Bab 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TENGKU Sumayyah ulang alik di ruang tamu sambil cuba menelefon Dhia Airisya dan juga Emir Adden Fattah. Risau akan mereka berdua itu. Entah apa yang jadi. Dia hanya dengar cerita yang mereka berdua bergaduh daripada Farhana.

"Cuba awak duduk. Pening saya tengok awak jalan ke mari" ujar Tengku Yusuf sambil menggeleng-gelengkan kepala. Isterinya bukan membantu tapi lagi memeningkan adalah. "Saya risau la bang. Airisya dah 5 hari tak balik rumah Mir. Kat rumah Hana pun takde jugak" tuturnya dengan nada risau.

"Ada lah tu hal diorang. Dulu awak dengan saya pun macam tu juga. Apa-apa lari rumah. Lepastu jumpa awak panjat pokok manggis and makan manggis sambil marah-marah" tutur Tengku Yusuf mengungkit kisah mereka berdua semasa mereka usia muda dulu. Mahu tergelak dia mengingati perangai nakal Tengku Sumayyah.

"Ishh abang ni! Ke situ pula. Saya tengah cakap pasal Icha dengan Emir bukan pasal kita." Gumam Tengku Sumayyah geram. Dia sudah la risau akan Dhia Airisya. Entah kemana anak angkatnya itu pergi.

"Jangan risau lahh. Airisya tu bukan macam awak. Nanti dia balik lah tu" Tengku Sumayyah merenung tajam Tengku Yusuf. Cakap dengan lelaki ni memang menyakitkan hati! Dia boleh je relax anak hilang!

"Malas lah nak cakap dengan abang. Hmmphh!" Ujar Tengku Sumayyah lalu beredar dari ruang tamu meninggalkan Tengku Yusuf yang sudah terpinga. Tak pasal-pasal dia pula yang kena. Adoi!

Haqiem yang berada di pintu itu mengenggam tangannya geram. Dia yang nak masuk rumah tadi tak jadi nak masuk apabila mendengar perbualan ibu dan daddynya. Bibirnya diketap. Kasut yang sudah dicabut dipakai semula.

Dia menghampiri keretanya semula lalu meluncur laju dari perkarangan rumah tersebut. Keretanya meluncur laju ke bangunan Secret Hunters Agency. Bengang dia apabila mendengar tentang Dhia Airisya dan Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah menghempaskan kasar punggungnya di kerusinya. Necktie yang dipakai dilonggarkan. Lengan baju kemejanya disisingkan sehingga ke siku. Baru sahaja balik dari berjumpa dengan customer VIP.

"Bro"

Dia berpaling kepada Firash yang berada di muka pintu officenya itu.

"Haqiem datang. Dia buat kecoh kat bawah. Kata receptionist, dia nak jumpa kau" ujar Firash. Dia yang dalam officenya tadi segera ke office Emir Addeh Fattah apabila receptionist memberitahunya bahawa Haqiem datang. Apa-apa receptionist akan call dia dan baru lah dia akan bagitahu Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dia dapat agak yang keluarganya itu sudah dengar apa yang terjadi antaranya dan Dhia Airisya. "Suruh dia naik atas" bagitahunya. Kalau dia tak suruh Haqiem akan tetap tak berangjak dari bangunannya itu dan akan terus membuat kecoh.

Hanya beberapa minit, Haqiem tiba di officenya. Pintu dikuak kasar dan dia segera menghampiri Emir Adden Fattah yang sedang duduk di atas kerusi itu. Kolar baju kemeja Emir Adden Fattah dicengkam kasar.

"Aku dah cakap kan jangan sakitkan hati Airisya! Apa yang kau buat hah sampai dia tak balik rumah 5 hari? Dan kau elok je kat sini bukan nak cari dia!" Jerit Haqiem dengan penuh kemarahan dan geram. Naik turun nafasnya memandang Emir Adden Fattah. Ikut hati nak je tembak Emir Adden Fattah

"Ni hal kitorang bukan hal kau! Kau tu sapa nak masuk campur hal aku? Lagipun dia ada kat rumah aku"

Emir Adden Fattah menolak badam Haqiem kuat sehingga Haqiem terkebelakang. Dia bangun daripada kerusi. Kolar bajunya dikemaskan.

"Memang aku bukan sapa2! Tapi Airisya tu dah ibarat adik aku sendiri! Dan kau awas kau kalau jadi apa-apa kat dia! Kau orang pertama yang aku cari nanti!" Ujar Haqiem lalu dia melanggar bahu Emir Adden Fattah. Dia melangkah menuju ke pintu. Panas kat sini lama-lama!

"Adik? Kau cintakan dia sebenarnya kan?" Soalan Emir Adden Fattah membuatkan langkah Haqiem terhenti. "Kau bengang sebab orang yang kau cinta kahwin dengan orang yang kau paling benci. Am I right?" Sambung Emir Adden Fattah lagi. Haqiem menggenggam tangannya. Tanpa berkata apa-apa dia terus beredar dari situ.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Mukanya diraup kasar. Entah apa keputusan Dhia Airisya. Malam nanti dia akan tahu. Dia takut nak dengar keputusan Dhia Airisya tapi dia akan terima apa jua keputusan Dhia Airisya.

"Bro"

Emir Adden Fattah memandang Razul yang menghampirinya. Entah bila Razul masuk ke dalam officenya dia tak perasan. Razul yang duduk di kerusi di depannya iti hanya dipandang.

"Aku datang sini sebab nak bagi ceramah kat kau" ujar Razul. Emir Adden Fattah menggelengkan kepalanya. "Kau ingat kau lecturer? Dah berambus. Semak kepala aku je" halaunya. Kalau Razul kata nak bagi ceramah bukan setakat ceramah dia bagi. Macam-macam dia bagi nanti. Esok lusa pun tak habis.

"Woii kau kasar ehh?" Ujarnya sekadar ingin menghiburkan hati Emir Adden Fattah.

"Kau dah bagitahu dia hal yang sebenar?" Soal Razul. Emir Adden Fattah melepaskan keluhan lalu kepalanya diangguk. Dia dah bagitahu tapi Dhia Airisya sudah tahu sebelum dia bagitahu.

"So apa jadi dengan korang dua?" Soal Razul lagi
Dia bukan nak busy body tapi dia hanya ingin menolong Emir Adden Fattah. Dia tahu kalau dia tak tanya, Emir Adden Fattah takkan bercerita. Dia tahu kawannya suka memendam. Jadi dia yang perlu buka mulut dahulu.

"Entah. Malam ni aku akan tahu keputusan dia"jawab Emir Adden Fattah.

"Bro kalaulah keputusan dia, dia nak bersama dengan kau. Apa yang kau nak buat?"

Emir Adden Fattah diam. Dia tidak fikir lagi tentang itu. Dia hanya mahu tahu keputusan Dhia Airisya. Yang tu malas lagi dia nak fikir.

"Tak tahu" ujar Emir Adden Fattah sambil mengangkat bahunya.

"Tanya kau semua benda tak tahu"

"Dah tu tanya aku tu kenapa?"

Emir Addeh Fattah dan Razul sesama berpandangan tajam. Satu keluhan dilepaskan oleh Razul. Dia bangun daripada kerusi.

"Nasib baik kau ada kawan yang pakar cinta tau" ujar Razul sambil menepuk dadanya. Terasa bangga akan dirinya.

"Pakar cinta tapi sampai sekarang single n tak laku" bidas Emir Adden Fattah.

"Ehh kau baik kau diam sebelum aku sepak kau melayan dari office kau ni" bentak Razul geram. Sampai hati betul kata dia tak laku? Ehh hello dia bukan tak laku tapi dia belum jumpa cinta sejati. Haa gitew.

"Ada berani?"

Razul tersengih. Lehernya digosok.

"Arghh dah dah. Aku nak sambung bab cinta" tutur Razul laju sebelum nanti lain pula yang jadi. "Kalaulah dia kata dia nak bersama dengan kau dan dia dah tahu tentang kau, aku rasa better kau berlembut dengan dia. Tunjukkan yang kau cintakan dia. Tunjukkan dia yang kau takkan kecewakan keputusan dia. Perempuan ni hati dia lembut je. Dia nak kasih sayang daripada suami dia sendiri. Dia........."

"Woi Razul ! Bangang kau!"

Emir Adden Fattah dan Razul berpaling memandang Harriz di muka pintu dengan muka yang bengang sambil memegang sesuatu

"Apa dia bangang? Kau tak nampak ke aku tengah bagi ceramah ni?" Jerit Razul geram apabil kata-katanya tadi dipintas oleh Harriz. Dia tengah syok memberi ceramah kepada Emir Adden Fattah tadi dikacau oleh Harriz.

"Ceramah hotak kau! Ni laptop aku kau yang rosakkan kan?" Soal Harriz geram. Melihat Razul yang sudah tersengih itu membuatkan dia semakin berapi.

"Chill lahh. Pergi lah baiki tak pun beli baru" ujar Razul selamba. Dia sudah pun berjalan ke belakang kerusi Emir Adden Fattah. Bersiap sedia dengan apa yang akan berlaku nanti.

"Chill? Hotak kau chill! Kau tu tahu main game je! Dah berapa kali laptop aku rosak sebab kau! Dah lah kalah lepastu mengamuk baling barang kena laptop aku! Apa kejadah! Noob tu buat cara noob!" Jerit Harriz bengang. Geram dengan Razul. Dah lama dia sabar dengan Razul ni.

Emir Adden Fattah memicit kepalanya. Harriz berada di depan mejanya dan Razul pula berada di belakang kerusinya. Dah la terjerit-jerit! Sakit telinga dia tahu tak ???

"Woah woah relax ahh. Nanti aku beli laptop baru kat kau okay? Sabar okay? Calm down. Tarik nafas hembus. Tak baik marah marah ni. Nanti tekanan darah kau naik. " ujar Razul cuba menenangkan Harriz yang semakim berapi itu. Dalam hatinya, tidak berhenti berdoa agak tidak teruk dikerjakan oleh Harriz. Dia maish belum banyak pahala lagi nak bawa masuk kubur!

"Relax kepala atuk kau lah! Kau sini aku kerjakan"

"Woahh lari singa mengamuk!"

Mereka berdua berkejar-kejaran dia sekeliling Emir Adden Fattah. Emir Adden Fattah yang sedang duduk di kerusi itu semakin pening kepalanya melihat mereka berdua berkejaran dalam officenya. Sudahla kerusi yang diduduknya itu kejap dilangar oleh Razul kejap dilanggar oleh Harriz.

Emir Adden Fattah memejamkan matanya. Tak kenapa nak berkejar dalam officenya? Tak ada tempat lain ke? Tak boleh jadi ni!

"Woi! Baik korang dua berhenti sebelum aku tembak korang!" Jerit Emir Adden Fattah sambil tangannya menghentak meja lalu mengacu pistol kepada mereka berdua.

Harriz dan Razul berpandangan sesama mereka. Pistol yang dipegang oleh Emir Adden Fattah itu bukan pistol biasa-biasa tapi luar biasa. Walaupun pistol tersebut tak membunuh tapi pistol tersebut ada current dan boleh buat orang pengsan. Dan pistol tersebut lagi sakit daripada pistol lain kerana mereka akan kena renjatan elektrik nanti.

"Woahh lari bapak singa mengamuk! " ujar Harriz dan Razul serentak lalu berlari keluar menuju ke pintu. Belum sempat mereka keluar, Emir Adden Fattah terlebih dahulu melepaskan tembakan.

"Arkkk kau....erkkk kejam arkkk"

Buk

Emir Adden Fattah tersenyum memandang dua malaun kawannya itu pengsan tak sedarkan dir

"Aman hidup aku"


DHIA Airisya ulang alik di dalam bilik. Sesekali dia melihat dirinya di pantulan cermin. Badannya ditilik dari atas hingga bawah. Bibirnya diketap. Gaun putih yang hanya separas lutut dan berlengan pendek yang dipakainya dipandang lama.

"Arghh malu" ujar Dhia Airisya lalu menutup mukanya dengan tangan. Malu hendak melihat dirinya yang memakai pakaian seksi itu. Bunyi pintu dibuka dari luar menyentakkan dia.

Dhia Airisya cepat-cepat menuju ke katil dan menyelimutkan badannya sehingga paras lehernya. Matanya dipejam. Bunyi tapak kaki yang menghampirinya membuatkan dia semakin berdebar.

"Airisya?" Emir Adden Fattah mengerutkan dahi . Setahu tadi dia ada mendengar suara Dhia Airisya. Melihat tiada sahutan dari Dhia Airisya, dia membuat keputusan untuk mandi.

Dhia Airisya menarik nafas lega apabila mendengar bunyi pintu bilik air yang ditutup. Dadanya dipegang. Laju betul degupan jantungnya. Dia bangun daripada baring. Bibirnya diketap. Mukanya ditutup dengan tapak tangannya.

"Kau boleh Airisya kau boleh. Kau kena buat sesuatu yang dia takkan boleh lepaskan kau" gumamnya perlahan cuba memberi semangat kepada dirinya sendiri. Lama dia berperang dengan dirinya sendiri sebelum membuat keputusan untuk menghampiri meja solek. Perfumenya diambil lalu disemburkan ke badannya.

"Wahh wangi" hidupnya sambil menutup mata. Mesti Emir Adden Fattah suka nanti. Dia tersenyum kecil.

"Apa kau buat?"

"Opocot"

Botol perfume yang dipegangnya itu terlepas dari tangan apabila suara Emir Adden Fattah menyergahnya. Dia berpaling ke belakang. Emir Adden Fattah yang baru keluar dari tandas dengan hanya bertuala itu dipandang.

Emir Adden Fattah menghampiri Dhia Airisya. Perfume yang jatuh tadi dikutip olehnya lalu meletakkan atas meja semula. Dia memandang Dhia Airisya dari atas hingga ke bawah. Air liurnya ditelan kasar. Ni dah kenapa pakai seksi-seksi dan wangi ni?

"Kau......"

"Saya nak keluar. Sa....saya na....nak pe...pergi....errr pergi errr haa pergi kelab. Haha" ujar Dhia Airisya memutuskan kata-kata Emir Adden Fattah. Bibirnya diketap apabila sedar salah cakap. Pergi kelab? Hahahha lucu amat jawapan yang terkeluar dari mulutnya itu.

"Kau gila ke? No tak boleh. Aku tak benarkan" ujar Emir Adden Fattah bengang. Kalau yee pun keputusan Dhia Airisya yang ingin dia lepaskannya tapi perlu ke pergi kelab pakai seksi macam tu?

Dhia Airisya mengetap bibirnya sebelum senyuman lebar terhias. Satu idea muncul di fikirannya.

"Biarlah lagipun awak akan lepaskan saya juga kan? So why not saya pergi kelab untuk menghiburkan diri saya.

Dhia Airisya mengambil beg silangnya yang berada di atas meja lalu disingkat di bahunya. Dia melangkah menuju ke pintu bilik. Belum sempat dia nak buka pintu bilik, Emir Adden Fattah memegang tangannya.

"No! Kau masih isteri aku dan aku tak izinkan!" Bentak Emir Adden Fattah geram. Dhia Airisya direnung tajam. Apa katanya semalam dah merosakkan otak Dhia Airisya ke macam mana? Tiba-tiba je pakai seksi macam ni lepastu nak pergi kelab. Gila!

"Awak bukan sayang saya pun. Biarlah!" Ujar Dhia Airisya. Tombol pintu dicapai dan dipulas. Dia membuka pintu namun pintu ditutup semula.

Bang

Terhinjut bahunya apabila pintu ditutup kuat. Pinggangnya diraih oleh Emir Adden Fattah dan ditarik ke badan Emir Adden Fattah. Tangannya secara automatik terpegang dada Emir Adden Fattah yang terdedah itu.

"A...apa awak nak buat ni?"

Emir Adden Fattah tersenyum sinis.

"Ingat aku bodoh ke apa? Pergi kelab hmm? Good excuses"

Emir Adden Fattah tersenyum sinis melihat perubahan muka Dhia Airisya yang sudah cuak itu. Ingat dia mudah tertipu ke? Ingat dia tak tahu ke yang pergi kelab itu hanya sebagai alasan?

Macam la dia tak dengar apa yang dikatakan oleh Dhia Airisya sebaik sahaja dia masuk ke bilik air.

"You....." Emir Adden Fattah memandang lama bibir Dhia Airisya lama. Mulutnya didekatkan di telinga Dhia Airisya "Naughty" ujarnya sebelum menyambar bibir Dhia Airisya. Dicium bibir Dhia Airisya dengan penuh lembut.

Dibawa Dhia Airisya ke katil. Badan Dhia Airisya ditindih olehnya. Lama dia memandang mata Dhia Airisya. Mencari ketulusan dari mata Dhia Airisya. "Ni keputusan kau?" Soalnya. Dhia Airisya yang ditindih olehnya itu dipandang.

Dhia Airisya berdehem seketika menghilang rasa debaran jantungnya yang kian merancak. Tangannya yang berada di dada Emir Adden Fattah dialihkan lalu dililit di leher Emir Adden Fattah. Dia tersenyum lebar. "I want to be yours. Forever" ujarnya lalu dia mencium bibir Emir Adden Fattah kali ini.

Emir Adden Fattah tersenyum disebalik ciuman mereka. Dibalas lembut sebelum dia melepaskan ciuman mereka. "Tak menyesal?" Soalnya ingin kepastian. Dhia Airisya menggelengkan kepalanya. Dia takkan pernah menyesal dengan keputusannya kali ini.

"Okay. I will be yours and you are mine forever, Nur Dhia Airisya" 


♥♥♥♥♥♥♥♥

Arghh sweetttt.
Author senyum sorang2 sambil tulis haha.

Btw ada yang kata Alex tu Haikal, Iqbal and kawan-kawan Emir Adden Fattah.
Ke Haqiem sebenarnya ???

Siapakah Alex ???

Jeng jeng bagi suspen sikit.

Jangan lupa votement yee guys.

Muahhh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro