외상 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ja-jadi selama ni Yunho ada lemah jantung?" tanya Puan Kang inginkan kepastian.

Keluarga Jeong membalas soalan yang dilemparkannya tadi dengan anggukkan kepala. Riak wajah mereka menunjukkan mereka sangat sedih dengan keadaan anak sulung mereka.

"Yunho tak pernah cerita pada kami yang dia kena buli kat sekolah. Dia selalu kata dia seronok pergi sekolah sebab Yeosang ada. Tak pernah sekalipun kami tengok dia sedih bila balik dari sekolah..." Ujar Tuan Jeong lebar. Puan Jeong disebelahnya mengangguk kepala.

"Saya tak sangka yang Yunho ada lemah jantung... Saya anggap dia macam adik saya," sampuk Yeorum. Rasa sukar untuk dia percaya selepas melihat video yang dimainkan beberapa minit lalu.

Yunho selalu tersenyum... Tiada siapa pun yang perasan bahawa sebenarnya dia menyembunyikan rasa sedih dalam hati. Malah tiada siapa juga yang sedar Yunho menderita dari dalam...

Bunyi esakkan mula kendengaran di ruang tamu. Semua orang berpaling melihat Yeosang yang sudah menundukkan kepala sambil menangis itu. Air matanya juga mengalir dengan deras.

"Kamu okey, Yeosang?" soal Puan Kang risau. Begitu juga dengan suaminya.

Yeosang menggelengkan kepala berkali-kali. Hatinya mula sakit. Sedih sangat selepas mendengar ucapan dari Yunho tadi.

Mengapa dia tidak perasan langsung?

Mengapa Yunho masih lagi boleh berbaik dengannya?

"Sa-saya menyesal sebab tak pernah faham perasaan Yunho... Saya selalu salahkan dia sebab libatkan saya dalam kes buli... Saya memang tak layak jadi kawan dia!"

Luah Yeosang sepuas-puasnya. Dia terduduk lalu menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya. Semakin kuat tanggisan dia. Kedua ibu bapanya dan juga keluarga Jeong memandang dia dengan penuh simpati.

Yeorum memeluk Yeosang dengan erat. Dia cuba untuk memujuk adiknya supaya berhenti menangis. Sungguh dia amat faham bagaimana perasaan Yeosang sekarang ini.

"Yeosang, pandang sini kejap..."

Arah Puan Jeong. Yeosang segera mengangkat wajahnya perlahan melihat Puan Jeong yang sudah berada di hadapannya.

"A-auntie..."

Dia tidak berkata apa. Wajah Yeosang itu ditenungnya lama-lama. Puan Jeong lantas memeluk tubuh Yeosang dengan erat secara tiba-tiba membuatkan dia terkedu.

"Jangan salahkan diri kamu, Yeosang. Walaupun kesilapan yang dilakukan oleh kamu agak besar, auntie maafkan semuanya dengan penuh ikhlas. Auntie pun anggap kamu macam kembar Yunho..."

Makin sebak Yeosang dibuatnya setelah mendengar kata-kata ikhlas yang keluar dari mulut Puan Jeong tadi. Hatinya mula terasa hangat, dia membalas pelukkan Puan Jeong dengan erat.

"Ma-maafkan saya... Saya minta maaf sangat-sangat..."

"Tak apa, sayang..."

Setelah dipujuk, akhirnya pelukkan mereka tadi terlerai. Puan Jeong menyapu air mata Yeosang yang dari tadi mengalir itu dengan penuh lembut dan kasih sayang.

"Auntie, boleh tak saya nak jumpa Yunho? Saya takut kalau saya tak sempat nak tengok dia. Tolonglah auntie..."

Pinta Yeosang dengan nada merayu. Dia mahu jumpa dengan Yunho hari ini juga. Dia mahu lihat bagaimana keadaan kawan baiknya sekarang.

Puan Jeong tersenyum tawar. Dia mengangguk kecil.

"Sudah tentulah."

••••••••

Di bilik wad yang sunyi, Yunho termenung melihat pemandangan yang indah di luar hospital. Sesekali dia tersenyum kecil apabila melihat seorang doktor membawa pesakitnya berjalan-jalan di kawasan taman.

Satu keluhan kecil dilepaskan. Dia mahu keluar jalan-jalan, tetapi doktor tidak mengizinkan dia kerana keadaan dia sekarang masih lagi lemah.

"Kamu dah bangun rupanya," tegur seseorang. Yunho terus berpaling melihat orang itu.

Dia sekadar tersenyum garis. Doktor peribadi Yunho iaitu Dr Ryu berjalan menghampirinya dengan membawa makanan bersama.

"Kamu makanlah," ujar Dr Ryu. Dia mengambil kerusi untuk duduk di sebelah Yunho.

Yunho tidak menunjukkan sebarang reaksi. Makanan yang disediakan oleh Dr Ryu tadi ditatapnya kosong. Dia tiada selera untuk makan sekarang.

"Kamu takut untuk jalani pembedahan tu kan?" tekaan Dr Ryu tadi menyedarkan Yunho daripada terus mengelamun.

"Erm..."

"Yunho, saya tahu kamu risaukan fasal pembedahan kamu. Tapi ini semua pun untuk kebaikkan kamu juga," tambahnya lagi.

"Saya tak pasti. Saya mungkin takut sikit fasal pembedahan tapi saya risau kalau ia gagal... Saya belum sedia untuk hadap semua ni nanti."

Luah Yunho. Sejak beberapa minggu lalu lagi dia asyik bingung dengan kesan yang bakal dia dapat nanti lepas pembedahan.

Dia belum bersedia untuk meninggalkan keluarganya, dia belum bersedia untuk tinggalkan Yeorum dan keluarga Kang, malah dia juga belum bersedia untuk meninggalkan Yeosang.

Dr Ryu yang mendengar luahan Yunho tadi mula tersenyum kelat. Dia mengusap belakang Yunho lembut.

"Jangan fikir begitu. Semuanya akan baik-baik nanti. Saya yakin kamu akan dapat berjumpa dengan keluarga kamu semula," kata Dr Ryu cuba untuk menaikkan semangat Yunho daripada terus murung.

Belum sempat lagi Yunho mahu berkata, Dr Ryu telah dipanggil oleh seorang jururawat. Terus dia keluar untuk berjumpa dengan jururawat itu buat seketika.

Tidak sampai lima minit, Dr Ryu kembali ke wad Yunho dengan senyuman lebar.

"Kenapa tadi doktor?" soal Yunho ingin tahu.

"Keluarga kamu datang melawat kamu hari ini. Tapi kali ini agak meriah sikit."

Kata-kata Dr Ryu tadi membuatkan Yunho terangkat kening. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh dia.

Dr Ryu terus memanggil mereka untuk masuk. Mata Yunho terbeliak sebaik sahaja melihat orang pertama yang masuk ke wadnya.

"Yeo-yeosang?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro