lumus dalam melakukan kerjanya. Nyawa Emir Adden Fattah berada di tangannya sekarang ini. Jika dia tak dapat hack, nyawa Emir Adden Fattah akan dalam bahaya.

"Airisya is fine but she's injured. Aku akan bawa dia ke hospital. Riz akan follow kau" ujar Firash melalui alat komunikasi mereka.

Emir Adden Fattah menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Dhia Airisya selamat.

Firash mencempung badan Dhia Airisya ke dalam keretanya. Dhia Airisya yang pengsan itu diletak di seat belakang. Dahi Dhia Airisya yang berdarah itu ditekup dengan baju kemejanya. Dia seterusnya meluncur laju membawa Dhia Airisya ke hospital.

Harriz pula masih follow Emir Adden Fattah dengan superbikenya. Kereta habis dipotong olehnya untuk mengejar kereta Emir Adden Fattah. Gila punya hacker! Ni memang nak bunuh Emir Adden Fattah kalau macam tu!

"Zul how?" Soal Emir Adden Fattah. Brek ditekan berkali-kali namun tidak berfungsi. Kereta juga cuba diperlahankan namun hanya sia-sia. Nyawanya sekarang betul-betul dalam bahaya!

"Shit tho. I can't" bentak Razul geram. Dia cuba untuk hack balik namun hampa apa yang dia buat semua tak jadi. Nampaknya hacker si musuh lagi professional.

"Aku ada idea. Lagi 1 km ada gaung kat depan. Riz aku nak kau tembak tayar kereta aku kasi kereta aku tergolek masuk gaung" ujar Emir Addek Fattah. Sudah tiada cara lain untuk dia keluar dari keretanya itu. Kalau dibiarkan keretanya terus dihack oleh musuh dia risau nyawa-nyawa orang awam akan dalam bahaya.

"Kau gila ke? Kau nak mati awal ke bangang?! No aku takkan buat" bentak Harriz tidak setuju dengan cadangan Emir Adden Fattah. Kalau dia buat macam yang disuruh oleh Emir Adden Fattah, risau kalau kereta Mercedes Emir Adden Fattah meletup bila jatuh dalam gaung.

"Aku pun tak setuju!" Sambung Razul.

"You will die bro" ujar Firash

Emir Adden Fattah memejamkan matanya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia tahu yang kalau mereka proceed rancangan gila dia tu tak semestinya dia akan selamat. Entah-entah masa kereta bergolek nanti dia luka parah and kalau lambat kereta boleh meletup dan dia akan mati kalau dia lambat keluar.

"Korang please. That's the only way we can do. Diaorang takkan boleh hack kalau kereta rosak."

Harriz mendengus kasar. Dia bingung! Keputusan dalam tangannya sekarang.

"Trus me please and Riz...you will save me right?"

Harriz mengetap bibirnya.

"Fine. Make sure kau hidup. Kalau tak aku takkan maafkan diri aku"

Emir Adden Fattah tersenyum kecil. Tali pinggang keretanya dipakai ketat supaya nanti kereta bergolek, dia tak luka terlalu parah.

"If I die, please take care of Airisya and protect her for me"

♥♥♥♥♥♥♥

Opss what will happen to Emir Adden Fattah?

Nantikan episode akan datang !!

Jangan lupa votement.

Muahhh




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro