Bab 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA Airisya yang sedang tidur dengan lena didalam pelukannya itu dipandang lama bersama senyuman lebar. Bahu Dhia Airisya yang terdedah itu ditutup dengan selimut. Pinggang Dhia Airisya makin dipeluk erat. Satu kucupan singgah di dahi Dhia Airisya.

Matanya dipejam semula. Jujur dia kata apa yang mereka buat semalam membuatkan dia rasa happy. Buat pertama kali dia menyentuh Dhia Airisya sepanjang perkahwinan mereka. Bunyi alarm phone Dhia Airisya menyentakkan dia daripada mahu terlelap.

Matanya dibuka semula. Tangannya yang panjang itu mencapai phone Dhia Airisya yang berada di atas meja. Alarm ditutup lalu dia meletakkan phone Dhia Airisya semula. Dhia Airisya yang tidur lena itu dipandang. Mungkin terlalu penat projek semalam sehingga isterinya itu tidak sedar jam berbunyi.

"Airisya"

Emir Adden Fattah menepuk perlahan pipi Dhia Airisya cuba mengejutkan Dhia Airisya daripada tidur. Tapi langsung tiada respon daripada Dhia Airisya. "Airisya bangun."

"Hmmmm"

Mata masih tidak dibuka dan hanya pergerakan kecil sahaja dibuat. Emir Adden Fattah tersenyum kecil. Kenapa isteri dia tu comel sangat? Rasa nak gigit lagi walaupun semalam dah gigit.

"Airisya wake up please. Nanti kau terlepas solat subuh" ujarnya sambil perlahan-lahan menggoncangkan badan Dhia Airisya. Dhia Airisya membuka matanya memandang Emir Adden Fattah dengan muka mengantuk. Setelah itu dia menutup semula matanya. Badan Emir Addeh Fattah makin dipeluk erat.

"Airisya"

"Ermm kejap la. 5 minutes" rungut Dhia Airisya lalu menyambung tidur semula. Mengantuk sangat kali ini. Sampaikan rasa nak tidur lagi.

"Takde takde. Bangun sekarang solat subuh" ujar Emir Adden Fattah tegas kali ini. Dia taknak Dhia Airisya meninggalkan solat walaupun dia sendiri selalu meninggalnya.

Dhia Airisya mencerbik. Matanya digosok. Emir Adden Fattah yang tersenyum-senyum itu direnung tajam. "Bangun pun" ujar Emir Adden Fattah lalu menggosok lembut kepala Dhia Airisya.

"Pukul berapa dah?" Soal Dhia Airisya. Mukanya disemban di dada Emir Adden Fattah yang terdedah itu. Dapat dia rasa degupan jantung Emir Adden Fattah yang berdegup laju. Dhia Airisya tersenyum kecil teringat hal semalam. Pipinya mula kemerahan.

"Pukul 7"

"What?"

Dhia Airisya bangun daripada baring. Dia yang nak malu tadi terus tak jadi malu akibat terkejut. What the hell?? Habislah terlepas solat subuh!

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya yang dalam keadaan duduk itu. Selimut yang melorot jatuh yang menampakkan sebahagian tubuh Dhia Airisya. Baru Dhia Airisya sedar akan tubuhnya yang separuh berbogel itu apabila melihat renungan mata Emir Adden Fattah akan  badannya. Cepat-cepat dia selimut semula badannya. Digenggam selimut kuat.

"Gatal!" Dada Emir Adden Fattah dipukul geram. Renungan tajam diberikan membuatkan Emir Adden Fattah ketawa kecil. Dhia Airisya mengetap bibir. Pipinya semakin kemerahan. Malu!

"Dah la sa...saya nak pergi ma...mandi wajib" gugup Dhia Airisya. Bibirnya diketap. Dhia Airisya memusingkan badannya daripada menghadap Emir Adden Fattah. Baru dia nak bangun daripada katil tapi Emir Adden Fattah menarik tangannya disebalik selimut itu membuatkan dia terjatuh di atas badan Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya ingin bangun tapi Emir Adden Fattah menahan pinggangnya. "Awak saya nak mandi la" rungut Dhia Airisya. Emir Adden Fattah yang tersenyum-senyum itu dipandang tajam.

"Gurau je. Baru nak pukul 6. So we have more time to....."

Dhia Airisya menutup mulut Emir Adden Fattah.

"Awak jangan nak macam-macam."

Emir Adden Fattah tersenyum nakal. Dhia Airisya yang berada di atasnya itu dipandang lama sebelum dia memutar badan mereka. Kini dia pula yang menindih badan Dhia Airisya. Bibir Dhia Airisya dipandang dan lagi sekali dia mencium bibir Dhia Airisya.

Leher jinjang Dhia Airisya yang penuh dengan love bite itu dicium lagi sekali sebelum beralih kepada mulutnya pula. "Airisya kau seksi sangat buat aku tak tahan" ujar Emir Adden Fattah bersama senyuman.

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Arhh kenapa Emir Adden Fattah nakal sangat ni??!!!!

"Kyeopta (comel)"

Pipi Dhia Airisya dicium sekilas.

"Awak"

Dhia Airisya mencerbik mulutnya memandang Emir Adden Fattah yang merenungnya itu.

"Okay jom mandi. Nanti makin terbabas"

Emir Adden Fattah mencempung badan Dhia Airisya menuju ke tandas. Selimut ditarik menutup badannya. Nasib selimutnya tak melorot jatuh kali ini kalau tak mereka dah berbogel ke bilik air dah.

"Awak mandi sekali?" Soal Dhia Airisya melihat Emir Adden Fattah yang mengisi tab mandi mereka. Dan kali ini mereka sudah tidak berbogel. Emir Adden Fattah memakai short pans dan dia membalut tubuhnya dengan tuala. Terdedah bahu dan kakinya yang putih mulus itu.

"Tak. Mandi bersama"

Dhia Airisya merenung tajam. Ingat lawak ke? Sama je mandi sekali atau mandi bersama.

Terlepas ketawa Emir Adden Fattah dengan renungan tajam Dhia Airisya. Entah kenapa dia mudah rasa terhibur dengan Dhia Airisya kali ini. Rasa macam bukan dirinya pun ada.

Setelah siap mandi bersama, mereka menunaikkan solat Subuh bersama. Nasib solat Subuh tak terbabas. Lama mereka berperang dalam bilik air tadi sehingga tak sedar jam sudah hampir pukul 7 pagi.

"Assalamualaikum warah matullah....."

Dhia Airisya mengalirkan air matanya sebaik sahaja habis solat subuh. Emir Adden Fattah yang berada di depannya atau yang menjadi imam subuhnya kali ini dipandang lama. Buat pertama kali mereka solat berjemaah.

"Airi....."

"Thank you awak. Thank you sangat-sangat"

Dhia Airisya memeluk erat badan Emir Adden Fattah. Tangisannya semakin kuat. Air mata kegembiraannya mengalir laju. Dia yang berdoa supaya dapat solat berjemaah suatu hari nanti akhirnya makbul hari ini.

"Aku yang patut ucap terima kasih kat kau sebab terima aku seandainya. Airisya kali ini aku ingin jadi ketua keluarga yang beriman buat kau dan buat anak kita yang akan datang nanti" ujar Emir Adden Fattah tulus dari hatinya. Dia sudah fikir masak-masak. Dia ingin berubah menjadi suami yang solehah. Dia ingin jadi suami yang terbaik untuk Dhia Airisya.

"Bantu aku untuk berubah Airisya" ujarnya. Kali ini air matanya turut mengalir. Dahi Dhia Airisya dikucup lama. Rasa tenang jiwanya kali ini. Sudah lama dia terpesong dari landasan dan alhamdulillah dia terdetik nak berubah.




MAKANAN yang dihidang oleh Tengku Sumayyah dimakan dengan berselera. Lama mereka tidak menjamah masakan Tengku Sumayyah. Terkejut mereka apabila Tengku Sumayyah datang di pagi hari.

Tengku Sumayyah memandang Dhia Airisya dan Emir Adden Fattah dengan senyuman lebar. Dia pada awalnya yang risau akan mereka berdua kerana mendengar berita yang mereka berdua bergaduh terus datang ke sini. Tapi tak jadi apabila melihat mereka berdua yang tampak bahagia itu.

"Ibu datang sini sebab nak marah korang dua tapi tak apalah tak jadi" ujar Tengku Sumayyah. Dhia Airisya tersenyum kecil. Dipandang Emir Adden Fattah lalu dia memandang Tengku Sumayyah semula. "Ibu jangan risau ehh."

"Ermm mesti korang berdua dah buat projek kan semalam?"

Dhia Airisya dan Emir Adden Fattah yang sedang mengunyah makanan itu tersedak apabila ditanya begitu oleh Tengku Sumayyah. Cepat-cepat mereka berdua minum air. Muka mereka berdua mula kemerahan membuatkan Tengku Sumayyah tergelak.

"Emm i see. So jangan lupa bagi ibu cucu kembar ehh"

"Ibu!" Serentak Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya berkata dan lagi sekali Tengku Sumayyah ketawa.

"Sweet lah korang ni. Kalau macam tu ibu minta kembar 3 !

"Ibu!"



EMIR Adden Fattah melangkah ke dalam bangunanya dengan senyuman. Razul dan Firash yang kebetulan nak masuk lift VVIP itu ditegur olehnya. Mereka berdua berpaling memandang Emir Adden Fattah dengan dahi berkerut.

"Kau nampak apa yang aku nampak?" Bisik Razul pada Firash. Firash menangguk kepalanya laju dengan mulut yang terbuka. Terkejut ditegur oleh Emir Adden Fattah satu hal kerana Emir Adden Fattah bukan seorang yang suka menegur orang. Lepastu terkejut pula dengan senyuman yang diberikan oleh Emir Adden Fattah.

"Jantung aku berdeguk rancak bro" ujar Razul. Tangannya diletak di dada merasa degupan jantung setelah dipinang senyuman Emir Adden Fattah.

"Woi korang berdua nak masuk ke tak?" Soal Harriz yang sudah masuk ke dalam lift dan berdiri di tepi Emir Adden Fattah.

"Ehh bila kau masuk?" Soal Firash lalu dia dan Razul masuk ke lift. Harriz menggelengkan kepalanya. Apa nak jadi dua orang ni tercegat kat situ. Dia yang masuk lift pun boleh tak perasaan.

"Haha korang ni lucu"

Ketiga-tiga mereka memandang Emir Adden Fattah dengan pandangan pelik.

"What?" Soal Emir Adden Fattah dengan kening yang dijongket. Dah kenapa tiga orang kawannya tengok dia pelik? Tak pernah tengok dia senyum dan ketawa ke apa? Ouhh okay tak pernah. Lupa selama ini dia hanya menayangkan muka yang bengis. 

"Bulu aku meroman" ujar Razul.

"Aku pun" sokong Firash

"Aku pun sama" sokong pula Harriz.

Mereka bertiga memandang sesama mereka lalu memandang Emir Adden Fattah semula. Air liur ditelan kasar.

Ting.

"Wahhh hantu!!! Lari!!!"

Sebaik sahaja pintu lift terbuka mereka bertiga terus berlari keluar dari lift lalu menuju ke office Emir Adden Fattah. Pintu dikuak kasar lalu mereka terus masuk ke dalam. Pintu ditutup lalu dikunci.

"Wehh Fattah ada hantu menyerupai kau" jerit Razul lalu menghampiri kerusi yang membelakangi mereka. Dipusingkan kerusi tersebut namun tiada Emir Adden Fattah.

"Ehh mana Fattah? Bukan dia kata nak masuk office ke hari ini?" Soal Firash. Tangannya menggosok tubuh badannya. Bulu roma sudah habis menegak.

"Fattah selalu datang awal daripada kita" ujar Harriz. Sebab itu mereka bertiga terus lari dari lift dan menuju ke sini. Setahu mereka Emir Adden Fattah akan sampai lebih awal daripada mereka semua. Tapi tadi sudahlah datang lambat. Lepastu senyum kat diorang dan lepastu ketawa pula. Mana tak seram?

"Jangan-jangan....."

Mereka berpandangan sesama mereka. Air liur ditelan kasar lagi sekali.

"Jangan jangan kawan kita kena makan dengan hantu!!!!"

Emir Adden Fattah yang kat luar itu menggelengkan kepalanya. Apa yang nak jadi dengan 3 orang kawannya itu. Apa kejadah hantu di pagi hari ini?

"Woii buka pintu ni bangang! Aku nak masuk! Dah la menyorok dalam office aku!" Jerit Emir Adden Fattah sambil mengetuk pintu kuat walaupun dia tahu mereka takkan dengar jeritannya

Harriz, Firash dan Razul memandang ke pintu yang diketuk bertalu-talu lalu mereka berpandangan sesama mereka. "Rash kau pergi buka pintu" arah Firash

"Apasal aku pulak? Kalau hantu tu makan aku macam mana?" Ujar Razul lalu mendengus kasar. Dia taknak kena makan dengan hantu! Dia masih belum kahwin lagi! Awek pun tak ada lagi ni!

"Macam ni, kita call Fattah tanya dia kat mana. Selagi tu kita jangan buka pintu. Okay?" Ujar Harriz memberi cadangan. Firash dan Razul menangguk kepalanya setuju. Razul terus mengeluarkan phonenya.

Emir Adden Fattah yang masih kat luar sedang melihat cctv officenya. Memandang officenya sound proof jadi dia tak dengar apa yang dibicara oleh mereka. Tapi jangan risau dalam officenya itu ada wiretape yang membolehkan dia mendengar setiap bicara mereka bertiga.

Kepalanya diggelengkan.

Kringgg.

Emir Adden Fattah mengangkat panggilan dari Razul. Senyuman sinis terukir.

"Woi Fattah mana kau hah? Kata nak datang office. Cepatlah datang office!" Jerit Razul dari talian. Emir Adden Fattah menjauhkan sikit phonenya dari telinga. Boleh pekak macam ni telinga dia.

"Aku ada kat rumah. Tak jadi datang"ujar Emir Adden Fattah. Bibirnya diketap menahan ketawa apabila melihat reaksi Razul dari cctv.

"Wehh dia kata ada kat rumah" bagitahu Razul kepada Harriz dan Firash. Mereka menelan air liur. Bulu roma semakin menegak. Sah! Yang mereka nampak tadi dan yang naik lift sekali tadi adalah hantu!

"Dahla bye. Enjoy your day!" Ujar Emir Adden Fattah lalu mematikan panggilan. Terlepas ketawanya melihat reaksi mereka bertiga tadi. Apa la! Mafia takut hantu! Tak macho betul!

Emir Adden Fattah berdehem menghilangkan ketawanya. Satu idea muncul difikirannya. Tab yang berada di tangannya itu dipandang lama sebelum satu senyuman terukir. Dia membuat split screen pada tabnya. Satu app dibuka.

App tersebut dikhaskan oleh mereka berempat sendiri. Dan yang paling menarik dia boleh control apa yang terjadi dalam officenya. Termasuk on off lampu officenya. Dan pintu officenya juga boleh di unlock dengan apps tersebut tapi saja dia taknak masuk lagi.

"Wehh ke..kenapa la..lampu bu..buka tutup?" Soal Razul gagap. Memandangkan office Emir Adden Fattah itu gelap kerana tidak membuka langsir jadi mereka membuka lampu. Tapi sekarang lampu buka tutup pula angkara Emir Adden Fattah.

"Call bomoh wehh! Call bomoh! Bilik ni dah berhantu!"

"Apasal call bomoh? Call ustaz la! Apa kejadah call bomoh"

Emir Adden Fattah yang kat luar sudah ketawa terbahak-bahak. Sumpah terhibur dengan rakannya. Tak tahu pula mereka selama ini penakut hantu! Haha.

Dia berjalan menjauhi officenya itu lalu menuju ke bilik rahsia. Bilik rahsia tersebut bersambung dengan officenya. Jadi dia membuat rancangan untuk masuk ke officenya melalui pintu bilik rahsia.

Emir Adden Fattah scan tangannya dan juga matanya. Setelah itu baru pintu bilik rahsia dibuka. Dia terus masuk ke dalam bilik rahsia lalu menghampiri pintu yang menghubungkan ke officenya.

Tabnya dipandang. Lampu office nya itu terus di off membuatkan office itu terus gelap.

"Weii aku takut"

Mereka memngeluarkan phone masing-masing lalu memasang torchlight. Office Emir Adden Fattah itu sedikit terang berbanding tadi. "Jom keluar wehh! Bilik ni dah berhantu" ujar Harriz lalu menuju ke pintu begitu juga dengan Razul dan Firash.

"Apasal tak boleh buka?" Ujar Harriz sambil mencuba membuka pintu lagi sekali namun tak dapat. Dah kenapa tak boleh buka pintu ?

"Bilik rahsia"

Mereka bertiga menuju pula ke pintu bilik rahsia. Dijalan berhimpit-himpit kerana ketakutan. Nasib mereka ada phone jadi tak adalah gelap sangat office Emir Adden Fattah.

Sementara itu Emir Adden Fattah sedang bercakap dengan Dhia Airisya di talian. Terganggu kerjanya mahu mengusik mereka bertiga apabila Dhia Airisya tiba-tiba callnya. Tab yang berada ditangannya itu sudah tidak diberi perhatian. Dan dia tidak sedar bahawa mereka bertiga sudah hampir dengannya.

Firash membuka pintu bilik rahsia. Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik rahsia, satu jembalang berdiri di depannya itu dipandang. Lampu disuluh ke arah jembalang itu.

"ARGHHH HANTU !!!!" jerit Firash, Razul dan Harriz.

Emir Adden Fattah yang sedang berbual dengan Dhia Airisya itu turut terkejut apabila 3 jembalang tiba-tiba muncul didepannya.

"Arghhh !!" Dia turut terjerit akibat terkejut dengan lampu yang disuluh oleh Razul ke mukanya sendiri. Muka buruk Razul itu menyapa matanya.

"ARGHHHHHHHH !!!!! " Jerit mereka berempat lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Keempat-empat mereka terbaring di situ pengsan akibat terkejut.

♥♥♥♥♥♥♥

Astaga mafia apa ni takut hantu n?
Ish ish ish
Boyfriend sapa ni takut hantu di siang hari sila kutip please.
Hahahaha

Jangan lupa votement guysss.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro