외상 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Masa berlalu dengan begitu pantas. Sekarang tibalah masa dimana semua pelajar dan guru akan pulang ke rumah mereka masing-masing.

Mingi mengucapkan selamat tinggal pada Yeosang terlebih dahulu sebelum dia menjejakkan kaki keluar dari kelas bersama kawannya. Yeosang membalas dengan lambaian kecil sahaja.

Ketika dia sibuk mengemas barang, anak matanya teralih melihat tempat duduk Yunho yang kosong itu. Dia mengeluh kecil.

"Haih..."

Dulu, dia akan pulang ke rumah bersama Yunho. Tetapi kali ini... Tidak.

Sudahlah dia tidak jumpa Yunho kat rumah. Apatah lagi di sekolah. Ia seperti Yunho hilang secara misteri.

Beg sekolah yang berada di tepi meja tadi terus disandang di atas bahunya. Dia berjalan keluar dari kelas untuk pulang ke rumah seperti biasa seorang diri.

•••••••••••

"Saya dah balik..."

Ucap Yeosang. Dia terus buka kasutnya lalu susun di sebuah rak yang telah disediakan.

Ketika dia mahu masuk, dia ternampak dua pasang kasut asing berada di rumahnya. Yeosang hairan.

Ada tetamu kah di rumahnya?

Dia segera masuk untuk lihat. Hairan dibuatnya apabila dia lihat semua ahli keluarganya sedang berkumpul di ruang tamu bersama keluarga Yunho.

"Omma? Appa?"

Teguran Yeosang tadi membuatkan semua orang mula tertumpu kearahnya.

"Dah balik rupanya kamu, nak... Sini." Panggil ibunya. Yeosang tanpa banyak bercakap terus menghampiri keluarganya. Dia duduk di sebelah Yeorum.

"Ada apa ni? Kenapa semua orang berkumpul kat sini?" soal Yeosang bertubi-tubi. Tidak tahu apa yang sudah berlaku sekarang.

Dia agak terkejut melihat semua keluarga Yunho ada dalam rumahnya. Namun yang pelik ialah hanya Yunho sahaja tiada di sini.

"Yeosang..." Panggil Puan Jeong. Lantas Yeosang memandang kearahnya.

Wajah yang ditayangkan oleh keluarga Yunho agak sedih dan muram. Dia tertanya apa yang sudah berlaku?

"Ya?"

"Kami nak tunjukkan satu video untuk kamu. Harapnya kamu dapat terima semuanya."

Entah mengapa kata-kata Puan Jeong tadi membuatkan Yeosang rasa tidak sedap hati. Dia menelan air liur payah.

Bunyinya agak serius...

Tuan Jeong mula mainkan video membuatkan semua mata mereka tertumpu pada skrin laptop itu. Yeosang terkedu melihat susuk tubuh yang muncul dalam video.

"Hai Yeosang."

Ya, wajah Yunho terpapar dalam video tersebut. Kelihatan dia berada di bilik wad seorang diri. Satu senyuman manis terukir di bibirnya membuatkan Yeosang terpaku.

"Apa khabar kau sekarang? Aku harap kau sihat... Trauma kau tu masih serang kau lagi ke?"

"Mesti kau pelikkan tengok aku dengan keadaan macam ni? Ahahaha! Aku akan ceritakan kat kau semuanya apa yang dah berlaku sekarang ni."

"As you can see, aku sekarang kat hospital. Aku kena jalani pembedahan jantung aku bulan depan."

Terbeliak mata Yeosang mendengar kata-kata Yunho tadi.

"Sebenarnya, jantung aku memang lemah sejak aku kecil lagi. Doktor cakap kemungkinan aku mampu hidup selama 20 tahun sahaja."

"Bila aku dapat tahu, aku sedih. Setiap hari aku menangis. Lepas tu sampailah satu masa, aku mula sedar sesuatu lepas tengok pemandangan yang indah kat luar..."

"Masa tu aku dah tekad dengan masa yang aku ada ni, aku nak manfaatkan sepenuhnya."

"Biarpun masalah yang aku hadapi itu berat seperti gunung, aku dapat harungi semuanya dengan tabah."

"Aku ingat mungkin tahun ni merupakan tahun terakhir aku hidup kat dunia, tapi nampaknya Tuhan beri aku peluang untuk hidup lama lagi..."

"Ada salah satu keluarga sudi dermakan jantung dia kat aku... Aku berterima kasih sangat kat diorang."

"Kalau pembedahan ni berjaya dilakukan, aku dapat teruskan hidup aku seperti biasa dengan lama. Tapi kalau disebaliknya, mungkin video ni merupakan mesej terakhir aku kat kau."

"Aku seronok sejak berkawan dengan kau, Yeosang. Walaupun kau cepat annoyed dengan aku, kau tetap layan perangai aku. HAHAHA!"

"Yeosang, aku maafkan semua kesalahan kau kat aku dulu. Benda tu dah lepas jadi tak elok kita ungkit balik bukan?"

"Aku sebenarnya ada satu permintaan nak beri kat kau... Tapi aku takut kalau benda ni susah untuk kau..."

Yeosang menelan air liur payah. Jantungnya mula berdegup kencang untuk mendengar permintaan Yunho.

"Aku tak nak kau kurungkan diri kau dalam rumah kalau aku tak ada nanti. Aku harap kau boleh lawan trauma kau dengan kuat. Kang Yeosang yang aku kenal seorang tabah bukan?"

"Sebabnya, kau masih ada masa depan yang cerah menanti. Kekurangan yang dihadapi oleh kau sekarang bukanlah penghalang kau untuk mengerja impian sebaliknya ia adalah pendorong kau untuk mengubah semula kesilapan kau."

"Itu jer permintaan aku kat kau. Aku harap kau boleh tunaikan. Aku ada banyak lagi nak cakap tapi aku kena off sekarang."

"Aku harap kau baik-baik, Yeosang. Annyeong!"

Suasana di ruang tamu terus menjadi sepi setelah video Yunho tadi telah sampai ke penghujungnya.

Yeosang menundukkan kepalanya. Kedua-dua tangan dia sudah bergetar dan...

Air matanya mula jatuh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro