07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kisstagram : BTS

[ Seducer Pilihan : Kim Namjoon]

Genius Seducer

------

Sila letakkan rating anda di hujung bab ini. 😜
-------

Aku menyorokkan diri di sebalik pohon yang terletak berdekatan kawasan perumahanku.

Suasana damai petang itu memunculkan segaris senyuman di wajah aku. Jari-jemariku bergerak masuk ke dalam poket seluar.


"Agak-agak okay tak aku berjumpa dengan penggoda terakhir? Dia gelar diri dia genius. Mana tahu tahap kebijakkan dia boleh berjangkit dekat aku? Hehehe."aku menyuarakan hasrat di hati.

Aplikasi kisstagram dibuka pantas. Aku menekan gambar profil yang jelas memaparkan wajah kacak seducer terakhir itu.

-------

Selesai dengan urusan meneliti raut wajah kacak penggoda genius,  Yoo Min menyandarkan badan di pokok. Dia tidak sedar akan kedatangan seseorang sehinggalah pipinya dicuit lembut.

"Sayang, tak nak jumpa aku ke?"

Zzup.

Suara garau. Malahan, seksi dan menggoda itu nyaris menyebabkan Yoo Min tersedak air liur. Kepalanya ditoleh ke arah kiri.

Seorang lelaki sedang duduk di sebali pokok. Senyuman manis ditayangkan khas untuk Chae Yoo Mi. Apabila matanya bertemu sepasang lesung pipit yang terbentuk indah di pipi lelaki itu,  pandangan matanya terus melekat di satu kawasan.

Wajah lelaki penggoda itu terlalu mengancam. Anak matanya belum puas melakukan jelajah merenung kekacakkan insan berlawanan jantina ini.

"Saya Chae Yoo Min. Awak Namjoon-sshi?"

Anggukan kepala Namjoon membisikkan perasaan lega dan teruja terhadap Yoo Min. Gadis itu gagal menepis debar-debar di dada.

Jantungnya memainkan irama rancak apabila jari-jemari Namjoon mendarat nakal di hujung bibirnya.

"Izinkan aku?"

Mengenangkan nasibnya yang akan membujang selepas ini, Yoo Min mengiyakan sahaja permintaan Namjoon.

Sangkanya lelaki itu akan menodai terus bibirnya. Namjoon bijak. Dia tarik lembut lengan gadis itu.

Keningnya dijungkitkan sedikit tanda mengusik Yoo Min.

"Jomlah. Aku nak bawa kau ambil angin petang. Sudi tak?"pelawanya sopan dan ringkas.

Yoo Min bingkas bangun dari duduk. Belum sempat dia berdiri lama, pandangan mereka saling bertaut antara satu sama lain.

"Kau cantik,  Cik Chae Yoo Min."

Pujian bertindak sebagai pemula babak hangat.

"Aku ada hadiah. Untuk Yoo Min."

Kata-katanya pula terlindung makna tersirat.

"Hadiah yang akan buatkan kau menyeru nama aku tanpa sedar."

Yoo Min mengalami kesukaran untuk menafsir kata-kata yang bermain di bibir Namjoon.

Jejak langkah Namjoon dia ikut dengan rela hati dari arah belakang. Susuk tubuh tinggi lampai itu terus melangkah ke arah satu destinasi misteri.

"Sayang."sahutnya tiba-tiba.

Yoo Min menghentikan derapan langkah kakinya. Anak mata Namjoon dipandang tepat.

"Kenapa, Encik Genius?"

Namjoon membalas soalan Yoo Min menggunakan isyarat tubuh badan merbahaya. Namun,  cukup menggetarkan hatinya.

"Aku nak perhatian kau,  Yoo Min."

Telapak tangannya mendarat di belakang kepala gadis itu. Dia elus perlahan helaian rambut panjang itu. Pandangan matanya tetap tidak diubah ke arah lain.

Fokusnya hanya kepada Chae Yoo Min.

"Let me ..."

Barisan ayat itu terhenti sebentar. Bibir Namjoon sengaja dibiarkan bersentuhan pada dagu Yoo Min.

Helaan nafas kasar gadis itu mengukirkan senyuman sinis di wajah kacaknya.

"Kiss you."

Batang hidung mereka bersentuhan rapat. Lengan kekar Namjoon menarik pinggang gadis itu untuk maju ke hadapan.

Tiada sebarang izin, Chae Yoo Min membiarkan bibirnya dipagut lembut oleh lelaki itu.

"Namjoon, I want more."

Penggoda itu menjeling seksi. Bibir bawahnya digigit perlahan. Dia sedar pandangan Yoo Min terhenti di situ

"Kalau nak, aku cabar kau untuk goda aku. Sayang berani?"

Jari-jemari Yoo Min diletakkan di kawasan lehernya. Manakala, bibir penggoda genius itu berterusan menghadiahkan sentuhan demi sentuhan di segenap ruang wajah Yoo Min.

"Damn it, Kim Namjoon. Just shut up and kiss me already."

-tbc-

A/N:

Rating untuk Genius Seducer?

:')

Maaf jika hambar. Huhuuu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro