Ending [ √ ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kisstagram • bts

[Ending]


A/N:
Saya himpunkan semua penggoda dalam satu bab penamat ini. Harap korang sukakan penamat unik ini. ♥

[ Kisstagram feat bangtan]

☆ Seducer pilihan : Semua ☆


Beberapa bulan selepas itu, fikiran Chae Yoo Min sering memutar semula kenangan manis serta hangat menggoda itu.

Barisan jejaka kacak daripada aplikasi Kisstagram membuatkan tidur lenanya kurang nyenyak. Rupa paras menawan dan bibir seksi semua penggoda tersebut menghantui fikirannya.

"Entah bila lagi aku akan dapat peluang seindah ini? Biasalah Yoo Min, kau tak laku pun. Sedar diri!"tanpa sedar,  bibirnya merungut kecil. Bunyi loceng kedengaran lantang di luar pintu rumah mengejutkan gadis itu daripada mengelamun panjang.

Kali pertama, dia abaikan.

Kali kedua, Yoo Min masih statik di posisi berbaring. Kakinya dibiarkan terjuntai keluar sedikit dari permukaan sofa empuk itu.

"Ugh. Siapa rajin sangat nak ganggu aku tidur awal-awal pagi ni? Matahari pun tak terbit lagi. Dah berdesing telinga aku. Aigoo."

Kakinya dibawa malas menuju ke pintu rumah. Usai dibuka perlahan, kening gadis itu berkerut. Satu susuk tubuh manusia langsung tidak kelihatan di pandangan matanya.

Padahal dia yakin anak matanya menangkap sosok banyangan dari bawah pintu rumah.

"H-hey, korang jangan memandai nak prank aku. Aku sepak kang."Yoo Min separuh mengugut. Bebola matanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Puas dia menangkap sebarang unsur-unsur yang memelikkan. Tiada seorang pun manusia di luar pintu rumahnya.

"Jap. Surat untuk aku?"

Sampul surat berwarna putih itu diangkat tinggi. Bait-bait ayat yang terjalin cantik itu direnungnya bersama perasaan musykil bercampur terima.

"Kisstagram menjemput anda hadir ke parti eksklusif di lokasi xx. Sediakan diri anda. Kami tunggu Cik Chae Yoo Min di luar rumah. Tepat jam 8 malam. Kereta Hyundai Palisade no plat Y0701X."bibir Yoo Min terkumat-kamit menyebut arahan daripada pengirim misteri tersebut.

Sampul surat berserta isi kandungannya direnung sekali lagi. Yoo Min segera berlari masuk ke dalam rumah.

Jemputan yang hadir secara tiba-tiba hampir menggugurkan jantungnya pada saat itu juga.

Debaran di hati semakin terasa kerana jemputan itu mempelawa dirinya untuk hadir pada hari tersebut juga.

-------

Aku membawa langkah ke arah kereta berjenama Hyundai itu. Cermin keretanya bertinted gelap sekaligus menyukarkan aku untuk meneka gerangan manusia yang berada di dalam kereta.

"Masuklah."suara garau itu memberi arahan kepadaku sewaktu cermin kereta mulai terbuka separuh.

Kakiku melangkah masuk ke dalam kereta. Suasana bertukar sepi. Dari hujung mata, dengan kepala yang kasih memandang ke hadapan,  aku menjeling sekilas.

Susuk tubuhnya mirip seseorang. Aku segera mendongakkan kepala ke atas.

Wow.

Aku mengagumi keindahan ciptaan tuhan ini. Aku sangkakan pertemuan kami berakhir sejak lama dahulu.

Rupa-rupanya dialah lelaki pertama yang menjemputku ke parti ekslusif mereka.

"Rindu aku tak Cik Yoo Min?"suara merdunya menyapa indah gegendang telingaku. Aku perhatikan urat-urat halus yang timbul di tangannya.

Seksi. Gumamku automatik di dalam hati.

Genggaman tangannya melekat di stereng kereta. Manakala, mata aku nakal memerhati sudut wajah sempurna itu.

"Jung Hoseok. Sudah tentu saya rindukan awak."

Hoseok berdehem suka. Kepalanya ditoleh sebentar ke arahku ketika lampu hijau bertukar merah.

Tanpa amaran, dia hadiahkan kenyitan mata menggoda. Bibirnya dibenamkan di pipi mulusku.

"That's my baby."

Hangat. Perkataan ini menggambarkan ciuman pantas yang dihadiahkan oleh Hoseok. Usai penantian beberapa minit, lampu hijau menyala semula.

Jari-jemari kasar lelaki itu mencuit manja daguku. Gelakan manja menghiasi wajahnya tika kereta Hyundai itu meluncur laju ke satu destinasi rahsia.

-------

Stiletto merah milikku melangkah penuh elegan di ruang tamu rumah agam tersebut. Bunyi muzik romantis membuaikan perasaan.

Aku nyaris hanyut tatkala sepasang anak mata penggoda kedua muncul pula.

Kami berlawan pandangan. Aku berdiri kaku di hadapan pintu. Parti eksklusif itu hanya menjemput beberapa orang sahaja.

Tidaklah seramai yang aku jangkakan sebelum menjejakkan kaki di sini.

"Yoo Min, kau nampak cantik."lelaki itu memujiku. Senyuman lebar terbentuk di wajah sehingga kelopak matanya tampak sepet.

Lelaki itu memakai kemeja satin berona ungu dan seluar slack berwarna hitam. Dia melangkah dengan penuh karisma. Setiap mata hadirin yang hadir melekat seperti sebuah magnet.

"I miss you, babe."

Jimin melonggarkan ikatan tali lehernya. Pinggangku dirangkul lembut. Segelas wine diteguk rakus lalu dia ukirkan senyuman sinis.

"Jimin. J-jimin."aku mengeluarkan hembusan nafas kuat. Nada suaraku bergetar hebat. Keseksian penggoda ini menggoyahkan kekuatan hatiku.

Ibu jarinya licik mengusik bibir bawahku. Dia kesat perlahan sehingga aku jatuh khayal.

"Your Jimin sentiasa ada untuk menggoda Yoo Min. Call me if you're lonely."

Kucupan bibirnya basahnya terhenti di daguku. Aku ingin membalas ciuman tersebut. Lenganku ditarik oleh seseorang dari arah belakang.

Jimin melambaikan tangan. Bibirnya digigit sekadar mengusik hatiku.

Gila. Baru jumpa dua penggoda, aku hampir nazak tahu?

-------

Tarikan kuat itu menyebabkan wajah aku tersembam di dada bidangnya. Rental lagu di sekeliling bertukar romantis.

Pinggangku dirangkul mesra oleh kedua-dua telapak tangannya. Matanya merenungku lama. Latar muzik itu jelas memainkan peranan besar.

Aku lingkarkan lenganku di lehernya. Tubuh kami berdua bergerak santai mengikut alunan muzik.

"Dah lupakan aku?"

Sedikit pun aku tidak lupakan penggoda teragung ini. Bahu lebarnya menjadi mangsa daratan kepalaku. Telingaku mencerna nyanyian kecil dari bibir munggilnya.

"Yoo Min buatkan Seokjin mahukan lebih lagi. Hanya kita berdua. Nikmati saat mesra bersama."aku menggenggam kuat kolar baju kemejanya.

Kedegilan menjebakkan diri ke dalam perangkap godaan Seokjin sukar menegakkan pendirian aku untuk menolak godaannya.

Bibirnya berlaga di cuping telinga aku. Nafasnya menderu panas di permukaan leherku.

Sekali aku tepis, dia muncul bersama godaan licik.

"Thanks Yoo Min. Aku suka sisi suci kau. Terlalu naif dan seksi."

Pujian tersebut diakhiri kucupan bibirnya di dahiku.

Bahuku ditolak perlahan. Tanganku terasa seperti digenggam oleh penggoda ketiga.

-------

Belum selesai move on disebabkan layanan bertaraf bintang oleh Seokjin,  tubuhku dicempung pula oleh penggoda berlesung pipit di pipi itu.

"Cik Yoo Min. Aku ada satu kuiz untuk kau. Jawab sekarang. Ada hadiahnya. Kalau salah, hukuman menanti. Setuju?"

Nak menolak, dia sudah menggoda aku tahap ekstrem. Manakan sanggup aku menolak permintaannya untuk bermain kuiz.

Tahulah bijak. Kau tahu tak otak aku semakin berkarat. Nasib kau menggoda. Aku lebih rela risikokan hidung aku untuk menjadi nose bleed.

Kim Namjoon namanya diberi. Tubuhku diletakkan di kerusi berhadapan kolam renang. Lokasi kami duduk berduaan terlindung daripada pandangan mata orang ramai.

"Satu tolak satu. Jawapannya apa?"

Soalan kacang aje kan. Jawapannya sudah tentu..

"Kosong. Sifar. Am I right? "

Namjoon menggelengkan kepala. Senyuman menawan tertayang di wajahnya bersama barisan gigi tersusun kemas dan cantik.

"Tak. Satu tolak satu. Dapat satulah. Kau salah Yoo Min."

Aku tersentak. Jawapan semudah itu aku tetap dilabel salah. Adakah otakku kekurangan oksigen ketika ini?

"Kosong!"aku menegaskan jawapanku. Namjoon menggelengkan kepala. Bahuku ditolak rapat ke kerusi.

"Tak. Jawapannya tetap satu. Kenapa? Kau tolak satu godaan. Godaan lain yang menyusul. Kau tak akan jumpa jalan keluar,  Yoo Min."

Pandangan mata aku dikaburi dengan wajah kacak itu. Dia senyum sikit pun. Hati aku bergoyah teruk. Belum lagi dia terkam aku melalui kiss kan?

"Kuiz ini sekadar pemanas. Aku tak sabar, sayang. Namjoon wants you."

Aku menahan dadanya menggunakan kudratku. Namjoon menepis laju. Bibirnya bergerak liar meninggalkan kesan di seluruh wajahku.

Oh, godaan seperti ini yang kau inginkan tunjukkan kepada aku?

-------

Setelah selesai menghabiskan masa bersama Namjoon, aku melabuhkan punggung di sebuah kerusi.

Seluruh ruang bilik itu aku perhatikan. Kagum dengan reka bentuk dan susun atur perabotnya yang cukup kemas dan berona kelabu.

"Ceroboh bilik orang tak minta izin dulu eo?"

Teguran itu menyebabkan aku terjerit kecil. Kertas-kertas coretan lirik lagu terlepas daripada genggaman tanganku.

"Ah, Yoo Min-sshi. My favourite princess."

Lelaki berwajah putih pucat itu menarik satu lagi kerusi. Kedudukannya begitu rapat sehingga lutut kami saling bersentuhan. Tiada ruang untuk aku melepaskan diri.

"Min Yoongi. Badass seducer. Dah lama kita tak bertemu."Yoo Min menyapa kekok.

Yoongi mengangguk setuju. Badanku seolah-olah kebal daripada terkena kesejukan menggigil pendingin hawa.

Tatap muka anak Min pun ternyata mampu memanaskan badanku. Nafasku tersekat di kerongkong. Aku beranikan diri untuk menatap Iris matanya.

Mempersonakan hati. Aku jamin kebenaran fakta yang dimiliki Min Yoongi ini.

"Aku rindu kau Yoo Min."

Yoongi berjeda. Dia biarkan Yoo Min didesak perasaan ingin tahu perkataan yang akan diucapkannya selepas ini.

"Rindu saya?"

Yoongi mengucup kelopak mata gadis itu. Ciumannya menurun ke batang hidung Yoo Min.

"Rindu kau..dan bibir kau, Yoo Min."

Yoongi mendekatkan wajah. Bibir Yoo Min kemudiannya dipagut lembut.

"Sayangnya, kau menjadi rebutan kami semua. Aku akan goda kau. Secukupnya."

Ucapan manis Yoongi diganggu tika bunyi ketukan pintu berbunyi bising di luar bilik.

Siapa pula yang ingin mengacau daun?

-------

"Taehyung"mulutku berbisik nama penggoda itu apabila wajahnya terpacul di depan mata.

Cermin mata besar menghiasi wajah kacaknya. Aku menitipkan ucapan selamat tinggal kepada Yoongi sebelum aku mengikuti jejak langkah Kim Taehyung.

"Apa khabar Cik Chae Yoo Min? Tae rindu."suaranya menuturkan ayat ringkas. Namun, hatiku cair kerana suara serak basahnya mengganggu fokus pertemuan kami.

"Saya baik-baik sahaja. Tae pula?"baku sungguh tutur kataku ketika berhadapan dengan lelaki ini. Taehyung membawa aku keluar dari rumah agam tersebut.

Kami berdua sama-sama berdiri. Senang hatiku melihat senyuman petak terukir cantik di wajah penggoda itu.

Patutlah dia bergelar innocent seducer. Luarannya aku terbuai dengan sikap sopannya. Sisi dalaman seksi yang terlindung di sebalik figura tinggi lampai ini bakal menyeksa setiap helaaan nafasku.

"Yoo Min, bintang-bintang bersinar terang malam ini. Aku suka."jari telunjuknya diangkat naik ke atas. Reaksi teruja Taehyung menggelikan pangkal hatiku.

Dia comel. Tapi, aku ternanti-nantikan sesuatu. Pertemuanku dengannya hari ini bakal ditamatkan dengan sesi merenung bintang sahaja?

Ah, bosan.

"Yoo Min, aku rindu."

Acapkali perkataan rindu bermain di bibir hampir kebanyakan penggoda Kisstagram pada malam tersebut. Aku dihimpit perasaan keliru. Besar betul impak diriku kepada mereka sehingga para penggoda itu mulai berasa rindu terhadapku.

"Rindu nak dengar kau sebut nama aku. Your only Tae."

Lelaki itu selamba menarikku ke dalam satu pelukan erat. Gelak tawa halus menemani deria pedengaranku.

"Chagiya."aku mengangkat wajah. Muka Taehyung beriak polos. Bibirnya dijilat basah. Usikannya menjadi-jadi dalam diam.

Kau nakal, Tae.

"Tae nak minta izin."

Alahai,  kau nak pinta keizinan apa lagi duhai lelaki comel? Sudah cukup kau menyeksa seketul Yoo Min di sini.

Aku menjengketkan kening sebagai balasan kepada pertanyaan Taehyung. Lelaki itu membiarkan jari-jemari magisnya mengelus wajahku.

Nafasku menjadi berat. Aku melepaskan keluhan kecil. Oh, itulah agenda tersembunyi. Maklumlah dia memang bergelar penggoda.

Kerjanya asyik nak lunturkan keimanan aku je.

"Izinkan aku untuk lepaskan rindu. Just for this night, baby."

Kelembapan bibirnya bergerak ke satu tempat kegemarannya. Bibirku dicium lama. Kemudian, kedua-dua pipiku dicubit geram.

"Ah, Tae nak larikan diri dulu. Jangan mimpikan Tae sampai terjatuh katil pula. Bye Yoo Min."

Pemergian Kim Taehyung aku hantar bersama lambaian tangan berulang kali. Kecomelannya mengusik hatiku. Aku dijangkiti virus cerianya.

Semakin lebar senyuman di bibirku.

-------

Sewaktu kakiku ingin melangkah masuk semula ke dalam rumah agam tersebut, mataku sempat menangkap kelibat seorang lagi penggoda terakhir.

Susuk tubuh sasa itu sedang ralit melayan irama lagu yang berkumandang di sekitar ruang tamu. Setiap orang yang hadir lengkap dengan pasangan masing-masing.

Hanya si dia berdiri seorang di lantai tarian. Minuman berwarna ungu gelap itu disisip. Matanya mencerlung tajam memandangku dari jauh.

"Ppaliwa (cepatlah). Kejar aku."ajaibnya, aku dapat menangkap butir-butir percakapannya. Meskipun bibirnya bergerak tanpa ditemani sebarang suara, otakku memproses laju permintaan lelaki itu.

Dia nak main kejar-kejar bersama aku?

Tiada masalah, sayang. Aku sudi asalkan kau tak lagi ke merata tempat.  Boleh semput nafas aku dibuatnya.

"Bunny. Lajunya awak."aku menjerit kecil tatkala susuk tubuhnya mendesup laju memasuki setiap ruang di rumah agam tersebut.

Bertemankan kudrat yang masih tersisa, aku gagahkan diri melangkah laju walaupun kakiku tersarung sepasang stiletto bertumit tinggi berwarna merah garang.

"Yoo Min. Ssh."mulutku ditekup pantas apabila aku terjerit kecil kerana disergah olehnya dari sebalik langsir tebal itu.

Jungkook, Jeon Jungkook. Aku mendesis nama penuhnya di dalam hati. Lelaki tinggi lampai itu meletakkan kedua-dua telapak tangannya di rahangku.

"Sayang. Aku berbesar hati untuk menjadi penggoda kau yang terakhir. Aku harap kau sukakan kejutan khas dari bunny kau ini."

Tubuhnya merapatiku dalam kadar perlahan. Aku berundur ke belakang sehingga dinding bilik tetamu itu bersentuhan erat dengan tubuhku.

Sejuk dan dingin. Pada masa yang sama, darahku mula memanas. Pipiku merona merah kerana kedudukan wajah Jungkook semakin terhapus jaraknya.

"Terima kasih Yoo Min. Kaulah perempuan terbaik yang aku dan mereka pernah jumpa."jemari runcingnya menyelak helaian rambut panjangku.

Kedua-duanya berada dalam posisi mengunci pergerakan aku daripada sebarang tindakan meloloskan diri.

"Say my name. Twice. Aku akan tunjukkan euphoria yang dicipta khas untuk Chae Yoo Min."

"Jungkook."kepalanya mendekati wajahku. Anak mata Hazel itu menikam pandangan mataku.

Jujur,hatiku terusik.

Permukaan kulitku disapa hembusan nafas hangatnya. Aku enggan menunggu lama. Jari-jemariku mengelus permukaan rambutnya.

Signal dizahirkan melalui tindakanku,mulut berbisu sementara waktu agar secebis keberanian ditampal ke dalam hati.

Terlalu menggoda anak Jeon ini. Aku bimbang dengan kesannya kelak.

"Jungkook."

Kali kedua namanya bermain di lidahku. Jungkook menyengetkan kedudukan wajahnya. Bibirnya dibiarkan bersentuhan kaku di bibirku.

"Yoo Min, kamsahamnida sayang."titipnya buat kali terakhir. Jari-jemari kami bertaut erat. Jungkook tolak bahuku lebih rapat ke dinding.

"J-Jungkook, this is not enough."hatiku berkata sebaliknya. Ciuman itu bertukar rentak. Kehebatan sentuhan bibirnya membuatkan aku hanyut dibuai rasa gembira.

"Bunny will gives you more love."ucapnya dalam nada menggoda. Helaan nafas kasarnya menolak aku jatuh ke dalam fantasi dunia yang diciptanya.

Aku tertanya-tanya adakah aku kasih berpijak di alam yang nyata ataupun semua ini cuma khayalan di benak fikiranku?

Jungkook seolah-olah dapat membaca persoalan di fikiranku. Hidungnya dibiarkan berlaga denganku. Iris matanya merenung ke dalam mataku.

"Kau tak bermimpi, sayang. Kami akan tetap menggoda kau. Aku,  dia dan dia tak akan mengalah. Pilihan di tangan kau.  Aku tahu kau tak mampu membuat keputusan muktamad..kerana.."

Jungkook membelai pipiku. Matanya sibuk meneliti pergerakan jariku. Aku sukar menentukan pilihan di hati.

Jejaka Kisstagram menundukkan sisi suci dan naifku melalui satu godaan sahaja.

Dua butang paling atas kemeja putih Jungkook aku lucutkan. Hujung bibirnya membentuk senyuman kemenangan.

"Godaan aku mampu gilakan kau. Kau akan tertarik untuk menyebut namaku lagi dan lagi, sayang."

Aku tergelak sinis. Bibirku mengucup pipi jejaka penggoda terakhir itu.

"Saya tak perlu memilih. Korang semua yang perlu berusaha keras. Seduce me more. Goodluck my seducer."

Aku melontarkan lirikan manja sebelum tangan Jungkook menarik aku semula dekat kepadanya.

"Kau sangat beruntung, princess."

Jungkook, si penggoda membawa aku lemas di dalam lautan cintanya.

Gila. Sampai bila aku akan hanyut?

Only god know that.

-Tamat-

Nota Penulis

Bab ini masih unedited. Jadi, maafkan saya jika ada sebarang typo atau kesalahan ayat.

Harap korang sukakan ending ini. Saya gabungkan ketujuh-tujuh seducer menerusi satu penamat berjumlah 2.3k perkataan.

Saya tamatkan karya saya di sini. Jumpa lagi dalam karya baharu.

Salam sayang,

Eomma Sha/iamyourcupcake ♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro